GuaAnakMelaka Publish time 24-8-2013 04:41 AM

Wajarkah filem hantu tempatan diharamkan?

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali. Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya.Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai ‘peripheral vision’. Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria.Kemungkinan besar Tun Mahathir kecewan dengan masyarakat kita yang mudah tertipu dengan bomoh-bomoh sekaligus kerugian jutaan ringgit saban tahun.Untuk bergerak dan maju ke hadapan, kita perlu banyak menerapkan cara berfikir secara saintifik dalam menyelesaikan masalah, bukan bergantung pada bomoh. Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubati orang dengan kemenyan. Dulu kita tidak ada cara lain mungkin boleh guna cara itu.Buat masa ini, Majlis Fatwa Kebangsaan dilaporkan akan mengkaji fenomena filem hantu ini. Kalau diharamkan, nampaknya penerbit filem Malaysia terpaksalah beralih kepada genre lain pulak selepas ini.
http://i0.wp.com/i386.photobucket.com/albums/oo307/beautifulnara/apek/filemhantu.jpg?w=584

http://www.islam.gov.my/sites/default/files/garisan_panduan_bercetak_2.pdf


http://portal.ikdn.gov.my/wp-content/uploads/2011/09/LPF.jpg


Ustaz Noramin menulis :

Tergerak hati untuk buat satu artikel berkaitan dengan cerita-cerita tahyul kurafat dalam TV. Sekarang ini filem dan drama dalam TV Malaysia ini cukup laris dengan filem-filem hantu. Kadang-kadang saya tengok rasa malu pulak dekat diri sendiri, bukan Islam dan orang luar, sebab industri filem Malaysia hanya mampu menyediakan filem-filem hantu sahaja. Jika dipandang positifnya betul juga memang ada makhluk halus dan ubat yang paling mustajab adalah ayat Al-Quran. Tapi yang tak bestnya cara filem menggambarkan terlalu over dan tak boleh masuk akal. Contohnya filem jongkak, ketika mana M Rajoli mengubati pesakit yang dirasuk oleh nenek jongkak sampai terpancar kalimah Allah dan terbelah bumi sehingga ditenggelamkan hantu itu di dalam bumi ini. Saya nak Tanya betul ke dilapangan jadi camtu?

Apa salahnya jika filem-filem dalam Malaysia merakamkan filem yang berkaitan nasihat dan pedoman yang baik kepada masyarakat bukan membawa cerita yang berkaitan tahyul dan cerita kurafat seperti filem hantu. Sebenarnya dalam Al-Quran tidak ada pula ayat yang menyebutkan hantu ini ada di dunia, Cuma disebutkan jin dan manusia. Dalam hadis pula ada dinamakan syaitan, iblis dan jin. Tidak ada pula menyebutkan hantu. Saya tegaskan di sini, sebenarnya tidak ada hantu dalam dunia ini, kemungkinan yang menjelma itu adalah roh manusia yang tidak diterima oleh langit kerana mereka banyak hutang dan amalan tidak baik dan sebagainya. Sebenarnya yang dinamakan hantu itu adalah roh yang tidak diterima, jin, iblis dan syaitan yang menjelema sebagai makhluk yang paling huduh dan menakutkan sehingga ramai manusia mengatakan hantu menurut pendapat saya.

Sejak dari kecil lagi anak-anak diracuni dengan adanya hantu, jadi budak tersebut sehingga besar takut dengan hantu, kerana ibu bapanya sering menakutkannya dengan hantu. Ada pula yang mengkategorikan hantu itu seperti hantu pocong, puntianak, jelangkong, juuon dan sebagainya. Apa kata, sejak anak itu kecil lagi diasuh dengan takut kepada Allah, saya rasa sampai besar budak tersebut akan takut kepada Allah. Contohnya “mamat jangan ambil barang orang, nanti tuhan murka dan diazab dengan azab api neraka”.

Allah anugerahkan sifat takut kepada manusia supaya manusia sentiasa takut kepada Allah dengan cara tidak melakukan perkara-perkara dosa atau perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Tetapi malangnya manusia sekarang ini terbalik, tidak takut kepada Allah dan mereka hanya takut kepada hantu dan kuasa-kuasa ghaib selain dari Allah. Contohnya “jangan lalu dekat pokok besar ini sebab ada penunggu, nanti penunggu itu isap darah awak”, Cuba kita fikir, kalau seseorang itu hanya takutkan Allah, maka dia berkeyakinan bahawa makhluk halus itupun milik Allah dan tidak perlu takut kepadanya. Jika dibekali dengan keimanan yang kuat dan keyakinan yang teguh kepada Allah, maka hantu (makhluk halus) juga akan takut kepada anda disebabkan anda mempunyai kekuatan rohani yang kuat. Hantu dan Jin takut kepada orang yang kuat ibadah dan kuat keyakinannya kepada Allah.

Allah sering menguji manusia dengan berbagai keadaan, seperti manusia takutkan hantu, takutkan miskin, takut penyakit dan macam-macam takut lagi. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan pastinya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan hasil buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” (Al-Baqarah 2: 155)

Nasihat saya, janganlah takut selain dari Allah, kerana Allah yang Maha Besar dan Maha Berkuasa, Jin, Iblis, Manusia dan alam ini adalah milik Allah. Jika takut selain dari Allah, seolahnya ada kuasa lain yang lebih kuat dari Allah dan hal ini boleh menyebabkan syirik kepada Allah. Malah ada pula yang minta pertolongan selain dari Allah, seperti minta kepada jin melalui bomoh atau dukung untuk memiliki sesuatu, maka perbuatan ini juga dinamakan syirik kepada Allah. Bertaubatlah kepada Allah dengan beristiqfar dan taubatlah dengan taubat nasuha. Boleh menonton filem hantu, tetapi janganlah takut kepada hantu pulak. Hantu tidak akan bunuh manusia sepertimana yang digambarkan dalam filem-filem tersebut, itu semua adalah karut, kurafat dan tahyul belaka untuk melariskan filemnya.


end

“Orang Melayu beragama Islam kini terancam akidah mereka akibat menonton aksi tahyul dan syirik yang sering dipaparkan sehingga semakin ramai terjebak dengan aktiviti kurafat dan mungkar,” kata Dr Mohammad Nawar Ariffin, Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia.

“Oleh itu, penerbitan filem-filem jenis ini hendaklah dihentikan atau penyiaran dan penayangannya diperketatkan kerana ia mempunyai kesan dalam mempengaruhi jiwa dan pemikiran masyarakat.

“Kerajaan perlu segera menghentikan eksploitasi penerbit filem dan drama menggunakan filem seram dan hantu untuk mengaut keuntungan tanpa mengambil kira risiko dan kerosakan terhadap anak bangsa,” katanya.
"Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (mempersekutukan Allah dengan sesuatu) sedangkan Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya dia telah tersesat jauh sekali."
(Surah an-Nisa' 4:116)

"Dan sesungguhnya ada beberapa orang lelaki daripada kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa lelaki daripada kalangan jin, tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) bertambah sesat."
(Surah al-Jin 72:6)


Seorang bersama salah seorang yang pernah terlibat di dalam pembikinan filem hantu dan dia menceritakan salah satu upacara yang akan diadakan sebelum memulakan penggambaran filem adalah upacara menghalau hantu atau semangat jahat yang akan dilakukan oleh bomoh yang dijemput.

Wallahu a’lam.

Filem hantu wujud sekian lama sejak zaman dahulu,contohnya

https://www.youtube.com/watch?v=5N8zDIXIe_c
5N8zDIXIe_c

Natijahnya :

1.Filem hantu membodohkan penonton dgn kepercayaan karut.
2.Merosakkan pemikiran penonton dgn unsur tahyul spt rupa hantu dll.
3.Menjadikan bangsa Melayu penakut dan bodoh.
4.Tidak memberi apa pun mesej /pengajaran yang positif kpd penonton.
5.Membuang masa penonton.
6.Merosakkan akidah umat Islam.
7.Membawa kpd syirik.
8.Kepercayaan karut marut dan tahyul akan terus berada dlm minda masyarakat hinggalah kiamat...

Skdr pendapat peribadi bersama kopipes,bukan Kopitiam...





apitkl Publish time 24-8-2013 07:34 PM

yg aku tau skg nih cerita hantu dh payah nk wat collection byk....kalo dh balik modai kira oklah

Ferr_Remy Publish time 25-8-2013 12:21 AM

Bukan takat cter hantu bodoh Malaysia jer.. smua cite komedi bodo Msia patut diharamkan. Smua bodo tahap cimpanzi. Citer hantu omputeh and Thailand smua best2.

edee_91 Publish time 25-8-2013 01:15 AM

Ferr_Remy posted on 25-8-2013 12:21 AM static/image/common/back.gif
Bukan takat cter hantu bodoh Malaysia jer.. smua cite komedi bodo Msia patut diharamkan. Smua bodo t ...

setuju dengan kau, cume part citer hantu omputih tu semuanye best2 tu tipu lah. takde la sampai ke tahap semuanye best ye dak. banyak juge citer hantu omputih yang hazab2 tak seram mane pon... ;P

MerryPropa Publish time 26-8-2013 11:36 AM

Tak yah haram, sebaliknya tapis dulu skrip asal.. sebab dalam malaysia ni klu citer hantu, waima apa tajuk sekali pun mesti ada kampung gelap, bomoh dan hantu yang dijelmakan setiap masa.... sama la jugak komedi yang ntah hapa2..

hanna88 Publish time 26-8-2013 07:50 PM

cte melayu byk ade scene bomoh..tu yg byk ke arah syirik tu..

MariaClara Publish time 27-8-2013 08:36 AM

Ferr_Remy posted on 25-8-2013 12:21 AM static/image/common/back.gif
Bukan takat cter hantu bodoh Malaysia jer.. smua cite komedi bodo Msia patut diharamkan. Smua bodo t ...

setuju..ptut harankan aje..aku x penah tgk..sbb rase mcm di perbodohkan jek..lg satuy aku mmg x minat nk tgk crite hantu....kalau bole mmg elakkan sbb duk umah sorang2...ekekkekek tp klau crite hantu malaysia yg lawak2 tu mmg x tgk bukan sbb takut tp nyampah tahap gaban...karut..syirik...

BabeYSHa Publish time 27-8-2013 01:27 PM

{:killo haku bukan tkmo sokong industri perfileman malaysia neh..selaku rakyat malaysia kannn... tapi... kalo citer cinta neh.. dh mcm leh dijangka babak2 seterusnyer... Lagipun mcam sengal pun ada gak..{:killo

Citer hantu... leh kira ngan jari kot.. yg best... yer.. sebab haku neh peminat citer seram.. haku layanzz gak citer seram melayu... Tapi itu hanya sekadar hiburan la.. walau dok tingat 3-4 hari muka antu tue... tpi.. lama2 ok la... {:singo

Pada haku... menda neh mcm trend la.. kalo trend.. citer gangster.. gangsterrr je.. trend citer lawak.. lawakk je... neh.. makin bercambah citer hantu.. mm... tkleh nk salahkan jugak... dh sumer pakat pulun wat pilem antu... abeh tueyg ditayangkan kat tv pun pilem antu la jugak...{:2ghosto

Lembaga Perfileman tue pun.. maybe tkleh nk tolak kot.. sebab kesian kan... org kuar modal byk2 buat pilem.. tibe2.. kita gam plak.. tk bagi tayang... mm..{:downo

Tapi kan.. haku tingat gak pilem fantasia ke hapa ntah 1 masa dulu.. yg mustapha kamal berlakon as iblis ke hapa tue.. pkai kostum tanduk besar bagai atas paler.. nek kuda..Mm.. rasanyer tkleh tayang lgsung kat pawagam... sekali kot.. tayang kat TV.. ingat2 lupa dh haku... Leh pulak time zaman tok kadok tue diorang tolak mentah2 pilem yg cenggitu.. yang citer SEMBUNYI pasal bunian tue... idak pulak diorang gam... MMm... Tkperlah.. biarla mat jenin terjun tiruk ngan labu labinyer.... {:kicko



**mmm... nak layan insidious.. katanyer insidious 2 bakal kuar kan** {:singo

biozipstar Publish time 27-8-2013 06:04 PM

yes, aku peminat filem melayu...{:mlbigsmile:} esp cite hantu... hehehe

aku pun ase bukan la diharamkan sepenuhnye.. tapi dorang nak bawak cite pun mesti kene ade kesan ke... contoh la cam "santau"... pengajaran, jgn dengki ngan kekayaan orang laen..dan jangan suke bersangka buruk ngan orang... scene die kebanyakannye xleh nak jangka apa akan jadi.. ni baru menarik...!!!

skang ni kebanyakan cite ni berakhir dengan keinsafan yg hambar... dan boleh diagak... contoh, fam bela saka, last2 turun kt die,,, dan die pon insap.. camtu je,... kalu pontianak/kum2,,, akan kacau orang yg dah bunuh die.. yes camtu je la cite nye.. tu yg malas nak tengok tu...

cite hantu paling fail, hantu gangster, halimunan, seram sejuk, eh banyak lagi laaa!

pasni tolong la buat cite epic n cite orang kene fikir... cite amukan azazil (kru) , aku suke gak sebab die kene banyak fikir. baru taw kenapa dan kenapa.. tapi xde pengajaran lak cite ni.. tahyul semata2.. kekekekkekekekekekee.....

supernaturalee Publish time 29-8-2013 12:57 PM

tak yah haramkan

patutnya sound org2 yg pegi tengok citer tu
xleh pk ke ape?

iey_iyda Publish time 29-8-2013 10:54 PM

sorry i tengok citer antu jepun/korea jerss.. ;P filem paling tak bole lupa = JU-ON. :funk:

BabeYSHa Publish time 30-8-2013 09:58 AM

biozipstar posted on 27-8-2013 06:04 PM static/image/common/back.gif
yes, aku peminat filem melayu... esp cite hantu... hehehe

aku pun ase bukan la diha ...

ko tgok tak hijab ngan mantera? pada haku 2 pilem neh..leh tahan aa... santau pun not bad...
{:mlpop:}

PEPPERMAN Publish time 30-8-2013 03:23 PM

kenapa citer seram malaysia mesti nak ada hantu?

kenapa tak buat mcm Grotesque, Human Centipede atau Meat Grinder?

alphawolf Publish time 1-9-2013 12:44 PM

sebab kat malaysia seram = hantu

RED 666 Publish time 1-9-2013 08:52 PM

PEPPERMAN posted on 30-8-2013 03:23 PM static/image/common/back.gif
kenapa citer seram malaysia mesti nak ada hantu?

kenapa tak buat mcm Grotesque, Human Centipede a ...
ada je seram yg bukan hantu cam telemovie vcd blok 404, kem 505, neurose dwi dan filem trauma sebelum ni

semua citer2 melayu di atas ni citer seram jenis suspen pembunuhan a la scream dan i know what you did last summer tu

mungkin selera org malaysia lebih kepada seram berunsurkan hantu



Last edited by RED 666 on 1-9-2013 08:56 PM

biozipstar Publish time 4-9-2013 10:52 AM

BabeYSHa posted on 30-8-2013 09:58 AM static/image/common/back.gif
ko tgok tak hijab ngan mantera? pada haku 2 pilem neh..leh tahan aa... santau pun not bad...
{:m ...

aku selalu tengok cite hantu melayu wey.. hampir sume..sebab anak sedara aku suke tengok cite hantu... anak sedara aku cakap... cite pontianak x seram... tapi cerita pocong seram... kekekee... mantera tu ok... bole tahan...

latest aku tengok cite bisikan pontianak..tapi laju2 sebab orang cakap ala2 lelucah... hahhahahaa

BabeYSHa Publish time 4-9-2013 11:24 AM

biozipstar posted on 4-9-2013 10:52 AM static/image/common/back.gif
aku selalu tengok cite hantu melayu wey.. hampir sume..sebab anak sedara aku suke tengok cite hant ...

citer Indon ke bisikan ponti tue? Biasa kalo citer seram Indon musti ada selit2 ngan adegan lelucah tue..huhu... {:chitchato

Sapa ntah citer.. Paku Ponti best gak.. Mm.. ko dh layanz? haku tk berani la nk tgok.. {:decideo

asher Publish time 5-9-2013 05:12 PM

BabeYSHa posted on 4-9-2013 11:24 AM static/image/common/back.gif
citer Indon ke bisikan ponti tue? Biasa kalo citer seram Indon musti ada selit2 ngan adegan leluca ...

citer anto yindon dh balik mcm awal thn 90an..musti ada adegan ngesek2..dorang pun dh xda idea dh..

sepok Publish time 6-9-2013 09:18 AM

pada aku, citer hantu thai lagi best compared ngan Malaysia

BabeYSHa Publish time 6-9-2013 10:01 PM

asher posted on 5-9-2013 05:12 PM static/image/common/back.gif
citer anto yindon dh balik mcm awal thn 90an..musti ada adegan ngesek2..dorang pun dh xda idea dh. ...

Kannnn... mmm.. sundel bolong dulu pun ada adegan ngeseks kan? mmm... ketandusan idea kot.. {:killo
Pages: [1]
View full version: Wajarkah filem hantu tempatan diharamkan?


ADVERTISEMENT