4u2Read Publish time 21-8-2013 01:14 AM

Siri Marilah bersama belajar bahasa Mandarin

Mengapa bahasa Mandarin begitu diminati dan dipelajari oleh ramai orang di seluruh dunia ? Saya senaraikan sebab-sebabnya seperti berikut :


[*]Mempelajari bahasa Mandarin adalah cara untuk meningkatkan persaingan dalam perniagaan di dunia. Dengan memahami bahasa Mandarin, kita bukan sahaja boleh bertutur dan bekerja dalam syarikat-syarikat orang Cina, menjalankan perniagaan dengan orang-orang Cina tempatan bahkan di negara Cina yang merupakan negara ke 2 terbesar dari segi perkembangan ekonominya.

[*]Jika anda berminat dalam bidang politik atau perhubungan luar terutamanya sebagai pegawai diplomatik atau pegawai dagang di negara-negara China dan Taiwan, maka mengetahui bahasa Mandarin adalah satu kelebihan.

[*]Sebagai negara dan bangsa yang mempunyai tamadun lebih dari 5000 tahun, tentunya dengan mengetahui bahasa Mandarin dengan lebih mendalam, kita dapat memahami sejarah, budaya, falsafah, sosio politik dan norma-norma kemasyarakatan yang boleh kita pelajari bagi memperkayakan budaya Melayu.

[*]Dalam masyarakat majmuk Malaysia yang mana sebahagian besar masyarakat Cina bertutur dalam bahasa Mandarin, walaupun masih ramai juga yg tidak mengetahui bahasa Mandarin kerana mereka bersekolah Inggeris atau Melayu, ataupun mereka bertutur dalam dialek Kantonis, Hokkien, Khek dan sebagainya, tetapi mereka masih sayangkan bahasa Mandarin. Jadi kita sebagai orang-orang Melayu juga tidak akan rugi jika memahami lebih daripada satu bahasa.

[*]Belajar bahasa Mandarin sebagai alat untuk keperluan harian terutamanya apabila bersosial dan menggunakannya sebagai perbualan ringkas terutamanya semasa berjual-beli. Ini akan meningkatkan kefahaman dan hubungan yang akrab sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
[*]

Kini kerajaan Malaysia memang menggalakkan pembelajaran dan penggunaan Bahasa Mandarin bukan sahaja di peringkat kolej dan universiti malah di sesetengah sekolah rendah kebangsaan pun telah diajar Bahasa Mandarin.

Oleh itu, jika anda ingin belajar bahasa Mandarin secara online dan percuma pulak tu, silalah mengikuti Siri Marilah Bersama Belajar Bahasa Mandarin dalam blog saya. Kini (setakat 21.08.2013) saya telah membuat posting sebanyak 15 siri dan ianya akan berterusan. Seelok-eloknya anda harus mengikutinya dari siri 1 lagi. Kerana utk belajar bahasa Mandarin, anda tidak boleh terus masuk ke tengah-tengah sahaja tanpa mempunyai asas. Jadi siri-siri awalnya adalah asas dalam pembelajaran bahasa Mandarin. Selain daripada itu, anda perlulah mempunyai headphone atau speaker untuk mendengar audio dalam pembelajaran ini.

Saya hanya membuat posting untuk kali pertama sahaja. Oleh itu anda haruslah mengingati alamat blog saya untuk akses di masa akan datang ataupun menjadi pengikut blog saya. Dengan berbuat demikian, anda tidak terlepas walau satu siripun di masa akan datang.

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/marilah-bersama-belajar-bahasa-mandarin_29.html

http://1.bp.blogspot.com/-mqYHkDY1Je0/UfXd7xMQj1I/AAAAAAAAAxs/gXgNpNtI-Yg/s320/ch.jpg


http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/08/marilah-bersama-belajar-bahasa-mandarin.html

http://1.bp.blogspot.com/-j7GLWkoxYa4/UgyINmT9OeI/AAAAAAAAA8I/xy6xO1HY72I/s320/ch.jpg








4u2Read Publish time 21-8-2013 12:50 PM

Bagi anda yang ingin terus belajar bahasa Mandarin dengan mengikuti siri-siri tersebut dalam blog saya, inilah alamat blog saya

http://hisemudinkasim.blogspot.com


http://1.bp.blogspot.com/-pixy-9i6xk8/UaiC-80XRJI/AAAAAAAAAZI/ghijjVd8dMs/s1600/lastlast.jpg
Pages: [1]
View full version: Siri Marilah bersama belajar bahasa Mandarin


ADVERTISEMENT