jika kuberpuisi di sini
Percubaan pertama.... percubaan pertama.. ahem..{:sleepyo
10 pp, 3-4-3
Bila tinta menariMelakar kata penuh warnaYang membaca terpesona
Last edited by aylanins on 16-8-2013 11:41 PM
10 pp, 2-2-6 {:1_149:}
Dalam sujud
Aku meminta
Kurniakan aku, semarak cinta, hanya untukNya
Last edited by aylanins on 16-8-2013 11:43 PM
10 pp, 3-3-4
Aku suka dia
Entah dia bagaimana
Tak kuberani meluah rasa
{:angel2o mengapa harus berdiam
mengapa haru memendam
jikalau benar coretan sukma
jika jujur jiwa dan raga 10 pp, 2-3-5
Yang dirindu
Pesan pada angin
sampaikan salam aku yang merindu
10 pp, 3-4-3
Pagi yang dingin
Embun di hujung rumput
Pergi kerja kelam-kabut
aylanins posted on 19-8-2013 10:12 AM static/image/common/back.gif
10 pp, 3-4-3
Pagi yang dingin
jika ku berpuisi disini
kekacauan dihati
mampukah di usir pergi? 10 pp, 4-4-2
Jika kuberpuisi di sini
Kuharap rindu di hati
Terusir pergi
10 pp, 3-2-5
Sungguh, maafkan aku
Takku sengaja
Melafaz keputusan yang mengundang duka
10 pp, 2-4-5
Kertas
Berselerak di atas meja
Biar kulakar tinta tujuh warna
10 pp, 1-4-5
Mengertilah
Bukan aku tidak mahu
Tapi kerana aku setia menunggu
10 pp, 2-2-6
Hanya dia
Hanya dia
Tiada yang lain hanya dia sahaja
Kerana aku
Kerana aku
Memang pasti, kerana aku, terlalu cintakannya
10 pp, 1-4-5
Kerja
Terlalu banyak untuk dilaksana
Malasnya, baik aku tidur sahaja
10 pp, 5-3-2
Dia yang jauh di mata
Dekat di hati
Doa kutitip
10 pp, 2-3-5
Perahu kertas
Layarkan rinduku ini
Pada dia yang setia kunanti
10 pp, 1-3-3-3
Hujan
yang turun lebat
tolong bawa pergi
rasa sedih ini
10 pp, 3-4-3
bawa aku jauh
ke dunia fantasi ini
mistik dan misteri
http://img17.imageshack.us/img17/83/5grj.jpg
Last edited by aylanins on 21-10-2013 08:30 AM
10 pp, 2-2-1-1-2-2
atas meja
berselerak sekali
bos
tolong
belikan aku
rak baru
10 pp, 3-2-2-3
bagasi yang pulang
ke pangkuan
tapi sayang
hatiku masih tertinggal
http://img20.imageshack.us/img20/5203/rebx.jpg
Last edited by aylanins on 20-10-2013 09:16 PM
10 pp, 1-2-2-3-2
http://img194.imageshack.us/img194/1935/m5b6.jpg
Cermin
membias pantulan
terfikir khayalan
hubungan antara harapan
dengan kenyataan