husz81 Publish time 24-7-2013 02:54 PM

Bila Lelaki DIAM

hi all

Nak tanya, orang Lelaki kalauade masalah memang prefer diam teros ke, nampak mcm menghilang pon ye, tiba-tiba tak sms, tak mesej kat FB pon walhal sebelum ni ok je.
i dah tanya die, katanya jiwa tengah kacau, tapi takkan 'menghilang' lama kot, at least contact la kita .

kalau kes tengah diam ni ape yg sepatutnya perempuan buat ek, biarkan or terus sms / mesej tunjuk kita care. risau gak if dibiarkan je, bagi dia masa takut dia ingat kita tak kisah and pergi.

tolong bagi pendapat ye.. adakah ini sifat semulajadi lelaki

sayachantek Publish time 24-7-2013 03:10 PM

a ah laki2 mmg mcm tu lumrah sifat diorg....
mcm ppuan, suke luahkan masalah...kalo laki2, diam is the best solution...
tp u jgn risau, die akan kmbali spt normal nnt...cuma masa tu xtau la brp lama...
bagi dia ruang, tp jgn senyap je satu hari tu...at least dlm satu hari tu, u sms die tny kabar n just ckp bende2 yg baik...
good luck!

pakwetizzaqyah Publish time 24-7-2013 03:11 PM

mesej dia..."if anything call me..im ready for u honey"

laki kalau real life diam maknanya dia malas nk cakap banyak dah....ada la yg tak kena dengan derenya...tapi kalo kat forum..biasanya dia dah giveup troll orang tp tak lut..

kah kah kah

MariaClara Publish time 24-7-2013 04:40 PM

hmmmm mmg mcm ni....diam je bisu seribu bahasa..layan tak layan..nnt dah ok....dia byk cakap balik....

lolipopmanish Publish time 26-7-2013 12:22 AM

{:thumbo{:singo

Bedah.Cun Publish time 26-7-2013 01:50 AM

Kau jangan nampak obvious sangat amik berat pasal die, dik. Kang die perasan macam la die tu hensem sangat. Ni pengalaman Bedah mase sekolah dulu cinta2 monyet. Kalau die nak blah, lantak die la macam la hensem sangat. Banyak lagi jantan hensem dan lazart yang kau tak jumpe lagi dalam dunia ni :loveliness:

spiderman80 Publish time 26-7-2013 02:05 AM

Lelaki kalau diam maksunya perut dia lapar.

Bedah.Cun Publish time 26-7-2013 02:22 AM

spiderman80 posted on 25-7-2013 06:05 AM static/image/common/back.gif
Lelaki kalau diam maksunya perut dia lapar.

Alah ciannye die, meh Bedah bagi frieskies meh la yang tutup pintu bilik tu dulu ;P

toksira Publish time 26-7-2013 03:40 PM

Bedah.Cun posted on 26-7-2013 01:50 AM static/image/common/back.gif
Kau jangan nampak obvious sangat amik berat pasal die, dik. Kang die perasan macam la die tu hensem...

Yup...tindakan yg tepat
Jgn habiskan masa utk pujuk2....hehe


Kpd TT.....relax la
He needs time to sort things out
Dia tak kongsi dgn u coz dia tak mau buat hati u susah

Sms/call la dia mcm biasa
Tapi jgn sentuh ttg masalah yg tgh dia hadapi skrg ni

If he wants u to know, he'll tell u



Silap haribulan dlm hati dia dah ada taman lain kot.....tu yg dia buat senyap aje
Hehe.....

liya90 Publish time 27-7-2013 02:22 AM

buat x taw sudah.nanti dia da rse rindu dia carik la ko blek.bnde kecik je nie. {:singo

aku cite berdasarkan pengalaman. {:1_551:} {:singo

dark_chocolate Publish time 27-7-2013 01:06 PM

dia ada masalah dan dia x rasa bercrita tu satu option utama utk dia..so biar je dulu..kalau ada pape pn, just wat ayat pernyataan dlm msj, x perlu sibuk2 tnya masalah pe masalah pe..kalau dh cool down, kalau TT still menyibuk lagi, tnya la. tp xtau la kalau dia dh malas nk ingt:lol:

nikaido Publish time 27-7-2013 01:26 PM

lelaki berbeza dengan perempuan

bila perempuan diam- itu tandanya dia mahukan perhatian
bila lelaki diam - itu tandanya dia mahukan ruang persendirian. lelaki biasanya mahu figure out solution utk masalah dia secara sendiri. oleh itu dia akan mahukan masa utk berfikir. just biarkan but let him know you will always be there if he needs anything

anumqis Publish time 28-7-2013 12:06 AM

bf aku pun tengah diam. dah nak masuk bulan ketiga ni. aku dah confront dia bulan 1st dulu, status dah jadi tergantung.

bila aku buat diam, dia pulak sibuk tunjuk concern aku demam, suruh makan ubatlah gi kliniklah. takkanlah aku tak reti nak pegi. benak sangatlah aku kalau demam tak reti jaga diri. bila aku buat mcm biasa, dia sambung diam balik. :curse: 45% hati aku dah rasa nak hantar SMS melahar je sekali. kalau nak diam buat2 mcm takde hubungan tu, tak payah la tunjuk concern. mempermainkan perasaan betul!

ko bertahanlah selagi mampu. aku ni rasanya takkan bertahan. dah habis zaman aku nak sedih2 risau2 pasal lelaki tetiba kena sawan diam ni. kalau fikir byk2, buatkan excuse dia ada masalahlah, needs space, aku rasa buang masa jer. kalau dah diabaikan sampai terpaksa bersosial seorang macam single, melanguk melepak dgn girlfriends, baik aku jadi single betul2.

to him, :huffy memanglah aku sayang kau tapi aku sayang diri aku lebih laaaaaa.

Al-Patih Publish time 28-7-2013 06:57 AM

alah ...loby banyak banyak ...cair dia nanti ...{:smileo

moyas Publish time 28-7-2013 09:32 AM

Itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka menghadapi masalah, mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka akan mengambil masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.

Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi apabila anda keep on asking the same question, mereka akan rasa rimas dan tertekan. Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.

Anda perlu ingat, cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan cara yang diambil oleh wanita. Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah.
Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan bercerita masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si dia sedang menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeza sama sekali dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak menyelesaikan masalah dengan cara sebegitu.

Apa yang perlu anda lakukan?Sekiranya anda merasakan si dia sedang kusut, menyendiri, dan menghadapi masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si dia masa seperti yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda berikan juga masa tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi).

Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu hidupnya sehingga si dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi cepat juga anda dapat kembali bersama dengannya semula.


misshero Publish time 28-7-2013 02:53 PM

normallah laki camtu....diorang bila ada masalah memang prefer diam.....faktor diorang diam :

1) ego
2) malas nak tmbahkan lagi masalah dengan bcerita dgn gf diorang sebab diorang anggap gf diorang takkan paham walaupun gf dia genius sekalipun {:sigho

TT buat cool jer walaupun dalam ati terasa ingin sangat nak tahu.....biarkan dia dulu...tp jangan lah terus tak pedulikan dia langsung.....antalah mesej sekali sehari ke, cukuplah tapi jangan haraplah dia nak balas dulu.....
Bila dia dah sejuk jangan tanya, biar dia cerita sendiri, itupun kalau dia nak cerita.......tu dah asam garam.....
Tapi kalau dia diam dalam tempoh yang terlalu lama cam lebih 3 bulan ka, something wrong somewhere lah tu...cabut lari jer lah...{:cryruno

limesherbet Publish time 28-7-2013 03:44 PM

yg i ni prempuan pun diam kalau ade problem/tgh stress/tgh busy. memang takleh focus kat org lain..sampaila prob/ kerja tu settle...baru leh focus kat org lain. jadi kalau i tak reply message, bukan i takmo contact dah...memang i need space.

my man pun i prasan kalo diam tetibe tak reply tu maknenye die tgh pening kepala dgn keje die and tgh stress and tgh sebok sampai bende lain takleh focus termasuk la i. bila dia dah contact balik dia cakap pasal benda lain, i tak sebut why die ignore ...why tak balas message. i teruskan macam biasa. sebab i takmo peningkan kepala die lagi dgn benda remeh. nanti die rimas pulak.

dulu mase first time die buat camtu i tak paham...rasa pelik..panic. tapi makin lama kenal makin paham behaviour die mcm mane bile stress....so i pun paham2 je la kalo die tetibe diam tu. and i tak panic and lagi message die. i stop contact and happykan diri i. kalo u baca buku men from mars women from venus tu...lelaki memang masuk "gua" "uncontactable" "disappear" bila tengah ada masalah/stress. kita tak payah message lagi. bagi space

saeera Publish time 28-7-2013 04:05 PM

hmm ak un penasaran ngn sorg kwn laki ak ni..dulu pena ad feeling kat ak tp ak xlayan ntah camane satu hari ak tetibe rase kesian kat die,,then ak layan la die baek ckit,,tp lame2 ak lak y terjatuh hati kat die,,layan pnye layan,,tibe2 die trus diam,,da xslalu msj mcm dulu,,da berbulan kot,,ngn kakak ak ley lak die brmsj bagai,,jelezzzz gile tp ak pasrah je la,,maybe die da bruba angin kot hmm..pastu ble ak da agk2 ley lupekan die,,die dtg blek msj cam bese,,concern2,,cam tade pape blaku smpai skg..tp ak anggap die cam kawan j la

y ak xpaham smpai skg,,nape ye die tetbe diam dulu??ak asyk terasa nk tny j kat die knape tp kang nty ape lak die pkir sal ak..slalula ak ragu2 ngn die,,ak xkan pena anggap die ade feeling kat ak lg ble pk sal bnde uh

anyone can xplain??cam xmatang kan,,tapela ak cume nk tau asbab ny






wat income di rumah

limesherbet Publish time 28-7-2013 04:20 PM

korang kene bezakan diam stress dgn diam "im not interested anymore"

kalau sampai berminggu tak reply, ignore semua maknenye tak interested dah la tu & nak girl/guy tu paham2 sendiri, ni bagi org yg tak respect org lain and tak brani nak terus terang kate "im no longer interested":lol:

limesherbet Publish time 28-7-2013 04:50 PM

saeera posted on 28-7-2013 04:05 PM static/image/common/back.gif
hmm ak un penasaran ngn sorg kwn laki ak ni..dulu pena ad feeling kat ak tp ak xlayan ntah camane sa ...

adela yg die tak berkenan tetiba tu. die muncul hilang muncul hilang sebab mase hilang tu die tgh melayan girl lain. bile die tgh bored takde sape nak sms tu yg die muncul message balik. ataupun girl tu tetibe reject die tu yg die muncul balik.
Pages: [1] 2 3
View full version: Bila Lelaki DIAM


ADVERTISEMENT