tykarib Publish time 19-7-2013 02:45 PM

Cara Buat Brownies Nutella Hanya Dengan 3 Bahan!

Resepi brownies yang amat sedap ini hanya memerlukan tiga bahan iaitu Nutella, tepung gandum dan juga telur. Bagi anda yang teringin makan brownies mudah ni, bolehlah mencuba resepi ini! Ia juga sesuai untuk dihidangkan semasa minum petang ataupun semasa jamuan Aidilfitri nanti!


Bahan-bahan :

1 cawan Nutella

10 sudu tepung ( atau ikut citarasa anda )

2 biji telur



Cara-cara membuat :

1. Campurkan ketiga-tiga bahan di atas.

2. Masukkan ke dalam bekas muffin atau brownies.

3. Masak di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah Celcius selama 30 minit ataupun sehingga masak. Nak tahu dia masak ke tak, cucuk brownies dengan garpu ditengah-tengah. Kalau tiada adunan melekat pada garpu, maknanya brownies anda sudahpun masak.

Hidangkan panas-panas begitu sahaja ataupun dimakan bersama aiskrim.

Tips : Anda bole menghias brownies dengan kekacang walnut atau hazelnut ataupun marshmallow.

http://www.wanista.com/wp-content/uploads/2013/06/nutella-brownies.png




xdielzx Publish time 19-7-2013 03:58 PM

ramai org dok post kat FB resepi neh... teringin nak cuba!

meya Publish time 21-7-2013 10:35 PM

Nutella selalu satu bekas besar RM30 lebih.Baru ni g Tesco RM19.90 kalau tak silap.

Senang giler resepi ni.

Thank you sharing recipe ni.

myakayina Publish time 22-7-2013 09:33 AM

Thanks TT for sharing this simple and delicious recipe..
Akan try buat with my daughter this weekend..tak sabar..{:1_152:}

MayGirl07 Publish time 22-7-2013 10:45 AM

sorry nak tanya, nutella tu ada halal ke? ari tu duk cari, xde plak.

lil_sparky Publish time 22-7-2013 10:49 AM

sng gak eh..nti lil nk try la utk raya..tq tt

myakayina Publish time 22-7-2013 04:54 PM

TT, tumpang tepek resipi guna nutella or any brand of choc spread.. dah cuba dah mmg sedap..anak2 pun suka.

Bahan-Bahan
500ml full cream milk / fresh milk
2-3 scoop of nutella or choc spread
popsicle module (acuan aiskrim batang tu)

Cara2:
Campurkan susu dgn nutella or choc spread
kacau hingga sebati sampai nutella/choc spread tu tak berketul
selepas tu masukkan ke dalam acuan aiskrin dan sejukkan
selepas 4 jam dah bole keluarkan dan dinikmati..!
http://d33y93cfm0wb4z.cloudfront.net/Jen_Cheung_2012/Nutella_popsicles/Nutella_popsicles_collage.487.strapped2.jpg

cHuebie Publish time 23-7-2013 03:45 PM

senang dan mudah. terima kasih TT coz share recipe ni. lepas raya boleh try. bulan2 pose x lalu nk makan brownies. :$

AnisSuraya Publish time 23-7-2013 03:57 PM

MayGirl07 posted on 22-7-2013 10:45 AM static/image/common/back.gif
sorry nak tanya, nutella tu ada halal ke? ari tu duk cari, xde plak.

U boleh guna brand sunbear..rasa sedap dan setanding dgn nutella....produk from malaysia..felda

MayGirl07 Publish time 23-7-2013 05:43 PM

Yup, sy memg guna sunbear tu. kat fb ramai sungguh yg guna nutela ni tanpa check status halalnya, confius plak. Sama dgn hersheys tu dan jugak buah prune yg glamour tu.. Kot yg kat kedai cni je jual yg xde chop halal kann. Btw tqvm

gula_tebu Publish time 25-7-2013 12:59 PM

antara rujukan untuk uols semua keletung keletang di dapur..
too many recipes there {:loveo

website 1
website 2
website 3
website 4

exodus90 Publish time 28-7-2013 12:32 PM

tq for the resepyy

nicrye Publish time 28-7-2013 05:52 PM

wah...senangnya....nanti nk cuba....thx for sharing the recipes...

atapnipah Publish time 29-7-2013 12:26 AM

noks, 10 sudu tepung, 2 biji telo, semangkuk nutella tu bleh dpt banyak mana kuantiti nyaa? iolls teringin nak buat nii..:$ mekasih share resepi :)

myfish Publish time 29-7-2013 11:40 AM

kalo guna tepung biase boleh kembang ke??

biggirlduncry Publish time 30-7-2013 11:07 AM

wah..senang nyer.......

mak Publish time 30-7-2013 03:08 PM

cer guna tepung kek Blue key...tak yah pakai baking powder dah...kek naik cantik

serikandi_gurl Publish time 2-10-2013 09:54 AM

As salam nak tanya, selain daripada Nutella, apa lagi hazelnut spread yang sedap ek? Berapa harga sebotol?

kaksom Publish time 2-10-2013 10:04 AM

mcm senang nya resepi nii....

kaksom Publish time 2-10-2013 10:15 AM

mcm senang nya resepi nii....
Pages: [1] 2
View full version: Cara Buat Brownies Nutella Hanya Dengan 3 Bahan!


ADVERTISEMENT