ocean_gurl Publish time 14-7-2013 05:20 PM

Peraturan FORUM CARI dan BOD Teka Teki & Trivia

PERATURAN BOD TEKA TEKI & TRIVIA Semua forumer yang ingin membuka thread di bod teka-teki & trivia. Diminta para forumer membaca Peraturan tercatit di dalam Thread Ini terlebih dahulu sebelum anda membuka thread.

Diharap para forumer mematuhi peraturan kecil ini bagi memastikan keberlangsungan bod teka-teki & trivia. Marilah bersama-sama memeriahkan bod ini dan mencambah minda masing-masing dengan seronok.

Terima kasih,
@Eva_yy_Ellin@ocean_gurl


Table Of Contents

    NoPerkaraPostingPage
1.0PERATURAN THREAD TEKA TEKI &TRIVIA21
1.1Jawapan Thread 48 Jam21
1.2Quote Jawapan Yang Betul21
1.3TAG MOD BOD untuk Pemberian Kredit21
1.4Thread TYPE21
A. Teka-teki
B. Trivia
C. Maths
D. Gambar

2.0PERATURAN BOD TEKA TEKI & TRIVIA21
2.1Thread BERULANG / ASTRO21
2.2NO Fighting21
2.3Respect Each Others21
2.4Thread Iklan/Perniagaan/Promosi21
2.5Thread Jawatan Kosong21
2.6Thread Borak / Games21

3.0PEMBERIAN KREDIT TEKA TEKI &TRIVIA 21
3.1Pembuka Thread21
3.2Penjawab Soalan21
3.3Jawapan Soalan Susah21

4.0PERATURAN FORUM CARI31




Last edited by ocean_gurl on 15-7-2013 02:50 AM

ocean_gurl Publish time 14-7-2013 05:25 PM

1.0PERATURAN THREAD TEKA TEKI & TRIVIA


1.1 Jawapan Thread 48 JamSetiap Pembuka Thread Haruslah memberi jawapan atau menjawab jawapan forumer dalam tempoh 48 jam. Ini bagi mengelakkan forumer tertanya-tanya akan jawapan yg betul dan memudahkan Mod memberi kredit.

1.2Quote JawapanYang BetulPembuka Thread Perlu meng'reply' jawapan forumer dengan meng'quote'posting jawapan forumer tersebut. Ini juga, bagi mengelakkan forumer tertanya-tanya akan jawapan yg betul dan memudahkan Mod memberi kredit.

1.3TAG MOD BOD untuk Pemberian KreditPembuka Thread mestilah "TAG" Mod BOD TEKA TEKI & TRIVIA di dalam posting jawapan yang di'quote' dalam peraturan No.2 diatas untuk memberitahu bahawa soalannya sudah pun dijawab dengan betul dan bagi tujuan pemberian kredit oleh Mod Bod.

1.4Thread TYPE
Pembuka Thread mestilah meletakkanThread Type mengikut jenis kategori soalan yang diberi. Forumer Hanya DiBenarkan mengunakan TAG seperti berikut sahaja.A. Teka-teki - soalan-soalan biasa dan berIQ tinggi atau rendah.
B. Trivia - soalan-soalan berpengetahuan am dan berfakta.
C. Maths - soalan-soalan yang memerlukan pengiraan.
D. Gambar - soalan-soalan yang bergambar.



2.0PERATURAN BOD TEKA TEKI & TRIVIA

2.1Thread BERULANG / ASTRO
Setiap Thread yang berulang tidak akan di beri kredit dan akan diletakan TAG ASTRO oleh Mod Bod. Oleh itu disarankan bagi Forumer Menyemak terlebih dahulu sama ada soalan telah diberikan atau tidak.
2.2NO Fighting
Para forumer tidak dibenarkan mencetuskan pergaduhan politik, agama dan kaum di bod ini sama ada dari segi pemberian soalan atau menjawab soalan. Amaran akan diberikan kepada forumer yang menyentuh isu-isu tersebut.

2.3Respect Each Others
Para forumer tidak dibenarkan menyerang forumer lain dan mencetuskan pergaduhan. Kita ada pelbagai ideologi yang berbeza, tolong hormati ideologi orang lain. Amaran akan diberikan kepada forumer yang cuba menimbulkan pergaduan.
2.4Thread Iklan / Perniagaan / PromosiForumer tidak dibenarkan membuka thread yg mempunyai unsur iklan / promosi perniagaan atau apa-apa saja pakej-pakej pelancongan dan sebagainya. Sila ke Pusat Komersial jika ingin berbuat demikian.
2.5Thread Jawatan Kosong.Forumer tidak dibenarkan membuka threadjawatan kosong. Jika ada sebarang Jawatan Kosong sila ke Bod Kerjaya di link ini : http://mforum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=124dan ke Thread khas requitments ini --> http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=447915&extra=page%3D1
2.6Thread Borak / Games.Bagi ahli-ahli forumer yang tegar atau tidak di Bod Ini, kalau nak berborak harap mengunakan Thread Borak yang sedia ada. Bagi yang nak buat thread khas untuk permainan, kalau thread games sedia ada tidak bersesuaian, boleh la PM pada Moderator bod iniuntuk meminta kebenaran terlebih dahulu...Sebarang Thread Games sila berbincang dan mendapatkan kebenaran dari Mod Bod terlebih dahulu.


3.0PEMBERIAN KREDIT TEKA TEKI & TRIVIA
3.1Pembuka Thread3.1Pembuka Thread / Pemberi Soalan teka teki, akan dapat Kredit +7. (kredit akan diberi selepas 48 jam, tujuan nya untuk menyemak sama ada ia Soalan Berulang atau tidak. Soalan berulang tidak akan diberi kredit)

3.2Penjawab Soalan3.2Penjawab Soklan / yang memberi jawapan betul akan dapat kedit +7. (ni utk yg dpt menjawab cepat , iaitu 1 ke 2 postingtelah mendapt jawapan betul)

3.3Jawapan Soalan Susah3.3Bagi soalan yg susah dpt dijawab sehingga masukpage 3 dankeatas, akan dapat kedit +14

Last edited by ocean_gurl on 15-7-2013 02:38 AM

ocean_gurl Publish time 15-7-2013 12:49 AM

http://carimage.cari.com.my/upload/259000/258725/2012/20120227013313scckh.png


Anyone who visits this board please take note!
Rules of CARI FORUM as per described by ADMIN are as follows:

1. Tidak dibenarkan menghebah iklan di forum:Demi menjaga forum, ahli forum tidak dibenarkan membuka thread yang mengiklankan sesuatu perniagaan atau meletakkan LINK di dalam thread tidak kira secara langsung atau tidak langsung. Ini termasuk tidak dibenar meletak Link forum yang lain atau blog yang berunsur perniagaan diforum ini. Perkara yang mengenaijual beli juga tidak dibenarkan kecuali di Board yang diizinkan, sebarang pengiklanan atau jual beli sila ke Board CARI Classifieds atau Board Jual Beli.Jika ahli ingin membuat iklan yang lebih berkesan, sila ke link http://banner.cari.com.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.Walau bagaimanapun, mengiklan sesuatu perniagaan atau pemberitahuan sesuatu produk melalui PM atau signature juga tidak di benarkan. Jika ahli menerima PM yang berunsur iklan atau sesuatu perniagaan, sila PRINT SCREEN dan PM kepada admin atau super moderator. Ahli sebegini akan dikena tindakan atau terus menjadi Banhammer.

2. Tidak dibenarkan membuat aduan atau melepaskan perasaan ketidak puas hati anda di forum:Sedia dimaklumkan, ramai ahli suka melepaskan ketidak puas hati mereka di forum, tidak kira tidak puas hati dengan perkhidmatan sesebuah organisasi, kedai atau terhadap seseorang. Mereka semata-mata untuk melepaskan geram, tanpa menghiraukan keadaan ini akan mengugatkan keadaan forum di mana forum ini mungkin perlu menghadapi pendakwaan satu hari nanti. Kita sedia dimaklum,seseorang ahli forum ingin melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu organisasi atau seseorang di thread, jika pihak berkenaan ternampak therad ini, mereka akan mengeluarkan surat kedakwaan kepada forum ini. Akhirnya ahli berkenaan juga akan dikenakan tindakan yang tidak dapat didugakan. Perkara di atas akan menyebabkan forum menghadapi masalah yang tidak dapat didugakan.
3. Avatar:Ahli forum tidak dibenarkan meletak gambar bogel, iklan, tidak senonoh atau gambar yang boleh mengugut ketenteraman publik sebagai avatar. Jika pihak kami mendapati ahli meletak gambar sebegini, jika arahan sudah diberi, tetapi ahli masih enggan mematuhi, admin berhak menukar avatar tersebut tanpa pemberitahuan.
4. Signature:Signature tidak dibenarkan untuk membuat iklan sesuatu perkidmatan atau produk, malahan juga tidak boleh meletak link forum yang lain.Ini disebabkan kebanyakan ahli forum suka menggunakan kemudahan signature untuk meletakan Link website lain, semata-mata untuk mengiklan sesuatu produk/ perkidmatan.Walau bagaimanapun, ahli forum juga tidak dibenarkan memaki seseorang,persatuan, parti dan sebagainya melalui kemudahan ini. Blog atau facebook yang tidak berunsur ikan atau sesuatu perniagaan adalah digalakkan.
5. Puak/ kelompok tidak dibenarkan:Puak atau kelompok yang boleh mendatangkan masalah kepada forum tidak dibenarkan. Jika ahli forum ternampak keadaan sebegini boleh lapor kepada moderator, super moderator atau admin untuk tindakan lanjut.

6. Thread yang sama tidak dibenar buka di merata board:Pihak kami mendapati banyak ahli forum suka membuka thread yang sama di banyak board, semata-mata agar ramai ahli nampak informasi yang mereka ingin sampaikan. Keadaan sebegini kebanyakan mengenai pengiklan sesuatu perkidmatan/ produk dan fitnah terhadap seseorang. Dengan ini ahli forum tidak boleh membuka thread yang sama di banyak board. Jika ternampak kedaan sebegini, kesemua thread akan padam tanpa diberitahu. Jika ahli yang sama berulang kali melakukan kesalahan yang sama, serta engan mematuhui peraturan ini akan dikenakan tindakan berat.Akan tetapi, thread yang mengenai perkara yang penting atau cemas boleh dikecualikan, tetapi harus mengikut keadaan. Seelok-eloknya ahli seharusnya minta keizinan daripada admin atau super moderator terlebih dahulu. Harap moderator ternampak ahli membuka thread yang menglanggar peraturan ini, sila periksa sama ada ahli berkenaan juga buka thread yang sama dimerata board, jika ya, sila lapor kepada admin atau super moderator untuk padamkan thread tersebut.
7. Kata-kata yang boleh merosak hubungan kaum,lucah, mencarut dan mengugut diharamkan:Sebarang kata di atas adalah tidak dibenarkan, jika terlibat dengan perkara diatas, kemungkinan ahli berkenaan akan dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. Jika ahli terlibat dan melakukan kesalahan ini, ID anda akan terus menjadi Banhammer.

8. Fitnah, maki, personal attack, mengungkit perkara sensitif dan kata kasar juga tidak dibenarkan:Bagi mengawasi forum sentiasa dalam suasana yang mesra tanpa kacau-bilau, perkara seperti di atas tidak dibenarkan timbul di forum ini. Jika ahli forum terlibat kesalahan diatas, pihak admin, moderator atau super moderator akan mengambil tindakan berat ke atas ahli berkenaan. Jika kesalahan berat, ID akan menjadi Bamhammer.
9. Menghebah maklumat peribadi atau mengubah gambar orang lain adalah diharamkan:Maklumat seperti nombor telefon, alamat, nombor IC, maklumat lain atau mengubah gambar orang lain ATAU gambar ahli forum adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk menghebah gambar peribadi orang popular atau politik atau sebaliknya yang boleh mencacatkan nama baik mereka juga tidak dibenarkan. ID akan menjadi Bamhammer.
10. Private Message (PM):Ahli forum menggunakan PM untuk mengiklan, memaki, mengfinah, menghebah maklumat peribadi orang lain,kata-kata lucah/ kasar juga satu kesalahan. Jika ahli terima PM sebegini, sila PRINT SCREEN dan hantar kepada super moderator atau admin.

11. Thread bunuh diri:Thread bunuh diri, mengajak ahli bunuh diri atau membincang mengenai bunuh diri tidak dibenarkan.
12. SPAM:Ahli yang buat SPAM semasa berforum atau membalas thread dengan ICON sahaja adalah satu kesalahan. Ahli yang terlibat dengan kesalahan ini akan dikenakan tindakan. Moderator berhak padam thread berkenaan. jika ahli masih berulangi, moderator berhak tolak kredit ahli berkenaan. Moderator berkuasa untuk menilai dan membuat keputusan akhir sama ada ahli tersebut melakukan SPAM atau tidak.
13. Mengutip derma atau menyeru ahli menderma diharamkan:Bagi mengelakkan masalah yang tidak seronok berlaku, forum ini tidak membenarkan ahli mengutip derma atau menyeru ahli menderma untuk sesuatu persatuan kebajikan atau untuk seseorang. Sebab forum ini susah hendak mengenal pasti sama ada persatuan kebajikan yang dikatakan oleh ahli benar-benar wujud atau tidak. Pihak kami tidak mahu sebarang penipuan berlaku di forum ini. Ini bermakna ahli juga tidak dibenarkan meninggalkan nombor akuan bank di forum ini.

14. Bahasa:Kalau boleh Ahli forum digalakkan menggunakan bahasa yang mudah difahami semasa berinteraksi di forum ini.

Selain Peraturan CARI Forum di atas, setiapboard juga terdapat peraturan tambahan mengikut board masing-masing, tetapi peraturan board tidak akan bercanggah dengan peraturan CARI Forum ini. Ahli forum diminta memberi kerjasama, dan mematuhi Peraturan CARI Forum atau Peraturan Board. Selain itu, jika moderator, super moderator atau admin memberi nasihat atas kesalahan yang dilakukan oleh ahli, harap ahli berkenaan mamatuhi. Jika tidak pihak kami akan mengambil tindakan seterusnya.Walau bagaimanapun admin atau super moderator berhak mengubah peraturan CARI Forum atau peraturan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian, tanpa pemberitahuan.

{:mlproud:} Sekian untuk Makluman


himun_hino Publish time 20-3-2021 12:51 PM

peraturan thread2 lawak.
buat masa ini senarai larangan adalah sama seperti yg disenaraikan oleh mod sebelumnya.

peraturan tambahan

- warga bod dilarang post HANYA smiley sahaja tanpa sebarang kata. :lol::lol::'(:'(
- thread2 lawak gambar/video hendaklah mempunyai ayat pembuka bicara walaupun ringkas.
- thread2 lawak gambar/video yg tidak dpt dilihat layak dibuang oleh moderator.

sorry kalu ayat kurang difahami atau terlalu ringkas.
@Eva_yy_Ellin boleh cadang susunan ayat atau tambahan peraturan yg difikirkan sesuai.

Pages: [1]
View full version: Peraturan FORUM CARI dan BOD Teka Teki & Trivia