robotech Publish time 8-7-2013 07:37 PM

Kenangan 21 tahun penubuhan Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH)

Kenangan 21 tahun penubuhan Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH)

Olahan artikel & terjemahan: Robotech MPSA Cari.com
Artikel asal: http://www.za-vas.ca/20-years-since-bosnian-army-formation/

Pada 15 April 1992 adalah hari penubuhan Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH) ketika konflik penghapusan etnik terhadap kaum Muslim Bosniak. 21 tahun kemudian, tarikh ini diraikan sebagai Hari Tentera (Dan Armije).

http://www.za-vas.ca/wp-content/uploads/2013/04/SEFER_HALILOVIC__I__RASIM_DELIC_1993_427906056.jpg

Sejak angkatan tentera Bosnia ditubuhkan semasa peperangan Bosnia Herzegovina, situasi keadaan ketika ia ditubuhkan amatlah dhaif dimana tiada masa latihan formal ketenteraan dapat diberikan kepada anggota pejuang Bosniak, organisasi yang masih kerdil dengan persenjataan yang minimal. Sebelum penubuhannya, ramai pejuang Bosniak bernaung di bawah unit2 kecil gerila dengan nama2 gelaran Territorial Defense, Green Berets, Patriotic League, Civil Defense & banyak lagi unit pertahanan militia mengikut kawasan masing2, geng2 penyangak serta sebahagian unit tentera profesional.

http://www.za-vas.ca/wp-content/uploads/2013/04/bosnian-army-1994.jpg

Apabila penubuhannya telah dirasmikan, kebanyakan unit2 pejuang ini menjadi sebahagian daripada ARBiH. Angkatan Tentera ini kemudiannya dibahagikan mengikut kor masing2 dan setiap kor diletakkan di setiap kawasan yang berbeza di seluruh Bosnia. Komander ARBiH yang pertama ialah Komander Sefer Halilovic yang memegang jawatan sehingga 8 Jun 1993 sehinggalah digantikan dengan Allahyarham Komander Rasim Delic, yang memegang jawatan tertinggi ARBiH sehingga tamatnya peperangan di Bosnia.

Pada tempoh berakhirnya peperangan di hujung 1995, ARBiH menjadi satu angkatan bersenjata yang dihormati & mempunyai moral yang tinggi - suatu kebanggaan bagi sesiapa sahaja yang bergelar bangsa Bosnia. Walaupun dengan segala kekurangan dari segi formasi & kelengkapan persenjataan pada awal penubuhannya, pada penghujung konflik, ARBiH memiliki kekuatan anggota seramai 228,000, dibahagikan kepada lebih 100 briged, dipersenjatai dengan 101,580 senjata infantri pelbagai jenis, 2,939 meriam artileri dan 90 buah kereta kebal.

http://www.za-vas.ca/wp-content/uploads/2013/04/alija-izetbegovic-bosnian-army.jpg

Setelah perang Bosnia tamat, seramai 25,196 anggota ARBiH telah mati syahid (KIA - Killed in Action), 16,000 menjadi kurang upaya (OKU) akibat kecederaan masa peperangan dan anggaran seramai 5,000 anggota dilaporkan hilang (MIA - Missing in Action). Begitu jelas sekali banyak nyawa telah dikorbankan demi mempertahankan kepelbagaian etnik & warisan Bosnia Herzegovina. Melihat kembali sejarah akan niat keji, penghapusan etnik & penyembelihan oleh kaum Serbia, kita tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi kepada etnik Bosniaks & kedaulatan Bosnia tanpa penubuhan ARBiH. Last edited by robotech on 8-7-2013 07:40 PM

robotech Publish time 8-7-2013 07:45 PM

http://i1149.photobucket.com/albums/o600/machinecult/Yugoslav%20Wars/welcomehome2jd.jpg

Anggota tentera ARBiH berbangsa Bosniak (org Islam Bosnia) menangis kerana setelah berbulan lamanya dia pergi berjihad, apabila pulang ke kampung halaman mendapati kesemua ahli keluarganya telah terbunuh.

robotech Publish time 8-7-2013 07:47 PM

http://i1149.photobucket.com/albums/o600/machinecult/Yugoslav%20Wars/bosnian6qy.jpg

Seorang srikandi Bosniak, yang mengambil posisi menembak menentang Serbia.

robotech Publish time 8-7-2013 07:49 PM

http://i1149.photobucket.com/albums/o600/machinecult/Yugoslav%20Wars/FemaleKLAsoldier.jpg

Salah seorang sukarelawan wanita Muslim berbangsa Albania yang menyertai kor mujahideen di Bosnia. Berkemungkinan besar adalah unit Divisyen Handzar yang rata2 dianggotai bangsa Albania Muslim.

robotech Publish time 8-7-2013 07:51 PM

http://i1149.photobucket.com/albums/o600/machinecult/Yugoslav%20Wars/FemaleBosniakfighters.jpg

Anggota pejuang wanita Bosniak yang berjuang demi mempertahankan agama, bangsa & negara mereka.

robotech Publish time 8-7-2013 07:53 PM

http://media.nadanasnjidan.ba/picture/velike/armija_bih_4.jpg

http://img5.imageshack.us/img5/6002/51991347.jpg

Pejuang Islam Bosnia .... nukleus Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH) yang pada awal penubuhannya amat dhaif. Last edited by robotech on 8-7-2013 07:55 PM

robotech Publish time 8-7-2013 07:56 PM

http://img32.imageshack.us/img32/2193/muslimbosniansoldiersle.jpg

Pejuang2 Muslim Bosnia .... rata2nya orang kampung sahaja.

robotech Publish time 8-7-2013 07:57 PM

http://img40.imageshack.us/img40/5204/zturso.jpg

HQ bagi pejuang Bosnia.

robotech Publish time 8-7-2013 07:58 PM

http://img228.imageshack.us/img228/9913/bosnianfighters92.jpg

Sniper berbangsa Bosniak yang mencari posisi yang sesuai ...

robotech Publish time 8-7-2013 08:02 PM

Koleksi gambar2 pejuang Bosniak (aka Muslim Bosnia) yang perlahan2 berubah dari pasukan miltia gerila kepada satu angkatan bersenjata separa profesional yang disegani di akhir perang Bosnia Herzegovina:

http://img641.imageshack.us/img641/1042/naserori.jpg

http://img837.imageshack.us/img837/1315/17krajiska.jpg

http://img801.imageshack.us/img801/272/tuzlakladanjvlasenickib.jpg

http://img16.imageshack.us/img16/272/tuzlakladanjvlasenickib.jpg

http://img411.imageshack.us/img411/272/tuzlakladanjvlasenickib.jpg





Last edited by robotech on 8-7-2013 08:04 PM

robotech Publish time 8-7-2013 08:07 PM

Kenderaan armor milik ARBiH (berkemungkinan besar yang berjaya dirampas dari tentera Serbia):

http://web98.login-5.hoststar.at/images/garavi_zeko.jpg

http://img684.imageshack.us/img684/9763/scan0087.jpg

http://www.mycity-military.com/imgs2/99624_47153789_M-80A1%20Vidra.jpg

robotech Publish time 8-7-2013 08:09 PM

UNIT TEMPUR MUJAHIDEEN DI BOSNIA - PART 1

Olahan & terjemahan artikel: Robotech MPSA Cari.com

http://global-security-news.com/wp-content/uploads/2011/05/Muslim_Bosnia_Zenica_ten_thousand_El_Mujahadeen_Unit_Our_Path_IS_Jihad.jpg

http://img443.imageshack.us/img443/2740/arbihzenica8ax.jpg


Foto: Unit sukarelawan Mujahideen dari pelbagai negara yang menyertai pasukan pertahanan Muslim Bosnia ketika perang Serb-Bosnia.

Pada akhir tahun 1995, unit2 Mujahideen di Bosnia Herzegovina ialah:

Unit Mujahideen dalam Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH)

Selain itu turut dilaporkan ribuan pakar ketenteraan dari Iran, Turki, Pakistan, Mesir, Malaysia, dan negara Islam lainnya yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH) dengan jawatan2 penting. Mereka ini dianggap sebagai anggota tentera tetap Bosnia dan mempunyai kepakaran & kemahiran dalam artileri, pertahanan udara, lojistik dll. Jumlah pakar2 ketenteraan asing dalam unit2 tetap Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH) tidak dimasukkan dalam anggaran sukarelawan Mujahideen yang lain. Pada akhir Disember 1995, tiada indikasi pakar ketenteraan asing ini akan meninggalkan Bosnia untuk pulang ke negara masing2. Difahamkan sebahagian besar mereka ini diberikan status kewarganegaraan Bosnia Herzegovina di atas jasa mereka mempertahankan Bosnia.

Armija Republike BH 3, Korpus Odred 'el-Mudzahidin' (Bosnia Herzegovina's Republic Army 3 - Corps Order al-Mujahideen)

Ketumbukan utama unit Mujahideen, berkhidmat sebagai unit tempur utama bagi Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH). Mempunyai IbuPejabat di Zenica, Kor Mujahideen ke-3 (3rd Mujahedin Corps) terdiri dari 3 briged yang setiap satunya dengan kekuatan 1500 orang anggota iaitu Briged Pembebasan Muslim ke 7 (7th Muslim Liberation Brigade - ditubuhkan pada 20 Disember 1985) di Zenica, Briged Pembebasan Muslim ke 9 (9th Muslim Liberation Brigade) di Travnik dan Briged Pembebasan Muslim ke 4(4th Muslim Liberation Brigade) yang dulunya ditempatkan di barisan tempur hadapan di wilayah Botsilo sebelum dipindahkan ke Konjic. Briged Pembebasan Muslim ke 807 (807th Muslim Liberation Brigade) adalah komponen sokongan kepada Divisyen ke 81 (81st Division) bertempat di Gorazde. Last edited by robotech on 8-7-2013 08:21 PM

robotech Publish time 8-7-2013 08:12 PM

UNIT TEMPUR MUJAHIDEEN DI BOSNIA - PART 2

Olahan & terjemahan artikel: Robotech MPSA Cari.com

Volunteer Mujahedin Battalion -Ansar

Unit elit lainnya di wilayah Zenica-Travnik dikenali sebagai Battalion Sukarelawan Mujahideen - Ansar. Pasukan elit ini mempunyai kekuatan dari 300 hingga 600 anggota. Ibu Pejabat pasukan Ansar adalah di bangunan kilang Vatrostalno di Podbrijezje berhampiran Zenica. Selain itu, sebuah kem baru pasukan Ansar yang ditubuhkan pada musim bunga 1995 dikenali sebagai Detasmen Syahid (Martyrs' Detachment) telah menyerap ratusan Mujahideen asing yang pakar dalam peperangan gerila yang berasal dari Pakistan, Iran & Afghanistan.

Kata 'eb al-Manikin (Battalions of Believers)

Sebuah pasukan elit khas yang ditubuhkan pada akhir 1995 ialah Kata 'eb al-Manikin. Keanggotaannya terdiri daripada pejuang Arab, Afghan & dilatih di Sudan. Pegawai unit ini datangnya dari Pakistan & Afghanistan manakala jurulatih & pegawai pemerintah pula daripada Iran. Setiap battalion mempunyai kekuatan dari 300 hingga 600 anggota. Battalion yang pertama beroperasi ditempatkan di kawasan Buzim. Sebuah battalion lagi pula diserap sebagai pasukan khas (special forces) bagi Kor ke 2 (2nd Corps) di kawasan Tuzla manakala battalion2 lain diaturgerak di seluruh Bosnia-Herzegovina.

Abu-Ma'ali, Komander Mujahideen di Bosnia menyatakan kekuatan anggota pasukan Mujahideen adalah seramai 5000 hingga 6000 orang tetapi sumber Yugoslavia, Croatia & sumber ketenteraan Muslim Bosnia menganggarkan ketumbukan Mujahideen di Bosnia adalah lebih dari 7000 orang. Last edited by robotech on 8-7-2013 08:21 PM

robotech Publish time 8-7-2013 08:14 PM

UNIT TEMPUR MUJAHIDEEN DI BOSNIA - PART 3

Olahan & terjemahan artikel: Robotech MPSA Cari.com

Handzar Division (Divisyen Handzar)

Sebuah lagi pasukan Mujahideen di Bosnia iaitu Divisyen Handzar dinamakan bersempena nama unit Muslim tentera Jerman yang dianggotai orang Islam Eropah pada perang dunia kedua iaitu 13th SS Handzar Division. Divisyen Handzar di Bosnia merupakan pasukan elit bertempat di Sarajevo & mempunyai kekuatan seramai 2500-3000 pejuang elit di Sarajevo manakala lebih daripada 6000 - 7500 anggota pasukan simpanan ditempatkan di pusat latihan ketenteran di Fojnica sebelum dihantar ke seluruh barisan hadapan di Bosnia. Majoriti pejuang Divisyen Handzar rata2nya adalah Muslim Albania yang dipimpin pegawai veteran dari Pakistan & Afghanistan.

Pada kemuncak konflik pada 1995, elemen-elemen dari Divisyen Handzar menjadi pasukan khas yang mempertahankan kawasan Sarajevo, Tuzla & kawasan barat Bosnia. Dalam banyak kes, terutama ketika gerakan ofensif di barat Bosnia Herzegovina pada musim panas - musim luruh 1995, Divisyen Handzar beroperasi dengan kerjasama unit2 Mujahideen daripada Eropah Timur.

Pejuang Iran di Bosnia

Selain itu turut terdapat sebahagian pejuang Islam Parsi yang berasal dari Iran yang terlibat dengan gerakan subversif di Bosnia. Sebahagiannya berselindung di sebalik badan2 kebajikan & organisasi kemanusiaan yang dikenalpasti ditaja oleh badan perisikan Iram. Kebanyakannya beroperasidi Zagreb, Croatia dengan kerjasama pegawai risikan Iran & wakil Hezbollah. Mohammad Javad Asayesh adalah seorang diplomat di Kedutaan Iran di Zagreb yang bertanggungjawab sepenuhnya memantau operasi perisikan & serangan sekitar Balkan & Eropah yang berselindung di sebalik aktiviti kemanusiaan. "Badan2 kebajikan" ini kebanyakannya dijalankan oleh Yayasan Mostazafin (organisasi bayangan risikan Iran). Last edited by robotech on 8-7-2013 08:21 PM

robotech Publish time 8-7-2013 08:15 PM

UNIT TEMPUR MUJAHIDEEN DI BOSNIA - PART 4

Olahan & terjemahan artikel: Robotech MPSA Cari.com

Pada musim sejuk 1995/96, Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH) melancarkan program rahsia bagi menyembunyikan kehadiran pejuang mujahideen dalam keanggotaannya. Majoriti mujahideen dengan kepakaran & pengalaman perang yang rata2nya berbangsa Pakistan, Afghanistan & Iran telah diserap sebagai anggota tetap Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH) & ditempatkan dalam pelbagai unit & kor dalam Angkatan Tentera ini bersama2 etnik Bosnia Muslim. Bagi pejuang Islam yang rata2nya berbangsa Arab pula dibenarkan berjuang dalam unit masing2 samada dalam unit yang besar atau sebagai entiti bukan ketenteraan.

Pada akhir Januari 1996, Jeneral Zivko Budimir, Pegawai Pemerintah HVO (Angkatan Tentera Crotia) menegaskan bahawa sebahagian besar pejuang sukarelawan Islam "masih belum meninggalkan" Bosnia-Herzegovina walaupun kor2 utama mujahideen telah "dibubarkan".

Menjelang pertengahan Februari 1996, sejumlah besar "bekas anggota mujahideen" berbangsa Arab terutamanya yang diserap ke dalam pasukan elit Tentera Darat Bosnia, Angkatan Tentera Bosnia Herzegovina (BiH) dilaporkan ditukarkan status mereka kepada "staf kemanusiaan & kebajikan" di bawah oragnisasi antarabangsa yang diiktiraf badan2 antarabangsa & mendapat sokongan kerajaan Bosnia di Sarajevo. Dalam kapasiti ini, bekas2 pejuang Mujahideen masih dapat ditempatkan di pangkalan tentera masing terutamanya di kawasan tengah Bosnia.

Pada 20 Februari 1996, pasukan keselamatan Croatia di Mostar memberi amaran bahawa "Pejuang Islam, mujahedin, yang sepatutnya sudah meninggalkan Bosnia-Herzegovina sebagaimana termaktub dalam perjanjian damai Dayton, masih lagi belum meninggalkan Bosnia."

Selain itu, mekanisme yang cukup berkesan & terbukti bagi membolehkan kehadiran mujahideen diiktiraf oleh kerajaan Bosnia adalah menerusi perkahwinan dengan wanita Bsonia Muslim supaya pejuang Mujahideen mendapat status warganegara semakin berleluasa.Wakil keselamatan dari Croatia melaporkan sejak akhir 1995 "sejumlah besar mujahideen berkahwin di Bosnia & diberi dokumen2 yang diperlukan untuk menetap di Bosnia."

Jumlah sebenar mujahideen yang menggunakan perkahwinan dengan wanita tempatan untuk terus menetap di Bosnia tidak diketahui dengan jelas malah badan perisikan Croatia & Serbia menganggarkan angka yang mencecah beberapa ribu. Memandangkan secara anggaran total seramai 40,000 pejuang Islam yang berkhidmat di Bosnia-Herzegovina sejak awal 1990an, anggaran mujahideen yang berkahwin dengan wanita Bosnia & menetap di Bosnia mencecah angka beberapa ribu iaitu 10 - 15% dari keseluruhan mujahideen asing sepanjang konflik berkenaan.

Terdapat satu kajian statistik yang telah disahkan dimana unit2 pejuang Islam dari Lubnan yang ditaja Iran & dihantar ke Bosnia pada tahun 1992 untuk tempoh khidmat sukarela selama 2 tahun. Dari jumlah seramai 300 mujahideen, hanya 200 anggota sukarelawan telah pulang ke Lubnan setelah menamatkan misi mereka manakala baki dalam anggaran 50 orang lagi telah berkahwin dengan wanita Bosnia & menetap terus di Bosnia-Herzegovina (baki 50 lg mungkin terkorban dalam konflik (?) ). Last edited by robotech on 8-7-2013 08:22 PM

robotech Publish time 10-7-2013 10:48 AM

Dokumentari: The Defense Of Bosnia

Sebuah dokumentari yang menunjukkan bagaimana rakyat Bosnia mempertahankan bangsa mereka dari serangan musuh di segenap penjuru semasa perang 1992-1995.

Walaupun agak dhaif dari segi kelengkapan perang akibat halangan PBB, rakyat marhaen Bosnia bersatu bekerjasama berjuang sehingga mencapai kemenangan 3 tahun kemudian. Dengan kemenangan yang dikecapi, tertubuhlah sebuah negara Bosnia Herzegovina yang berdaulat di Eropah.

3a1bQTDR9y8

robotech Publish time 10-7-2013 11:07 AM

Dokumentari BBC - War In Mostar Bosnia (HVO - Croat vs Muslim Bosniaks)

Ramai orang salah faham situasi perang di Bosnia. Mereka menganggap konflik bersenjata & pembersihan etnik hanya dilakukan ke atas Bosniaks oleh bangsa Serbia. Tetapi ia sebenarnya adalah perang 3 penjuru, dimana etnik Bosniaks terpaksa mempertahankan diri bukan sahaja daripada militia Serb Bosnia & anggota tentera bantuan Republik Serbia Montenegro, tetapi etnik Bosniaks juga diasak oleh militia HVO Croatia yang menangguk di air yang keruh.

Dokumentari BBC ini memfokuskan konflik Bosnia di Mostar sepanjang 1992-95. Bandar Mostar telah dikepung oleh pasukan militia HVO Crotia & dokumentari ini menunjukkan kecekalan masyarakat Bosnia Muslim disana mempertahankan bandar mereka.

Ipua2Mh_F_c

raxief Publish time 11-7-2013 11:03 PM

bab2 iran ni sensitif skrg.. sbb iran skrg ni back up besar bashar al assad selain russia..

robotech Publish time 19-7-2013 02:59 PM

raxief posted on 11-7-2013 11:03 PM static/image/common/back.gif
bab2 iran ni sensitif skrg.. sbb iran skrg ni back up besar bashar al assad selain russia..

Tak perlu sensitif. Secara umumnya, negara2 Islam yang banyak terlibat dibelakang tabir menyumbang wang & 'penasihat ketenteraan' datang dari kem ASWJ & Syiah. Orang Islam ni, akan bersatu menentang musuh kuffar yang terang jelas nyata. Bila objektif tercapai, orang Islam kembali semula berbunuhan sesama sendiri.

Perkara stendet.

edmundo Publish time 22-7-2013 12:22 PM

Sayu tgk gmbar pejuang yg meratap kt pokok sblh rumah dia.
Highly respected fighter.
Pages: [1] 2
View full version: Kenangan 21 tahun penubuhan Angkatan Tentera Republik Bosnia Herzegovina (ARBiH)


ADVERTISEMENT