izamahmed Publish time 3-7-2013 07:03 PM

Beza Domain Dan Hosting (Info)

Bagi yang dah lama dalam dunia blog, rasanya faham benarlah apa itu Domain dan apa itu Hosting. Tapi ramai lagi diluar sana yang tak faham apa itu hosting dan domain kan. Ada sesetengah orang anggap domain dan hosting itu sama. Domain dengan hosting jauh berbeza tetapi mestilah bersama.

Disini saya akan memberikan penjelasan yang ringkas serta basic sahaja dan harap-harap korang boleh faham.

Domain
Domain adalah alamat blog, URL, web.

Contoh :
1. http://www.decrewz.com
2. http://decrewz.blogspot.com
3. http://www.decrewz.wordpress.com

Domain yang pertama (1) adalah jenis yang berbayar. Korang perlu membayarnya mengikut kadar yang ditetapkan. Biasanya pembayaran dilakukan setahun sekali.Untuk melihat harga domain, boleh rujuk disini (contoh): http://www.zettahosting.com/billing/domainchecker.php

Domain kedua dan ketiga pula adalah percuma. Yang mana korang hanya perlu mendaftar di Blogger.com ataupun WordPress.com.

Hosting
Hosting adalahtempat penyimpanan data.

Segala artikel, gambar, video, audio dan segala yang terdapat dalam blog anda akan dimasukkan dalam hosting. Tak perlulah nak pening macamna cara ianya disimpan. Apabila korang save sahaja file korang, secara automatik ianya akan disimpan didalam hosting. Ianya berfungsi seperti hard disk yang menyimpan segala jenis file.

Untuk melihat harga Hosting boleh tengok disini (contoh): http://www.zettahosting.comboleh google hosting kat malaysia untuk perbandingan harga sebelum beli

Bagi yang berminat untuk menggunakan Domain dan Hosting berbayar, saya cadangkan lebih baik korang menggunakan hosting yang terbaik. Untuk membeli domain tak kisah korang nak beli dengan syarikat mana pun, yang penting ialah hosting kerana ianya mempengaruhi kepantasan blog korang dan akan datang korang takkan sakit hati apabila blog selalu down disebabkan oleh peyedia pihak hosting.

Harap info ini membantu

trunks Publish time 3-7-2013 08:41 PM

your blog guna hosting yang mana bro?
me guna 30rm setahun..murah saja jarang down..

izamahmed Publish time 3-7-2013 08:45 PM

trunks posted on 3-7-2013 08:41 PM static/image/common/back.gif
your blog guna hosting yang mana bro?
me guna 30rm setahun..murah saja jarang down..

wow... sy pakai RM45+ hosting je.
hosting ape tu? ceciter {:loveo

trunks Publish time 3-7-2013 08:52 PM

izamahmed posted on 3-7-2013 08:45 PM static/image/common/back.gif
wow... sy pakai RM45+ hosting je.
hosting ape tu? ceciter

dulu ekbmall nama dia..baru-baru ini sudah tukar pula..
bro sudah report ke your web tadi ? ;-)

izamahmed Publish time 3-7-2013 08:59 PM

trunks posted on 3-7-2013 08:52 PM static/image/common/back.gif
dulu ekbmall nama dia..baru-baru ini sudah tukar pula..
bro sudah report ke your web tadi ? ;-)
...

nak report la ni. tadi pegawai teknikal tak online.
masalah ler kalau slalu jd camni

izamahmed Publish time 3-7-2013 09:27 PM

takpe, berkawan ikhlas bukan kerna sebab lain :P

Lov3ly Publish time 4-7-2013 08:08 AM

belajar subjek IT - web & domain :lol: {:thumbo

izamahmed Publish time 4-7-2013 10:51 AM

Lov3ly posted on 4-7-2013 08:08 AM static/image/common/back.gif
belajar subjek IT - web & domain

ni basic kalau nak jadi web master {:thumbo

hazimhazwan Publish time 8-7-2013 05:33 PM

Cara Membuat Website

Jika anda semua perasan, ramai jutawan internet lahir sejak akhir-akhir ini. Mereka menggunakan medium website mereka sendiri untuk menjana pendapatan yang boleh mencecah angka 5 digit sebulan! Memeranjatkan bukan? Jadi disini saya akan menerangkan bagaimana mereka boleh menjana pendapatan sedekimian menggunakan website mereka sendiri. Sebelum itu, anda memerlukan satu website untuk diri anda sendiri sebelum anda boleh menjadi JUTAWAN INTERNET!! http://caramembuatwww.com/wp-includes/images/smilies/icon_biggrin.gif Ya anda datang tepat pada tempatnya untuk belajar cara membuat website http://caramembuatwww.com/wp-includes/images/smilies/icon_wink.gifPerkara wajib anda perlu tahu dalam membuat website:
[*]Domain name
[*]Web hosting
[*]Website
Domain name ialah nama website anda itu sendiri. Sebagai contoh, nama website kepada laman web ini apa? Jika anda perasan di kotak search engine di atas sana ada ternyata caramembuatwww.com bukan? Ya,caramembuatwww.com itulah dimaksudkan dengan domain name! Mudah bukan? Tidak semestinya domain name perlu berakhir dengan .com tetapi bermacam-macam lagi seperti .my, .co, .org dan sebagainya.

Baiklah teruskan dengan web hosting pula, web hosting diibaratkan seperti tanah dan domain name ialah alamat tanah itu. Jika ada alamat mesti ada tanahnya bukan? Saya tidak mahu anda keliru disini kerana saya memberikan penerangan berdasarkan analogi semata-mata. Setelah anda mendapatkan domain name anda, anda perlu mencari web hosting. Dalam bahasa analogi, setelah anda mendapatkan alamat(domain name), anda perlu mencari tanah(web hosting) kepada alamat tanah itu. Web hosting dandomain name bergantung antara satu sama lain. Jika salah satu tidak ada, website anda tidak akan berfungsi. Dalam dunia internet, apabila anda mendapatkan web hosting anda akan diberikan cPanel iaitu Contol Panel untuk menyediakan website anda.Terdapat pelbagai servis web hosting yang berada di pasaran dan anda perlu memilih web hosting dengan baik kerana jika anda tidak memilih web hosting yang baik, website anda akan perlahan untuk dibuka oleh pelawat di waktu puncak.Perkara yang terakhir anda perlu lakukan ialah mereka cipta website anda. Ingin saya menegaskan disini bahawa jika anda tidah membuat website, domain name anda tidak akan ada sebarang kandungan. Di luar sana, terdapat perlbagai software dalam mereka cipta website anda sendiri. Ada yang susah(saya sendiri tidak faham untuk menggunanya) dan ada yang senang. Jika anda seorang yang baru hendak berjinak-jinak dalam membuat website, saya mencadangkan anda menggunakan Wordpress sebagai medium membuat website anda http://caramembuatwww.com/wp-includes/images/smilies/icon_wink.gif
Tahniah! Saya berbangga kerana anda habis membaca tentang domain name, web hosting dan website. Andatelah tahu asas dalam cara membuat www ataupun cara membuat website. Kini anda bakal memulakan perjalanan yang lebih menarik lagi dalam mengecapi impian anda sebagai JUTAWAN INTERNET!!Di sini saya akan merumuskan kembali segala perkara yang telah kita belajar bersama.Saya ingin anda bayangkan bahawa web hosting itu ialah tanah, domain name ialah alamat tanah itu dan website ialah rumah. Ketiga-tiga elemen ini iaitu web hosting, domain name dan website bergantung antara satu sama lain. Sila lihat dan kaji ilustrasi di bawah untuk lebih memahami dengan lebih berkesan.Admin,
www.caramembuatwww.com

Defcon Publish time 9-7-2013 12:26 PM

Di antara KESILAPAN BESAR pemilik laman web adalah tidak menyedari bahawa domain yang anda bayar itu adalah sepatutnya milik anda 100% sepenuhnya. Sekiranya anda membeli domain, sudah pasti melalui orang tengah/reseller pasti domain itu hak milik mutlak anda. Sekiranya tidak, anda akan mengalami masalah di masa hadapan. Sebagai contoh masalah adalah berikut:

a)Orang tengah/reseller itu dah mati, bisnes lingkup
b)Orang tengah/reseller tu buat taik. Politik tak ngam sama anda.
c)Bila call orang tengah/reseller tu dah start bebuat payah nak angkat tepon
d)Apa sahaja masalah yang menyusahkan

Tidak dinafikan ada orang tengah/reseller tu bagus..jaga client.. tapi sebagai pengguna..ketahui lah HAK anda.. ibarat..takkan anda beli superbike bayar cash tapi atas geran nama orang lain hohohoho.. tiap kali nak renew..$$$ anda jugak:)

Hilang hosting lagi bagus dari hilang domain.

izamahmed Publish time 9-7-2013 02:40 PM

terima kasih @hazimhazwan & @Defcon :D

jojoe00 Publish time 26-7-2013 12:17 AM

kalau nak jual barang online, website + hosting + domain bagaimana yg diperlukan? boleh suggest? masih baru n zero knowledge about all these :sweat3:

trunks Publish time 26-7-2013 12:53 AM

jojoe00 posted on 26-7-2013 12:17 AM static/image/common/back.gif
kalau nak jual barang online, website + hosting + domain bagaimana yg diperlukan? boleh suggest? mas ...

kalau baru nak bermula..gunalah medium percuma dulu..blogspot sahaja ..

phongsakorn Publish time 26-7-2013 01:28 AM

Bagaimana nak jual barang di internet

Tips yang pertama.
Perlu ada produk untuk diniagakan, tak kira la E-Book ke, servis ke, atau produk nyata macam barang komputer

Tips kedua
Buat /develop FB page / Blog / website terpulang nak yang free atau berbayar. kalau ada budget bayar la, senang nak maintain dan banyak advanced features

kalau yang berbayar modal hanyalah untuk
1. beli nama domain : contoh RM 50
2. Sewa hosting : RM 200++ setahun, bergantung kepada jenis hosting dan features yang disediakan.

Kalau nak Free
1. macam trunks bagitau.. pergi je blogspot.com / wordpress register dan daftar terus guna..


Last edited by phongsakorn on 26-7-2013 01:30 AM

izamahmed Publish time 26-7-2013 08:23 AM

jojoe00 posted on 26-7-2013 12:17 AM static/image/common/back.gif
kalau nak jual barang online, website + hosting + domain bagaimana yg diperlukan? boleh suggest? mas ...

Kalau beginner, saya cadangkan guna wordpress / blogspot untuk permulaan.
disamping belajar dan memperbaiki pengetahuan membina web.
Blogspot & Wordpress juga boleh didaftar menggunakan domain .com .net .org dan sebagainya.
& boleh jimat tanpa membeli hosting.

•Wordpress https://signup.wordpress.com/signup/
•Blogspot http://www.blogspot.com

template bisnes untuk blogspot boleh didownload percuma di http://btemplates.com/tag/business/

untuk tutorial, boleh ke link ni
•Blogger Tips & Tricks
•Templates & Tutorials To Design Business Website

video tutorial: http://www.youtube.com/watch?v=pwjjHngOsLY

jojoe00 Publish time 29-7-2013 11:11 AM

izamahmed posted on 26-7-2013 08:23 AM static/image/common/back.gif
Kalau beginner, saya cadangkan guna wordpress / blogspot untuk permulaan.
disamping belajar dan m ...

tq tq for the info :loveliness:

jojoe00 Publish time 29-7-2013 11:13 AM

phongsakorn posted on 26-7-2013 01:28 AM static/image/common/back.gif
Bagaimana nak jual barang di internet

Tips yang pertama.


tq ye :loveliness:

xhkmx Publish time 20-12-2013 03:44 PM

Aku haritu ada beli hosting tp x beli domain. Boleh x kalo nak beli domain ngan provider yg lain dari kita punya hosting?

firdaruddin Publish time 21-12-2013 01:05 AM

xhkmx posted on 20-12-2013 03:44 PM static/image/common/back.gif
Aku haritu ada beli hosting tp x beli domain. Boleh x kalo nak beli domain ngan provider yg lain dar ...

boleh je.tak ada masalah.

amirul_zain Publish time 21-12-2013 02:08 PM

xhkmx posted on 20-12-2013 03:44 PM static/image/common/back.gif
Aku haritu ada beli hosting tp x beli domain. Boleh x kalo nak beli domain ngan provider yg lain dar ...

dalam pembacaan ku, beli domain dgn org yg jual domain saja lagi baik, sebab dyeorang fokus dlm bidang domain.
aku bli domain dgn namecheap, tp hosting dgn hostgator.

Pages: [1] 2
View full version: Beza Domain Dan Hosting (Info)