mrsT Publish time 8-7-2013 03:54 PM

Andai itu..

senyuman yang di lemparkan menyembunyi seribu rasa..
menangis bersama titisan hujan
Alam seakan mengerti
luka dan kesedihan hati..

terhenti langkah kaki
menoleh ke belakang seketika..
menunduk ke bumi
mencari kekuatan sebelum langkah di ayun

Alam seakan memangis bersama..
merasai titik-titik derita..
cuba mendamaikan hati..
Mutiara yang menitis bersatu bersama sang hujan

Apa mahunya lagi..
andainya tangisan ku membuatkan anda gembira
aku terima dengan hati terbuka
andai derita ku membuatkan anda bahagia
aku terima dengan redha..






mitnick Publish time 12-7-2013 02:22 PM

dalamnya laut boleh disukat, dalamnya hati masih misteri

mrsT Publish time 14-7-2013 09:26 AM

mitnick posted on 12-7-2013 02:22 PM static/image/common/back.gif
dalamnya laut boleh disukat, dalamnya hati masih misteri

kerana dasar hati tersimpul rasa
rahsia hati tak siapa yang mengerti
hanya DIA yang mampu selami

menyentuh dahi di sejadah
mohon padaNYA sebuah kedamaian
agar kuat kaki melangkah
agak tenang gelora rasa
mempu tersenyum di dalam duka

mampu teguh berdiri
walau pun ada yang mencemuh
mampu tetap tersenyum
walau ada yang menghina

jangan di alirkan air mata
dihadapan mereka yang menunding
selimutkan lah mereka dengan doa
semoga rahmat ALLAH memanyungi mereka...



mitnick Publish time 14-7-2013 10:27 AM

mrsT posted on 14-7-2013 09:26 AM static/image/common/back.gif
kerana dasar hati tersimpul rasa
rahsia hati tak siapa yang mengerti
hanya DIA yang mampu selami ...

wow~ talented sgt2... {:mlclap:} mesti kejap je dpt idea terus tulis... {:mlsmile:}

mrsT Publish time 14-7-2013 11:49 AM

mitnick posted on 14-7-2013 10:27 AM static/image/common/back.gif
wow~ talented sgt2...mesti kejap je dpt idea terus tulis...

tak adalah biasa jerk...

dellema Publish time 19-7-2013 07:55 PM

sepi jiwa merantai kalbu,
kelam malam menghimpit rasa,
derita jiwa tiada siapa yang tahu,
usah dibiar rengsa menjerut jiwa,

mrsT Publish time 20-7-2013 12:43 AM

dellema posted on 19-7-2013 07:55 PM static/image/common/back.gif
sepi jiwa merantai kalbu,
kelam malam menghimpit rasa,
derita jiwa tiada siapa yang tahu,

leraikan sepi yang mengunci kalbu
tersenyumlah walaupun berduka nestapa
pasakkan di dalam diri
senyuman harus dilemparkan
walaupun sinar mata itu hilang
kaki akan terus melangkah
walaupun beribu kali tersungkur ke bumi
hati walaupun berderai seribu
cantumlah semula walaupun jemari luka berdarah
derita tidak pernah kita undang
biar lah ia berlalu bersama angin yang menderu..


mrsT Publish time 20-7-2013 12:49 AM

Andai mampu ku hentikan derita
telah lama ku hentikan
andai mampu ku raih bahagia
telah lama ku cuba menggapai..
kadang kala derita dalam bahagia itu manis
kadang kala bahagia dalam derita itu pahit
Ku akur pada percaturan
andai bahagia bukan milik ku
belum pasti derita itu sepahit hempedu
belum tentu bahagia itu semanis madu

terima kasih di atas pengajaran
mengajar diri ini menjadi seorang manusia
yang tetap melangkah walau kerap kali rebah
jatuh kebumi..


Kejora927 Publish time 20-7-2013 08:37 AM

Andai begini pengakhiran perjalanan yang kita bina
apa lagi yang mampu ku harapkan
aku bukanlah sempurna seperti yang kau mahukan
dan kita-kita takkan ada yang sempurna
adat manusia kepingin bahagia.......

ERKKK.. ape aku menulis neh,,haha cam hampeh jeeeeee.. :L

mrsT Publish time 20-7-2013 06:37 PM

Kejora927 posted on 20-7-2013 08:37 AM static/image/common/back.gif
Andai begini pengakhiran perjalanan yang kita bina
apa lagi yang mampu ku harapkan
aku bukanlah ...

Tiada manusia yg sempurna
Namun pasti ada yg membedakan
Teruslah melangkah
Jangan dinafikan hak itu
Berhenti apabila tiba masanya
Untk berehat selamanya
Pandang ke depan dengan berani
Tinggal kan segala tomahan di belkang..


mrsT Publish time 20-7-2013 06:40 PM

Kenapa harus kau kotori hati mu
Melihat kegembiraan insan lain
Seperti melihat bara di dlm serkam
Biarlah mereka bahagia
Jangan dinafikan hak mereka
Merekantdk menghulur tangan pada mu
Meminta walaupun sesuap nasi
Mereka tidak merayu pada mu
Walaupun mereka amat memerlukan..
Pages: [1]
View full version: Andai itu..


ADVERTISEMENT