uniq61 Publish time 2-7-2013 11:16 AM

Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin

Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Sedang Hidup..Kenapa..??

tabek puang | 4:14 PTG | 1comments

http://3.bp.blogspot.com/-i_zu7Ca0XzE/T4XUmsXVK7I/AAAAAAAAK_8/KiTD8inbNZM/s1600/KIPAS-ANGIN-aksesoris_JPG.jpg


Cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin. Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.

Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Nah, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita melambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun. Kerana itu, kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas angin yang sedang terbuka, pastikan tingkap bilik kita terbuka dan peredaran udara di bilik kita baik, dan kipas anginnya tidak hidup terlalu kuat.


tahanlasak Publish time 4-4-2015 11:00 PM

kalau buka kipas pastikan no yg paling rendah........

palomaf4 Publish time 10-4-2015 02:30 PM

oh..baru tahu. nanti nak bgtau kawan2
dia suka tido hadap kipas

spankee_fili Publish time 15-4-2015 04:03 PM

patutla selalu sesak nafas jek malam-malam....

bellaa Publish time 24-4-2015 01:47 PM

cepat tido. cepat mati. :funk:

sr_kila Publish time 15-5-2015 01:20 AM

pesen mak aku la ni tido ngadap kipas.. pantang ditutup, celik terus matanya... aduh ibuku.. huhu

ejans Publish time 21-7-2015 03:45 PM

aku suka buka kipas besor2
tp ngadap kaki or badan lerr
ngadap muka mmg x arr
bising n x leh tido pon
:lol:

miss_kimchi Publish time 30-7-2015 01:13 PM

kena rasa angin kipas tu gak kalau x kepanasan :L

friedfishsoup Publish time 26-8-2015 06:16 PM

Oh baru tahu info

hang_kebun Publish time 16-9-2015 12:04 AM

ooo baru tau.tiap2 malam.. tido camni..tingkp mmg tk buka...rs berangin syok sikit tido..sepoi2 kat muka....

Ennui Publish time 17-9-2015 02:38 PM

pernah gak buat mcm ni sebab panas sgt…tak tahan.Tapi dah tahu ni akan cuba elakkan lah.Makasih TT utk info ni

Kak-Leen Publish time 19-9-2015 07:50 AM

Kami kalau kipas, kaki ja yg kena. Tp jgn la kaki yg togel. Sarungkan la ..

jaa139 Publish time 26-10-2015 08:51 AM

kalau budak, jangan biasakan diorang dengan tido mengadap kipas...pagi2 suhu makin rendah, bayangkan camne badan diorang...

uniq61 Publish time 26-10-2015 06:43 PM

ELOK BELI VENTILATION FAN..

kyani83 Publish time 17-12-2015 12:37 PM

baru malam tadi mak aku bgtau, jangan hala kipas direct ke muka.

uniq61 Publish time 17-12-2015 05:19 PM

Edited by uniq61 at 18-12-2015 04:26 PM

KULIT KITA PUN PERLU BERNAFAS...

@chik Publish time 18-12-2015 01:47 PM

kalo kipas syiling sama jgk ke?

uniq61 Publish time 18-12-2015 04:27 PM

SAMA JE.....

epullipan Publish time 28-1-2016 02:22 PM

thanks for good info:loveliness: Pasni tido pasang aircond:lol:

cikcikebom Publish time 18-8-2016 02:24 PM

tq for info
Pages: [1] 2
View full version: Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin


ADVERTISEMENT