kupu2siang Publish time 20-6-2013 08:50 AM

ciksurie posted on 20-6-2013 08:35 AM static/image/common/back.gif
kau jwb sikit2x dahler..kasi can aku pakai medal pink cepat sikit

aku kasi can ko potong kedit aku :curse: ;P

adabintang Publish time 20-6-2013 09:06 AM

pagi kaliannn

adabintang Publish time 20-6-2013 09:06 AM

http://1.bp.blogspot.com/-Y9JNM6sP5Dk/T3PkO5jA3uI/AAAAAAAAAGg/Y_wx6qUvxA4/s1600/201105040603451075_600w.gif

adabintang Publish time 20-6-2013 09:07 AM

ciksurie posted on 20-6-2013 08:05 AM static/image/common/back.gif
soalan 6 (10 kredit)

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/forum/201306/19/164415w3s5d8sq3zm5sss0.jpg.thumb.jpg

Pokok Tenggek Burung
http://3.bp.blogspot.com/-sgefz-nm9JY/T-m2LNMXKUI/AAAAAAAAAO0/mjKAVxMyLQ8/s1600/4290585518_d2eed523cb_o.jpg



http://forums.accuweather.com/uploads/post-13204-1336091269.gif

~betul~

adabintang Publish time 20-6-2013 09:09 AM

soalan seterusnya...ni soalan bonus..semua boleh jawap

kupu2siang Publish time 20-6-2013 09:11 AM

nextttttttt ;P

ciksurie Publish time 20-6-2013 09:17 AM

adabintang posted on 20-6-2013 09:06 AM static/image/common/back.gif


selamat pagi jugaks adaB :loveliness:

adabintang Publish time 20-6-2013 09:22 AM

soalan bonus (max +20kredit)~ buah dokong
~buah bambangan
~ buah pulasan
~buah rockmelonpilih salah satu dari setiap tumbuhan berikut, nyatakan dengan ringkas:

a. nama saintifiknya
b. berikan gambarnya dengan jelas
c. kaedah tanaman (jika bergambar ekstra +kedit)

setiap forumer hanya boleh menjawap sekali sahaja.
soalan valid sehingga 5pm ptg ini (20/6/13)


Last edited by adabintang on 20-6-2013 09:23 AM

adabintang Publish time 20-6-2013 09:24 AM

kupu2siang posted on 20-6-2013 09:11 AM static/image/common/back.gif
nextttttttt

sila jawappp;P

ciksurie Publish time 20-6-2013 09:44 AM

nak kena mengarang nie :sweat3:

kupu2siang Publish time 20-6-2013 09:45 AM

BUAH DOKONG

a. nama saintifiknya
LansiumDomesticum Corr.

b. berikan gambarnya dengan jelas

http://jpn.penang.gov.my/images/stories/dokong.png c. kaedah tanaman (jika bergambar ekstra +kedit)

Penanaman
Dokong boleh dibiak dengan tiga cara, iaitu anak pokok biji, anak pokok cantuman baji dan keratan.

Penyediaan anak pokok dari biji

Buah dari pokok dokong kering berkualiti yang telah dikenalpasti diambil untuk mendapatkan bijinya.Biasanya sekilo buah akan menghasilkan 4-6 biji yang besar dan bernas.Hanya buah yang besar dan bentuk tidak seimbang sahaja yang ada biji besar dan dipilih sebagai sumber untuk mendapatkan biji.

Biji buah dibuang dan bijinya dibersihkan dan disemai dalam kotak pasir yang telah disediakan lebih awal dan diberi rawatan racun kulat.Biji ditanam sedalam 1 cm dan diletak secara mendatar.Tutup biji-biji ini dengan pasir dan berikan lindungan dari cahaya matahari.Siram 2 kali sehari.Satu biji boleh mengeluarkan lebih dari satu anak pokok.Dalam tempoh 8-10 minggu, anak pokok yang cergas boleh diasingkan dari pokok kecil lain dalam satu biji dan diubah ke polibeg.Anak pokok yang masih kecil boleh disemaikan kembali ke pasir sehingga ia mencapai tahap dua helai daun sebelum diubah ke polibeg.Selepas 8-10 bulan didalam polibeg, anak pokok semaian dokong akan mencapai peringkat umur untuk ditanam, iaitu ketinggian melebih 20 cm dan sekurang-kurangnya 8 helai daun.Untuk mempercepatkan tumbesaran dan mengurangkan tempoh di dalam polibeg ini, semburan dengan baja foliar seminggu sekali adalah disyorkan.

Penyediaan anak benih secara tampang (cantuman baji)

Semua spesies dalam genus Lansium boleh digunakan sebagai pokok penanti.Langsat dan duku Kelantan (duku Dewan) merupakan pokok penanti yang paling sesuai.Pokok penanti berumur 1-2 tahun, mempunyai batang bergaris pusat 6-8 mm serta sihat dan tidak berpenyakit boleh dipilih untuk cantuman baji.Daun pokok penanti dibuang, batangnya dipotong pada paras lebih kurang 10 cm dari paras tanah dan kemudian dibelah tengah sedalam 2 cm dengan menggunakan pisau tajam.

Pucuk dari pokok dokong kering yang terpilih, bergaris pusat 6-8 mm, mempunyai 3-4 mata tunas, panjang antara 15-20 cm dan sekurang-kurangnya dua helai daun hendaklah digunakan.Daun besar boleh dikerat supaya tinggal 1/2 - 1/3 saiz asal untuk mengurangkan perpeluhan.Pucuk yang baik ialah separuh keras.Pangkal pucuk dipotong runcing sepanjang 2 cm berbentuk 'V'.Masukkan ke dalam belahan di pokok penanti.Untuk memastikan kejayaan cantuman, kambium dari pucuk dan pokok penanti mesti bertemu.Tempat cantuman ini diikat dengan tali rafia dengan kuat.Siram air hingga polibeg betul-betul lembab.Tutup dengan beg plastik untuk mengekalkan kelembapan.Selenggarakan selama 4-6 bulan sebelum ia sesuai ditanam di ladang. (Lihat rajah cantuman baji)

Penyediaan anak benih secara keratan

Dokong boleh dibiak dengan cara keratan, akan tetapi teknik ini belum diamalkan secara meluas.Pucuk-pucuk yang keras dari pokok dokong kering terpilih boleh digunakan.Pilih keratan berukuran lebih kurang 20 cm panjang dan bergaris pusat 6-8 mm mempunyai 2-3 ruas buku dan juga 2-4 helai daun.Keratan dibuat di bawah buku daun 1/2-1/3 bahagian daun-daun dibuang supaya mengurangkan transpirasi dan menjimatkan ruang di dalam kotak pembiakan.

Celup keratan ke dalam lauran 10,000 ppm Indole-Butyric Acid (hormon penggalak akar) selama 15 saat dan seterusnya tanam atas batas atau kotak pasir sungai yang diletak di dalam rumah pembab kabus.Rumah pelembab dan pasir perlu sentiasa basah dan lembab.Selaps 70 hari, keratan yang berakar boleh diubah ke ladang.Polibeg ini disimpan dalam rumah pelembab selama 2 minggu sebelum dipindahkan ke rumah teduhan biasa.Selepas 3-4 bulan, pokok keratan akan mengeluarkan pucuk serta daun baru dan boleh ditanam di ladang.Oleh kerana pokok keratan ini tidak mempunyai akar tunjang, penanaman dalam sistem kepadatan tinggi disyorkan.

Penanaman di ladang

Jarak yang dicadangkan ialah 6m x 6m hingga 10m x 10m.Pada amnya jarak yang disyorkan ialah 7m x 7m dan ia bergantung kepada kesuburan tanah.Lubang berukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m.Tanah lapisan atas diasingkan dengan lapisan bawah dan biar lubang 2-3 minggu untuk didedahkan kepada cahaya matahari.Selepas itu, lubang tersebut dikambus dengan tanah lapisan atas yang telah digaul dengan 200 gm CIRP dan 10 kg. baja organik atau kompos.Ini diikuti dengan tanah lapisan bawah.


Sebelum menanam, pokok dalam polibeg disiram dan polibeg ditanggalkan dengan teliti supaya tidak merosakkan gumpalantanah dan akar.Pokok ditanam secara tegak dan lubang ditimbus hingga 3 cm dari permukaan tanah polibeg.Tanah di sekeliling pokok dipadatkan dan sungkupan yang terdiri dari sabut, rumput kering dan lain-lain boleh diletakkan di pangkal pokok.Jika anak pokok agak tinggi (lebih dari 0.5m) sokongan menggunakan pancang kayu digunakan untuk mengelakkan pokok tumbang.

Keperluan Lindungan Atau Naungan

Pada tiga tahun pertama penanaman di ladang, pokok dokong memerlukan 40-60% teduhan supaya pertumbuhan subur dan cepat.Biasanya pokok Gliricidia, petai, petai belalang dan pisang adalah tanaman lindungan yang sesuai.Tanaman lindungan perlu ditanam sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum dokong ditanam dan jarak antara pokok lindungan dan dokong hendaklah melebih 2.5 meter supaya mengelakkan persaingan.

Pemangkasan

Dalam tempoh 6 bulan diladang, pengurusan pokok lindungan adalah penting untuk memberi naungan yang sesuai dan mengurangkan persaingan.Cabang-cabang yang menganggu pertumbuhan dokong harus dipangkas dan pokok lindungan boleh ditebang secara beransur-ansur mulai tahun ketiga.

http://photos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs482.ash1/26385_103771956324581_100000753315979_53972_7573356_n.jpg
Program Pembajaan

   3 bulan sekali terutama pada awal
musim hujan.

Baja Organik ditabur 2 kali setahun
dengan kadar 10 kg/pokok

Baja Organik 3 kali setahun seperti berikut:-

1/2 bahagian selepas musim buah.
1/4 bahagian 2 bulan sebelum berbunga
1/4 bahagian selepas berputik.

Baja organik ditabur 2 kali setahun
dengan kadar 10 kg/pokok.

Keperluan Air

1-2 tahun - 9-11 liter/pokok/hari
8-12 tahun - 40-48 liter/pokok/hari
20-22 tahun - 97-116 liter/pokok/hari

Hasil Dokong

Pokok dokong mula berbuah selepas 5-6 tahun ditanam.Di peringkat awal berbuah, anggaran hasilnya ialah 3 tan sehektar (123 pokok sehektar dengan jarak tanaman 9m x 9m).Dokong mencapai pengeluaran hasil optimum mulai tahun ke 14.Anggaran hasil sebanyak 14 tan metrik sehektar.
http://2.bp.blogspot.com/-hoHkwJ2uluw/TpI6h32RqWI/AAAAAAAAGOE/WQbHAJ7FFQY/s1600/dokong14.jpg

Penuaian

Penuaian buah dokong dilakukan dengan memotong tangkai buah menggunakan gunting atau pisau.Buah yahg dituai dimasukkan ke dalam baldi plastik dengan cermat bagi mengelakkan buah tercedera.Gunakan tangga sekiranya pokok dokong yang hendak dituai itu tinggi.

Pengendalian Lepastuai

Selepas penuaian, buah dokong perlu dikendalikan dengan baik kerana ini akan menentukan gred, harga dan pasarannya.Pengendalian lepastuai yang kurang baik akan merendahkan gred buah dan seterusnya mengurangkan pendapatan.


kupu2siang Publish time 20-6-2013 09:46 AM

penat karang ayat :lol:

bianglala Publish time 20-6-2013 09:50 AM

soalan bonus

DOKONG


a) Nama Saintifik = Lansium domesticum Corr.

b) Gambar Dokong

http://1.bp.blogspot.com/_nlAH8RTrKi0/TFzIcTLJ-OI/AAAAAAAAAWs/H2LEE4TqV0g/s1600/dokong+en+man.JPG

http://3.bp.blogspot.com/_nlAH8RTrKi0/TFzK9NGoAhI/AAAAAAAAAW8/6jr12XrmLbI/s1600/isi+tepi+dokong+en+man.JPG


c) Cara Penanaman Dokong

Penanaman

Dokong boleh dibiak dengan tiga cara, iaitu anak pokok biji, anak pokok cantuman baji dan keratan.

i) Penyediaan anak pokok dari biji

Buah dari pokok dokong kering berkualiti yang telah dikenalpasti diambil untuk mendapatkan bijinya.Biasanya sekilo buah akan menghasilkan 4-6 biji yang besar dan bernas.Hanya buah yang besar dan bentuk tidak seimbang sahaja yang ada biji besar dan dipilih sebagai sumber untuk mendapatkan biji.

Biji buah dibuang dan bijinya dibersihkan dan disemai dalam kotak pasir yang telah disediakan lebih awal dan diberi rawatan racun kulat.Biji ditanam sedalam 1 cm dan diletak secara mendatar.Tutup biji-biji ini dengan pasir dan berikan lindungan dari cahaya matahari.Siram 2 kali sehari.Satu biji boleh mengeluarkan lebih dari satu anak pokok.Dalam tempoh 8-10 minggu, anak pokok yang cergas boleh diasingkan dari pokok kecil lain dalam satu biji dan diubah ke polibeg.Anak pokok yang masih kecil boleh disemaikan kembali ke pasir sehingga ia mencapai tahap dua helai daun sebelum diubah ke polibeg.Selepas 8-10 bulan didalam polibeg, anak pokok semaian dokong akan mencapai peringkat umur untuk ditanam, iaitu ketinggian melebih 20 cm dan sekurang-kurangnya 8 helai daun.Untuk mempercepatkan tumbesaran dan mengurangkan tempoh di dalam polibeg ini, semburan dengan baja foliar seminggu sekali adalah disyorkan.


ii) Penyediaan anak benih secara tampang (cantuman baji)

Semua spesies dalam genus Lansium boleh digunakan sebagai pokok penanti.Langsat dan duku Kelantan (duku Dewan) merupakan pokok penanti yang paling sesuai.Pokok penanti berumur 1-2 tahun, mempunyai batang bergaris pusat 6-8 mm serta sihat dan tidak berpenyakit boleh dipilih untuk cantuman baji.Daun pokok penanti dibuang, batangnya dipotong pada paras lebih kurang 10 cm dari paras tanah dan kemudian dibelah tengah sedalam 2 cm dengan menggunakan pisau tajam.

Pucuk dari pokok dokong kering yang terpilih, bergaris pusat 6-8 mm, mempunyai 3-4 mata tunas, panjang antara 15-20 cm dan sekurang-kurangnya dua helai daun hendaklah digunakan.Daun besar boleh dikerat supaya tinggal 1/2 - 1/3 saiz asal untuk mengurangkan perpeluhan.Pucuk yang baik ialah separuh keras.Pangkal pucuk dipotong runcing sepanjang 2 cm berbentuk 'V'.Masukkan ke dalam belahan di pokok penanti.Untuk memastikan kejayaan cantuman, kambium dari pucuk dan pokok penanti mesti bertemu.Tempat cantuman ini diikat dengan tali rafia dengan kuat.Siram air hingga polibeg betul-betul lembab.Tutup dengan beg plastik untuk mengekalkan kelembapan.Selenggarakan selama 4-6 bulan sebelum ia sesuai ditanam di ladang.

http://photos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs482.ash1/26385_103772526324524_100000753315979_53981_6395191_n.jpg


iii) Penyediaan anak benih secara keratan

Dokong boleh dibiak dengan cara keratan, akan tetapi teknik ini belum diamalkan secara meluas.Pucuk-pucuk yang keras dari pokok dokong kering terpilih boleh digunakan.Pilih keratan berukuran lebih kurang 20 cm panjang dan bergaris pusat 6-8 mm mempunyai 2-3 ruas buku dan juga 2-4 helai daun.Keratan dibuat di bawah buku daun 1/2-1/3 bahagian daun-daun dibuang supaya mengurangkan transpirasi dan menjimatkan ruang di dalam kotak pembiakan.


Penanaman di ladang

Jarak yang dicadangkan ialah 6m x 6m hingga 10m x 10m.Pada amnya jarak yang disyorkan ialah 7m x 7m dan ia bergantung kepada kesuburan tanah.Lubang berukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m.Tanah lapisan atas diasingkan dengan lapisan bawah dan biar lubang 2-3 minggu untuk didedahkan kepada cahaya matahari.Selepas itu, lubang tersebut dikambus dengan tanah lapisan atas yang telah digaul dengan 200 gm CIRP dan 10 kg. baja organik atau kompos.Ini diikuti dengan tanah lapisan bawah.



Sebelum menanam, pokok dalam polibeg disiram dan polibeg ditanggalkan dengan teliti supaya tidak merosakkan gumpalantanah dan akar.Pokok ditanam secara tegak dan lubang ditimbus hingga 3 cm dari permukaan tanah polibeg.Tanah di sekeliling pokok dipadatkan dan sungkupan yang terdiri dari sabut, rumput kering dan lain-lain boleh diletakkan di pangkal pokok.Jika anak pokok agak tinggi (lebih dari 0.5m) sokongan menggunakan pancang kayu digunakan untuk mengelakkan pokok tumbang.

sumber :

1) http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=418:pand..
2) http://mancekak.blogspot.com/2010/08/buah-dokong.html

kupu2siang Publish time 20-6-2013 09:53 AM

bianglala posted on 20-6-2013 09:50 AM static/image/common/back.gif
soalan bonus

DOKONG


tiruu :curse:

adabintang Publish time 20-6-2013 09:53 AM

bianglala posted on 20-6-2013 09:50 AM static/image/common/back.gif
soalan bonus

DOKONG


dokong dah ade yg jawap.. pilih buah yg lain

adabintang Publish time 20-6-2013 09:53 AM

kupu2siang posted on 20-6-2013 09:53 AM static/image/common/back.gif
tiruu

haha.. ayat same{:1_563:}

kupu2siang Publish time 20-6-2013 09:57 AM

adabintang posted on 20-6-2013 09:53 AM static/image/common/back.gif
haha.. ayat same

nsb baik aku dulu :lol::lol:

bianglala Publish time 20-6-2013 10:05 AM

adabintang posted on 20-6-2013 09:53 AM static/image/common/back.gif
dokong dah ade yg jawap.. pilih buah yg lain

aisey. ala, ingatkan tak kisah sama.

beberapa perenggan je sama. gambar tak sama. :lol:

kita siap bagi sources lagi haaa..

kalau sama takleh dapat tacang ke? :$:'(



kupu2siang Publish time 20-6-2013 10:33 AM

bianglala posted on 20-6-2013 10:05 AM static/image/common/back.gif
aisey. ala, ingatkan tak kisah sama.

beberapa perenggan je sama. gambar tak sama.


xleh :lol:

Spiral Publish time 20-6-2013 10:45 AM

BUAH PULASAN

a. nama saintifiknya
Nephelium mutabile Blume
http://wannura.files.wordpress.com/2010/05/pulasan.jpg
Pulasan merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Malaysia yang mempunyai ciri-ciri seperti Rambutan. Pulasan (Nephelium mutabile) dari keluarga Sapindaceae mempunyai nama daripada kata "PULAS" kerana perbuatan untuk membuka buah ini adalah secara memulas buah tersebut. Pulasan termasuk dalam kategori buah nadir di Malaysia. Tanaman ini dulu ditanam secara suka-suka dikeliling rumah dan mula di komersialkan sekitar tahun 1980'an di Selangor, Terengganu dan Negeri di Johor (Daerah Muar). Penulis mempunyai pengalaman menjaga dusun pulasan di Pusat Pertanian Tangkak, Johor dan melawat beberapa kebun pulasan di Muar dan Batu Pahat, Johhor.

b. berikan gambarnya dengan jelas
pulasan muda
i love Cari/wikipedia/commons/thumb/b/b4/PulasanMuda.JPG/220px-PulasanMuda.JPG

pulasan yg dah masak
http://everythingspossible.files.wordpress.com/2011/09/pulasan1.jpg

pulasan yg gedik ;P
http://3.bp.blogspot.com/_7xwnwO5pS1Q/SwFLMAwP3yI/AAAAAAAAA7A/D3ejW4rBzFE/s1600/jain+wif+pulasan+1.jpg


c. kaedah tanaman (jika bergambar ekstra +kedit)
Pulasan merupakan tumbuhan buah tropika yang merupakan pokok saka yang boleh mencapai ketinggian sehingga 15-20 meter dan ukurlilit batang sehingga 30-40 cm jika tidak dicantas. Pulasan mempunyai dahan yang rimbun dan daun berwarna hijau gelap. Biasanya pembungaan aktif selepas musim kemarau dan di Johor buah mulai masak pada Jun - Ogos setiap tahun. Bunga pulasan terbentuk dihujung pucuk secara jambak dan masaalah utama pulasan ialah Proses Pendebungaan. Kajian penulis di sekitar Daerah Muar dan Pusat Pertanian Tangkak mendapati pokok yang tidak mempunyai sistem pengairan sempurna ketika berbunga kurang berjaya membentuk buah (Kurang dari 15% kejadian buah). Jadi untuk memberikan peratus pembentukkan buah yang tinggi ( Kadar lebih 60%) perlu dipastikan cukup baja organik dan sumber air. Sebaiknya pokok pulasan mempunyai sistem pengairan titis.

Anak benih pulasan boleh di perolehi daripada kaedah mengetut (Marcotted) dan juga benih dari biji (Kurang disyorkan untuk ditanam -lambat). Benih yang mempunyai bilangan daun lebih 8 helai dan akar yang sihat di tanam dalam lubanag penanaman berukuran 2 kaki x 1.5kak x 2kaki. Siram pokok lepas tanam. Klon yang di syorkan ialah Jenis AH HOCK yang mempunyai nilai pasaran yang baik dan penghasilan lebih tinggi. Baja asas NPK 15:15:15 di berikan dengan kadar 100 gram/pokok/tahun dan kapor GML 500 gram/pokok/tahun pada tahun pertama dan di naikkan berperingkat2 mengikut tahun. Baja organik (Tahi Ayam) diberikan sebanyak 10 kg/pokok setahun. Buat cantasan pembentukan supaya pokok tumbuh seimbang dan buang dahan-dahan rosak. Kawalan rumpai dengan manual atau racun rumpai seperti Glufosinate ammonium dengan kadar 132 ml/18 liter air. Baja buah NPK 12:12:17:2 diberikan selepas 3 tahun penanaman dengan kadar 150 gm/pokok/tahun bersama baja organik.

http://3.bp.blogspot.com/-E9PgB5ZTWMM/TspTiph9bJI/AAAAAAAAG6U/XSikhT7puww/s1600/TUT15.jpgMengetut Pokok (Marcotting)
http://1.bp.blogspot.com/-DtC8VJ2hH58/TySqnzXTc-I/AAAAAAAAH-I/m2J8Jbv_mRo/s1600/acantasbentuk.jpg

Antara perosak tanaman pulasan peringkat awal penanaman seperti belalang, kumbang makan daun, ulat makan pucuk dan kumbang. Musuh buah masak ialah tupai, keluang dan binatang pemakan buah. Buah juga boleh di serang Kulapuk Hitam (Meliola nephelii) yang boleh dikawal dengan racun white oil (Kadar 20 ml /liter) dan musnahkan koya (agen pembawa). Kejadian dahan sekah atau patah sering berlaku jika buah terlalu banyak dan dahan terlibat perlu di ikat dengan tali. Buah pulasan yang masak dikenali apabila warna buah berwarna merah pekat dan boleh dituai dengan pisau. Buah di gredkan dan dikumpulkan untuk dipasarkan. Buah pulasan tahan sehingga 10 hari tanpa masuk bilik sejuk. Harga jualan di ladang antara RM 3.00 - RM 4,00 sekilogram.

TANAH DAN IKLIM
Iklim tropika sesuai untuk tanaman pulasan yang mempunyai taburan hujan tahunan antara 1700-2500 mm dan suhu optima antara 26-280C.
Tanaman ini memerlukan keadaan kering yang pendek untuk pembuangan, musim hujan untuk masa pembesaran buah dan keadaan kering bagi peringkat buah hendak masak.pH tanah yang sesuai ialah antara 5.5-7.   

Bagi kawasan rendah atau datar, perparitan perlu dibuat untuk membaiki saliran di kawasan-kawasan ladang.

Kawasan berbukit mempunyai kecerunan 6-120 perlu dibuat teres atau tapak gajah.Tanaman penutup bumi digalakkan sebagai satu langkah pemuliharaan kawasan bercerun.

PENGAIRAN
Bagi kawasan yang mudah dibanjiri air, sistem saliran yang baik dan sesuai perlu diadakan untuk mengelakkan air bertakung.

PEMBAJAAN
Masa yang sesuai untuk membaja ialah diawal musim hujan.
Bagi pokok dewasa, masa yang paling sesuai dibaja ialah selepas kutipan hasil dan 3-4 minggu selepas bunga berkembang.
Baja boleh ditabur di sekeliling kanopi pokok atau membuat poket/lubang (4-6 poket) dan isikannya dengan baja.Pengapuran boleh dilaksanakan sekiranya pH tanah kurang dari 4.5.




PEMANGKASAN
Tujuan aktiviti pemangkasan adalah:-
Untuk membentuk pokok yang mempunyai daun-daun seimbang;
Untuk memastikan semua bahagian-bahagian pokok menerima pancaran matahari dan pengedaran udara yang maksimum; dan
Untuk mendapatkan pokok subur dan produktif.
Terdapat dua jenis pemangkasan:
Cantasan pembentukan terbuka tengah
Cantasan penjagaan


Untuk mendapatkan pokok yang subur dan penghasilan tinggi, program pembajaan disyorkan seperti dalam jadual di atas.
Masa yang sesuai untuk membaja adalah pada awal musim hujan.
Bagi pokok dewasa, masa yang paling sesuai ialah selepas bunga berkembang
Cuma apabila ia berbuah, kita kan perasan buah agak berkulit tebal. Tiadak berbuah lebat seperti rambutan.
Cara memakan buahnya yag masak merah,adalah memulas buahnya, kulitnya yang tebal akan berbuka dan kita boleh menikmati manisnya isinya,http://1.bp.blogspot.com/_4XVO0w_mo_w/S4z-XQ9hi8I/AAAAAAAAAy0/TGO1ANsqz3Y/s320/pulasan_cut.jpg











http://3.bp.blogspot.com/-sXNuXeTgfKU/UWezJ2X5o8I/AAAAAAAANf4/JqUUdX-aZHM/s1600/pulasan_rambutan_01.jpg
MAKAN PULASAN... PERLU DI PULAS...
TANAM PULASAN ... HATI AKAN PUAS...
BELI PULASAN ..... MACAM ADA KELAS...
TEKNOLOGI PULASAN... BACA MACAM MALAS...


Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9
View full version: [KUIZ] TeKa FlOrAFaUnA +KrEdiT


ADVERTISEMENT