berun Publish time 18-6-2013 11:50 AM

Seminggu jahit seragam sendiri

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.172695.1371524978!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

Sebahagian pelajar tekun menjalani latihan jahitan anjuran Giat Mara Kuala Selangor

KUALA SELANGOR - Tiada kemahiran asas dalam jahitan, tidak menghalang 20 anak penduduk di daerah ini menyiapkan pakaian seragam sekolah masing-masing dalam tempoh seminggu.

Cuti seminggu yang dimanfaatjab dengan menyertai kursus jangka pendek anjuran Giat Mara Kuala Selangor ternyata mampu memberi pengetahuan dan kemahiran menyiapkan baju kurung untuk kegunaan diri sendiri.

Peserta, Izzah Atirah Mohd Kamser, 17, bangga apabila dapat menyiapkan pakaian seragam sekolah dalam kursus terbabit walaupun sebelum ini tiada asas jahitan.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) itu, kemahiran yang diperoleh akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan bercadang menjahit baju raya sendiri.

“Peluang yang ada tidak dilepaskan begitu sahaja memandangkan minat jahitan agak mendalam, terutama rekaan fesyen.

“Dengan mengikuti kursus seperti ini saya dapat pengalaman baru selain belajar. Saya mahu membuka kedai jahitan apabila dewasa nanti,” katanya.

Seorang lagi peserta, Amirah Fakhira Zaidon, 17, berkata, dia menganggap kursus ini berguna bagi mengisi masa luang pada hujung minggu.

Menurutnya, pada mulanya dia tidak begitu yakin dapat menyiapkan sepasang baju kurung dalam tempoh seminggu kerana tidak pernah menjahit sebelum ini.

“Namun akhirnya saya berjaya menyiapkan sepasang baju kurung sebagai seragam sekolah. Selepas ini pastinya kos pembelian pakaian seragam sekolah dapat dikurangkan.

“Bagi saya, jika ada kemahuan dan kesungguhan semua yang diusahakan pastinya berjaya. Sebagai contoh kursus ini, jika peserta itu bersungguh, mereka mampu melakukannya untuk manfaat diri sendiri dan orang lain,” katanya.
Pages: [1]
View full version: Seminggu jahit seragam sendiri


ADVERTISEMENT