cegitu Publish time 26-7-2013 02:32 PM

huhuhukkkkkkkk.....awat sekerat saja...?????????

MsIda Publish time 26-7-2013 03:29 PM

Jeng jeng jeng..... siap yang mai tu ??????:funk::funk::funk:
Speku tok yang mai......

honeybee1802 Publish time 26-7-2013 04:00 PM

Sapa mai?tok?mak su?or worst...iffah????

whm Publish time 29-7-2013 11:37 PM

hshhh suspennyer

MsIda Publish time 30-7-2013 12:17 AM

tt tak ade n3 ke hari ni....:'(

suria74 Publish time 30-7-2013 10:14 AM

alamakkkkkkkkkkkk...suspen giler nih...cepatlah smbg tt...sapa yg mai tuh....aduhhhh :sleepy:

honeybee1802 Publish time 30-7-2013 12:41 PM

TT...lama tul meninggalkan kami dlm teka tekiiii...

sejuk Publish time 30-7-2013 05:12 PM

TT sambung lagi plisss

nmohdr Publish time 31-7-2013 09:31 AM

https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSgtScd1KuI0lTvN7W7U-LYmnT8TTHlFK17iT9RQewKoys4qNAt https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRDNy8f51wIgGN3Fz4DW8VKaLlO11oVhFUw9me3TnvttGbyuG0J

Bab 38

Zuhrin cuba mengawal rasa terperanjatnya dengan tersenyum sambil membuka mangga untuk gril yang melindungi pintu cerminnya. Tetamu-tetamu mereka juga terkejut apabila melihat kewujudan Zuhrin di situ.

Zuhrin bersalam dan mencium hormat tangan tetamu-tetamunya. Nurin yang turun dengan jubah berkain lembut dari warna ungu muda dan tudung berbunga dari warna sama juga hampir pitam apabila melihat siapakah tetamu-tetamu mereka. Sama seperti Zuhrin, Nurin juga bersalam dan mencium tangan mereka.

Buat pertama kalinya tok datang menjenguknya di rumah dan ditemani oleh Mak Long, Pak Long, Mak Tam, Pak Tam dan Mak Su. Mereka berdua mempersilakan tetamu-tetamu mereka masuk dan melabuhkan punggung di atas sofa. Nurin terus ke dapur untuk menghidangkan air, Mak Su juga membuntutinya tanpa sebarang kata.

Tok mengurut dadanya berkali-kali, cuba untuk bertenang dan berfikir dengan rasional.

“Apa yang hangpa buat dalam rumah yang bertutup rapat, berdua-duaan?” Tok cuba mengawal suaranya.

Zuhrin membisu, menundukkan kepalanya. Dia cuba mencari ayat yang sesuai untuk menerangkan perkara yang sebenar.

“Walaupun aku kata, aku suka kalau hangpa dua menikah tapi tak bermakna hangpa dua orang boleh buat suka-suka hati. Nurin tu bini orang dan hang sendiri tunang orang.” Ternyata tok tak mampu mengawal amarahnya.

Zuhrin dan Nurin merupakan cucu kesayangannya. Dia tak sangka mereka berdua sanggup menconteng arang ke mukanya. Nurin dan Mak Su di dapur juga dapat mendengar suara tok yang meninggi.

“Hang buat apa kat sini, Ayen? Hang tak kerja ka hari ni?” Pak Long cuba berdiplomasi.

“Saya ambil cuti seminggu. Hari tu Nurin demam, lepas tu sambung dengan anak-anak pula. Nurin takdan nak jaga dua-dua sekali.” Zuhrin berterus-terang.

“Kalau iyapun Nurin dengan anak-anak demam, awat tak bagitau kami? Kami boleh jaga. Hang tak payah susah-susah.” Tok menyanggah niat baik cucu kesayangannya.

“Nurin dan anak-anak adalah tanggungjawab saya.” Nurin yang menghidangkan air juga pucat.

Tangannya terketar-ketar apabila melihat riak wajah tok yang marah. Satu riak yang tidak pernah dilihatnya sejak dia mengenali tok.

“Sebagai kawan suami dia dan sebagai sepupu dia, hangpa dua tetap bukan mahram.” Mak Long bersuara lembut untuk mengingatkan rasional hubungan mereka.

Mata Pak Long menangkap pandang sesuatu di kabinet di satu penjuru lain. Nurin naik ke atas selepas menghidangkan air dan kembali dengan kotak fail lutsinar berwarna putih.

“Minumlah.” Nurin mempelawa perlahan.

“Aku tak mau minum. Aku nak dengaq penjelasan hangpa.” Tok menolak, menunjukkan kekerasan hatinya.

“Aku tak boleh terima perangai cucu-cucu yang macam ni. Selama ni aku dok dengaq cerita-cerita buruk pasai anak cucu orang, hari-hari aku berdoa supaya tak kena pada anak cucu aku. Tapi rupa-rupanya bukan dengaq, tapi aku tangkap sendiri.” Tok meluahkan rasa kekesalannya.

“Mak, bagilah peluang depa jelaskan hal yang sebenaq.” Pak Long juga mahukan penjelasan kerana baginya
Zuhrin takkan melakukan hubungan sulit dengan isteri orang.

Didikan agama yang ada pada Zuhrin bagi Pak Long dah cukup kuat untuk memagar anak saudaranya daripada hubungan mungkar sebegitu. Pak Long tak percaya Zuhrin tergamak mengkhianati amanah seorang sahabat.

“Tok, kami tak salah. Cuma mungkin caranya saja yang tak kena.” Zuhrin cuba menjelaskan hubungan mereka.

“Tak salah hang kata?” Tok terjerit.

Pak Long dan Mak Long memegang tok yang hampir bangun untuk memukul Zuhrin. Melihatkan keadaan yang makin tegang, Nurin mengeluarkan dokumen-dokumen yang disimpannya di dalam kotak fail dan diletakkan di atas meja sebagai bukti.

“Nurin bukan isteri kawan saya, tapi dia isteri saya. Am dan Nani adalah anak-anak kami.” Cepat-cepat Zuhrin memberitahu apabila melihat Tok yang dah tak mampu bersabar lagi.

“Tok, tok pernah tanya siapa suami saya kan? Saya tak pernah bagitau tok walaupun namanya kan? Tok juga pernah minta nak tengok surat beranak Am dengan Nani tapi saya buat-buat tak dengaqkan?” Nurin bertanya Tok dengan soalan yang bertubi-tubi.

Mendengarkan pertanyaan Nurin, Tok bagaikan berfikir semula dan seketika kemudian Tok menganggukkan kepalanya. Apa yang cuba disampaikan oleh Nurin kepadanya.

“Saya tak boleh bagitau, tok. Sebab suami saya ialah Zuhrin, sepupu saya sendiri. Memang kahwin sepupu tak salah, tapi rasanya semua orang tau macamana hubungan mak Zuhrin dan arwah mama papa saya.”

“Kami mengaku, kami salah. Tapi, kami cuma memilih untuk bersama secara halal. Tapi kami tak pernah sangka wujudnya hubungan keluarga antara kami. Kami rancang nak bagitau keluarga bila saya dah habis belajaq. Tapi bila kami tau kami ni sepupu, semuanya dah berubah jadi payah.”

Semua yang ada menganggukkan kepala apabila mengenangkan dendam antara mak Zuhrin dengan arwah mak Nurin.

“Awat hangpa buat macam ni? Awat menikah senyap-senyap? Awat susah-susah menikah kat Siam?” Suara Tok mula mengendur.

Mendengar kata-kata tok menikah di Siam hampir meletuskan tawa Nurin dan Zuhrin, namun sedaya upaya ditahan.

“Mungkin inilah jodoh kami. Kami harap tok dan semua boleh restui kami.” Nurin melutut di hadapan Tok sambil memegang tangan wanita yang sudah hampir tiga suku abad itu.

Tanpa menjawab Tok memeluk dan mencium Nurin berkali-kali.

“Alhamdulillah.” Tok memanjatkan sukur apabila niat hatinya untuk melihat dua cucu kesayangannya bersatu telah dimakbulkan Allah sebelum dia mengenali Nurin lagi.

“Macamana dengan Iffah?” Mak Tam tiba-tiba teringatkan tunangan Zuhrin yang cantik dan bersopan-santun itu.

“Iffah dah tau. Saya dah bagitau dia, cuma saya dok cari jalan nak bagitau keluarga dan putuskan pertunangan kami secara rasmi.”

“Patutlah muka hang pucat bila kita sembang pasai menikah hati tu. Takut ada orang merajuk, rupanya.” Pak Tam terperasankan reaksi Zuhrin hari itu.

Terlalu banyak persoalan yang dikemukan mereka. Bermula dari bagaimana mereka berkenalan dan akhirnya mengambil keputusan untuk hidup bersama hinggalah perbincangan bagaiamana untuk menghadapi keluarganya dan juga keluarga Iffah setelah beberapa tahun bertunang.

Namun segalanya berakhir tanpa jawapan.

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR4bgl_2ZzQZZrD9M-pEqsDSN02-m1MBzZ-GuAEnJyBHkD3nTf-Xw Last edited by nmohdr on 31-7-2013 09:39 AM

elephantcute Publish time 31-7-2013 10:16 AM

thumb up.. nice story.. {:1_509:}

zasssssss Publish time 31-7-2013 11:04 AM

abis dah ke.....??

nmohdr Publish time 31-7-2013 11:15 AM

zasssssss posted on 31-7-2013 11:04 AM static/image/common/back.gif
abis dah ke.....??

belum....{:smileo

zasssssss Publish time 31-7-2013 11:28 AM

nmohdr posted on 31-7-2013 11:15 AM static/image/common/back.gif
belum....

owh tak sabar nak tunggu.........cepatler update

honeybee1802 Publish time 31-7-2013 11:30 AM

Sib baik tok n pak n mak sedara....

suria74 Publish time 31-7-2013 11:47 AM

ishhhh berdebar sungguh nak menghabiskan entry terakhir....huhuhu akhirnya semua redha ngan perkahwinan nurin dan zuhrin cuma masalah pada ibu bapa zuhrin dan family iffah shj....heheheh tt habiskn sblm raya leh x???? tq {:1_152:}

honeybee1802 Publish time 31-7-2013 07:17 PM

ala...tak aci tt taww...1 entry jek.....

nmohdr Publish time 1-8-2013 10:26 AM

Bab 39

Iffah melabuhkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu, sambil menunggu Hamimi membersihkan badannya selepas seharian di Wisma Bersalin Rosnita. Mata Iffah meliar, melewati segenap pelosok yang terlihat dari tempatnya duduk. Penat meninjau, Iffah menyandarkan tubuhnya ke sofa.

“Iffah…” Hamimi tersengih melihatkan Iffah yang terlelap kerana menunggunya.

“Aku terlena ka?” Iffah tak percaya dia mampu melelapkan mata ketika menunggu Hamimi.

Hamimi menjawab soalan Iffah dengan gelengan sambil ketawa kecil.

“Iffah...Iffah...letih sangat ka?” Iffah meraup wajahnya kemudian mengeluh kecil.

“Hang ada masalah?” Raut wajah Iffah kelihatan rumit.

Tanpa menjawab soalan Hamimi, Iffah terus menundukkan kepala.

“Minumlah dulu. Lepaih hilang mamai hang, kita sembang.” Hamimi juga ada sesuatu yang ingin ditanyakan kepada Iffah.

Iffah menyambut gelas berisi jus oren yang dihulurkan oleh Hamimi.

“Hang tak minum sama?” Iffah mempelawa tuan rumah.

Hamimi mengangguk sambil mengambil gelas yang berisi jus oren dan meneguknya. Selepas menikmati minuman yang dihidangkan, Iffah terasa sedikit lega dan lapang.

“Macamana dok wad kanak-kanak?” Hamimi memecah kesunyian.

“Ok. Hang bukan tak tau, aku suka budak-budak. Tapi, aku tak sampai hati bila tengok ada yang kritikal. Umuq baru sebulan dua, wayar dah berselirat satu badan.” Iffah mengeluh lagi, untung nasib manusia semuanya berbeza.

Hamimi mengerti akan maksud Iffah.

“Hang pulak macamana? Dah enam bulan dok hospital bersalin, best?” Hamimi tergelak mendengar soalan Iffah.

“Awat hang gelak.” Iffah kehairanan.

“Takdak apa.” Hamimi menggelengkan kepalanya dan kemudian meneguk lagi minumannya.

“Kerja sebagai doktor sakit puan ni, memberi aku lebih ruang mengenali hakikat kejadian dan asal usul kita.”
Iffah mengangguk perlahan.

“Weih...hang sibuk dak la ni?” Iffah menukar topik, takut lari dari hajat asalnya bertandang ke situ. Insaf seketika.

“Macam biasa la. Kadang sibuk, kadang mengulaq.” Hamimi sempat lagi berlawak.

“Boleh hang tolong aku?” Hamimi mengerutkan dahinya, hairan dengan soalan Iffah.

‘Kenapa perlu terlalu bersopan?’ Hamimi menyimpan persoalan itu di dalam hati.

“Aku nak hang temankan aku survey barang-barang nak kenduri. Nak survey baju, hantaran.” Dada Hamimi terasa sesak.

“Bila hang nak kahwin?”

“Dalam empat bulan lagi. So, la ni dah kena survey dan buat preparation la.” Iffah menjawab tegas, walaupun hatinya sendiri tak pasti apakah dia melakukan sesuatu yang betul.

“Iffah...” Panggil Hamimi perlahan.

‘Perlukah aku khabarkan apa yang aku tau pada dia?’ Hati Hamimi makin hebat berperang.

‘Sebagai kawan baik, hang perlu bagitau dia.’ Jawapan yang diterima makin menyesakkan Hamimi.

“Apa dia?” Iffah hairan, Hamimi seakan termenung selepas memanggil namanya.

“Ha?” Hamimi terperanjat apabila disergah Iffah.

“Awat hang panggil aku, tapi lepaih tu hang mengelamun?” Iffah menyurakan kehairanannya.

“Yaka? Tak kot.” Hamimi cuba menafikan kebenaran.

Iffah menggelengkan kepalanya apabila melihatkan Hamimi yang berkelakuan pelik.

“Hang dengan Zuhrin macamana?” Sengaja Hamimi mengorek cerita.

“Macam yang hang tau, tak pernah berubah.” Iffah tak tahu samada dia perlu menceritakan tentang Zuhrin yang telah memutuskan pertunangan mereka, tapi kedua belah keluarga masih belum mengetahuinya.
Hamimi juga buntu. Dia hanya termampu untuk mengukir senyum dan dia tak tahu bagaimanakah rupa senyumannya yang terpaksa itu.

“Hang yakin nak teruskan juga pernikahan ni walaupun dia tak pernah berubah? Hang tak takut hidup hang akan tersia-sia?” Hamimi cuba memprovok teman baiknya.

Iffah mengukir senyum hambar.

“Entahlah, aku percaya yang jodoh pertemuan dan ajal maut telah ditetapkan. Aku terima jodoh aku dengan dia.” Iffah ternyata terlalu berserah.

“Allah memberikan manusia akal untuk berfikir dan kudrat untuk berusaha, bukan untuk berserah semata-mata.” Hamimi cuba berkias, menyatakan rasa tidak puas hatinya kerana keberserahan Iffah terhadap takdir.

“Mimi, aku mai sini nak mintak tolong hang. Boleh tak tolong legakan hati aku? Jangan serabutkan kepala aku pulak.” Hamimi mengeluh mendengar kata-kata Iffah, tak tahu apa lagi yang hendak dikatakannya.
Iffah ternyata menyerahkan bulat-bulat kepada takdir.

‘Aku perlu buat sesuatu untuk hang, sebab aku sayangkan hang. Aku harap hang takkan salahkan aku.’ Hamimi memutuskannya sendirian.

http://25.media.tumblr.com/tumblr_lp8k0nWhYB1r01zlro1_500.jpg

suria74 Publish time 1-8-2013 11:04 AM

errrkkk adakah hamimi ingin memberitahu tentang status zuhrin kepada iffah??? tt cepatlah update yeee...x sabar nak tau nih..:$

honeybee1802 Publish time 1-8-2013 01:12 PM

Erk....harap iffah belajar utk lepaskan jugak zuhrin...

honeybee1802 Publish time 5-8-2013 01:32 PM

mana tuan umah ekkk?dah balik cuti raya ker....
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9
View full version: Terlanjur Cinta


ADVERTISEMENT