ahamkid Publish time 31-5-2013 12:20 PM

cerpen : " Shuuuh... diam..., anak emak...." [ 18 sg ]



" Imah! Itu kan anak kita !"Jazlan menahan tangan Rahimah daripada memukul bayi mereka.Shamsul yang baru berumur dua bulan diangkat dan didodoi oleh Jazlan supaya dia berhenti merengek.Rahimah menangis.Jazlan melihatdengan penuh sayu.

" Saya dah tak tahan, awak! siang malam dia menangis.Merengek."

" Sabar, ini kan dugaan Tuhan.Semua mak bapak pun ada rasa macam ni.Dulu awak jugak yang nak anak kan? Sabar ya" Jazlan cuba memujuk.Keadaan yang ditunjukkan oleh Rahimah membimbangkan Razlan.Dia sudah banyak hilang sabar selepas kelahiran anak sulung mereka.Rahimah yang dikenalinya kuat sudah mula pudar dengan dugaan zuriat mereka yang pertama.

Shamsul menangis lagi.Kali ini lebih kuat dari sebelumnya.Susu botol yang dibancuh tadi sudah kehabisan.Perlu dibancuh lagi.

" Imah, awak pegang Shamsul kejap. Saya bancuhkan susu " Rahimah mendiamkan diri.Airmata yang berlinang tadi sudahpun kering.Dia pedulikan suruhan Jazlan.Sekali lagi Shamsul bertukar tangan.

Jazlan ke dapur , sambil dia menuang bancuhan ke dalam botol,dia berfikir mengapa tidak Rahimah sahaja yang menyusukan Shamsul.Dia sihat , tidak ada sebarang tanda yang dia tidak boleh menyusukan bayi.Tahap kesihatannya sudah pun diperiksa doktor.Tapi kenapa.Seolah dia tidak dapat terima yang Shamsul adalah darah dagingnya.Jazlan menutup mulut botol susu dan kembali melihat isterinya.

Sekali lagi , seperti sebelumnya , Rahimah melakukan sesuatu yang gila.Dia menekup mulut bayi tersebut dengan tangannya.

"Imah! kan abang dah cakap.Banyak kali dah.Jangan buat macam ni!" Jazlan memegang tangan Rahimah.Sudah banyak kali Rahimah cuba untuk melakukan sesuatu pada anaknya, setiap kali itu juga Jazlan menghalang.Jazlan terpaksa mengambil cuti yang kerap kerana risau akan keselamatan anak dan isterinya.

Mata Rahimah merah dan berlinang.Jazlan mengambil Shamsul dan disusukan.Shamsul diam bila puting botol susu disuapkan.Masuk bulan kedua kelahiran Shamsul, Rahimah seakan tertekan dan terlalu banyak dia menangis dan melakukan perkara gila.Fikir Jazlan , mungkin Rahimah sudah meroyan.Memang sudah banyak Jazlan bersabar dengan Rahimah.Mungkin sayangnya lebih pada Rahimah membuatkan Jazlan kasihan melihat Rahimah begitu.

Rumahtangga mereka sudah didirikan 6 tahun,dan masuk tahun ke-enam ini baru dikurniakan cahaya mata.Jika dulu anak pertama mereka tidak mati dalam kandungan, mungkin emosi Rahimah tidak seteruk ini.Dia banyak bermurung dan menangis sejak kandungan pertama mereka tidak sempat bernafas ketika lahir.Hinggalah anak kedua mereka ,Shamsul melihat dunia.Rahimah kembali ceria.Tetapi ceria dijiwanya tidaklah lama apabila masuk minggu ke dua, Shamsul menangis tidak berhenti.Naluri keibuan Rahimah cuba memujuk Shamsul sebaik mungkin tapi tiada apa yang dapat dilakukan.

Hingga ke satu tahap Rahimah terfikir mungkin masalahnya akan hilang jika dia dapat mendiamkan Shamsul.Gegendang telinga sudah terlalu kebas mendengar riak tangis Shamsul setiap hari.Pagi , petang dan malam.Masuk sebulan umur Shamsul , Rahimah sudah tidak tahan akan karenah Shamsul.

Sehingga suatu malam, Rahimah bangun pada waktu tengah malam.Dia membawa sebuah batal disisi menujuke kamar kecil Shamsul.Baru dia mengangkat bantal untuk menekup muka kecil Shamsul, dia berteriak dengan kuat.Jazlan terbangun menuju ke arah Shamsul.Didodoikan Shamsul dengan perlahan.Shamsul kembali diam dan tidur.

Rahimah menangis dan menceritakan pada Jazlan peritnya dia menjaga Shamsul.Kenapa setiap kali Shamsul diam apabila di pangkuan Jazlan, sedangkan dia ibunya? Dia sudah tidak tahan melihat Shamsul.Sungguh menyeksakan.Tapi Jazlan juga tidak dapat berbuat apa.Dia pun sudah banyak berkorban masa untuk anak dan isterinya.Sudah dua surat amaran yang diberi majikannya.Tapi mungkin kerana kualiti kerjanya bagus, dia dipertimbangkan.

Sejak daripada malam semalam Shamsul tidak merengek.Sejak disuapkan susu tin jenama ' Ben 10 ultimate aliens ' yang baru dibeli Jazlan , dia tidak banyak menangis seperti sebelum ini.

Pukul 7 pagi.Hari ini cuti bagi Jazlan.Mungkin dia boleh menjaga Shamsul dan meringankan beban isterinya.

" Kring....kring..." , telefon bimbit Jazlan berbunyi.

" Lan , hari ini kau masuk kerja boleh? Urgent...boss kata ada masalah syarikat, " Yusuff menelefon.

" Ish , kacau betul .Baru nak cuti sikit.Okay-okay , aku ke sana ".

Dia terpaksa bersiap untuk bekerja.Terpaksa meninggalkan Imah dan anaknya sekali lagi.Sekali lagi hatinya berasa tidak tenteram tatkala dia meninggalkan rumah.

Dua puluh minit kemudian , Shamsul menangis kembali.Kuat.

Rahimah duduk memandang ke luar Jendela.Dia bangun dengan perlahan.Ke dapur.

Hari itu , Jazlan bernasib baik cuma masalah kecil di pejabat.Rakannyamerupakan seorang yang cepat mengelabah.Benda yang kecil mungkin boleh menjadi besar bila diberi pada Yusuff .Pukul empat setengah, Jazlan tiba di rumah.

Dia memberi salam.Tidak berjawab.Pintu juga tidak berkunci.Jazlan memanjat anak tangga naik ke atas, ke bilik.Melangkah masuk ke bilik , dia tergamam.Tidak terkata apa.Melihat Rahimah sedang memotong kaki kiri Shamsul dengan rakus.Kepala Shamsul berada tidak jauh daripada Rahimah yang sedang duduk.Terpisah daripada badan kecilnya.Darah melimpah memenuhi lantai.Tangan kanan Rahimah memicit-micit bahagian usus kecil Shamsul yang sudah dikeluarkan manakala kakinya memijak perut anak kecil itu sehingga berdecit bunyinya.

Rahimah mengigit kaki kiri Shamsul yang baru dipotong.Berbunyi jari kaki yang patah dimulutnya.Dia memandang suaminya , Jazlan.

" Awak .....anak kita dah diam wak....dia dah diam..." Airmata Rahimah mengalir menitik ke lantai.Bercampur darah.Dia tersenyum.


awanjingga Publish time 31-5-2013 12:32 PM

meroyan ke imah ni..huhu..

Sue.Blossom Publish time 31-5-2013 12:52 PM

WTH........serius kejam.

cegitu Publish time 31-5-2013 01:25 PM

eeee..seram...:funk:

penchintadea Publish time 31-5-2013 01:27 PM

Menakut kan je imah ni.. Ade sakit pula.. Kesian anak nye :'(

mawar65 Publish time 31-5-2013 02:36 PM

sian nye kt budak tu...:'(

wipers81 Publish time 31-5-2013 02:46 PM

erk.....takutnya.....huhuhuhuhu

cegitu Publish time 31-5-2013 08:28 PM

Tak ada sambungan ke?

ss8384 Publish time 2-1-2014 11:26 PM

Meroyan ni.... Mintak simpang...

Nur_Allyn Publish time 3-1-2014 05:09 AM

Kejamnya... Sian anak dia...

cegitu Publish time 10-1-2014 12:35 PM

Hampeh betui..buat cerita sekerat jalan....

NaylaArisha Publish time 10-1-2014 01:48 PM

cegitu posted on 10-1-2014 12:35 PM static/image/common/back.gif
Hampeh betui..buat cerita sekerat jalan....

klu baca dr awal dah kategori cerpen so sbnrnya citer ni dah abis


keretaapi Publish time 13-1-2014 08:59 AM

psikonye.. takot aku.. mtk jauh..

mawibotak Publish time 5-5-2015 05:53 PM

cegitu replied at 10-1-2014 12:35 PM
Hampeh betui..buat cerita sekerat jalan....

ini kan cerpen...da tamat la tu...kn ank dia dah diam...

bellaa Publish time 12-5-2015 02:52 PM

Dah ada anak pon masih depressed.

Mmg manusia xtahu bersyukur

3.5/5 star
Pages: [1]
View full version: cerpen : " Shuuuh... diam..., anak emak...." [ 18 sg ]


ADVERTISEMENT