Honey_Inara Publish time 25-5-2013 01:32 PM

Perempuan Solehah Dengan Lelaki Jahil

Salam semua...
Aku sajalah nak tahu pendapat orang lelaki...

Apa pandangan korang kalau perempuan yang baik + solehah, tapi berpasangan dengan lelaki biasa yang agak kekurangan dari segi agama..
Dari segi kematangan hidup, lelaki itu boleh memimpin perempuan tu,
Tapi dari segi agama, perempuan tu lebih alim lah senang cakap..
Seolah-olah perempuan itu pulak yang kena bimbing lelaki tu dalam amal ibadat dan hukum hakam..

Adakah wajar perempuan tu memilih lelaki sebegitu sebagai pasangannya?
Sedangkan seorang isteri seharusnya dibimbing,
bukan dia pula yang kena bimbing suami..

Namun, Kalau masuk bab cinta dan sayang,
aku percaya lelaki biasa lebih setia berbanding lelaki alim..

Mohon pandangan korang...thanks..



aikong Publish time 25-5-2013 01:48 PM

dari segi agama tak menggalakkan perempuan solehah berkahwin dengan lelaki jahil ,cuba tanya ustaz2 untuk kepastian dan google..

pengalaman keluarga terdekat sendiri,si isteri lulusan al-azhar dan suaminya jahil sikit bab agama,kawin atas dasar pilihan keluarga dan dengan harapan si isteri dapat mendidik suami, tapi sekarang end up isteri yang 'terdidik' dengan suami, dari segi pakaian isteri dah tak macam dulu,si suami masih dengan perangai lama...isteri pun nampak tak menitikberatkan soal agama dalam kehidupan harian.

tapi tak semua

pakweneelofa Publish time 25-5-2013 02:15 PM

mmg lah dalam Quran kata lelaki itu memimpin..tetapi dah ketentuan Allah..mungkin jodoh antara lelaki kureng alim dengn perempuan alim itu bermakna Allah mahukan si isteri itu yg memimpin agama...ini smua rahsia Allah...... abis tu..... takkan ko nk menidakkan jodoh Allah ke atas dua pasangan heteroseksual kafir...sapa nk pimpin sapa??? bukankah jodoh mereka ketentuan Allah jua...

tolong jngn bawak cerita nur kasih dan stanza cinta bab2 jodoh ini..itu smua adalah skripted..

hahahahahahhaa

kakiputaralam Publish time 25-5-2013 02:53 PM

Hahahahahah{:1_563:}

Honey_Inara Publish time 25-5-2013 03:36 PM

aikong posted on 25-5-2013 01:48 PM static/image/common/back.gif
dari segi agama tak menggalakkan perempuan solehah berkahwin dengan lelaki jahil ,cuba tanya ustaz2...

Hmm...itu la yg merisaukan..{:sigho
biasenye isteri la yg akan terikut ngn suami..
payah suami nk ikut isteri..


kroit92 Publish time 25-5-2013 03:39 PM

pernah dengar orang kata,

memang selalu suami dan isteri macam berlawanan atau opposite sides of the pole gitu,

barulah saling melengkapi apa yang kurang, macam jigsaw puzzle,
tak penah jumpa lagi somi isteri yang perfect

Honey_Inara Publish time 25-5-2013 03:43 PM

pakweneelofa posted on 25-5-2013 02:15 PM static/image/common/back.gif
mmg lah dalam Quran kata lelaki itu memimpin..tetapi dah ketentuan Allah..mungkin jodoh antara lelak ...

Yela2...yg ketentuan Allah tu sesape pn tak leh menidakkan..

adoyai...aku tak terpikir langsung pasal drama2 yg ko sebut tu..
stanza cinta pn aku tak pernah tengok..
nur kasih tu pernah la tgk, tp tu sebab dipaksa kawen oleh ayahnye kann..
so mmg nuramina wajib la ikut sbb ayah dia wali..

tp kalo kes pompuan baik tu boleh buat pilihan?
pilih cinta lelaki biasa atau tunggu lelaki yg sekufu dgnnya, namun tak pasti bila

ko cakap senang, tapi berat kowt nak menanggungnye...
nk reject lelaki jahil tu kang,takut die sedih n rase rendah diri pulak..
nak2 kalo lelaki jahil tu baik..cume ilmunye sajokk kurengg..




Honey_Inara Publish time 25-5-2013 03:45 PM

kroit92 posted on 25-5-2013 03:39 PM static/image/common/back.gif
pernah dengar orang kata,

memang selalu suami dan isteri macam berlawanan atau opposite sides of...

tapi kalo dah berlawanan sangat cmne ek?
ibaratnye suami suke g konsert, isteri suke g masjid..
ko rase tenang tak rumahtangge tu?


kroit92 Publish time 25-5-2013 04:00 PM

Honey_Inara posted on 25-5-2013 03:45 PM static/image/common/back.gif
tapi kalo dah berlawanan sangat cmne ek?
ibaratnye suami suke g konsert, isteri suke g masjid..
...


kedua-dua pihak kalau memaksa pihak lain menerima diri diorang, memang lah tak elok,
dah nama jadi laki bini, kenalah belajar memberi dan menerima, sifat toleransi kena ada..

lelaki tu mungkin kekurangan ilmu agama sebab kurang pendedahan masa membesar,
tapi sekarang, dia dah kahwin dengan isteri yang solehah, insyaallah perangai dia akan berubah sedikit demi sedikit, berikan masa..

tambah lagi bila dah mula menimang anak, mesti ada switch dalam kepala laki tu yang on, nak pikul tanggungjawab keluarga.
pengantin baru memang lah macam-macam perangai, culture shock gitu,
dah biasa hidup bebas bagai, tiba-tiba terikat dengan tanggungjawab. berikan masa. takda paksaan dalam Islam

ni pandangan kroit jelah

Honey_Inara Publish time 25-5-2013 04:09 PM

kroit92 posted on 25-5-2013 04:00 PM static/image/common/back.gif
kedua-dua pihak kalau memaksa pihak lain menerima diri diorang, memang lah tak elok,
dah nama j ...

thanks atas pndangan bernas ko..
ko dh berjaye bukak mate aku..
pndgn cmni la yg aku nk..{:thumbo


kahmadz Publish time 25-5-2013 04:56 PM

Suami adalah ketua keluarga - pemimpin, isteri adalah org yg dipimpin.
Logiknya isterilah yang akan mengikut perintah suami, bukan suami yg ikut perintah/kata2 isteri.
Mesti diingat orng lelaki/suami ada ego sendiri... egonya akan tercabar kalau isteri yg jadi pemimpin bukan dia.

Walaupun begitu, tidak semestinya si isteri tak boleh menasihati suami dlm bab2 agama terutama kalau si isteri lebih mengetahui
hal agama. Asalkan betul caranya - tidak menggugat ego suami - dan dapt diterima suami seharusnya tiada masalah.

Sekadar pendapat.

garnet Publish time 25-5-2013 08:48 PM

Agak sukar (walau tak mustahil) untuk isteri membimbing suami jahil ke jalan agama. Kerana lelaki sifatnya ego.

Tapi kalau isteri pandai main peranan, pujuk rayu kena pada tempatnya, boleh saja rasanya mengajak suami beralih arah.Jgn terlalu drastik, biarperlahan2 tetapi istiqomah.


islandinsane Publish time 25-5-2013 11:33 PM

emm..susah persoalan ni

kahmadz Publish time 26-5-2013 12:47 AM

Satu lagi, jangan berkahwin dgn pasangan dengan harapan kita berniat mengubah pasangan kita mengikut acuan yg kita mahu.
Kita tak mampu mengubah orang lain, kita hanya mampu mengubah diri kita sendiri. Sebaiknya, terima pasangan kita seadanya dan jangan cuba 'ubah' dia. Anda akan kecewa bila gagal 'mengubah' pasangan anda. Hidup berumahtangga akan lebih tenang dan bermakna jika anda terima pasangan anda sepenuhnya.
Tapi itu tak bermakna tak perlu menambah ilmu agama dan ilmu2 kekeluargaan yg lain. Ilmu tak pernah habis dipelajari.

"A marriage is like a ship. The captain is the husband, the co-pilot is the wife, the crews are the children"

Make sure you get the right person as the captain of your ship!

Make NO MISTAKE about it!



Last edited by kahmadz on 26-5-2013 01:59 AM

AdamBillionaire Publish time 26-5-2013 01:42 AM

:lol: urm.. entahlah labu... kau tanya diri kau? kau sanggup terima risiko tak? kau sanggup bersabar tak? atau kau nak tunggu lelaki sebaik adam jadi suami kau?{:smileo

kroit92 Publish time 26-5-2013 03:29 AM

AdamBillionaire posted on 26-5-2013 01:42 AM static/image/common/back.gif
urm.. entahlah labu... kau tanya diri kau? kau sanggup terima risiko tak? kau sanggup bersabar ...

motip??? :curse:

:'(

Honey_Inara Publish time 26-5-2013 06:04 PM

kahmadz posted on 25-5-2013 04:56 PM static/image/common/back.gif
Suami adalah ketua keluarga - pemimpin, isteri adalah org yg dipimpin.
Logiknya isterilah yang akan ...

Ok..isteri boleh menasihati suami dlm bab2 agama kalo isteri lebih mengetahui bab tu..
tp cmne nak menghilangkan perasaan "hish laki aku ni, tu pun tak tahu!"

kdg2 mesti bini tu geram gk kan kalo bnde kecik bab agama pn laki tu tak tahu..


Honey_Inara Publish time 26-5-2013 06:10 PM

garnet posted on 25-5-2013 08:48 PM static/image/common/back.gif
Agak sukar (walau tak mustahil) untuk isteri membimbing suami jahil ke jalan agama. Kerana lelaki si ...

Aku rasa susahhh lah...
kalo suami tu nak berubah takpe..
isteri boleh tarik pelan2..
tapi kalo laki tu masih nak kekal ngn lifestyle lame?


Honey_Inara Publish time 26-5-2013 06:11 PM

islandinsane posted on 25-5-2013 11:33 PM static/image/common/back.gif
emm..susah persoalan ni

susah untuk dijawab..
lebih berat nak menanggung..:'(


Honey_Inara Publish time 26-5-2013 06:15 PM

kahmadz posted on 26-5-2013 12:47 AM static/image/common/back.gif
Satu lagi, jangan berkahwin dgn pasangan dengan harapan kita berniat mengubah pasangan kita mengikut ...

cmne cara nak berlapang dada menerima kekurangan ilmu agama suami?
{:sigho


Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Perempuan Solehah Dengan Lelaki Jahil


ADVERTISEMENT