Ultra Publish time 17-5-2013 04:04 PM

Belum ada tajuk...sila baca

Balai ketibaan itu penuhdengan pelbagai gelagat manusia yang baru menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.Satu-satu wajah yang melangkah keluar diamati Datin Sofea. Masih belumkelihatan wajah yang ditunggu. Wajah anak kesayangan yang dirindui. Hampirsetahun tidak bertemu anak gadisnya itu.Terasa sedikit debaran di hati.            “Mana dia? Ada?” suaminya, Dato Elias menegur. DatinSofea memandang suaminya sekilas.            “Takde pun, bang” resah Datin Sofea menjawab.            “Sekejap lagi muncul la tu. Kan dia dah bagitahu dia sampaipukul 2.30 petang” Dato Elias melihat jamnya. Hampi pukul 2.45 petang. Kalaudiikutkan dia sepatutnya berada dalam mesyuarat ketua bahagian ketikaini.Tetapi dia meminta pembantunya menggantikannya untuk ke lapangan terbangmenyambut puterinya yang baru pulang dari United Kingdom setalah tamatpengajian selama empat tahun disana. Hampir setahun tidak berjumpa menyebabkanrindu pada anaknya itu membuak-buak. Walaupun dia dan isterinya sering datangmelawat pada hari raya, namun tidak terubat rindu itu jika dibandingkan anakberada di depan mata.            “Abang, tu dia Zara” kata Datin Sofea teruja. Dato Eliasmemandang kearah yang ditunjukkan isterinya. Kelihatan seorang gadis berbajumerah jambu dan berseluar jeans melambai kearah mereka. Itulah Elianor Ezara, permatahatinya. Disebelah Elianor Ezara kelihatan Mellisa, kawan baik anaknyatersenyum kearah mereka.             “Mummy!” Elianor Ezara meninggalkan troli begnya danberlari memeluk Datin Sofea. Pipi Datin Sofea dicium bertubi-tubi. “Rindunyakat Mummy” Datin Sofea membalas pelukan dan mencium dahi Elianor Ezara.            “Mummy pun rindu Zara”bergenang air mata Datin Sofea.Terlerai rindu dendamnya. “Anak Mummy sihat?” kedua belah pipi anaknya dipegangsayang.            “Sihat Mummy”            “Hai…rindu Mummy je ke? Tak rindu Daddy?” usik Dato’Elias. Pantas Elianor Ezara mendapatkan bapanya dan memeluk lelaki itu.            “Sorry Daddy, Zara pun rindu sangat kat Daddy” Dato Eliasmembalas pelukan anaknya dan mengusap lembut kepala Elianor Ezara.            “Ingatkan dah lupa Daddy” usiknya lagi.             “Mana boleh Zara lupa Daddy. Ops, lupa nak salam” pantastangan Daddy dan Mummynya disalam. Mallisa menggeleng kepala melihat telatahkawan baiknya itu.            “Kau ni kelam kabut la, Zara”            “Biasalah,Lisa.Zara ni memang kalut. Nasib baik dia takterpeluk salah orang” kata Dato’ Elias. Dia dan isterinya memang sudahmengenali Mellisa dan menganggapnya seperti anak sendiri. Elianor Ezaratersengih.            “Daddy, takkan la Zara tak kenal Mummy dengan Daddy.Bukannya dah sepuluh tahun pun Zara tak balik”            “Tau pun. Yang eksited sangat rindu macam dah sepuluhtahun tu kenapa?” Dato Elias mencubit pipi anaknya.            “Dah la tu, jom kita balik. Mummy dah masak laukkegemaran Zara tau”            “Ye ke, Mummy? Ketam masak lemak?Bestnya” Elianor Ezarasudah teruja.            “Ikan terubuk bakar dengan air asam pun ada”tambah DatinSofea. Elianor Ezara sudah mencapai troli begnya.            “Jomkita baliksekarang. Lisa, makan kat rumah aku ye”            “Ha Lisa, jom balik rumah Uncle” ajak Dato Elias.            “Erm..takpelah Uncle, Auntie…Lisa kena balik terus. Dahjanji dengan Mak nak terus balik rumah” baru Elianor Ezara teringat Mellisamemberitahu akan mengambil teksi ke Nilai, rumah keluarganya memandangkan bapanyatidak dapat menjemputnya kerana bekerja.            “Lisa makanlah dulu kat rumah Aunte, nanti Pak Zali bolehhantar Lisa balik rumah terus. Tak payah ambil teksi” pelawa Datin Sofea.            “Lain kalilah Auntie. Lisa rasa mak dah masak tu. Nantidia tertunggu-tunggu pulak”            “Hmm..takpelah kalau macam tu. Nanti mak Lisa risau pulak.Mesti dia tak sabar nak jumpa anak dara dia ni”kata Datin Sofea.            “Lain kali aku suruh Mummy masak sedap-sedap, kau makankat rumah aku eh” kata Elianor Ezara.            “Yelah. Eh, jom teman aku cari teksi kejap”kata Lisa.            “Zara pergi hantar Lisa kat tempat teksi tu. Daddy denganMummy bawa beg Zara tunggu kat kereta” putus Dato Elias.            “Okay” Mallisa bersalaman dengan Dato Elias dan DatinSofea.            “Lisa minta diri dulu ye Uncle, Auntie. Assalamualaikum”            “Waalaikumussalam. Baik-baik ye Lisa. Nanti kirim salamkat mak dan ayah” kata Datin Sofea.            “Insyallah. Lisa balik dulu ye”“Sekejapeh Mummy. Zara teman Lisa kejap” Elianor Ezara dan Mellisa berlalu ke tempatteksi. Dato Elias dan Datin Sofea memerhati seketika sebelum berlalu.            “Alhamdulillah, ye abang. Zara dah habis belajar. Lepasni boleh la dia tolong abang kat syarikat”            “Itulah harapan saya. Hari tu masa saya tanya dia nak takkerja dengan saya, dia kata tak kisah. Siapalah lagi yang boleh diharap kalautak Zara. Memang Haikal boleh diharap tapi abang kesian jugak tengok dia siangmalam kerja takde orang tolong dia. Erin dah tentu tak minat”            “Abang ajak la Lisa tu kerja sekali dengan abang. Bolehdia tolong-tolong Zara. Lisa tu dah macam anak kita juga. Lagipun kelulusandiorang sama”             “Boleh juga kalau dia mau. Saya ni kalau ada anak lelaki,saya dah pinang Lisa untuk jadi menantu kita. Baik budaknya” kata Dato Elias.            “Isy abang ni, kesitu pulak.Budak-budak sekarang nibiasanya nak cari jodoh sendiri, bang. Entah-entah dah ada kekasih kat UK tu”            “Abang berangan je” Dato Elias ketawa. Sampai sahaja dipintu hadapan KLIA kelihatan pemandunya Pak Zali menghampiri mereka untukmengambil beg di dalam troli. Sementara itu di ruang menunggu teksi kelihatansedikit sesak dengan manusia yang ingin mangambil teksi.            “Ramainya orang”keluh Lisa. Elianor Ezara ternampaksebuah teksi di bahagian belakang yang masih kosong.            “Eh, tu ada teksi kosong. Jom” Elianor Ezara mendahuluiMellisa menuju ke teksi itu sebelum dinaiki orang lain. Nanti satu kerja pulaknak tunggu kalau dah terlepas teksi yang ini. Hampir sahaja dia mencapai pintuteksi itu, Elianor Ezara dilanggar agak kuat dari arah bahu kirinya menyebabkandia hilang keseimbangan dan jatuh terduduk.            “Aduh” terpejam seketika matanya menahan sengaldipunggung.             “The taxi is mine” keras suara lelaki yang sudah mencapaipintu teksi itu. Sebelah tangan yang memegang handphone masih melekapditelinganya.Seketika lelaki itu terpegun melihat wajah Elianor Ezara. Sebelahlagi tangannya manarik cermin mata hitam yang dipakainya.            “Reen?” kata lelaki itu. Seorang lelaki berkulit cerah. Keningnya lebat dengan hidung terletak dan bibir kemerahan. Terkaku Elianor Ezara seketika. Mata lelaki itu merenung tepat ElianorEzara dengan wajah bingung membuatkan Elianor Ezara geram.            “Hei, apa main langgar-langgar ni? Tak boleh cakapelok-elok ke?” Elianor Ezara meninggikan suara sementelah dia masih lagiterduduk disitu dan beberapa mata menyaksikan adengan itu. Mellisa yang sudahmenghampiri pantas mendapatkan Elianor Ezara.             “Kenapa ni Zara?”cemas suara Mellisa bila melihatkawannya itu jatuh terduduk. Lelaki itu seakan tersedar bila suara wanita didalam handphonenya kedengaran agak kuat menarik perhatiannya.“Yeah,I’m still here”kata lelaki itu kepada pemanggil di sebelah sana. Cermin matahitam disarungkan kembali. Lelaki itu pantas menaiki teksi dan berlalu. “Kurangajar!” jerit Elianor Ezara geram. Mellisa pantas membantunya berdiri.“Kauberebut teksi dengan mamat tu ke? Kau okay tak ni?” Mellisa baru menyedaricerita sebenar yang berlaku.“Sakitnyahati aku tengok mamat tu, Lisa. Pandai pulak dia cabut macam tu ek? Takut la tu”Elianor Ezara menggosok sedikit punggungnya yang terasa sengal.“Tula kau, lain kali tengok dulu. Jangan main terjah je. Ke kau memang dah nampakmamat handsome tu dari jauh? Tu yang kau terjah tu?”duga Mellisa. Elianor Ezaramenjeling geram. “Setakatmuka macam tu kau kata handsome? Kau ni rabun kot?Dahla aku ni kena tolak sebabnak tolong kau dapat teksi, kau backing mamat tu pulak”sindir Elianor Ezarageram. Mellisa tersengih.“AlaZara, ape salahnya sekali-sekali berkoraban untuk kawan baik kau ni. Lagipunkalau aku jadi kau, aku rela kena tolak dengan mamat handsome macam tuberkali-kali. Elok2 jatuh kena tolak, terus jatuh cinta” giat Mellisa.“Sorryye, setakat adengan filem Hindustan macam tu aku nak jatuh cinta. Zikri akuseratus kali lagi handsome”“Sukatikau lah. Eh, tu teksi. Kau tunggu sini biar aku yang pergi”Mellisa berlalu. ElianorEzara menurut dengan hati yang sebal.Selesai sesi mengucapkan selamat tinggaldengan Mellisa, Elianor Ezara menuju ke kereta Dato’ Elias yang setia menunggusebelum bertolak pulang ke rumah.

Bersambung....

ladyFinger12 Publish time 17-5-2013 05:55 PM

Oh my!!! :doh3:

Dah lah tulisan haluihhh...

Tulisanrapat2...

Langsung tak ada perenggan...

Selepuk panjang2 dlm satu post!

GERAMMM nihhh! :curse:



:lol:

wipers81 Publish time 17-5-2013 06:05 PM

tu dia akak lady dh marah......;P

stars83 Publish time 17-5-2013 11:26 PM

jalan cerita memang dh cantek,cuma kalo boleh,bglah perengan sikit,sedap jugak mata nak memandang dan baca..

fatehana Publish time 20-5-2013 12:30 PM

hadek ultra
citer hadek dah bagus cuma klu boleh sila wat perenggan dan besarkan sikit fon boleh x
akak ni dah nak kena amik kanta pembesar nak baca hadek oiii :curse:

sellie003 Publish time 20-5-2013 12:59 PM

Alahai Dik,

Tak lalu akak nak baca ..... mohon buat perenggan & jgn tepek sekali sebab dalm satu post...mohon adik tengok2 dulu otai2 yg buka tret novel...bagaimana cara nak tepek citer....

Bukan apa...salah satu wat org x minat baca...mata tuh dah sakit nak terus baca...

Jgn mare ya...just nasihat...{:1_141:}

mawar65 Publish time 20-5-2013 03:54 PM

alahai ultra...
comey nye tulisan tu...
bole besar kan sket x???

buat lar perenggan...baru sng nk bace.....

Ultra Publish time 20-5-2013 04:26 PM

maaf ye kakak2 abg2 semua..saya budak baru belajar..:D

Ultra Publish time 20-5-2013 04:30 PM

Sambungan....

Setibanya dirumah Elianor Ezara disambut meriah oleh kakaknya, Elianor Ezreen. Belum sempat turun dari kereta Ezreen terus menyerbu dan membuka pintu kereta . Elianor Ezara terus sahaja memeluk kakaknya melepaskan rindu.
       
“Zara! Welcome home” Ezreen memeluk erat adiknya.

“Kak Erin, kenapa tak ikut jemput Zara tadi”muncung mulut Zara.

“Sorry ye dik, akak pun baru je balik ni. Salon tadi takde orang jaga. Tunggu perkerja kak Erin datang tadi” Elianor Ezara tersengih. Padahal Mummy dah beritahu tadi kenapa Kak Erin tak boleh ikut. Saja nak mengusik kakaknya.

“Hmm…yelah, orang dah ada business.Kalau macam tu, kak Erin kena bagi make-over free la pada Zara. Zara ni baru habis belajar. Takde duit”

“Boleh. Nanti Kak Erin bagi pakage VIP punya hair treatment. Free of charge”

“Wau…terima kasihlah kakak ku yang baik hati”

“ Aik? Takkan terima kasih je?” Elianor Ezara ketawa.

“Ye la… tau dah. Nak souvenier kan?”

“Bagusnya dapat adik macam ni. Cantik, bijak pulak tu. Ada ke?” usik Ezreen lagi.

“Tak payah nak bodek la kak. Mestilah ada. You’re my favourite sister. Jom la Kak Erin. Nanti Zara bagi. Kita makan dulu jom. Cepatlah Mummy, Daddy”Dato’ Elias dan Datin Sofea hanya ketawa memerhatikan gelagat anak kembarnya itu dan menurut langkah mereka. Elianor Ezreen hanya tua dua minit daripada Elianor Ezara. Hanya sepasang kembar seirasitu sahajalah permata hati mereka.Kalau bertemu, memang meriah suasana dengan suara mereka berdua.Elianor Ezreen yang tidak berminat untuk menyambung pelajaran selepas SPM telah memilih untuk menceburi bidang modeling dan baru berjinak-jinak dalam perniagaan salonnya sejak setahun lepas. Kalaulah anaknya itu berminat sambung belajar, mesti dah habis belajar juga sekarang. Dah dia tak minat, nak paksa pun tak boleh juga, detik hatinya.

Ultra Publish time 20-5-2013 05:28 PM

Adam Haikal memejamkan mata. Sesekali kepalanya dipicit perlahan. Pening kepala mengingatkan perempuan bernama Sarah itu. Baik aku kerja je tadi. Ada jugak faedah, detik hatinya. Huru hara harinya dibuat gadis kacukan melayu-cina itu. Muka je lawa, perangai entah apa-apa.
Sedang dia sibuk dengan kerjanya yang tak habis, Sarah menelefonnya meminta bantuan untuk menghantarnya ke KLIA dan membawa pulang kereta gadis itu ke apartmentnya kerana dia akan ke Jepun untuk dua minggu. Mulanya Haikal malas nak melayan tetapi bila gadis itu beriya-iya memujuk dan sudah menunggu di bawah bangunan pejabatnya, terpaksalah dia mengambil cuti kecemasan separuh hari untuk menghantar gadis itu. Ketika ingin berlepas gadis itu menyerangnya dengan soalan diluar jangkaannya.

“Nanti bila I balik, you jemput I lepas tu terus kita jumpa parents I ye, Haikal?”
       
“Jumpa parents you? Nak buat apa?” Sarah mengetap bibir geram.
       
“Buat apa you tanya? Berkenalanlah dengan parents I. Diorang nak kenal siapa lelaki istimewa dalam hidup I” tercekik air liur Adam Haikal mendengarnya.
       
“I thought we’re just friends?” soalnya blur.
       
“What?” muka Sarah sudah merah. “You jangan nak main-main Haikal”
       
“Main-main apanya? I tak fahamlah”
       
“You jangan ingat I sama dengan perempuan-perempuan lain yang you boleh main-mainkan, okay?”
       
“Sarah, you dah tau kan I ada Reen? Dari mula kita kenal you dah tau. Reen pun tau I kawan biasa je dengan you”
       
“You yang cakap dengan I hari tu yang dia tak nak kahwin dengan you, kan? Buat apa you serita kat I kalau you tak anggap I ni special?”Adam Haikal ketawa kecil.
       
“I cakap Reen belum sedia nak kahwin, bukan taknak kahwin dengan i. By the way, ada ke I propose you untuk jadi girlfriend i? I rasa takde, kan?” Sarah mula berlembut bila melihat Hikal seperti naik hantu.
       
“Haikal, buat apa you nak tunggu perempuan tu. Dia banyak lelaki lain. You pun tau hal ni, kan. I really love you, Haikal. Apa kata you cuba buka hati you untuk i. Tak perlulah you nak tunggu dia lagi. I rasa dia dah takde hati dengan you lagi” Sarah melingkarkan tangannya ke dada Haikal. Haikal mengalihkan kedua-dua tangan gadis itu dari badannya.
       
“Sorry Sarah, selama ni I memang anggap you kawan je. Reen tau I kawan dengan you. I pun tau dengan lelaki mana Reen berkawan. That’s not a big issue in our relationship. I harap kita kekal jadi kawan, okay?”pujuk Haikal.
“Tapi…”
“Please, Sarah”tegas Haikal. Tidak mahu mendengar pujuk rayu gadis itu lagi. Sarah mendengus geram.
        “Fine. You don’t know what you’re losing, Haikal!” Marah Sarah dan pantas berlalu masuk ke balai berlepas. Haikal Cuma memerhati sebelum seketika kemudian dia teringat yang kunci kereta Sarah ada pada gadis itu. Macam mana dia nak blik?
        “Sarah! Kunci!” tetapi gadis itu buat tak dengar sahaja dan pantas berlalu. Haikal mendengus geram. Kot ya nak protes pun takkan sanggup biar aku balik sendiri. Tadi dia jugak sibuk suruh bawak balik kereta dia. Ketika itu handphonenya berbunyi. Panggilan dari pejabat bertanyakan fail penting yang berada dalam simpanannya. Terkocoh kocoh dia keluar ke tempat teksi untuk balik ke pejabat. Pada masa itu juga dia yang sedang kelam-kabut dan dengan hati yang panas dengan karenah Sarah telah sengaja melanggar gadis yang cuba mendapatkan teksi itu. Haikal membuka mata. Pertama kali dalam hidupnya dia mempercayai perbahasa ‘pelanduk dua serupa’. Sekali pandang wajah itu mirip kekasihnya, Erin membuatkan dia terpaku. Tapi bila diteliti ada bezanya dari raut wajah polos gadis itu dengan wajah Erin. Hatinya yang sebal ketika itu membuatkan dia jadi manusia yang pentingkan diri sendiri dan terus berlalu. Adam Haikal mengeluh. Siapa dia, fikirnya lagi?
Pages: [1]
View full version: Belum ada tajuk...sila baca


ADVERTISEMENT