adeqo Publish time 2-5-2013 03:10 AM

DIA MILIK AKU.. Jalan cerita coming soon..

Intro

Sinopsis...

Pada usia 14 tahun dia sudah kehilangan..dia yang pada mulanya seorang periang dan manja bertukar menjadi seorang yang pendendam.. Ya, Semua terjadi kerana peristiwa kemalangan yang penuh misteri itu.. Dia bukanlah pembenci lelaki.. Dia cuma bencikan lelaki yang selama ini amat dicintainya mengkhianatinya dengan sanggup menipu dia selama 10 tahun... Apa yang perlu dia buat untuk lelaki tersebut menyesali kesalahan yang telah lakukan?? Walauapapun kesalahan membunuh mesti dibalas dengan membunuh.. Itu tekad dia yang bernama AIRIS..

Setiap manusia ada sebab mengapa mereka buat begitu..Sebab mereka ini kadang-kala tidak sengaja ataupun sengaja melakukan sesuatu perkara.. Tapi apa yang pasti, setiap manusia ada alasannya sendiri. Dia sudah memiliki si dia.. Si dia yang amat dicintainya walaupun jarak umur 10 tahun tapi itu bukan bermakna mereka tidak boleh saling memiliki. Namun disebabkan rahsia yang disimpan kemas dihati dan akalnya selama 10 tahun telah terbongkar sehingga menyebabkan dia kehilangan miliknya yang paling berharga dalam hidupnya. Dia cuba mencari idea untuk memberi jawapan permasalahan itu. Segala usaha telah dilakukan sehingga dia berjaya mencari jalan keluar daripada permasalahan tersebut.. Itulah usaha dia yang bernama ILHAM...

Airis sudah tahu segalanya.. Tapi bagaimana dia ingin berpatah balik dengan perbuatan yang baru sahaja dia suruh lakukan tadi?? Walaubagaimanapun caranya, dia mesti perbetulkan segala permasalahan ini.. Ya, permasalahan yang berpunca daripada dirinya sendiri..   bagaimana dia ingin memperbetulkannya sedangkan dia sendiritidak dapat mengingati perkara tersebut?? Yang dia hanya ingat..Dia sudah memiliki lelaki itu..

Ilham, dia tidak percaya wanita tersebut tergamak melakukan seperti itu... Wanita yang amat dicintainya telah membuatkan dia terluka dan menyebabkan dia kecacatan fizikalnya. Segala jawapan telah diberikan namun mengapa wanita tersebut masih sanggup memperlakukannya seperti itu.. Wajarkah dia membenci dan menghukum wanita itu setelah apa yang wanita itu telah buat kepadanya??? Dia terlupa bahawa tanpa disedari suatu ketika dahulu dia pun telah melakukan kesalahan yang sama..

Konflik antara Airis dan Ilham sangat 'complicated'... Kedua-dua manusia ini saling memiliki namun dengan cara berbeza... Mereka saling menyayangi namun dengan situasi yang berlainan. Mereka bukanlah pendendam sebenarnya namun keadaan yang membuatkan mereka terjerat dengan kehilangan milik yang mereka sayangi.. Walau apa cara sekalipun, mereka mahu miliknya kembali.. Namun mereka terlupa, Sesungguhnya, mereka tidak sedar bahawa Allah yang maha memiliki.

Jika merekamilikinyadengan cara kelembutan , dan kamu milikinya dengan cara kekerasan..
Maka aku milikinyadengan cara kedua-duanya sekali... Kerana sesungguhnya DIA MILIK AKU...

JALAN CERITANYA COMING SOON...
Last edited by adeqo on 4-5-2013 06:28 PM

wasap Publish time 2-5-2013 01:11 PM

NIce intro..

NaylaArisha Publish time 2-5-2013 07:22 PM

hurm teringin nak tahu seterusnya

NaylaArisha Publish time 10-10-2013 04:38 PM

ni dah bulan 10 mana isi nya???

wipers81 Publish time 10-10-2013 05:46 PM

oo...baca intro ingatkan baru post...bulan 5 ya. sekarang bulan 10...mmmm xpe, mesti best crite ni

adeqo Publish time 10-10-2013 05:51 PM

Maaf la korg yg menunggu.. Aku agk bz skit la.. Online forum pon gune phone je skrg...In shaa Allah jika ade mase Aku online gune lappy n upload kt sni.. Skrg sibuk study... Hrp sabar ye semua.. :) xsgke ade org tggu cite fiksyen aku ni:$:$
Pages: [1]
View full version: DIA MILIK AKU.. Jalan cerita coming soon..


ADVERTISEMENT