aireen24 Publish time 30-4-2013 11:00 AM

Kupu-kupu dalam perut




Tahun 2000
“Awak kata kena rasa kupu-kupu, tak ada pun sayarasa kupu – kupu dalam perut ni?” kata budak perempuan itu sambil menepuk-tepukperutnya.
“Aku cakap kalau kau ada crush dekat lelakiitu lah!” terang rakannya yang tersengih-sengih sejak tadi.

Budak perempuan menggaru-garu kepalanya yangtidak gatal. Aku baru umur 13 tahun, baru nak kenal alam remaja. Macam mana akunak ada crush? Dapat nota hendak berkenalan ini pun menyemakkan kepala saja. Crush? Baru masuk hari keempat dia bersekolah di sekolah menengah takkanlah tiba-tiba nak ada crush dekat sesiapa? Biar betul kawan aku ini?

“Kau dapat nota ini takkan kau tak rasaapa-apa? Senior yang bagi tu weh. Takkan tiada rasa bunga-bunga.” kata rakannya yang sedang mengipas – kipastudungnya kerana panas. Bolehlah pula hari ke empat masuk ke sekolah menengah,bekalan elektrik terputus. Buat spoiled mood saja nak ada induksi saja. CikguSalim Misai dekat depan itu sibuk berceloteh entah apa-apa entah. Induksi inimemang asyik bercakap ke?

“Saya tak rasa apa-apa pun, apa ini, sekejap kupu-kupu, sekejap bunga-bunga. Siapa dia ni? Lukisanbangunan dia memang cantik, tapi saya tak berminatlah.” Kata budak perempuan itu lalumenolak nota yang bersampul kelabu itu ke atas meja kawannya.

Kawan budak perempuan itu berhenti mengipas tudungnyadan berkata “ Aku dah tanya dengan abang aku, budak ini pelajar harapansekolah, handsome dan athletic, kau respond saja lah kata terima kasih ke apake, bagi phone number rumah ke.”

“Tak mahu saya..” geleng budak perempuan itu tanda tidak mahu.

“Weh kau cubalah dulu, mungkin dia betul –betul ikhlas nak kenal kau” kawannya yang sibuk mengipas tudung itu memujuk.

“Tak mahu! Lagipun nanti Abi saya marah, taknak. Awak saja lah layan.” Kata Budak perempuan itu sambil membetulkan cerminmatanya. Aku yang ala-ala nerd ni pun ada orang nak berkenalan? Gilalah! Bentakbudak perempuan tersebut.

“Aku pun tak mahu, papa aku tahu aku mestikena hantar duduk rumah atuk aku dekat Holland. Ala kau ini, cubalah! Apalahkau ni…” menceceh kawan budak perempuan itu lagi.

“Saya kata tak nak, tak naklah. Awak saja lahyang layan.”. Dia membetulkan lagi cermin matanya yang baru dibuat oleh Abi danIbunya sempena masuknya dia ke tingkatan 1. Walaupun dia memakai cermin mata,tidak sedikit pun mencacatkan kecomelan budak perempuan itu.

“Nur Irene Irina Habib, Anggun Isabella Aimande Berg sembang apa tu??!”

Kedua-dua budak perempuan itu memandang ke arahhadapan papan hitam. Alamak Cikgu Salim Misai dah marahlah!!!



Assalamualaikum, saya Aireen. Nak menumpang type disini. Dulu saya ada post satu cerita, tetapi cerita itu tak pernah saya habiskan. Jadi saya nak re-post balik, cerita ini untuk tatapan semua. Jika ada kesalahan ke apa-apa, silalah memberi teguran yang membina kerana ada ketikanya kita berserabut tatabahasa.

aireen24 Publish time 30-4-2013 01:04 PM

Tahun 2003Kring!!!! Kring!!!! Kring!!! Bunyi loceng menandakan telah masuk waktu rehat. Seperti sekolahyang lain setiap pelajar dikehendaki untuk turun ke kantin untuk menikmatisarapan pagi. Ramai pelajar berpusu – pusu menuruni tangga untuk menuju kekantin yang berada di blok sebelah. Didalam ramai pelajar tersebut, terdapatseorang pelajar perempuan yang kelihatan seakan berat hati untuk turun kekantin. Dia mempunyai banyak sebab mengapa dia enggan turun.

Dia juga berharap cepat – cepatlah masa berlalu supaya segala balayang kemungkinan menimpa tidak berlaku. Walaupun terdapat berbagai siri perkarayang tidak sepatutnya berlaku pada dia, namun dia tetap menguatkan semangatnyauntuk pergi ke sekolah dan berkt kesabarannya itu dia baru saja di nobatkansebagai pelajar terbaik PMR 1997 bagi daerah Petaling Jaya ataskecemerlangannya mendapat 9A dan lima daripada subjek yang diambil yang itutelah mendapat markah 100%.

Dia merenung kosong ke arah kantin yang sudah penuh dengan pelajar –pelajar yang hendak membeli sarapan. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja diaberpindah sekolah. Tapi atas nasihat Cikgu Kamarul iaitu cikgu mata pelajaran Matematikyang menyuruh dia bersabar, dia redha.

Lambat – lambat dia mengheret kakinya ke arah kantin.Bersedialah…desis hatinya. Tahu apa yang akan berlaku padanya nanti. KalaulahIsabella masih bersekolah di sini dan tidak berpindah ke MRSM Taiping kan bagus.Tak adalah dia rasa macam ni. “Freak!!!!!!!” jerit satu suara. Jeritan itu itu kemudiannya diasambut dengan gelakkan.Dia tidak mengangkat pun pandangan matanya dari lantai. Dia tahusiapa yang menjerit perkataan tersebut. Here we go again…keluhnya.“Woi..semua blah..blah…nanti tak cukup dia nak makan..” suara ituberkata lagi.Kalau ikutkan badan Irene average tidak terlalu kurus ataupunterlalu gemuk. Just nice. Tidak tahulah kenapa si empunya suara itu suka benarmenjgejek fizikal badannya.

Kata – kata suara itu disambut dengan sahutan – sahutan dan gelakketawa sahabat si tuan punya suara itu. Yang mampu dilakukan olehnya adalahdiam dan menunggu gilirannya itu membeli sarapan, takkan nak larikan diri,pelajar perempuan tu seorang berani.

“Nur is a freak..F..R..E..A..K.. Freak!” ejek suara itusambil melagu - lagu. Ejekannya itu sekali lagi disambut dengan gelak ketawadari rakan – rakan si tuan punya suara. Mungkin geram kerana dia tidak memberisebarang tindak balas terhadap ejekannya. Setelah membeli sarapan, dia pun berlalu ke port tempat selalu diaduduk seorang diri. Dia bukannya tidak mempunyai kawan. Ada. Cuma dia tidakmahu kawan – kawannya terkena sekali ejekan daripada si tuan punya suara itu.Pernah dulu kawannya, Gina bersama – samanya pergi ke kantin untuk membelisarapan. Pada mulanya tiada apa yang berlaku, tapi lama kelamaan dia terdengarejek – ejekan dari si tuan punya suara yang memanggilnya pakwe kepada GinadanGina di panggil makwenya. Mula – mula mereka berdua buat tidak peduli, namunkerana kesiankan Gina, dia pun meminta Gina menyertai rakan kelas yang lainuntuk sarapan kerana tidak mahu Gina dilibatkan.

Tuan punya suara tu pun satu, bodoh! Dahlah SPM tahun ni. Kononnyapelajar pandai la bajetnya. Walaupun pandai tapi ada bodohnya. Sebab bodohnyatuan punya suara ni ialah dia terlibat dengan geng – geng nakal dalam sekolahni. Bajet baguslah tu. Tuan punya suara ni bukan handsome pun. Tapi hairan,satu sekolah tergila-gilakandia. Adabudak di dalam kelasnya siap bergaduh sampai tarik – tarik rambut dan tudung.Masa itu, dia tak fahamlah kenapa budak berdua itu bergaduh tapi setelahdiberitahu oleh Ali, kawan sebelah mejanya barulah dia tahu rupa – rupanyamereka berdua bergaduh kerana tuan punya suara itu. Dia menggeleng – gelengkepalanya tanpa sedar. Budak macam tu pun boleh orang berebut ek?Dia menghabiskan air minumnya untuk penghabisan. Takut kalau lambat– lambat si tuan punya suara cari pula dia kat sini. Yelah, dia kan dah macamobjection of attention si tuan punya suara. Object of joke.

“Nur Irene Habib?” terdengar suara memanggilnya.Dia mengangkat kepalanya. Cikgu Suraya….eh..Cikgu Kamarul pun ada.Dia pun menghadiahkan senyum pada mereka berdua. Ditangan merekaberdua terdapat makanan dan minuman. Rupa – rupanya mereka hendak sarapandengan dia. Ya Allah..terima kasih selamatkan aku hari ini…

aireen24 Publish time 30-4-2013 01:07 PM

Tahun 2009

Indah dan damai. Pasti jika mereka berada ditempatku ini merasakanbetapa agungnya ciptaan-Nya apabila duduk duduk di bawah pohon Beringin ini.Pemandangan yang indah dan dingin pasti dinikmati oleh mereka. Namun begitu, mengapa pemandangan ini tidak mampu untuk menyejukkan hatiIrene.Irene akui, dia seakan buta untuk melihat keindahan yang telah AllahS.W.Tperlihatkan padanya hari ini.Hari ini merupakan hari yang ke berapa malang bagi dirinya. Susunkatanya tidak pernah elok pada pendengaran diri ini. Buruk sungguh perangaidirinya hari ini. Kata - kata Miss Goi tadi di dalam kelas Keusahawanan jugatidak ku peduli walaupun Miss Goi banyak melaser Irene kerana Irene hilangfocus pada ceritanya.
Mulut Miss Goi yang sememangnya sentiasabercakap laju bagaikan bertih jagung itu jugakedengaran persisinterlude Flight ofthe Bumbleebee karya NikolaiRimsky-Korsakov yang tanpa henti. Tak apalah, nak buat macam mana aku memangtidak fokus.
Irene harus akui, kesilapan membuat keputusan akhirnya memberi impakyang besar dalam dirinya. Bukankah bagus jika Irene mengikut saja kata kakMira. Tidaklah bersusah payah aku menangung perit menghabiskan pelajarannyaini.
Irene cukup pasti jika dia suarakan hal ini pasti kak Mira akanmengjawab dengan sinis, kerana Kak Mira telah memberikan pandangannya danpandangannya itu ternyata tepat. Kenapa aku harus melalui keperitan ini. Akutidak mahu menyusahkan Abi dan Ibu. Wargh!!!! Kenapa Irene!!! Kenapa?? Jeirtbatin Irene.
Daun yang jatuh di bahu tidak dipedulikan oleh Irene. Lantaklah…bukan najis pun. Sambung balik monolog aku..
Biarlah aku di tutupi daun - daun ini. Biarlah aku ditutup daripandangan - pandangan mereka yang seolah - olah mengejek diriku dan jika bolehbiarlah pokok besar ini menggungurkan lebih banyak daun- daun yang akan menimpaku lalu meliputi diriku dari pandangan mereka yang berlalu. Oooo tuhan…
Tak sudah lagi ke Irene ni bermonolog?
Eh..bukan Hudy lambai aku ke tuh? Mata Irene dikecilkan untukmelihat orang yang sedang melambainya. Betul, Hudy. Aku melambai balik danmenundukkan kepala aku. Mesti kejap lagi Hudy kata aku sombong. Ceh..ceh…sambung balik…ok masuk feel sedih…

Biarlah aku duduk senyap-senyap dekat sini,aku nak pujuk diri aku ni!Irene hilang dibalik karya Coldplay, The Scientist. Makin lama makin ingin diakuatkan volume ipodnya itu.

Abi…Ibu…anak mu hanya menyusahkan kalian berdua…Kenapa tidak saja akuterima tawaran masuk buat A-Level dekat Lembah Beringin, dah sah-sah aku dapatfly lepas itu. Abi,Ibu, anakmu ini tengah sakit….Sakit hati!!! Mana duit biasiswa ni….Selesai lagu The Scientist oleh Coldplay, giliran lagu Pon de Replayoleh Rihanna pula kedengaran, Irene pun menguatkan lagivolume ipodnya.Asbestos sungguh budak yang bermonolog sendiri ini. Rupanya benggangduit biasiswa yang belum masuk ke dalam bank. Ingatkan pasal apa tadi.
Sebenarnya yang sibuk bermonolog ala - ala cerita sedih ni Nur IreneIrina binti Muhammad Habib. Irene ini sebenarnya sedang bersedih kerana dahbeberapa kali keluar masuk pergi ke bank untuk melihat sama ada duit biasiswayang di janjikan oleh penaja sudah dimasukkan ke dalam akaun bank. Nak masuk hariini sudah masuk kali ke 10 dia pergi ke atm bank berhampiran perpustakaan. Hampa sungguh dia. Ingatkanbolehla meringankan beban Ibu dan Abi. Wei duit biasiswa!!! Masuklah weh!!!

Lagu Island in the Sun nyanyian the Weezer berkumandang dari beggalas Irene.Alahai…potong sungguh…mesti Ibu call suruh balik……



Last edited by aireen24 on 30-4-2013 05:10 AM

aireen24 Publish time 30-4-2013 01:11 PM

Irene balik ke rumah setelah mendapat panggilan Ibu. Dia ingatkanperkara penting apa yang terjadi sehinggakan Ibu menyuruhnya pulang. Tadi diasampai accident tapi taklah teruk, cuma bumpernya jatuh. . Kejap lagi kenaminta tolong abang Izz bawa pergi bengkel lah jawabnya.


Rupa - rupanya, Ibu suruh pulang kerana Abi hendak ajak anak -anaknya pergi makan besar di Seoul Garden di One Utama.
Alahai Abi..patutlaa anak - anak Abi ini membesar dengan sihat dan kuat.


Nak - nak Irene…sudahlah ditambah dengan stress duit biasiswa tidakmasuk - masuk. Makin tembam laa pipi Irene ini. Nampak macam pau dah ni. Mana taknya, asal Irene tension saja aku belasah ice cream, mana tak tembam?


Sampai sahaja rumah, aku di sambut oleh ahli keluargaku yang sedang menunggu di depan rumah. Rupa - rupanya mereka sedang menunggu kepulangan Irene untuk terus pergi. Amboi - amboi Kak Ann, nak pergi makan pun pakai menggalah mak datin ke?


Lambat - lambat aku jalan ke arah Abi yang sedang berdiri di sebelah kereta Abi.
“Irin drive ye? Abi malas..”
“La..ingatkan apa tadi Abi..”

Irene kalau dengan Abi selalu kalah. Abi selalu guna diplomasi dengan anak - anaknya. Kalau anak - anaknya jawab tidak, Abi pandai psycho balik sampai anaknya kata “Ya’.Irene pun mengambil kunci kereta dari Abinya dan terus menghidupkan kereta. Mungkin dengan makan besar ni, boleh hilang stress Irene kot?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Arghhh…Tak ada mata ke? Mata letak kat lutut ke? Tak guna..MarahIrene bila Lelaki yang lalu di di arah bertentangannya melanggar bahu Irenedengan kasar.Pula itu pandang orangmacam orang ada hutang dekat dia pula. Gila!
Irene dan Ibu sebenarnya hendak mengambil buah - buahan yangsememangnya ada.
“Siot la kau ni..” tetiba ayat itu terpacul. Alamak terkuat sudah.Mati Irene…
Ibu yang mendengar perkataan itu mencelah “Nur Irene Irina MuhammadHabib…” suara Ibu tegas menandakan dia tidak suka anaknya menggunakan ayat yangkurang enak.
“Iye bu…” Aduhai Ibu, accident always happen, Your daughter isjust being a human. Ibu!! Sakit bahu ni tauIbu….waa nak nangis!!!!
“Ibu tak suka Irin guna perkataan tu…”
“Irin tak sengaja bu..sumpah…it comes out suddenly..” belasahje la Irene. Dari kena ceramah ala – ala Ustazah Bahyah idola Ibu tu.
“Although tidak sengaja..” tak sempat Ibu menghabiskan ayat tiba- tibalelaki yang tadi melanggar Irene datang dan mencelah. Hek ele..sibuk jek dia ni kata Irene dalam hati.
“Saya minta maaf makcik..” kata lelaki tersebut dengan senyuman malu – malu. Tadi dia terdengarbudak perempuan yang dilanggarnya itu menyebut sesuatu dan kemudiannya makkepada si budak ini marah pada budak itu.
Aik..afsal mamat tu minta maaf kat Ibu aku? Patutnya minta maaf kataku la, dia langgar aku, bukan Ibu. Aduh sakitnya bahu ni, tulang besi apa lelakini. Hiiii… spek hitam tutak reti - retinak buka spek ke walaupun dah malam. Irene mencemik muka. Budget handsome lahtuh.
Aku tengok muka Ibu pun terkejut. Mesti Ibu terkejut tetiba mamatspek hitam ni cakap maaf kat dia. Mamat ni silap-silap high kot? Gelak Irenedalam hati.
“Maafkan saya terlanggar anak makcik tadi..” kata lelaki itu dankemudiannya membuka spek mata hitamnya. Oh tidak inigaya dah budgetmacam sinetron Indon ataupun cerita Tamil. Taknak fluffkan rambut ke bang?Hiiii…
Ibu geleng. “Patutnya minta maaf kat anak makcik tu... Kenapa mintamaaf kat makcik, kamu tak langgar makcik pun.?” Terkejut betul Ibu bila lelakiyang melanggar anaknya pergi minta maaf padanya. Patutnya mula – mula tadi dia seharusnya meminta maaf pada Irenebukan Ibu.
“Er..hee..er..ye..” Lelaki itu termalu sendiri Nampak muka diamerona merah. Iyelah, lelaki berkulit putih la katakan.
Lelaki sebenarnya ingat dia nak ambil hati mak budak yang kenalanggar dengan dia tadi. Sebenarnya sengaja dia melanggar budak perempuan tutadi bila dia ternampak budak perempuan itu pun sibuk mengambil bahan - bahanuntuk steamboat.Memang sejak tadi lagi matanya mengfokus pada budak perempuan ni.Budak ni dan keluarganya sebenarnya duduk bertentangan mejanya .

Mulut budak yang dia langgar ni, dari tadi tak bersuara diaperasan.Dah laa comel, nak saja picit - picit pipi yang tembam tu.

“Minta maaf..” kata lelaki tersebut sambil membuka spek hitamnyaMuka Irene berkerut. Macam pernah tengok mamat ni. Senang-senangminta maaf, paling koman pun belanjalah ais krim Ben’s and Jerry ChocolateBrownies Fudge sebarang satu dua kali..ces..

“Saya mintak maaf..”. Kalau iye pun aku ni hensem jangan lah pandangaku macam itu detik lelaki itu.Muka Irene berubah. Diasudahdapat mengingati siapa di depannya. Memori lama mengimbau. Ish, bencinya!!!!Kenaa kau muncul balik depan aku!!

Irene hanya pusing dan terus melangkah ke meja tanpa berkata apa. Jalan pun dah ala-ala kawad tentera saja gayanya.

Ibu dan lelaki itu memandang pelik. Ibu Irene lagilah pelik. Takpernah anak dia buat perangai macam itu depan orang. Walaupun macam mana marahpun Irene, selalunya dia boleh lagi mengawal perasaan, tersangatlah pelik.Lelaki itu pun terkejut. Ingatkan budak perempuan itu nak responddengan permintaan maaf dia. Alih- alih budak tu pergi saja macam itu.

“Maaflaa nak..anak makcik dia tengah sakit perut tu..” dalih Ibu.Kemudian Ibu berlalu pergi.Lelaki tu hanya sengih mengangguk. Benggang kot budak tu..mungkinpasal hal petang tadi…Nasiblaa ko Chair…

Apa yang membuatkan Irene marah ye? Last edited by aireen24 on 30-4-2013 05:19 AM

aireen24 Publish time 30-4-2013 01:52 PM

Kita rewind balik 3 jam sebelum kejadian di Seoul Garden.

“Apa pula, awak dah langgar kereta saya awak kena bayarlah”“Cik, saya dah tengok tak kemek pun, bumper ni pun tak jatuh pun.”kata lelaki berkaca mata hitam itu sambil mengetuk-ketuk bumper kereta.Serentak itu, bumper kereta Myvi milik Irene jatuh.

“Awak kata bumper tak ada apa-apa, yang itu bumper dah jatuh!” terjerit suara Irene sambil menghentak-hentakkan kakinya.

Tergaru-garu kepala lelaki itu apabila bumper kereta budak comel initerjatuh. Kalau dia tahu tadi tak ada punya dia sentuh atau ketuk bumper budakcomel ini.

“Boleh ni, bumper jatuh saja nanti saya ambil scotch tape dalam kereta saya untuk lekat balik.." ujar lelaki itu kemudian berlalu ke keretanya untuk mengambil scotch tape yang terdapat di boot keretanya.
"Awak confident saja kan scotch tape itu boleh tahan, awak kena bayar baiki bumper tuh.."

"Sabarlah, saya dah amik scotch tape ini..awak ini reti sabar tak.." lelaki yang memakai specs hitam itu tadi yang cool tetiba rasa macam dah tak cool dah. Budak perempuan ini nampak saja diam, tapi mulut boleh tahan kerasnya.

"Awak dahlah langgar saya, lepas itu tak ada courtesy pun nak minta maaf.." masam muka Irene. Dahlah tadi Ibu suruh balik cepat kata ada hal. Hal apa entah sampai suruh cepat-cepat jangan lambat. Yang mamat ini pun satu, hari dah petang tak ada pun cahaya matahari sibuk dengan specs hitamnya, silap-silap sebab pakai specs hitam itu la dia tak nampak aku kat depan tadi.

"Ni tolong pegang bumper ni supaya saya boleh lekat scotch tape kat bumper awak yang awak sayang sangat ni.."

Irene buat muka dan menjeling, tak fasal-fasal kena tolong mamat specs hitam ni. Dia pun memegang bumper tersebut separuh hati.

"Peganglah betul-betul, nanti tak lekat betul-betul awak marah.."

"Mestilah marah, patutnya awak ikut saya pergi bengkel! Instead of that awak nak guna scotch tape to stick the bumper up.."


"Tak payah banyak cakaplah..saya dah buat ni..awak cuba ketuk okay tak.." kata lelaki itu lagi.

"Buruk je rupa.." kata Irene setelah melihat bumper tersebut telah lekat tetapi nampak senget dan jelas kelihatan scotch tape di bumper tersebut.

"Duh..memang lah buruk..guna scotch tape..."

"Tak kira, awak kena bayar ganti rugi.."

"Kereta awak dah okay dah..awak dah boleh balik..baliklah.."

"Tapi yang ini tak tahan..awak kena ikut saya pergi bengkel!" bentak Irene. Teruk betullah mamat ni. Patutnya jadilah gentleman, ikut Irene pergi bengkel.

"Saya dah lambat ni, saya ada gathering to attend.."

"And you think I don't have anything to do?"

"Awak balik saja..bumper tu tahan.." tapi tahan sampai dekat rumah awak jela..kata lelaki itu dalam hati.

Irene memandang lelaki itu tidak puas hati. "Jadi awak tak nak bayar lah?"

"Tak..lagipun saya dah lambat ni cik adik oiii..yang ini saya punya calling card, apa-apa awak call saya ye" kata lelaki itu sambil menghulurkan senyuman romeo must dienya.

Irene ambil dan membalingnya ke muka lelaki itu. "Terima kasih.." Irene pun masuk ke dalam keretanya dan memecut pergi. Tak apalah bumper aku senget ke jatuh ke tak apalah, asalkan tidak menghadap mamat poyo yang pakai specs hitam walaupun tak ada cahaya matahari itu!

aireen24 Publish time 30-4-2013 01:55 PM

tahun 2000- irene berumur 13 tahun
tahun 2003- irene berumur 16 tahun.
tahun 2009- 22 tahun (akhir tahun dalam ijazah Human Resource)

aireen24 Publish time 30-4-2013 02:01 PM

Padasuatu hari yang tidak berapa indah, seperti biasa setelah habis kelas, Ireneakan duduk termenung mengenangkan nasibnya. Dan seperti biasa di bawah pokokbesar menghadap asrama perempuan. Dalam sedang Irene termenung itu, dia telahdi tegur oleh bekas seniornya yang datang melawat, Ida.

“Hey Rene..” tegur Ida.

Irene yang tadinya termenung terkejut. Tak pernah-pernah kak Idategur dia dengan nada mesra, agak – agak Kak Ida ni sihat tak?

“Hi kak Ida duduklah..” ajak Irene sambil memberi sedikit ruang untukkak Ida “ .. visiting Shaza ke?” Irene kenal adik kak Ida. Adik kak Ida, Shanazsatu semester dengan Irene tapi Shanaz mengambil kursus dalam bidang farmasuetikal.

“Jauh nampak termenung..menung apa?” tanya Ida.

“Entah kak..kita fikir pasal camne kita nak sara diri ni kak..”terang Irene sambil membetulkan tudungnya.

Kak Ida yang mendengar terkejut. Nak sara diri? Bukan budak ni dapatbiasiswa ke? Isk..budak ni biar benar.

“Reen tak dapat biasiswa ke?” ida mendapat kepastian.Irene angguk. “dapat..tapi sebab..tapi sebab ekonomi makinjatuh..semua benda nak pakai duit..” terang Irene. Muka, Ya Allah macam pelammasam.

“Biasalah kan..tak cuba cari kerja part time?” kesian juga Ida. Idapun dulu pernah merasa keperitan menjadi pelajar. Haruslah dia faham. Masa mula – mula Ida kenal Irene adalahsemasa dia jadi kakak fassi masa mingguorentasi. Masa itu Ida dah last semester. Ida kenal Irene pun gitu-gitu saja.Irene pendiam orangnya.

“Susahlah kak..kelas habis pukul 6.00..masuk shift pukul6.00petang..sakitlah kalau mcm tu..balik pukul 2.00 pagi..pak guard bagi kekita masuk?”

Tiba-tiba Ida teringat Hannah, kawannya yang sekarang tengah aktifmenjalankan perkhidmatan pembantu rumah orang tempatan secara sambilan untuk sesiapa yangberminat. Kalau tak silap pendengaran Ida, Hannah nak orang lagi. Kalau taksilap Ida, dalam satu minggu hanya 2-3 kali sahaja pembantu rumah itu datanguntuk mengemas,membasuh baju dan memasak jika perlu. Seminggu bayaran adalahRM100-200. Lumayan juga tu.

“Irene nak kerja tak? Kerja part-time dengan kawan kak Ida..naktak?” tanya Ida.

“Part-time..kerja apa?” Irene garu kepala. Bagus gak..kot-kot dapataku jadi tukang masuk-masukkan cover2 depan album artis-artis, lumayan juga100-200, seminggu pulak tu.

“Jadi pembantu rumah sambilan..nak?”

Gila apa kak Ida ni detik hati Irene. “Jadi bibik?”

“Eh..apa salahnya jadik bibik..rezeki juga kan?”

Sambung Ida “Lagipun mana tau Irene jadik bibik akak?”

“Kak Ida?” tanya Irene. Macam tak nak saja jadi pembantu rumah kakIda. Nanti tak pasal – pasal habis kena marah. Eiii…taknak ler..

“A’ah..camni Kak ida tanya balik kawan kak Ida…kalau ada kekosongannanti kak Ida phone Irene…ok?”

Irene mengeluh. Jika ini caranya untuk mendapat rezeki yang halal.Irene redha. Irene angguk tanda setuju. Harap – haraplah dapat rejeki halal.

“Bagi nombor Irene kat Kak Ida…” suruh Ida.

aireen24 Publish time 30-4-2013 02:04 PM

Seminggu kemudian, Irene mendapat panggilan dari Kak Ida. Kak Idamenyuruh Irene menelefon Hannah sahabatnya yang menjalankan perkhidmatanpembantu rumah sambilan. Sejurus mendapat panggilan Kak Ida, Irene punmenelefon Hannah, iaitu kawan Kak Ida. Nasib Irene baik kerana terdapat duakekosongan dan Hannah hendakkan pembantu rumah sambilan segera. Berita itu baikuntuk Irene. Kemudian melalui telefon Hannah memberitahu bahawa Irenedikehendaki datang ke MediaLink, yang merupakan pejabat Hannah esok. Kebetulanesok memang Irene tak ada kelas, maka Irene pun bersetuju.

“Sign ni kalau dah habis baca…” kata Hannah pada Irene yang sibukmembaca butir perjanjian yang dihulurkan oleh Hannah.Irene datang pada tepat pukul 11 pagi.Terkejut beruk Irene dengansegala syarat yang dikenakan. Tapi memang seronoklah sebab tidak memenatkan.Datang rumah bakal majikan hanya pada Jumaat, Sabtu dan Ahad pagi. Maka denganini, jadual pelajaran dan jadual bekerja tidak bertembung dan memudahkan lagiurusan kerja dan belajar Irene. Selesai saja membaca dan bersetuju dengansyarat-syarat yang diberikan Irene pun pulang ke asrama. Selang beberapa hariIrene mendapat panggilan daripada Hannah. Irene telah disuruh untuk mengambilkunci dari Hannah keranan Hannah telah menjumpai majikan yang sesuai untukIrene. Yang bagusnya rumah bakal majikan Irene berada di Tropicana iaitudibelakang kawasan perumahan Irene.

“Chair…”Chair yang baru lepas bermain futsal dengan rakan -rakannyaberpaling ke arah suara yang memanggilnya. Dilihatnya Hannah memanggilnya.
“Hah Hannah..afsal?”“Maid yang ko mintak dah ada dah..”“Dah ade dah? Ok lah tu…aku dah lama tak balik rumah. Rindu pulak aku kat rumah aku..”“Maidnya datang ari ape?”“La…hari tu ko mintak dia datang hari Jumaat, Sabtu and Ahad kan?Maid tu datang hari itu laa”“Ooo…yeke..ok lah tu..namanya ape?”“Irene..”“Wah nama mat salleh…” tak sempat Chair nak bertanya lebih lanjut. Hannah sibuk menjawab telefon. “Woi Chair cepatlah nak start balik ni!” panggil Bell, kawan baik Chair yang merangkap rakan sekerja dan boyfriend si Hannah tu.“Hah…ok..ok..” kata Chair sambil mengangkat tangan pada Hannah tandaterpaksa pergi.

Last edited by aireen24 on 30-4-2013 06:06 AM

aireen24 Publish time 30-4-2013 02:13 PM

Irene telah diberitahu secara kasar bahawa majikannyasudah lama tidak memijak kakinya di rumahnya. Majikannya ni rajin duduk di rumahkawannya atau di rumah ibu bapanya. Sampai je Irene pada pagi Jumaat tu, diamengeluh. Mana tak mengeluh? Rumah tu memang lawa dan besar tapi luar macamhutan simpanan. Takpe, nanti aku panggil tukang potong rumput kata Irene dalamhati.Irene pun keluar dari kereta ibunyayang dipinjam. Katanya pada ibunya ada hal. Sebenarnya ibu Irene tak tahuanaknya sekarang part-time bekerja sebagai maid. Kunci dan remote gatedikeluarkan dari beg sandangnya. Kunci dan remote gate semalam Kak Hana bagi.Katanya tuan rumah ni busy sangat dan selalu tidur di rumah ibu dan bapanya sodia takkan ada masa Irene mengemas rumahnya nanti. Selain mengemas rumah Irenedi minta untuk memasak. Duit untuk Irene beli bahan keperluan pun di sertakansekali.

Alah, takat masak tu no sweat la, kata Irene dalam hati.Dia nampak jiran sebelah menjenguk-jenguk, takut orang datang nak mencuri kot. Irenehanya mengangkat tangan tanda hormat atau tanda perkenalanan. Nak salahkansiapa kalau rumah ni macam sarang mat pit? Irene tengok sekeliling luar rumah.Rumah ni bukan tak lawa, lawa. Tapi sebab lalang-lalang yang memang mampumenggalakkan mak bapak ular berkampung kat sini dengan kolam ikan yang takterjaga ni buat rumah ni tak lawa langsung. Dia tinjau kolam ikan. Ada ikanpuyuh. Isk berkeladak, kesian ikan-ikan ni. Buang masa je ada kolam ikan,pengotor! Tak apa nanti Irene usahakan bersihkan kolam tu.

Irene pun pergi buka pintu rumah. Kalau luar dah teruk macam ni,mesti dalam lagi teruk, kan? Aduh, bau apa yang teruk ni? Gerutu Irene.

Masuk je, Irene dapat memenghidu bau yang sangat teruk. Bau muntahbercampur bau pengkam menghasilkan bau yang sangat memualkan. Irene berlarikeluar.

“Ya Allah, apa lak aku nak buat ni?”Irene pun keluarkan handphonenya dan mendail nombor Hannah.“Hello…Hannah..”“Hah…speaking…” terdengar bunyi Hannah sedang menguap.“Hannah..ni Irene… orang rumah ni tak…” “O, Irene…orang rumah tu memang dah lama tak balik rumah…nak dekat 2bulan setengah kot..” potong Hana dengan laju. Memanglah laju member ngantuk. “2 bulan? Hannah teruk ni baunya…” kata Irene macam nak menangis.“Takpelah Rene,Hannah faham. I mengantuk sangat ni, bye.” Hanameletak telefonya.“Hannah…eh..Hannah..” tak sempat Irene nak cakap panjang lebardengan Hannah. Irene mengeluh.

Apa aku nak buat nie detik hati Irene. Dia merenungke arah langit dia atas. Langit kelihatanbiru, tak nampak awan pun. Mesti panas terik. Irene mengeluh. Nak tak nak diakena masuk juga ke rumah itu. Dengan langkah satria, Irene masuk ke dalam rumahyang berbau busuk tu. Hujung tudungnya di ditekup ke hidungnya untuk menghalangbau-bau busuk menerpa masuk ke lubang hidungnya.

Masuk je, barulah dia sedar yang hiasan dalaman rumah ini memanglawa, tip top la hiasannya. Tapi sayang, bersepah. Diruang tamu, kusyen-kusyenbersepah atas lantai. Surat khabar bersepah. Dia ni tak nak jual ke surat khbarni? Untung-untung dapat RM4 ni.

Irene berlalu ke ruang makan. Patutlah ada bau, makanan lama masihlagi ada. Dah berkulat pun. Semut banyak pulak tu. Irene berlalu ke bahagian belakang. Di bahagian belakang nilahterletaknya dapur, toilet dan juga bilik stor. Dapur dia pun lawa, tapi takbersih. Toilet pun kotor, Irene rasa yang paling kemas rasanya stor dia kot.Dalam stor memang dah ada mop, vakum, penyapu dan dan bahan pembersih. CumaIrene rasa memang encik A ni memang pa mim lam sin la! Pemalas! Rasanya memangdia ni pemalas kot?
Banyaknya kerja Irene kena buat. Dia kembali ke bahagiandepan rumah. Pintu rumah di kuncinya dan sliding door dibuka. Bajunya di tukarkepada baju basahan dan tudungnya di buka diganti dengan scarfkecil. Irene memulakan kerjanya di tingkatbawah dulu. Di mulakna kerjanya dengan sistematik dengan membersihkan bahagianyang berbau, apa lagi bahagian ruang makanlah!

Selepas selesai mengemas bahagian bawah, Irene naik bahagian atasrumah pula. Oklah jugak keadaannya. Di atas ini, terletak 4 buah bilik. Satubilik kalis bunyi yang mana terletaknya barang-barang yang Irene sendiri taktahu apa kegunaanya tapi macam untuk melukis saja. Satu lagi bilik untuk tengokt.v. Dua buah bilik lagi ada katil, jadi itu bilik untuk tidur la kan.Banyaknya kain baju kata Irene dalam hati bila tengok kain baju bersepah ataskatil majikannya. Bilik ni lawa. Memang lawa lah. Memang memenuhi citarasaIrene. Sedang Irene ralit memerhati bilik yang semak tu, tiba-tiba dengar bunyitelefon. Nak kata handphonenya tak logik, ni bunyi telefon biasa. Irene pergimencari telefon yang berbunyi tu. Rupanya ada di bawah timbunan surat. Irenepun menjawab telefon tu.

“Assalamualaikum..” kata Irene. Baiklah konon..tapi tanduk itu sudahtumbuh.“Erm..waailaikumussalam..sape ni?” tegas suara dihujung corong.A’ele..aku cakap baik-baik. Dia main serious plak.“Saya pembantu rumahnya pak…”Irene sengih apabila mendengar tuturnya dalam bahasa Indonesia itu agak menakinkan jugalah.“Pembantu rumah? Eh, Hannah salah bagi ke? Siapa name kamu??”“Tumirah Budiwidoyo…ngapain ya Pak?” “Er… tidak apa…” orang yang menelefon pun dah letak phone.

Irene gelak. Lantaklah engkau...tapi....

Alamak…detik hati Irene tiba-tiba. Macam mana kalau yang telefon tumajikan aku? Ah, lantaklah. Lagipun aku memang takkan berjumpa atau bertemu mukadengan majikan aku.Sebenarnya mereka yang berkerja dengan Hannah ni terikat pada kontrakyang mana syarat-syaratnya ialah pembantu rumah tidak boleh ada pada waktumalam, jangan cuba-cuba nak mencuri harta benda dan upah haruslah dibayarmelalui Hannah. Jadi Irene taklah kisah sangat.
Last edited by aireen24 on 30-4-2013 06:14 AM

aireen24 Publish time 30-4-2013 02:19 PM

Selang beberapa minit

Ringtone Island in the Sun nyanyianthe Weezer kedengaran. Irene terpaksaberlari turun ke bawah kerana segala barangnya berada di tingkat bawah.Dilihatnya di handphoneya tertera nama Hannah.

“Hello..” kata Hannah.“Oh.. Hannah.. kenapa?”“Tadi Chair telefon kenapa orang Indonesia yang angkat?” soal Hannah.Irene gelak. Owh, nama tuan rumah ni Chair. Hal kecik pun nakmengadu ke? Macam budak-budak.“Mana ada..”“Dah tu…siapa Tumirah?” soala Hanna lagi.“La..siapa lagi…Irene la …” terang Irene diringi gelak.“OMG…Rene dimain-mainkan si Chair.. berani you Reen..”“La …mana Rene tau yang telefon tu majikan Rene..jadi Renemain-mainkan la..”Hannah mengeluh. Tadi Chair telefon dia marah-marah katakan diaditipu. Mana taknya. Chair memang request nak pembantu rumah tempatan. Terkejutdia bila Chair kata dia menipu. “Kalau macam tu, Irene nanti dia call Irene cakap yang betul tau?Minta maaf sekali..”Irene diam.“Janji Irene..”“Iyela…I promise” janji Irene. Janji tak boleh pakai sebenarnya!Senyum sumbing Irene.

Termenung Irene seketika. Malang nasibku, dapat majikan banyak songeh…..rintih Irene dalam hati.

“Tit..tit…Old Newspaper…Surat Khabar Lama…tit..tit….” terdengar bunyi apek jual surat khabar lama. Memang tepat pada masanya lah!

“Eh tunggu…” jerit Irene.

aireen24 Publish time 30-4-2013 02:22 PM

Nanti saya edit balik ye kalau ada ayat yang tersambung semasa proses cut and paste..

aireen24 Publish time 30-4-2013 05:10 PM

Sibuk Irene menvakum bilik tidur Chair merangkap majikannya bunyitelefon kedengaran kembali.Argh!! Macam ni sampai bila pun tak habis kerja aku..detik hatiIrene.

“Hello..” kasar suaranya.“Assalamualaikum…” jawab Irene. Dia tahu majikannya tengah marah ,jadi nak legakan kemarahan tu mestilah bagi salam.“Waalaikumussalam…siapa ni, Tumirah Budiwidoyo ke?” Soal Chair.

Irene diam. Isk dia ni naksoal pun elok-eloklah.

“Hoi…bisu yek?”“Ye..saya bisu…”“Menjawab ye…”

“Article 10of the Constitution Malaysia specifically gurantees Malaysian citizens the right to freedomof speech, freedomof assembly and freedomof association. Everycitizen has the right to freedom of speech and expression, all citizens havethe right to assemble peaceably and without arms and all citizens have theright to form associations, maka tak salah saya menjawab”.
“Wah surprisingly awak pandai English, mana awak baca inisampai pandai sangat nak kata pasal article 10..”“Saya belajarlah..”“Irene..” jerit Chair tanpa mempedulikan orang yang lalulalang melihatnya sedang bergaduh di handphone.“Ye saya Irene…tak yah la menjerit..” kata Irene yang memang tengahbenggang.“Ingatkan awak pekak ke ape..”“Saya tak pekak…mungkin cik yang pekak kot..”“Eh..” Chair tengok handphonenya. Boleh tahan budak ni. “Cik nak apa? Saya tengah mengemas ni…banyak sampah sarap, kain-kainbaju nak dikemaskan ni..”“Argh..erm…tolong kemaskan ruang tamu saya…”“Dah…”“Lepas tu kemaskan ruang makan, toilet belakang…” bebel Chair.Irene dengar jer. Kuat membebel rupanya dia ni. Macam orang tua. Mestimuda lagi ni tapi mengalah bapak aku.Dijarakkan telefon dari telinganya.Berdesing bunyi suara Chair macam nak pecah gegendang telinganya.“Hello…Irene…Irene…” suara Chair kuat macam nak menjerit.“Ye cik..saya tak pekak lagi…”“Lepas ni awak pergi ke kedai beli barang-barang untuk peti sejukrumah saya”“Lagi?”“Jangan cuba-cuba nak curi barang-barang saya..” ugut Chair.

Irene geleng-geleng kepala. Berlagak gila dia ni. Macamlah aku nikebulurbarang-barang dia. Denganautomatic mulut Irene cabul nak sakitkan hati Chair, Irene pun tanya “ Kalausaya curik?”

“Apa susah saya bawak polis la…”

“Tak ada bukti saya curik rumah ni…lagipun rumah ni dah serupasarang penagih dadah, kot-kot mereka yang curik…”Chair bila dengar Irene menjawab terbeliak mata. Dahsyat mulut budakni. Si Bell kawannya di depan sengih-sengih tengok Chair naik anginla. Naikangin dengan pembantu rumah pula tu.

“Eh…awak ni kan…”Tak sempat Chair meneruskan perkataannya tu, Irene dah letak telefon. Malasdia nak dengar lebih-lebih kalau tak sampai petanglah dia berkampung kat situ.Deringan telefon kemudiannya tak diangkat Irene. Sakit jiwa saja……

aireen24 Publish time 30-4-2013 05:28 PM

Pada pukul 2.00 petang baru Irene siap mengemas rumah itu. Penatjugalah. Iyelah patutnya ni kerja dua orang tapi Irene mampu buatseorang-seorang. Irene mengambil list-list barang yang Chair telah titipkanpada Hannah supaya diberi pada Irene untuk membeli barang keperluan. Diaperiksa apa yang patut di belinya hari ini.Pukul 2.10 Irene bertolak dari rumahChair menuju ke Tesco. Sampai Tesco terus Irene keluarkan list barang yang Chair nak.Sedang sibuk Irene check list barang hendak di beli, bahu Irene di tepuk kuat.“Hah…buat apa kat sini..” sergah ibu Irene.“Ibu…”Irene terkejut. “Buatapa kat sini Bu?” tergagap-gagap Irene bertanya.“Ibu datang dengan Auntie Nawal..”“O…”“Ni beli barang apa ni? Untuk sapa?”“Er..untuk majikan Irin…” slow saja Irene kata.Ibu Irene berkerut dahinya, “Majikan? Nur Irene Irina MuhammadHabib…Nur Irene Irina buat apa tak bagi tahu ibu?”“Ibu…balik nanti kita cerita kat rumah…malu la Ibu marah-marah Irinkat sini..”Nasib baik Irene di selamatkan oleh Aunty Nawal yang dah selesaimenimbang ikan kembung.“Irin…lama Aunty tak nampak…”“Aunty…” Irene senyum dan menyalam tangan Aunty Nawal.“Irin buat ape kat sini? O, beli barang rumah ye?” soal Aunty Nawal.Ibu Irene senyum dan angguk “ A’ah…dia beli untuk rumah…”Irene senyum saja. Dia tahu kalau Ibu bersuara bagi pihaknyabermakna Ibu tengah marah.“Untung Kak Ras dapat anak macam Irin…anak Nawal, Bella beli-belibarang ni tak reti…”Ibu senyum. Bangga juga orang puji anaknya. Tapi masalahnya Irenebukan beli barang untuk rumah tapi untuk majikannya. Kerja apa pula anaknyasedang buat sekarang ini? “Irin…mintak diri dulu ye..bu…Aunty..”Ibu membuat isyarat bahawa hal ini belum selesai lagi. Irene tahubalik rumah nanti habislah dia kena panggang dengan Ibu. Kalau Abi tahu lagiteruk kena goring garinglah dia.Selesai sahaja beli barang, Irene singgah ke KFC. Laparlah! Daritadi pagi dia tak makan. Setelah selesai makan, dia pun pulang.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalamperjalanan pulang ke rumah Chair, Hana telefon. Kata Hannah Chair mengadu katHannah pasal Irene. Chair minta tukar pembantu rumah lain. Irene rasa nak gelakpun ada. Macam perempuan! Ingatkan rockers yang hati batu rupanya mat bunga.

“Janji dengan Hannah, kalau Chair telephone jangan melawan cakapdia…Hanna dah pujuk dia…”Irene senyap. Lecehlah majikan macam Chair ni. Sakit hati aku!“Irene janji…’ kata Hanna lagi.“Alah cakap lah kat dia jangan telefon lagilah Reen nak buat kerjasusah..”

Hannah tadi bila Sham mengadu dengan dia yang Irene kurang ajar diamacam tak percaya sebab dari penilaian dia Irene seorang yang sopan santun.Mesti Chair ada buat sesuatu yang menyakitkan hati Irene. Dia cerita denganIda, senior Irene pun tak percaya yang Irene bertindak sedemikian.

“Yelah…nanti bagitahu…”Kemudianya Hannah memutuskan talian setelah mengucap ‘bye’ danberkali-kali menyuruh Irene berjanji.Irene memicit remote control dan memakir keretanya di dalam. “Tit..tit…”Bunyi message kedengaran. Harap-harap bukan ibu. Takut! “Irene.. Chair suruh masakkan Ayam Goreng Rempah, Udang Masak MasamManis dan Tom Yam sayur..dia suruh masak untuk 4 orang…” tertera di message Hannah.

Arghh!!!!!!!!!! Saja jek nak buli aku!!!! Jerit Irene dalam hati.Setelah puas termenung dan mengeluh, Irene pun meletak barang-barangyang telah di belinya ke dalam almari dan peti ais. Barang-barang yang hendak digunakan untuk memasak di letakketepi.Iren teringat yang dia belum telefon tukang kebun Abi, Narges. Dia punmenelefon Narges. Setelah mencuba beberapa kali baru Narges angkat. RupanyaNarges kat rumah Uncle Sam, bapa kepada bekas rakan sekolah Irene, Yasmin. PuasIrene pujuk suruh datang Tropicana, tapi dia tak nak. Irene pujuk punya pujukbaru Narges nak.

“Irin janji Irin bayar Uncle lebih…” kata Irene pada Narges.Dengar bayaran lebih tu lah yang buat Narges tak berat hati.

wasap Publish time 30-4-2013 05:56 PM

impressive {:1_509:}
Pages: [1]
View full version: Kupu-kupu dalam perut


ADVERTISEMENT