rosemary70 Publish time 29-4-2013 03:50 PM

Mesin cuci botol

Minggu lepas Zull Design Autotronic (ZDA) telah menampilkan mesin untuk memudahkan pengguna sebagai penekan untuk pelbagai kegunaan.


Pada ruangan Inovasi pada kali ini, ZDA sekali lagi mengetengahkan sebuah mesin yang mungkin jarang ditemui di pasaran tempatan tetapi boleh membantu pengusaha industri kecil dan sederhana atau industri ringan melakukan kerja-kerja remeh.


Mungkin anda pernah melihat sekumpulan manusia mencuci botol beramai-ramai dengan mengambil masa yang lama menyelesaikan kerja tersebut.


Mereka juga terdedah kepada masalah kecederaan atau luka sekiranya botol yang dicuci adalah jenis kaca dan pecah secara tiba-tiba.


http://www.utusan.com.my/pix/2013/0304/Utusan_Malaysia/Sains_&_Teknologi/st_01.1.jpg
Mesin kali ini membantu kerja mencuci botol secara pantas dan mudah tanpa menggunakan ramai pekerja serta lebih selamat.
Sekiranya, sebuah syarikat banyak menggunakan botol minuman atau ingin menyimpan botol yang telah digunakan atau bakal diguna, maka mesin ini seharusnya dimanfaatkan sebaiknya.


Dengan kaedah pengendalian yang tidak rumit, pengguna boleh bergantung sepenuhnya kepada mesin tersebut untuk mencuci botol.


Mereka tidak lagi perlu menggaji pekerja yang ramai, yang memerlukan kos tambahan dan dapat menjimatkan masa.
Pengguna tidak perlu risau memikirkan masalah kerosakan kerana mesin yang dihasilkan oleh ZDA mempunyai alat ganti yang mudah didapati di pasaran.


Oleh itu diharap dengan bantuan mesin ini dapat menyelesaikan masalah para pengusaha.


Seperti mesin-mesin sebelum ini , ZDA menghasilkan mesin berdasarkan kepada pandangan, keperluan dan anggaran harga yang diperuntukkan untuk sesebuah mesin.


Dengan kata lain, pelanggan boleh menentukan spesifikasi mesin di atas permintaan mereka


Apa yang penting, perbincangan antara dua pihak amat penting dan diperlukan bagi mengelakkan mesin yang dihasilkan tidak berfungsi dan bermasalah.


Mesin automatik ini mampu menjalankan kerja-kerja mencuci botol sebanyak 100 dalam sekali cucian secara automatik tanpa mengira sama ada botol plastik atau kaca.


Pages: [1]
View full version: Mesin cuci botol


ADVERTISEMENT