buyungketek Publish time 25-4-2013 12:21 PM

Kaki pelita reput...

Kaki pelita reput……


Derap kaki melangkah,
Masuk ke ruang tengah,
Dengan sejinjit minyak tanah,
Abah merebah pinggul,
Memerhati selingkar sumbu,
Hitam terbakar dimamah dek api…

Minyak tanah dicurah,
Masuk ke dalam pelita tanah,
Abah berhati-hati,
Risau minyak tertumpah,
Rumah hanya sebuah….

Anak menunggu abah,
Menyalakan pelita tanah,
Abah terus berhati-hati,
Risau pelita patah,
Reput dimamah karat,
Pelita hanya sebuah…

Susah benar abah,
Menyalamancis berlogo cili,
Kotak sudah basah,
Abah sumpah seranah,
Bumbung bocor bertampal getah,
Anak tidur berlengah…

Ibu senyumgelagat abah,
Katanya sabar itu utama,
Bukan Tuhan menguji insan,
Kalau kita tidak menahan,
Itu sudah jadi taruhan,
Ke syurga kelak melangkah kita…

Buku diselak berlapis-lapis,
Pelita tanah sudah menyala,
Ibu mengajar apa yang tahu,
Supaya anak bijak tak seteru,
Berkat api dari pelita,
Yang satu kakinya reput……
Pages: [1]
View full version: Kaki pelita reput...


ADVERTISEMENT