hanieliza Publish time 11-7-2006 10:48 AM

PELBAGAI RESEPI AYAM

puas dah kkliza tenguk kot2 ada topik yh berkaitan..
so kkliza bukalah topik baru. ...kalau ada...bolehlah mergekan..

http://i80.photobucket.com/albums/j199/MasakanHanieliza/AyamMadu.jpg

AYAM MADU

Bahan
500 gm ayam
3 s/b tomato sos
1 cawan kacang peas
1 labu bawang besar
3 s/b madu
minyak
garam
kunyit

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan Tumis
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Cara
1. Ayam digaulkan dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak.
3. Angkat ayam dan ketepikan.
4. Tinggalkan minyak gorengan ayam secukup untuk menumis .
5. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
6. Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga naik minyak semula.
7. Masukkan ayam, sos tomato, kacang peas, bawang besar dan madu.
Kacau rata.
8. Bila dah nampak pekat dan naik minyak boleh angkat dan hidangkan.



[ Last edited byKacip_Fatimah at 14-2-2007 04:09 PM ] Last edited by ninoZ on 30-4-2013 10:56 PM

top40 Publish time 11-7-2006 10:56 AM

Ni makan ngan nasi minyak pun sedap ni. Nanti bila anak Kak Top balik dr asrama minggu depan nak masak. Sabar je lah....

nasdiyot Publish time 11-7-2006 12:11 PM

sodap nyer..leh try nie...

CoKeLat-RaWkZ Publish time 11-7-2006 03:51 PM

tiap kali nengok masakan kak liza ku... musti hancur diet...wkakakakakak!! kak liza.. coki nak try gak .. tak kisah diet janji try!!
this kinda cooking, my doter suka sangat kalu ayam dia merah2 .... tah apelah imaginasi budak tu makan ayam warna merah.. sweetness kut?

antiQue Publish time 11-7-2006 03:58 PM

nak try lah kak lieza... tapi takmo letak kacang peas... hehe..

TQ kak lieza...

aiman_jannah Publish time 11-7-2006 09:10 PM

sedapnyer kak liza..nk try lah..
kak liza ader x resepi nak wat ayam masak black papper?ari tu kuar makan sedap lah plak..sblm ni aiman penah buat tapi guna perencah maggi..camner yer kalau nak wat sendiri..

hanieliza Publish time 12-7-2006 09:00 AM

Originally posted by aiman_jannah at 11-7-2006 09:10 PM
sedapnyer kak liza..nk try lah..
kak liza ader x resepi nak wat ayam masak black papper?ari tu kuar makan sedap lah plak..sblm ni aiman penah buat tapi guna perencah maggi..camner yer kalau nak wa ...

http://i3.photobucket.com/albums/y75/hanieliza4/AyamBlackPepper3.jpg

BLACK PEPPER CHICKEN

Bahan-bahan
500 gm ayam
1 batang carrot
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung   ] bancuh
1/2 cawan air            ]
2 s/b lada hitam
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup             ]
2 tangkai daun bawan      ] potong 1 inci]
1 biji tomato
2 biji cili merah

Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan carrot dan gorengkan sehingga masak/lembut.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.



[ Last edited byNoorMasri at 3-11-2006 06:11 AM ]

Baiduri Othman Publish time 12-7-2006 10:16 AM

Ayam kurma tabur dgn kacang peas pun sedap esp kalau makan dgn nasi hujan panas & acar. Memang yummy.

MAKLANG Publish time 12-7-2006 10:19 AM

ingatkan kakliza jual ayam tadi...hihi

zul_khaleeda Publish time 12-7-2006 10:59 AM

semua orang suka makan ayam...wa sgt suka makan kaki ayam..!!

sue Publish time 12-7-2006 11:06 AM

Originally posted by zul_khaleeda at 12-7-2006 10:59 AM
semua orang suka makan ayam...wa sgt suka makan kaki ayam..!!


kak lily.. wa pun suka tau.. lagi satu wa suka leher ayam.. hehe

selalu berebut dgn anak dara sue yg sulong tu.. agaknye sbb tu kot kitaorg ni kuat berjalan.. hahah

[ Last edited bysue at 12-7-2006 11:09 AM ]

Baiduri Othman Publish time 12-7-2006 12:29 PM

Reply #10 zul_khaleeda's post

Sup kaki ayam sedap. Sedap jugak masak kicap campur dgn kunyit. Dah lapar perut saya.

PS. Lecturer Cina cakap sup kaki ayam bagus utk badan & minda. Tak tau sejauh mana betulnya teori tersebut. Maybe sup ayam Cina bnyk campur dgn herbs & rempah-ratus kot.

ciku_nunu Publish time 12-7-2006 12:44 PM

kuzi ayam pun sedap... makan ngan roti jala..:love:

N.O Publish time 12-7-2006 01:11 PM

tengok ayam black pepper Kak Liza ni menggoda sungguh...!Balik kang nak try la..!

Kero_kero Publish time 12-7-2006 01:17 PM

Sedapnye rupa ayam madu tu kak Liza....nak cuba buat le nanti..
Kero suka letak kacang pis bnyk2.

zul_khaleeda Publish time 12-7-2006 06:06 PM

mana agaknya thread kaki ayam yang wa buka hari tu..mod oh mod...tolong tengok kan!

Acun Publish time 12-7-2006 06:24 PM

Originally posted by Baiduri Othman at 12-7-2006 12:29 PM
Sup kaki ayam sedap. Sedap jugak masak kicap campur dgn kunyit. Dah lapar perut saya.

PS. Lecturer Cina cakap sup kaki ayam bagus utk badan & minda. Tak tau sejauh mana betulnya teori terseb ...

Bai, nak resepi kaki ayam masak kicap campur ngan kunyit tuh.........:bgrin:

aiman_jannah Publish time 12-7-2006 07:40 PM

Originally posted by hanieliza at 12-7-2006 09:00 AM


http://i3.photobucket.com/albums/y75/hanieliza4/AyamBlackPepper3.jpg

BLACK PEPPER CHICKEN

Bahan-bahan
500 gm ayam
1 batang carrot
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b tepun ...

:tq: tima kasih sifu kak liza..ni yg best ni..:love:
besok I-Allah aiman nk try buat..sejak masuk f&r cerdik ler skit nak masak2 ni..

[ Last edited byKacip_Fatimah at 30-7-2006 12:09 PM ]

sunquick Publish time 18-7-2006 12:34 PM

kak liza, resepi dalca ayam ada tak? tingin lak nak makan .

Baiduri Othman Publish time 18-7-2006 12:57 PM

Originally posted by Acun at 12-7-2006 06:24 PM


Bai, nak resepi kaki ayam masak kicap campur ngan kunyit tuh.........:bgrin:

Kejap lagi saya bagi okay. Ada lagi. Ayam masak black beans. Jumpa ptg sikit. Saya nak lunch kejap. Jumpa lagi. Happy lunch kat semua kat sini.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: PELBAGAI RESEPI AYAM


ADVERTISEMENT