aciklola Publish time 8-4-2013 10:38 AM

Dilema Hobi Fotografi

Salam semua

Saya ni ada satu dilema. Minat sangat dengan fotografi tapi disebabkan saya ni seorang isteri anak tiga pula tu buatkan pergerakan terbatas. Kalau keluar, iya2 je bawa kamera gabak tapi akhirnya gantung je kat leher. Bila kita nak snap, anak2 dah berlari kehujung dunia. Suami pula mula buat muka seolah-olah kita ni sibukkan kamera berbanding anak2.

Frust kadang2 :'(

auntieagony Publish time 8-4-2013 11:31 PM

Salam.

Alalala.... kesiannya auntie baca luahan hati TT....

Cadangan auntie ialah peruntukkanlah 1 hari di dlm seminggu utk TT menjalani aktiviti fotografi secara bersendirian. Bukanlah sehari suntuk tetapi cuma 2/3 jam yg dikhaskan utk hobi/passion TT ini.

We, housewives, have to be selfish sometimes, pamper yourself just for a few hours. It's a way to destress ourselves as well. Bincanglah dgn suami & minta keizinannya utk memberi perlepasan 2/3 jam itu. A happy wife makes the husband happier and the whole family join in the happiness.... Byknya happy!

Anak2 boleh dijaga oleh suami, baby sitter, maid, adik-beradik atau sesiapa yg dipercayai. Instead of pergi spa, mani/pedi atau salon, gunakanlah masa itu utk hobi TT.

Ataupun TT boleh curi masa seperti jika anak2 tidur ker, pergi sekolah/tuition atau pergi mengaji ker - TT boleh jugak do a few clicks.

Kalau bersama anak2 & suami bersantai dan beriadah, bolehlah ambil gambar tapi cuma pakai kamera hp atau compact camera jer sbb mudah, convenient dan kalau TERhempas/TERosak ker, hati tak pecah! ;P

Boleh juga sementara menunggu anak2 membesar, ambik jerlah gambar di dlm kawasan rumah - sambil memasak, sambil mengemas, sambil mencuci, dan sambil memacam.... Ambil gambar anak2 bermain/tgh belajar/bergaduh di rumah pun okgak....

Seposen auntie. All the best, my dear..
Last edited by auntieagony on 8-4-2013 11:32 PM

kitul Publish time 9-4-2013 12:57 AM

auntieagony posted on 8-4-2013 11:31 PM static/image/common/back.gif
Salam.

Alalala.... kesiannya auntie baca luahan hati TT....


Uncle setuju sangat-sangat dengan auntie ;P

Fotograph apa yg dipersekitaran sekeliling yg terdekat sahaja dahulu.
Atau pun setkan outing berkeluarga secara bertema
Sekali pergi butterfly farm, bird park, zoo, pantai, tanah tinggi dan sebagainya.
Jadikan anak2 dan suami sebagai subjek utama, dan yang lain tu sebagai subjek tambahan atau background.

Nescaya sisuami dan anak2 akan suka

My dua posyen :lol:

aciklola Publish time 9-4-2013 09:47 AM

auntieagony posted on 8-4-2013 11:31 PM static/image/common/back.gif
Salam.

Alalala.... kesiannya auntie baca luahan hati TT....


Tq aunty @auntieagony & uncle @kitul ;P;P;P

dan2 semua jadi aunty & uncle. ntah2 kita ni sebaya. hahaha.

camera ni dah penuh dah dengan gambar anak & laki. tu pasal keluar thread macam ni sebab hati meronta nak cuba lain pula. pulak tu baru beli lens 200mm tu yang kekononnya nak cuba tembak burung ke :sweat3:

takpelah, mungkin kena berbincang dengan suami. tu hari dah hint2 kat dia, tunjuk laptop penuh muka dia & anak2. saya cakap tak best dok layan potret jek. ingatkan dia nak paham. mungkin berkias sangat :lol::lol::lol:

m0g Publish time 9-4-2013 10:04 AM

TT boleh mulakan hobi dari rumah. banyak benda boleh buat kat rumah, potrait, macro, bokeh dll..
saya pun takda masa nak spent sehari utk hobi photog ni.. kamera simpan je. kadang tu teringin main jugak dalam bilik pun jadi la..

aciklola Publish time 9-4-2013 10:14 AM

m0g posted on 9-4-2013 10:04 AM static/image/common/back.gif
TT boleh mulakan hobi dari rumah. banyak benda boleh buat kat rumah, potrait, macro, bokeh dll..
sa ...

saya bekerja @m0g jadi memang agak terbatas. kamera memang jadi tukun. tu pun kena perli dengan laki :huffy harap sabtu & ahad, tu pun bertungkus lumus settlekan house chore dulu.

minat lebih kepada street photo tapi memang macam tinggal harapan jeklah nampaknya :'(

macro dah cuba tapi macam takde skill kearah itu. tangan menggigil. agaknya nak kena beli lens untuk macro tu :lol:


nhuser Publish time 9-4-2013 10:33 AM

aciklola posted on 8-4-2013 06:14 PM static/image/common/back.gif
saya bekerja @m0g jadi memang agak terbatas. kamera memang jadi tukun. tu pun kena perli dengan la ...

Setuju dengan pendapat auntie....saya pun bekerja juga....dalam sebulan, 2 hari sabtu saya peruntukkan 4jam utk "time for myself".... Pergi ke park, trails atau zoo utk memantapkan skills ambil gambar.... Bila dah terlalu asyik, 4 jam terasa macam sejam saja...hubby dan anak pun faham..... Msa tu mrk pulak do the "men's bonding time"... Saya tak suka kalau ambil gambar dan ada org menunggu ( hubby dan anak lah tu).... Terganggu konsentrasi nak memfokus minda dan camera, belum lagi the guilty concious sbb mrk kena tunggu kita lagi....

so, bincang baik2 dgn hubby.... Cakap dgn dia, better TT habiskan masa mengambil gambar dari habiskan wang bershopping di shopping complex kan kan kan

m0g Publish time 9-4-2013 11:08 AM

kalau kita tengok balik, dari dalam rumah pun boleh hasilkan gambar @ pemandangan menarik. cuma perlu pandai menggayakan je. seni photography ni sangat subjektif. bayangkanlah kita duduk dalam tandas pun boleh snap mcm2 gambar... bukak peti ais pun boleh snap gambar. terpulang pada kreativiti masing2.

satu lagi nak cakap pasal pengorbanan, kalau pagi kerja, malam pulak nak setelkan hal rumah, saya cadangkan korbankan masa tidur puan TT, dalam sejam pun jadi dah. night potrait pun ok ape. heheh

cmf_blingblings Publish time 9-4-2013 12:59 PM

Kalau ada sesiapa yg mengikuti pengembaraan saya di board ni mesti ingat lagi gambar2 yg mula saya ambil, hanya di sekitar kehidupan yg dekat dgn saya. Makanan yg saya masak sendiri atau masa saya berkesempatan makan di luar, subjek saya lebih kepada brg2 rumah/dapur termasuk periuk belanga, bawang cabai dsb. Kan Tuan @kitul ? masa tu baru belajar membokeh.

Kalau saya bermakro selalunya di sekitar rumah dan kws pejabat yg banyak serangga kecil. Mungkin saya beruntung sbb persekitaran rumah mmg banyak belukar, dekat dengan pantai, sebelah sawah padi dan banyak international event kat Langkawi ni.

Sekarang ni walaupun tak kija tp still sibuk sbb jaga mak, anak dan kucing2;P, apa kata ambil gambar anak-anak awak yg masih kecil tu utk thread baby tentu meriah. Sy ni jenuh nak cari model cilik sbb anak dah besor:laugh3:...JOM kita foto-foto!{:1_152:}

Walaupun ini hanya hobi tapi sesekali bila ada yg mengiktiraf kerjaya ni utk buat duit, best juga. Tak banyak sikit, duit juga:laugh3: Last edited by cmf_blingblings on 9-4-2013 01:01 PM

kitul Publish time 9-4-2013 02:05 PM

Kakak bling untung leee. Rumah macam dalam zoo ;P

Tapi gambar beskal letour belom ade lagi :curse:

cmf_blingblings Publish time 9-4-2013 02:52 PM

kitul posted on 9-4-2013 02:05 PM static/image/common/back.gif
Kakak bling untung leee. Rumah macam dalam zoo

Tapi gambar beskal letour belom ade lagi :curse ...

tak minat nak shoot kaki banyak vulus:laugh3:

auntieagony Publish time 9-4-2013 04:30 PM

kitul posted on 9-4-2013 12:57 AM static/image/common/back.gif
Uncle setuju sangat-sangat dengan auntie

Fotograph apa yg dipersekitaran sekeliling yg terd ...

Tetiba jer Kitul jadi "uncle"....Terkujat auntie sat....   ;PJadikan anak2 dan suami sebagai subjek utamaAnak2 dah boring gilos bila auntie suruh jadi subjek utama. Muka masing2 dah herot-berot within half an hour.

Dah kedengaran kata2 drp en suami kat kwn2 dia, "Apa nak buat, dia punya hobi, kita yg kena jadi male model, dah naik kematu dah asyik jadi model sampingan". Tak tau auntie nak terasa hati or ignore the comment. I chose the latter. ;P



aciklola Publish time 10-4-2013 11:23 AM

nhuser posted on 9-4-2013 10:33 AM static/image/common/back.gif
Setuju dengan pendapat auntie....saya pun bekerja juga....dalam sebulan, 2 hari sabtu saya peruntu ...

pernah try pergi bird park. disebabkan "asyik" sangat sampai laki buat muka bila kena handle anak2. kita ni pun paham2 jeklah bila laki dah buat muka :'(

semalam dah try tangkap gambar waktu malam macam yang @m0g cakap. tapi banyak tak menjadi. nak kena study dulu pasal flash etc. tapi laki peliklah juga tengok bini buang tebiat angkut kamera malam2 :lol::lol::lol:

aciklola Publish time 10-4-2013 11:26 AM

cmf_blingblings posted on 9-4-2013 12:59 PM static/image/common/back.gif
Kalau ada sesiapa yg mengikuti pengembaraan saya di board ni mesti ingat lagi gambar2 yg mula saya a ...

anak2 dah menyampah dah bling2 nak jadi model. yang kita ni pun dah malas juga nak ambil gambar anak. disebabkan tak suka upload gambar anak2 ke internet. takut orang lain salah guna :funk::funk::funk:

sebab tu lebih prefer ambil gambar selain potret anak2 & laki

aciklola Publish time 10-4-2013 11:28 AM

cmf_blingblings posted on 9-4-2013 12:59 PM static/image/common/back.gif
Kalau ada sesiapa yg mengikuti pengembaraan saya di board ni mesti ingat lagi gambar2 yg mula saya a ...

untungnya kaka bling duduk kat langkawi. cantik pemandangan kat sana. tempat saya ni batu konkrit belaka. KL ni apa jeklah yang ada :huffy

cmf_blingblings Publish time 10-4-2013 01:41 PM

aciklola posted on 10-4-2013 11:26 AM static/image/common/back.gif
anak2 dah menyampah dah bling2 nak jadi model. yang kita ni pun dah malas juga nak ambil gambar an ...

yg itu sgt-sgt setuju, privacy tu patut dijaga

cmf_blingblings Publish time 10-4-2013 01:43 PM

aciklola posted on 10-4-2013 11:28 AM static/image/common/back.gif
untungnya kaka bling duduk kat langkawi. cantik pemandangan kat sana. tempat saya ni batu konkrit...

Ada Putrajaya, Lake Garden (wujud lagi ker), ada KLCC ada Pavillion, ada taman burungan, ada akuaria, ada hotel canggih-canggih...sini apa ada? hutan jah, bak kata Tuan @Kitul, rumah dlm zoo, ke zoo dalam rumah:L

alongarts Publish time 14-4-2013 07:29 AM

kalau dah ada 200mm kena outdoor lah dan semakin memberatkan leher ngan dslr hehehe

auntieagony Publish time 14-4-2013 09:58 AM

Terima kasih mod alongarts. :)

aciklola Publish time 14-4-2013 05:22 PM

alongarts posted on 14-4-2013 07:29 AM static/image/common/back.gif
kalau dah ada 200mm kena outdoor lah dan semakin memberatkan leher ngan dslr hehehe

itulah kan. takkan nak amik gambo anak2 & somi pulak. rugi rugi rugi ;P;P
Pages: [1] 2 3
View full version: Dilema Hobi Fotografi


ADVERTISEMENT