rosemary70 Publish time 1-4-2013 08:43 AM

Pasukan Khas Udara (PASKAU)

Pasukan Khas Udara atau PASKAU merupakan sebuah pasukan elit yang diletakkan di bawah tanggungjawab Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang biasanya menjalankan tugas-tugas mengekang sebarang bentuk serangan dan keganasan dari pihak musuh dan anasir-anasir luar yang melibatkan senario rampasan pesawat-pesawat TUDM dan awam serta tawanan ke atas pengkalan tentera udara dan lapangan terbang awam.

Pasukan ini ditubuhkan dalam tahun 1980 selepas satu serangan oleh anasir pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya ke atas pangkalan TUDM Kuala Lumpur menyebabkan kemusnahan sebuah pesawat DHC-4 Caribou pada bulan Mei 1975. Serangan itu dilakukan oleh ejen-ejen Parti Komunis Malaya dengan menggunakan sepucuk mortar yang dipasangkan di atas sebuah lori kecil atas tujuan melambatkan bantuan pasukan sahabat yang sedang berada di medan tempur. Semuanya bermula apabila sebuah lori yang tidak dikenali melalui diluar pangkalan udara Sungai Besi, Selangor dan berhenti di situ. Beberapa orang lelaki Cina yang disyaki ejen komunis turun dari kenderaan dan melepaskan beberapa das tembakan mortar ke pangkalan menyebabkan sebuah pesawat DHC-4 Caribou musnah dan beberapa buah kemudahan TUDM rosak teruk serta mencederakan beberapa orang petugas dipangkalan tersebut.

https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT7If3z6gw93fZ_OTJKmMAqU5tKEFflIjTw2eGHI42zJBAHIEFY

http://mforum.cari.com.my/i%20love%20Cari/wikipedia/ms/thumb/9/92/SST_PASKAU.jpg/400px-SST_PASKAU.jpgAtas insiden inilah, TUDM memperkenalkan satu doktrin khusus untuk menubuhkan sebuah pasukan elit bagi mengawal keselamatan pangkalan udara TUDM yang sebelum ini diletakkan dibawah tanggungjawab Kor Polis Tentera Diraja. Maka dengan secara rasminya, pada 1 April 1980, sebuah pasukan elit yang dikenali sebagai Pasukan Pertahanan Darat dan Udara atau singkatannya HANDAU ditubuhkan. Rejimen ini bukan sahaja mendapat latihan kerahan tenaga daripada pasukan elit anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas (yang terdiri daripada Komando 69 dan Unit Tindakan Khas PGK) PDRM, malahan turut mendapat latihan khas daripada Special Air Service British dan pasukan elit Amerika Syarikat.

https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSvdR_fvIfBovVDW1Nyao2ixwmIoil-9c88Mtfh9ThAHY8zjNzp

Skuadron 102 HANDAU yang ditubuhkan merupakan skuadron pertama yang mengambil alih tugas-tugas keselamatan Pangkalan TUDM Kuala Lumpur dari Kor Polis Tentera Diraja, diikuti dengan Penubuhan Markas Rejimen Keselamatan TUDM (MAREJ) pada 1 April 1981 sehingga tertubuhnya 10 lagi skuadron Rejimen HANDAU TUDM pada 1 Mac 1993.



Last edited by rosemary70 on 1-4-2013 10:05 AM

artosaari Publish time 1-4-2013 03:42 PM

mantap pasukan nih!

haji_one Publish time 1-4-2013 04:13 PM

Saya suka dgn PASKAU ni,"in and out >>>without no one knows"..ni merujuk kepada team penanda sasaran yg menanda sasaran dgn ground laser target..

jjx597 Publish time 3-4-2013 03:59 PM

PASKAL,PASKAU,GGK dan 69Komando..
mereka semua memang hebat..

gsfreedom1 Publish time 3-4-2013 05:43 PM

{:thumbo{:thumbo

neymo Publish time 5-4-2013 10:17 AM

jjx597 posted on 3-4-2013 03:59 PM static/image/common/back.gif
PASKAL,PASKAU,GGK dan 69Komando..
mereka semua memang hebat..

Syukurlah dengan adanya merka-mereka ini 'kedaulatan' Malaysia masih terjaga dan selamat.

alzan Publish time 6-4-2013 10:01 PM

Masa perasmiaan Lima13 di Langkawi yang lepas banyak anggota Paskau yang berjaga dalam kawasan tarmac (dekat landasan) tapi takda pun yang celoreng2 semuanya muka bersih2 saje yang ku lihat.... :-)

raxief Publish time 7-4-2013 11:55 AM

insiden serangan mortar tu ada kisah yg lebih detail x? keratan akhbar ke.. menarik utk dibaca
Pages: [1]
View full version: Pasukan Khas Udara (PASKAU)


ADVERTISEMENT