harumanis Publish time 26-3-2013 07:20 AM

SUAMI AKU USTAZ (Adi Putra dan Nora Danish)

http://3.bp.blogspot.com/-IP-xujTDsN4/T4tZR5D6TkI/AAAAAAAAALU/fdBWYOlYpfU/s300/21.%2BSAU.jpg

SINOPSIS

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah
mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
‘Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.’

Yang menjadi masalah buat Alisa adalah, apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah sampai hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

‘Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab dia masih belum berpunya lagi. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ kalau kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa iya, tak? Aduh! Tidak pasal-pasal dia menjadi kepunyaan aku pula.’

Macam mana agaknya apabila Alisa yang perangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang mesti hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehingga besar?

‘Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.’

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Bagaimana pula suaminya hendak mendidik dia menjadi muslimah yang cerdik? Dan bolehkah dia terus hidup dengan penuh terdidik?

Last edited by harumanis on 27-3-2013 10:36 AM

harumanis Publish time 26-3-2013 07:25 AM

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSl9pDdl77_0B4iB0L2EECFAIe1JqiPUFtZTLpfU8lO1DmYsQsHiQ



Last edited by harumanis on 27-3-2013 10:37 AM

harumanis Publish time 26-3-2013 07:26 AM

http://mynewshub.my/wp-content/uploads/3185.jpg

http://mynewshub.my/wp-content/uploads/5129.jpg

http://mynewshub.my/wp-content/uploads/4160.jpg
Last edited by harumanis on 28-3-2013 08:16 AM

harumanis Publish time 26-3-2013 07:26 AM

Sedia dihimpit kontroversi


http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2013/0328/Kosmo/Hiburan/hi_01.1.jpgNORA mengakui sudah biasa memanggil Adi dengan gelaranabang.


BUKAN berniat mahu mengungkit kembali kisah kontroversi hebat yang pernahmelanda dua pelakon berbakat besar, Adi Putra dan Nora Danish pada penghujungtahun lalu, namun menjangkakan hal yang tidak dijangka barangkali relevan dalamisu ini.
Sekali lagi mengambil risiko untuk meletakkan Nora sebagai heroin filem,Suami Aku Ustaz yang akan memulakan penggambaran pada 20 April kelak, tidakmustahil isu aktres itu dikatakan penyebab keretakan rumah tangga Adi akankembali bersuara.
Lebih 'panas' apabila pemilihan Nora selaku tonggak utama filem itu dibuatsendiri oleh Adi yang juga merangkap pengarah dan pelakon utama filem adaptasinovel terlaris tahun lalu itu.
Sementelah, filem itu diterbitkan syarikat Nur ADP Sdn. Bhd. milik Adisendiri.
Menjawab kegusaran yang mungkin bakal kembali melanda dan mengaitkan namamereka, balas Adi, 32, dia tidak khuatir untuk berdepan dengan sebarangkemungkinan pada masa akan datang memandangkan tindakannya berlandaskan skopkerja semata-mata.
"Ramai tidak menafikan keserasian saya dan Nora malah watak Alisa sesuaidengan perwatakan Nora yang kecil molek, rileks, comel dan fizikalnya sesuaiuntuk menjayakan watak berusia 17 tahun.
"Saya senang bekerja dengan dia bukan atas kontroversi lalu tapi khusus atasdasar kerja," ujar Adi yang ditemui ketika pelancaran filem Suami Aku Ustaz diHard Rock Cafe, Melaka pada Isnin lalu.

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2013/0328/Kosmo/Hiburan/hi_01.2.jpgSKRIP dan jalan cerita yang menarik membuatkan Norabersetuju membintangi filem Aku Bukan Ustaz yang diterbitkan syarikat milik Adi,Nur ADP Sdn. Bhd.


Elak kontroversi
Melanjutkan perbualan, Adi tidak melihat akan wujud kekangan untuk berlakondengan aktres yang dia selesa bergandingan malah tegasnya tiada apa yang perludirisaukan kerana dia berada di pihak yang benar dan semua sudah sediamaklum.
"Bagaimana untuk saya berlakon dengan pelakon lain yang tiada keserasiandengan saya. Saya selesa berlakon dengan Nora, begitu juga dia.
"Ini asas kehidupan. Perkara berat kita mudahkan, kalau mudah kita ringankandan saya melihat hubungan kami semata-mata soal kerja. Kalau letak sebagaipekerjaan kenapa perlu ada perkara yang mengganggu?
"Perkara yang nyata akan tetap nyata. Sesiapa sahaja akan cuba mengelakkankontroversi daripada terjadi tapi itu lumrah. Saya tidak akan memikirkan perkarayang telah terjadi dulu dan saya mahu tetapkan diri untuk terus ke depan,"katanya yang masih ingin mengelak daripada dilanda kontroversi.
Tegas pemilik nama sebenar Mohamed Hadi Putera Halim ini lagi, dia tidakpernah memikirkan risiko memilih Nora sebagai teraju utama untuk bergandinganbersamanya.
"Saya akan lakukan apa saja untuk kebaikan semua pihak dan saya tidakterfikir pun pasal risiko. Orang akan tetap mengata dan saya tidak terfikirorang nak kata apa. Saya tahu kalau perkara itu benar, maka ia benar. Begitujuga isteri dan keluarga saya," tambahnya.

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2013/0328/Kosmo/Hiburan/hi_01.3.jpgNORA DANISH bakal mendampingi aktor kacak Randy Pangalilamenerusi drama bersiri, Berlari ke Bintang.


Prioriti
Dalam pada itu, Adi masih meletakkan prioriti dalam bidang lakonan berbandingpengarahan. Ditanya mengenai peranannya sebagai pengarah bersama Ghaz Abu Bakaruntuk filem Suami Aku Ustaz, jawab Adi, dia telah membahagikan tanggungjawabberkenaan.
"Tiada yang berbeza pun, sebaliknya, saya meletakkan keinginan dan harapanyang lebih besar daripada mengarah iaitu hasil filem ini kelak.
"Memang kutipan hasil tayangan antara perkara yang perlu dipertimbangkan tapisaya meletakkannya sebagai pemikiran akhir. Sebaliknya, pembawaan watak danpenceritaan itu lebih penting sebenarnya.
"Kalau ambil sebagai kewajipan, kita akan keliru tapi kalau letakkan sebagaitanggungjawab, kewajipan akan datang sendiri.
"Saya tidak pernah terfikir untuk fokus bidang lain selain berlakon keranasaya seronok melakukannya," ujarnya yang akan memfokuskan kepada penceritaansaja dan selebihnya adalah tugasan Ghaz.
Selama enam bulan mengkaji keseluruhan novel Suami Aku Ustaz nukilan HannahDhaniyah, jelas Adi dia yakin akan kekuatan penceritaan novel itu.
Suami Aku Ustaz mengisahkan Alisa yang dipaksa berkahwin dengan sepupunyamerangkap guru agama di sekolahnya, Ustaz Hafiz apabila ibu bapanya inginmengerjakan haji.
Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa perlu menyembunyikanidentitinya sebagai seorang pelajar sekolah yang akan menduduki Sijil PelajaranMalaysia pada tahun itu.




Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0328&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2OnRDh7D2
Hakcipta terpelihara
Last edited by harumanis on 28-3-2013 10:11 AM

harumanis Publish time 26-3-2013 07:26 AM

Sekali lagi dua pelakon serasi dan ideal, Adi Putra dan Nora Danish akan bergandingan dalam sebuah drama Suami Aku Ustaz yang diarahkan sendiri Adi Putra dengan kerjasama Kementerian Melaka. Majlis Pelancaran Penggambaran Drama Suami Aku Ustaz telah diadakan di Hard Rock Cafe, Melaka baru-baru ini. Antara yang dilihat turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Menteri Melaka sendiri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam. Jom layan beberapa gambar pra-drama Nora Danish dan Adi Putra.


http://1.bp.blogspot.com/-Ek8sdWm8UYY/UVKDFWlmxiI/AAAAAAAAoMA/QW27MLhManw/s1600/Gambar+romantik+Nora+Danish+dan+Adi+Putra+1.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-ytbsbNRy_Rs/UVKDHlW3LCI/AAAAAAAAoMg/7Zx35aGDs64/s1600/Gambar+romantik+Nora+Danish+dan+Adi+Putra+2.jpg

http://3.bp.blogspot.com/-7Sg_4CTC7Go/UVKDKXuALcI/AAAAAAAAoNE/FmQM8z-iIt0/s1600/Gambar+romantik+Nora+Danish+dan+Adi+Putra+7.jpg

http://2.bp.blogspot.com/-fExVY1ymX10/UVKDJOtiMnI/AAAAAAAAoM4/gK-Uk9PO_qs/s1600/Gambar+romantik+Nora+Danish+dan+Adi+Putra+5.jpg

Article and photos courtesy from http://plbgaimacam.blogspot.com/2013/03/14-gambar-gersang-nora-danish-dalam.html
Last edited by harumanis on 16-4-2013 02:56 PM

harumanis Publish time 26-3-2013 07:27 AM

https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRslxdcQ76ehFD8m73RnT6OewrCUJ9NpRXpbctM5rAlKmGlf4y7
Last edited by harumanis on 10-7-2013 10:19 AM

harumanis Publish time 26-3-2013 07:27 AM

Zara Pelengkap Hidup Adi Dan Aida
Sinar Harian | 14 Jun 2013


http://cdnmy.com/content_cat/sinar_harian.jpg WARTAWAN SINAR HARIAN http://cdnmy.com/images/paper/20130614sinar-5.jpg

KEHADIRAN cahaya mata pastinya memberi seribu satu momen indah buat pasangan suami isteri. Malah, sekiranya sebelum ini hubungan itu pernah berantakan, kehadiran zuriat pastinya mampu mengubah segala-gala. Begitu juga dengan pasangan suami isteri, Adi Putra dan Aida Yusof, yang baru sahaja merasai pengalaman membesarkan cahaya mata mereka, Zara Adelia, lapan bulan.

Walaupun kehadiran si kecil itu bukanlah daripada darah dagingnya, namun ia merupakan detik bermakna buat pasangan ini. Menurut Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera, 32, kehidupannya nyata berubah setelah bergelar bapa. "Setiap kehidupan kita mempunyai fasa yang berbeza dan berubah mengikut keadaan. Kehidupan bujang, berkahwin dan sehinggalah memiliki anak, ia memang berbeza. "Alhamdulillah, sejak kehadiran Zara, saya sentiasa dibuai keseronokan dan ia adalah pengalaman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. "Zara memberi inspirasi kepada saya, tidak kira dalam kehidupan peribadi mahupun kerjaya," kata pelakon kelahiran Singapura ini. Adi dan isteri, Zuhaida Yusof, 38, berkahwin pada 14 April 2006. Namun, sepanjang perkahwinan itu, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata sendiri. Selepas berakhirnya pergolakan dalam rumah tangga pada Oktober tahun lalu, Adi dan isteri nekad mengambil seorang bayi perempuan sebagai anak angkat.

Sedia bantu isteri Walaupun sibuk dengan kerjaya seninya, namun Adi tidak melepaskan tanggungjawab membesarkan anak di bahu isterinya sahaja. Katanya, jika ada kelapangan, dia turut membantu dan memenuhi kelengkapan puteri kesayangannya itu. "Tugas menjaga anak memang banyak diuruskan oleh isteri, namun jika dia memerlukan bantuan, saya akan tolong. "Sebagai ibu bapa, kami sama-sama menguruskan Zara. Lagipun, Zara adalah anak yang baik dan tidak suka merengek. "Sepanjang usianya yang kini mencecah lapan bulan, saya perhatikan, Zara seorang yang suka memerhati dan perkembangan tumbesarannya sangat positif," kata pelakon filem Langgar ini.

Ingin zuriat sendiri Masih berharap untuk memiliki anak sendiri, akui Adi, kehadiran cahaya mata pastinya dapat mengeratkan lagi ikatan rumah tangga. Menurutnya, dia juga tidak keberatan untuk mengambil anak angkat lagi sekiranya gagal memperoleh anak sendiri. "Insya-ALLAH, ada perancangan untuk mengambil anak angkat lagi di masa akan datang. "Namun, buat masa terdekat ini, kami akan membesarkan Zara terlebih dahulu."Kami akan tetap berusaha untuk memiliki anak sendiri, namun ia bergantung kepada rezeki dan ketentuan dari-Nya," katanya yang mengakui lebih selektif dalam pemilihan watak setelah bergelar bapa.

Filem arahan pertama Dalam kesibukan menguruskan karier lakonan, Adi bersama pengarah, Ghaz Abu Bakar akan bekerjasama dalam tugas pengarahan filem sulungnya, Suami Aku Ustaz. Mengakui pengalaman mengarahkan filem bukan semudah yang disangka, filem lakonan Adi, Nora Danish dan Izzue Islam, ini bakal ditayangkan pada tahun depan. "Alhamdulillah, penggambaran filem ini telah pun selesai. Kini, filem ini sedang melalui proses 'editing'. "Saya memang risau dan tak sabar menantikan reaksi daripada penonton kerana ia adalah filem pertama saya."Dalam filem ini, Ghaz banyak membantu saya untuk memperkemaskan lagi jalan cerita dan tugas-tugas yang berkaitan. Saya suka naskhah ini kerana ia mengangkat konsep Islamik," katanya dan bersyukur dengan penerimaan penonton menerusi drama bersiri slot Akasia, Teduhan Kasih, yang sedang ditayangkan di TV3.

Berehat sementara Sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Adi membuat keputusan untuk berehat sementara waktu daripada menerima apa-apa tawaran lakonan. Katanya, selepas Aidilfitri nanti, barulah dia kembali berlakon dan memenuhi tawaran yang ada. "Sekarang ni dah bulan Rejab. Tak lama lagi kita bakal menyambut bulan puasa. "Jadi, peluang yang ada akan saya gunakan untuk berehat dan menghadiri majlis amal sahaja. "Lagipun, dalam masa setahun ni, jarang nak dapat cuti panjang," katanya mengakhiri perbualan.
Last edited by harumanis on 10-7-2013 10:59 AM

Along_XX Publish time 26-3-2013 07:47 AM

Wah! Thanks kaka @harumanis pasal rajin bukak benang SAU nih......hehe :lol:

eddlisa_uyuk Publish time 26-3-2013 08:46 AM

filem ke....ingat nak buat drama

CintaPink Publish time 26-3-2013 08:51 AM

ni filem mig eh?      

cess Publish time 26-3-2013 09:28 AM

CintaPink posted on 26-3-2013 08:51 AM static/image/common/back.gif
ni filem mig eh?

rasanyaa filem under company AP :D

qis13 Publish time 26-3-2013 09:36 AM

cek in...melawat kawasan.. {:smileo

fuzzyfuzzy Publish time 26-3-2013 10:44 AM

suka lakonan adi je...tak suka nora...boleh cam tu???huahuahua

cess Publish time 26-3-2013 11:11 AM

fuzzyfuzzy posted on 26-3-2013 10:44 AM static/image/common/back.gif
suka lakonan adi je...tak suka nora...boleh cam tu???huahuahua

sama laa kite uols...:lol:
sbb watak heroin ni mcm x kenaa...tp x tau lagi kann..sbb blom klua output dia :D
harap2 ok laa...sbb novel ni best :loveliness:

fuzzyfuzzy Publish time 26-3-2013 11:39 AM

hopefully lakonan ND ada perubahan...;)

harumanis Publish time 26-3-2013 12:11 PM

qis13 posted on 26-3-2013 09:36 AM
cek in...melawat kawasan..

welkam....welkam....sila masuk....

lonso Publish time 26-3-2013 12:16 PM

best ke novel nih...

harumanis Publish time 26-3-2013 01:01 PM

Along_XX posted on 26-3-2013 07:47 AM
Wah! Thanks kaka @harumanis pasal rajin bukak benang SAU nih......hehe

Welkam...welkam.......mari menyenah pasal SAU kat sini...

harumanis Publish time 26-3-2013 01:03 PM

eddlisa_uyuk posted on 26-3-2013 08:46 AM
filem ke....ingat nak buat drama

Filem sulong Nur ADP Sdn Bhd.

harumanis Publish time 26-3-2013 01:09 PM

lonso posted on 26-3-2013 12:16 PM
best ke novel nih...

Best! banyak pengajaran untuk suami isteri..
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: SUAMI AKU USTAZ (Adi Putra dan Nora Danish)


ADVERTISEMENT