indah91 Publish time 28-3-2013 11:22 PM

Wahhh ni yg semangat ni nak sambung. Thank you suria ngan sellie. Hihi. InsyaAllah sy cube update slalu {:childlikeo

indah91 Publish time 29-3-2013 12:29 AM

Selepas Kamilah memaklumkan persetujuan mereka, sebulan selepas itu Damia diijabkabulkan dengan Nazirul. Pernikahan mereka hanya secara kecil-kecilan. Itu syarat yang ditetapkan Kamilah dan terpaksa dipersetujui oleh Nek Jah. Damia terima dengan hati yang pasrah. Dia anggap ini semua untuk membalas jasa nenek angkatnya yang sudi menangggung hidupnya.



"Eh cepat sikit. Tak payah nak berdrama sangat lah" teriak Kamilah yang sedang menunggu Damia di bawah rumah. Meluat pulak melihat gadis itu menangis teresak-esak hendak meninggalkan ibunya. Berlakon je semua tu.

"Mia jangan risaukan nenek ya. Tempat Mia adalah bersama dengan Naz. Mia tak boleh tinggal dengan nenek lagi" ujar Nek Jah bersama dengan linangan air mata. Dengan Damialah tempat dia meluahkan segalanya, tempat bermanja. Baginya Damia satu-satunya insan yang betul-betul ikhlas menyayangi dirinya berbanding anak cucunya sendiri.

"Mia janji sebulan sekali Mia datang jenguk nenek ya. Mama dah bising tu. Mia pergi dulu nek " balas Damia sambil memeluk tubuh wanita tua itu. Air matanya mengalir lagi. Memang dia tak sanggup berpisah dengan Nek Jah. Dia juga takut dengan nasibnya di tempat orang.

Nek Jah melambai ke arah Damia sehingga kelibat kereta Toyota Camri putih itu hilang. Dia mengesat lagi air mata yang jatuh. Perasaan sunyi mula datang menjengah. Namun dia harus tabah. Ini semua untuk kebaikan Damia juga.




Damia Arissa mencapai segala beg dan melangkah masuk ke banglo besar milik Kamilah. Memang besar. Jauh berbeza dengan rumahnya di kampung. Dia terpegun dengan dekorasi yang cantik dan kemas. Kaya jugak mak mertua aku ni.

" Apa kau tercegat lagi tu?? Sebelah dapur tu bilik kau " suara Kamilah mengejutkan Damia dari lamunan. Matanya terarah ke sebuah bilik kecil di sebelah dapur. Dia terdiam. Ini memang dia sudah jangka.

" Kau jangan ingat nak jadi bos dalam rumah ni. Tiap-tiiap hari buat kerja rumah. Lebih kurang orang gaji tak berbayar lah " ujar Kamilah lagi. Kata-katanya tadi disahut dengan ketawa besar Nazirul, suami Damia.

Damia tersentap. Jangkaannya tepat. Takkan semudah itu Kamilah nak menerimanya sebagai menantu di rumah itu. Ya Allah..tabahkanlah hatiku ini. Amin.

Damia mengangguk lemah dan terus melangkah ke arah biliknya itu. Air mata yang mahu berlinang cuba ditahan. Mia rindukan Nek Jah !!

sellie003 Publish time 29-3-2013 08:00 AM

indah91 posted on 29-3-2013 12:29 AM static/image/common/back.gif
Selepas Kamilah memaklumkan persetujuan mereka, sebulan selepas itu Damia diijabkabulkan dengan Nazi ...

Alah, ciputnya sayang....{:decideo

indah91 Publish time 29-3-2013 11:56 PM

sellie003 posted on 29-3-2013 08:00 AM static/image/common/back.gif
Alah, ciputnya sayang....

Hihi. Soriii. Will update more later {:2conggalo

misssakura Publish time 30-3-2013 01:22 PM

lagi2...{:gimmeo mesti Damia kne buli kaw2 dengan mak mentuanya tu.{:orzo

indah91 Publish time 1-4-2013 09:47 AM

misssakura posted on 30-3-2013 01:22 PM static/image/common/back.gif
lagi2... mesti Damia kne buli kaw2 dengan mak mentuanya tu.

Mintak dijauhkan dpt mak mertua camni. hekhekhek :funk:


p/s : Petang ni insyaAllah sy update. Sabar ye syg2 skalian {:shyo

indah91 Publish time 1-4-2013 11:48 PM

Sebaik saja Damia selesai menunaikan fardu isyak, Nazirul terus menerpa masuk ke bilik itu dengan wajahnya serius. Damia terkedu. Hatinya berdebar. Seharian dia disini lelaki itu tak pernah bercakap dengannya. Seolah-olah dia tak pernah wujud.

"Aba..abang..Ada yang Mia boleh tolong?" ujar Damia berdiri mengadap suaminya itu. Dia cuba belagak tenang.

"Eh gelilah. Siapa abang kau? Panggil aku Naz je" balas Nazirul. Geli terasa apabila mendengar gadis kampung itu memanggilnya panggilan manja suami isteri.

Damia mengangguk perlahan. Silap ke jika dia hanya mahu menghormati lelaki yang bernama suami?

" Next week kau nak masuk belajar dah. Kau ingat syarat-syarat aku ni baik-baik" ujar Nazirul dengan suara yang agak kasar. Sejak dia bersetuju untuk menikahi gadis ini,dia sudah menyediakan beberapa syarat yang akan menyiksa perasaan gadis itu. Memang itu yang dia dan Kamilah mahukan.

" Aku taknak ada orang tahu pasal kita. Pasal hubungan kita sebagai suami isteri. Kau kena rahsiakan..faham?!" Nazirul meluahkan syarat yang pertama. Dia tak mahu menanggung malu kerana bernikah dengan perempuan kampung.

"Hah? Apa maksud aba..Naz? Mia isteri Naz yang sah kan?" soal Damia tanpa rasa takut. Entah kenapa bibirnya laju bertanya walaupun sebenarnya takut untuk melawan kata-kata suaminya itu.

" Kau ikut je jangan nak banyak tanya pulak. Hujung minggu je kau mesti balik sini. No excuse ok? " Tengking Nazirul. Sengaja dia meletakkan syarat seperti ini. Dia tak mahu Damia lari dari penderitaan yang bakal tiba nanti. Itulah siapa suruh gatal sangat setuju nak kahwin dengan aku.

" Baiklah. Mia faham" balas Damia pendek. Kalau dia tahu ini semua akan terjadi mesti dia takkan setuju dengan idea Nek Jah. Tapi mungkin ini semua sudah tertulis. Aku pasrah Ya Allah.




"Nah..cuci baju ni !" teriak Kamilah sambil menghempas sebakul baju ke lantai. Damia mengangguk perlahan. Lantai itu dimop sekali lagi sehingga bersih. Beginilah rutin sehariannya di rumah besar itu. Dia dilayan tak ubah seperti orang gaji.

" Lepas siap cuci baju ni semua, kau naik atas urut kaki aku" perintah Kamilah sebelum beredar ke bahagian atas rumah. Dia tersenyum puas melihat gadis itu. Memang itu balasan yang setimpal untuk Damia kerana berangan untuk menjadi salah seorang keluarga mereka. Dasar perempuan kampung !

"Baik puan" balas Damia perlahan. Baru seminggu duduk di situ sudah dirasakan bertahun lamanya. Rasa rindu kepada Nek Jah dan kampung halaman semakin membara. Perangai Kamilah dan Nek Jah memang berbeza. Jauh bezanya bagai langit dan bumi.




Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Inilah masanya untuk Damia lupakan segala kesedihan. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi UTM skudai. Selesai mendaftar di bahagian asrama, Damia terus menuju ke arah bilik yang telah ditentukan yang terletak di kolej tun fatimah, ktf.

"Damia Arissa ?"

Seorang perempuan berkulit putih yang berada di dalam bilik itu menegur Damia sebaik saja pintu dibuka. Mungkin ini teman sebiliknya.

"yupp"

"Sarah Amanda. Just call me Sarah" perempuan itu membalas. Senyuman di bibir menyerikan lagi wajahnya yang sudah sedia cantik itu.

"Panggil Mia pon boleh. Orang Melaka" Damia mula memperkenalkan diri. Nampak peramah roomatenya ini. Alhamdulillah lega.

"Ohh yeke?? Sarah orang Klang. Bakal student fakulti pendidikan matematik" Sarah membalas. Harap-harap dia sama koslah. Senang sikit.

"Mia pun sama. Senanglah kita nanti nak ke kelas ya"

Sarah mengangguk dan kemudian mereka menyambung kembali mengemas barang.


Sherasi Publish time 2-4-2013 08:12 AM

Alah apa ciput sgt n3nya, hari2 tunggu n3 bru:'(:'(....

sellie003 Publish time 2-4-2013 08:36 AM

indah91 posted on 1-4-2013 11:48 PM static/image/common/back.gif
Sebaik saja Damia selesai menunaikan fardu isyak, Nazirul terus menerpa masuk ke bilik itu dengan wa ...

{:nononoox cukup....nak lagi...

suria74 Publish time 2-4-2013 09:05 AM

sellie003 posted on 2-4-2013 08:36 AM static/image/common/back.gif
x cukup....nak lagi...

:'(:'( sikit sgt entrynyaaaaa.......

sellie003 Publish time 2-4-2013 09:38 AM

suria74 posted on 2-4-2013 09:05 AM static/image/common/back.gif
sikit sgt entrynyaaaaa.......

Tulah pasat tuan umah nih...igt bila siang hari dia update citer dia ke kan...

Nak speku sikit....musti damia akan bertemu ngan seseorg kat kolej..pastu kan...jejaka tuh mana tau damia dah tawin ke hapa...so damia kena ngorat...yg somi dia akan cemburu2...{:smileo

misssakura Publish time 2-4-2013 09:12 PM

ala sikitnya tt... x puas bce pon ni. {:mlfaint:}

Cik_Andak Publish time 2-4-2013 10:01 PM

Alahaiii.....kasik la n3 byk2 sikit...huhuhuhu

nallepooh Publish time 2-4-2013 11:13 PM

cerita best selalu mmg kena tunggu2...{:1_149:}

indah91 Publish time 3-4-2013 09:50 AM

Maaf sume kwn2. Semalam igt nak update lagi. Tapi xsihat + byk keje. Maaf ye sume. Okeyy lepas ni promise update byk2. Hee. Thanks pd yg mmbaca {:childlikeo

indah91 Publish time 3-4-2013 04:35 PM

sellie003 posted on 2-4-2013 09:38 AM static/image/common/back.gif
Tulah pasat tuan umah nih...igt bila siang hari dia update citer dia ke kan...

Nak speku sikit. ...

Jeng3. Suprise ! HAHA {:smileo

indah91 Publish time 3-4-2013 04:38 PM

Selesai kelas yang terakhir pada hari itu, HanaAfina terus bergegas menuju ke Pizza Hut Jusco Bukit Indah. Dia mahu berjumpadengan lelaki idamannya sejak dari tingkatan lima lagi. Khabar tentang Nazirultelah bernikah dengan seseorang betul-betul menyakitkan hatinya. Adakah selamatiga tahun mereka menyulam cinta dia hanya bertepuk sebelah tangan dan lelakiitu hanya memainkan perasaannya?

“Lambat you sampai sayang” Nazirul berkata sebaiksaja Hana duduk di hadapannya. Pertanyaan Nazirul tadi disambut sepi oleh Hana.Tanpa memandang wajah lelaki itu, dia terus memesan segelas jus buah untukmenghilangkan dahaganya.

“Sayang?”

“ Siapa I pada you Naz? Kenapa you kahwin denganperempuan kat kampung you tu?” soal Hana setelah lama berdiam diri. Bengangpula bila mendengar Nazirul berkali-kali memanggil dirinya sayang. Dasarplayboy !

Nazirul tergelak. Itu rupanya punca gadis yangtinggi lampai bak model itu bersikap dingin dengannya.

“Apsal you gelak? Tak nampak ke I tengah marah ni??”bertambah panas hatinya apabila mendengar gelak tawa Nazirul. Bukannya diamembuat lawak sehingga lelaki itu ketawa dan geli hati.

“ Sayang..memang betul I kahwin dengan dia tapi tusemua terpaksa. Semua tu untuk dapat harta nenek I je. I cintakan you sorang jesayang” jelas Nazirul selepas berhenti ketawa. Kali ini suaranya kedengarantegas. Memang betul dalam hatinya cuma ada Hana Afina bukannya perempuan kampongitu.

“ I tak percayalah. Zaman sekarang ni mana ada lagikahwin paksa bagai ni. You kalau nak tipu tu agak-agaklah Naz”

“ Sumpah sayang I cuma cinta sayang kat you sorangje. Sampai satu masa nanti I akan ceraikan dia dan kahwin dengan you Hana. Ibuat ni semua untuk kesenangan kita jugak” balas Nazirul denganbersungguh-sungguh. Memang dia akui bukan senang untuk wanita itu percayalebih-lebih lagi bila melibatkan soal hati dan kahwin.

“Betul ke ni? Susah lah I nak percaya..tapi I adasatu soalan. You kahwin dah nak masuk sebulan..you dah sentuh dia ke?” soalHana apabila terfikir perkara yang sangat lazim apabila bercerita tentangpasangan yang dah berkahwin.

“ No ! Gelilah..jijik I. Never sayang. I milik yousepenuhnya” ujar Nazirul sambil menghadiahkan satu senyuman manis. Senyumanyang mampu mencairkan mana-mana hati wanita. Hujung minggu itu seperti biasa Damia pulang kerumah suaminya untuk menjalankan tangunggjawab yang diarahkan kepadanya.Tugasan yang bertimbun ditinggalkan sekejap. Tangunggjawab kepada keluargalebih penting.

Damia mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan untukmasak lauk asam pedas. Setahunya itu memang kegemaran mereka anak beranak sejakdari dulu lagi. Dia tahu pun sebab Nek Jah terlebih dahulu menceritakan apayang disukai oleh anak cucunya itu.

Beberapa ekor ikan kembung telah siap disiang dandibersihkan. Rempah dan bawang yang telah lumat ditumis untuk memberi rasa danmenaikkan lagi aroma kuah tersebut. Beberapa minit kemudian setelah semuanyasudah siap dimasak, Damia menghidangkan lauk-pauk tersebut di meja makan.

Kamilah segera yang berada di ruang tamu segeramelangkah ke meja makan. Nama Nazirul dipanggil dari bawah.
“Kau pergi panggil Naz..tidur lagi agaknya tu. Akudah lapar ni. Pergi panggil cepat !”

Arahan Kamilah dibalas dengan anggukan. Denganlangkah yang laju Damia terus melangkah menuju ke bahagian atas rumah. Pintubilik suaminya itu diselak. Memang betul sangkaan mertuanya yang lelaki itusedang enak tidur. Patutlah dari tadi Nazirul tak kelihatan.

“ Naz..bangun..Puan panggil makan” ujar Damia sambilmengerakkan tubuh Nazirul. Pada mulanya dia takut-takut untuk berbuat demikian.Status isteri yang sah membuatkan Damia berani untuk memegang tubuh Nazirul.

“Hana..Hana..”

Kedengaran Nazirul mengigau menyebut satu namaperempuan yang asing bagi Damia. Hatinya tersentap. Mungkin kerana perempuanini Nazirul tak pernah belajar untuk mencintai dirinya sebagaimana dia belajaruntuk mencintai lelaki itu.

“MIAAAA!!!”

Jeritan Kamilah mengejutkan Damia dari lamunan. Diaterus berlalu membiarkan Nazirul yang masih lagi lena. Airmatanya dikesat. Diatak mahu mak mertuanya melihat dia bersedih.

“Kau masak macam mana ni haa?? Tak sedap langsung !”jerkah Kamilah lagi. Entah kenapa lauk asam pedas itu langsung tidak menepaticitarasanya.

“Err..resipi ni Mia ambil dari Nek Jah. Maafkan Miapuan” takut-takut Damia bersuara. Rasanya tadi sudah cukup ramuan untuk memasaklauk tersebut.

“Tak habis-habis dengan maaf kau tu. Nah rasakanlauk kau yang macam samaph ni !” tengking Kamilah sambil mengambil sengenggamnasi lalu ditonyoh ke dalam mulut gadis itu beberapa kali. Puas sedikit hatinyabila melihat Damia terseksa.

“Mia mintak maaf puan…” Damia bersuara. Airmatanyalaju mengalir walaupun sudah ditahan. Bukannya sekali dua dia dilakukansebegitu, boleh dikatakan setiap kali dia memasak ada saja yang hendakdiburukkan oleh wanita tua itu.


p/s : Cukup panjang tak kali ni?? Hehe {:singo

suria74 Publish time 3-4-2013 05:17 PM

x cukupppp tt........apapun tq dear sbb ada sambungan.... nah {:1_149:}{:1_149:}

Cik_Andak Publish time 3-4-2013 08:30 PM

ala....xcukup..
:'(

nallepooh Publish time 4-4-2013 07:17 AM

kalau dapat mentua mcm Kamilah ni..mmg sensara hidup..:huffy
Pages: 1 [2] 3 4 5 6
View full version: Ini Takdir Cinta Kita (U)


ADVERTISEMENT