nelsonliew89 Publish time 9-3-2013 06:50 PM

perbezaan ATM dan askar wataniah

saya mahu tahu apa beza askar wataniah dan ATM??? apakah syarat2 dapat memasuki ATM dan askar wataniah??? gaji dan elaun biasanya berapa??? apa2 ujian kecergasan yang biasanya dilakukan baru dapat layak masuk ke askar wataniah dan ATM??? ada sesapa dpt jwp soalan sy ini???

AdamBillionaire Publish time 9-3-2013 07:25 PM

askar wataniah ni mcm jpam setahu adam. lebih kepada suka dan rela.. sukarelawan.. kalau askar kerja kontrak ada tempoh tamat kerja.. 15 tahun cmtu lah. dh nk tamat kontrak ada lah kursus2 perniagaan, memasak, menanam, bertani, membuat rumah dan mcm2 lg.. lg satu jgn buat kes dalam askar. sebab kantoi dadah dan mcm2 lg kena buang kerja. kalau kerja polis? buat kes mcm mana pun gaji tetap jalan beb. tak de nya nak pecat atau buang kerja.. askar antara badan kerajaan yang senang2 je kena buang kerja sebab salah laku..

nelsonliew89 Publish time 9-3-2013 09:08 PM

waa byk yg ko taw ni bro??? TQ ya tolong sy menjwp serba sedikit walaupun x lengkap... :D

shamsadis Publish time 11-3-2013 09:45 AM

i love Cari/wikipedia/commons/f/f9/Crest_of_the_Malaysian_Territorial_Army_Regiment.jpg


SEJARAH ASKAR WATANIAH MALAYSIA
          Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah suatu angkatan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Sukarela yang bersama-sama Tentera Darat dalam mempertahankan negara kita yang tercinta.Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara. HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.
     Penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia  bermula semenjak 1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States Volunteer Force(FMSVF), pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat pula ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).                  Pasukan-pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa dalam Peperangan Dunia Kedua, Darurat 1948-1960 dan Konfrontasi. Semasa darurat ia dikenali sebagai Home Guard. Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia.
               Konsep mempertahankan negara melalui pasukan sukarela di Tanah Melayu telah bermula sejak awal Zaman Pemerintahan British. Malahan konsep ini telahpun wujud sejak Zaman Kesultanan Melaka, yang mana mereka sanggup berkhidmat secara sukarela serta melafazkan taat setia kepada raja untuk mempertahankan negara.
     Januari 1874, dengan termeterainya Perjanjian Pangkor telah membuka ruang kepada British untuk campur tangan dalam pentadbiran Negeri-Negeri Melayu. Pada 1 Julai 1896, Persetiaan Persekutuan telah ditandatangani. Dengan ini, terbentuklah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu serta campur tangan British yang lebih meluas. Berikutan dengan wujudnya Persetiaan Persekutuan, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seolah-olah tertakluk kepada kuasa pemerintahan Negeri-Negeri Selat, di mana segala masalah keselamatan dan pertahanan dirujuk kepada pemerintahan Negeri-Negeri Selat.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN PASUKAN SUKARELA
Singapore Volunteer Artillery(SVC). Sehingga ke tahun 1901, SVC telah berjaya menubuhkan beberapa kor lain seperti Singapore Volunteer Rifles (SVR), Singapore Volunteer Engineer (SVE) dan Singapore Volunteer Infrantry (SVI).
   Pasukan Sukarela pertama yang ditubuhkan di Semenanjung ialah di Pulau Pinang pada 1891. Pasukan ini dikenali sebagaiPenang Volunteers dan telah dilembagakan sebagai sebuah pasukan infantri melalui kuatkuasa Volunteer Ordinance 1888. Pada ketika itu keanggotaan ialah seramai 60 orang, terdiri daripada orang berbangsa Eropah dan Serani. Pada 26 Jun 1899, Penang Volunteers yang kedua telah ditubuhkan. Kapten Arthur Adam telah dilantik menjadi Pemangku Komandan.   Pada 25 Oktober 1901 pula telah ditubuhkan satu kompeni SVC di Melaka diketuai oleh Kapten R. N Bland. Keanggotaannya adalah seramai 47 orang terdiri daripada orang Eropah, Melayu, Cina dan Serani. Manakala di Seberang Perai atau Province Wellesley, pada tahun 1915 telah ditubuhkan Pasukan Pertahanan Tempatan. Pasukan ini dikenali sebagai Province Wellesley Volunteer Rifles (P&PWVR). Kapten W.Duncan (Pengurus Ladang Kumpulan Caledonia) telah dilantik menjadi Pegawai Pemerintah pertama pasukan ini.
   Kebanyakan pegawai MSVR ini terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Awam Malaya (MCS) yang pada kebiasaannya Pegawai Daerah sendiri menjadi pemerintah.
   Untuk menggalakkan lebih ramai pegawai atasan menyertai MSVR, beberapa keistimewaan telah diberikan kepada mereka. Antaranya, memberi kenaikan pangkat dengan cepat. Di samping itu sambutan daripada pembesar-pembesar lain amt menggalakkan.
   Dalam tahun 1913, Enakmen Sukarelawan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dikuatkuasakan dan ini telah mendorong Negeri-negeri Melayu yang lain (Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu atau Unfederated Malay States) menubuhkan Pasukan Sukarela masing-masing. Negeri-negeri yang telah menubuhkan Pasukan Sukarela masing-masing adalah Johor (1914), Kelantan (1917) dan Kedah (1930).
   Pasukan-pasukan ini dikenali sebagai Unfederated Malay States Volunteer Force (UFMSVF). Menjelang tahun 1915, di samping MSVR, Negeri-negeri Melayu Bersekutu pula menubuhkan The Malayan Volunteer Infantry (MVI).
[*]The Malayan Volunteer Infantry, Perak - Mac 1915
[*]The Malayan Volunteer Infantry, Selangor - 1915/1916
[*]The Malayan Volunteer Infantry, Pahang - April 1916
[*]The Malayan Volunteer Infantry, Negeri Sembilan - Sept 1915

PENYUSUNAN SEMULA
       Tahun 1921 sehingga 1937 merupakan satu era penyusunan semula ke atas Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Di Negeri-negeri Selat, Pasukan SVC, SVA dan SVI, memulakan proses penyusunan semula pada 1921. Pasukan-pasukan ini telah digabungkan dan diberi nama baru sebagai Straist Settlement Volunteer Force (SSVF) dengan ibu pejabatnya di Singapura. Leftenan Kolonel P.E Spencer telah dilantik menjadi Komandan SSVF yang pertama dan di samping itu, terdapat juga orang-orang Melayu yang telah diberi jawatan pegawai, terutama daripada pasukan SSVF Melaka seperti:
[*]Kapten Muhd Ali bin Maidin.
[*]Leftenana Abbas bin Said (kemudiannya memasuki Askar Melayu).
[*]Leftenan Abu Bakar bin Umar.
[*]Leftenan Jetti bin Ahmad.
[*]Leftenan Usman bin Kering (Datok Naning).
      Manakala pada tahun 1937, pasukan Sukarela Malay States Volunteer Rifles (MSVR) juga telah disusun semula dan diberi nama baru yang dikenali sebagai Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF). Semasa Perang Dunia Kedua, pasukan inilah sebenarnya yang terlibat penuh membantu angkatan tentera lain untuk menentang Jepun.

      Pasukan ini mempunyai batalion-batalionnya di setiap negeri, di samping itu mempunyai kompeni machine gun, kompeni orang Cina dan pasukan meriam (light battery). Pecahan batalionnya adalah seperti berikut:
[*]Batalion 1- Perak
[*]Batalion 2- Selangor
[*]Batalion 3-  Negeri Sembilan
[*]Batalion 4-    Pahang
   Dari gagasan P&PWVF, SSVF dan FMSVF inilah bermulanya sejarah pasukan Sukarela di negara ini. Secara amnya dapat disimpulkan bahawa Perang Dunia Pertama (1914-1918) telah menjadi faktor penggerak penubuhan Pasukan Sukarela, dan di antara pusat Pasukan Sukarela yang ulung sekali ditubuhkan ialah di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim. Pasukan ini dikenali sebagai Sultan Idris Training College Volunteer Force atau SITCVF.
   Pada tahun 1929, satu kontinjen Sukarela dari Tanah Melayu telah dihantar ke England untuk menghadiri upacara kemahkotaan Raja dan Ratu United Kingdom. Manakala pada tahun 1934, memperlihatkan P&PWVF dan MSVR dianugerahkan Panji-panji  Rejimen masing-masing di samping menerima Panji-Panji DiRaja.
http://army.mod.gov.my/raw/


p/s : bole semak kat thread belakang2 pasai nie.





shamsadis Publish time 11-3-2013 10:03 AM

sedikit gambar askar wataniah @ askar simpanan tentera darat aka TA

http://2.bp.blogspot.com/_Thiy5-LIG-w/Swvk6Q3zulI/AAAAAAAAAX0/TRPgEsw9uH0/s1600/rekrut+wataniah+212.jpg

nie baju lama...dah hapus lama dah...

http://4.bp.blogspot.com/_2M-4XwlOfbc/S_x4UyGiOwI/AAAAAAAABvE/_V6vOesd_e4/s1600/khairy-jamaluddin+wataniah+berbaris.jpg

http://mstar.com.my/archives/2011/2/17/mstar_berita/KJ1.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-h4YMCTFdlyI/T0CPU91bw7I/AAAAAAAAAG8/BFtr84wXH1k/s1600/395557_286281984772358_100001716754888_729114_1404432692_n.jpg

http://2.bp.blogspot.com/-PdOxRjOvDH0/T0CPclvgVRI/AAAAAAAAAHM/wfIOumSVxWU/s1600/407147_286282984772258_100001716754888_729138_2090447047_n.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-60caOHq-Ugg/T0CP3_a_5lI/AAAAAAAAAHU/cswR6ZD0bQg/s1600/408956_286283164772240_100001716754888_729142_948993429_n.jpg

http://1.bp.blogspot.com/--KN8DmE12Gc/T0CP82J-SII/AAAAAAAAAHc/6wyd69RaWpw/s1600/419910_286282874772269_100001716754888_729135_711952055_n.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-q22MU1fPJmE/T0CQAtg89KI/AAAAAAAAAHk/exW1TSKqYb8/s1600/420125_286283238105566_100001716754888_729143_1454321065_n.jpg

http://3.bp.blogspot.com/-KyhcqCDFOU0/T0CQIsbFDcI/AAAAAAAAAH0/_nhDqhYh3cs/s1600/420962_286281741439049_100001716754888_729110_2022619551_n.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-4KWmld-JWBI/T0CQLpp-2UI/AAAAAAAAAH8/3clurlR-X9s/s1600/421108_286282014772355_100001716754888_729115_1506622548_n.jpg

http://3.bp.blogspot.com/-HG4AEuF-K0c/T0CQN1k7nLI/AAAAAAAAAIE/-yCN43wpIZE/s1600/421869_286282188105671_100001716754888_729118_925449527_n.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-opQlbHPFvbc/T0CQdB6sfqI/AAAAAAAAAIU/FRbqGuTZMtU/s1600/422576_286282051439018_100001716754888_729116_1683929894_n.jpg

http://1.bp.blogspot.com/-a1bZ3bWoJVc/T0CQkJlV4-I/AAAAAAAAAIc/4xwI3vnSWiM/s1600/422598_286282844772272_100001716754888_729134_1263317797_n.jpg

http://2.bp.blogspot.com/-0danDOQo7Yg/T0CQqiI9llI/AAAAAAAAAIs/wqAsYs1-AaQ/s1600/424030_286282424772314_100001716754888_729124_688000294_n.jpg

http://3.bp.blogspot.com/-w9uyfax8GXI/T0CQtqjrXqI/AAAAAAAAAI0/WsIGt-F7tqQ/s1600/425847_286282454772311_100001716754888_729125_890576489_n.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-4niwAgVs0vU/T0CQ5UorijI/AAAAAAAAAJE/2ma99e1cREs/s1600/429980_286283048105585_100001716754888_729140_1794061130_n.jpg

http://2.bp.blogspot.com/-uKKXFrH9E5Q/T0CQ7Kvtx4I/AAAAAAAAAJM/82Cm5vBcndY/s1600/430328_286282824772274_100001716754888_729133_696985144_n.jpg

beza paling jelas...askar makan gaji tapi diaorang nie makan elaun




shamsadis Publish time 11-3-2013 10:41 AM

sikit gambar lagi

Kompeni simpanan Paratrooper
REJIMEN 512 AW Asas Para siri 6/2000 di PULPAK


http://4.bp.blogspot.com/_d8Nl00X7o0s/TJ2KVfNbZ0I/AAAAAAAAFbw/BcA4c1333LI/s400/Khairul.jpg

wataniah pun ada kursus payung terjun...kursus amik sama dengan askar tetap...kalo nasib tak baek, selalunya ada budak2 freshy GGK baru abes kursus...so....faham2 la kalo nak kejar diaorang..:lol:


http://jijanlaa.files.wordpress.com/2011/02/26.jpg?w=640&h=427





d'zeck Publish time 11-3-2013 11:42 AM

askar wataniah tu pun
salah satu komponen ATM jugak.

schumacher Publish time 11-3-2013 01:07 PM

TA depa tak hantaq pi lahad datu ka...

ersazain77 Publish time 11-3-2013 02:18 PM

AdamBillionaire posted on 9-3-2013 07:25 PM static/image/common/back.gif
askar wataniah ni mcm jpam setahu adam. lebih kepada suka dan rela.. sukarelawan.. kalau askar kerja ...

adam, tau tak gaji utk TUDm pangkat mejar?

AdamBillionaire Publish time 11-3-2013 03:19 PM

ersazain77 posted on 11-3-2013 02:18 PM static/image/common/back.gif
adam, tau tak gaji utk TUDm pangkat mejar?

tak tau:loveliness:

nelsonliew89 Publish time 11-3-2013 10:13 PM

shamsadis posted on 11-3-2013 09:45 AM static/image/common/back.gif
SEJARAH ASKAR WATANIAH MALAYSIA
          Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah suatu angkatan ...

waa byk yg ko taw ni serba sedikit tentang askar wataniah dan ATM... bro... boleh sy taw ka ko askar wataniah atau ATM ka? mcm mn dgn latihan askar wataniah adakah sangat tegas??? :)

shamsadis Publish time 12-3-2013 03:27 PM

nelsonliew89 posted on 11-3-2013 10:13 PM static/image/common/back.gif
waa byk yg ko taw ni serba sedikit tentang askar wataniah dan ATM... bro... boleh sy taw ka ko ask ...


latihan dia 70% hampir sama dengan regular, kalo regular dia amik masa 6 bulan, kalo TA (Territorial Army) 30 hari sahaja, atau 240 jam kalo ikut latihan tempatan iaitu seminggu 2x pergi latihan, lepas tue dia ada kontrak, 5 tahun sahaja sebelum perbahrui kontrak, kalo nak perbahrui kontrak kene buat ujian.

nelsonliew89 Publish time 12-3-2013 07:51 PM

shamsadis posted on 12-3-2013 03:27 PM static/image/common/back.gif
latihan dia 70% hampir sama dengan regular, kalo regular dia amik masa 6 bulan, kalo TA (Territo ...

waa 30 hari ja dlm 1 minggu 2 kali ja latihan... oklah 2... ada kontrak lagi? apa guna 2 kontrak??? biasanya 2 elaun mcm mn dia bg 1 bulan ka 1 taun??? klu askar wataniah dptkh terus menjadi ATM?

shamsadis Publish time 13-3-2013 08:25 AM

nelsonliew89 posted on 12-3-2013 07:51 PM static/image/common/back.gif
waa 30 hari ja dlm 1 minggu 2 kali ja latihan... oklah 2... ada kontrak lagi? apa guna 2 kontrak?? ...


haruslah kontrak, regular pun 12 tahun, regular kalo perlanjutan perkhidmatan 15 tahun, tugas balik 21 tahun, yang nie dapat pencen dipanggil 'pesara tentera', kalo cedera semasa bertugas dan tak cukup fix, akan dibersarakan di beri pencen, kalo istilah 'bekas tentera' adalah mereka yang dipecat atau dibuang kerja atas tindakan displin atau tatatertib dan takder pencen. 2 istilah berbeza.

itu regular, kalo TA, kontrak itu pasai dia nak askar fix sahaja. kalo tak fix tak boleh, haruslah menjalani ujian fizikal. elaun diberi satu bulan macam gaji biasa, bergantung pada kehadiran dalam latihan. kalo takder latihan atau tak join latihan takder elaun. dimasukkan dalam bank sebulan sekali. kalo RM0.01 pun tetap akan dimasukkan.

askar Wataniah boleh diserap ke jawatan tetap. bergantung pada syarat2 nya. kalo dipaksa masuk ialah macam TNB, TM, Syabas, Pelabuhan atau entiti 'kepakaran'.



nelsonliew89 Publish time 13-3-2013 09:03 PM

shamsadis posted on 13-3-2013 08:25 AM static/image/common/back.gif
haruslah kontrak, regular pun 12 tahun, regular kalo perlanjutan perkhidmatan 15 tahun, tugas ba ...

ow g2? klu elaun 1 jam brapa biasanya askar wataniah??? biasanya dlm 1 ari latihan 2 brapa lm? 8 jm ka? :)

shahbp Publish time 20-6-2013 02:46 PM

Wataniah askar simpanan... akan diatur gerak bersama 'askar regular' jika berlaku peperangan atau darurat... dari segi latihan... basic / IMP adalah sama... Ramai yang hampa untuk menjadi anggota tentera dalam temuduga terbuka masuk menyertai WATANIAH... kemudian bergantung pada kalayakan, 'keaktifan' dan 'sokongan' dari CO... dapat menyertai 'askar regular'.... WATANIAH BAGUS UNTUK ORANG AWAM YG BEKERJA... selain menambah kenalan... dapat menambah pengetahuan dalam bidang ketenteraan dan menyihatkan badan...... Inilah yang dapat aku ceritakan.. Aku dulu pun wataniah gak... lepas abis PALAPES... Posting 508 (AW) Rasah, Seremban pastu 'berpencen' di 501 (BN3) Kluang, Johor.

AthirahRahmat Publish time 13-8-2013 10:10 AM

Saya berminat untuk join askar wataniah, tapi nak tahu kalau rabun boleh tak?

Presiden_Lanun Publish time 18-8-2013 02:25 PM

Wataniah mcm askar susu.... haaaa haaa haaaa... better lagi national service singapore

Cik_Andak Publish time 26-8-2013 12:05 PM

shahbp posted on 20-6-2013 02:46 PM static/image/common/back.gif
Wataniah askar simpanan... akan diatur gerak bersama 'askar regular' jika berlaku peperangan atau da ...

Hii...pencen sbb dh tak aktif atau dh cukup umur??

Kenal x dgn Cik Latipah(PWII) satu2nya org lama yg bertahan kt BN1 508.dia sepatutnya dh kena keluar baris sbb faktor umur..
tapi sbb dia minat sgt2 dgn sukarela ni, jd dia boleh sambung kontrak 1 thn..lepas 1 thn renew lg...sampai la dia xlarat dh.

Kalau tuan dari bn1 508 pindah ke 501 sy mgkin dpt agak tuan ni sape...:)

Salam silaturahim dr sy.. ;)

robotech Publish time 28-8-2013 11:27 PM

Presiden_Lanun posted on 18-8-2013 02:25 PM
Wataniah mcm askar susu.... haaaa haaa haaaa... better lagi national service singapore

Jgn bandingkn WATANIAH siri 500 (sukarela) dgn NS SAF. NS adalah sistem kerahan, sbb SG x cukup kekuatan personel secara tetap utk mempertahankn negara tu. Jika nak bandingkan jg, sila bandingkan siri 300 WATANIAH (kerahan) yg kini telah diserap sebagai Rejimen Sempadan.
Pages: [1] 2
View full version: perbezaan ATM dan askar wataniah