rosemary70 Publish time 9-3-2013 11:53 AM

Sejarah RELA



[*]Home Guard atau Pengawal Kampung ditubuhkan bertujuanuntukmenjaga keselamatan setempat apabila darurat diisytiharkan padatahun1948. Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakatsetempat.Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah daruratdiisytiharkan tamatpada 31 Julai 1960.

[*]Tenaga sukarelawan digembleng sekali lagi apabila negara   menghadapai ancaman konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963-1965.   Pasukan Kawalan telah diwujudkan bagi membantu agensi keselamatan   menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia.Pada waktu itu,   Pasukan Kawalan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk   melaporkan kepada pasukan keselamatan tentang ancaman pihak Indonesia.   Apabila tamat konfrontasi pada tahun 1965, ia telah dibubarkan.

[*]Pada 13 Mei 1969 telah berlaku pergaduhan antara kaum.Insiden yangberlaku telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara padaketika itutentang pentingnya diwujudkan satu pasukan sukarela yangtetap bagimembantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancamankeselamatan.Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika ituTimbalanPerdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkansupayapasukan sukarela berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan.

[*]Pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusanuntukmenubuhkan RELA di bawah Seksyen 2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964. Pasukan RELA   dikawal di bawahAkta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 (   Peraturan-Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat ) Pindaan 2005.
[*]Petikan ucapan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad   yang juga   Menteri Dalam Negeri disambutan Hari RELA yang pertama di   Pusat   Latihan Polis Kuala Lumpur pada 13 Januari 1990."...The ACs, Home Guard and the Pasukan Kawalan haveall sincebeen abolished. But RELA continues to exist since itsinception 18years ago.It continued existence is proof of its role inhelping todetermine the security and defence of the country.RELA alsosignifiesthe goverment commitment to harness the people supportthroughvoluntary means, both during peace time or otherwise...".

[*]Pada 20 Mac 1999, YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawisemasamenjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan Falsafah RELA yangbaru.Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan    lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara,pasukan   sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari.


yipun_78 Publish time 9-3-2013 02:39 PM

rose kalo rajin update dgn news pasal RELA sekali boleh?

rosemary70 Publish time 9-3-2013 07:37 PM

insyaallah...:loveliness:

rosemary70 Publish time 10-3-2013 08:40 AM

Pangkat Kehormat RELA

Pangkat (Kehormat) RELA merupakan satu pengiktirafan yang dikurniakan kepada pemimpin tertinggi kerajaan, tokoh- tokoh korporat dan profesional, pemimpin tempatan dan individu-individu yang berkelayakan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Pentauliahan RELA. Adalah diharapkan dengan pengurniaan tauliah Kehormat dalam Ikatan Relawan Rakyat Malaysia akan mendorong mengekalkan semangat patriotik dan minat rakyat menganggotai pasukan RELA. Ianya akan memberi kebanggaan kepada mereka yang telah berbakti kepada RELA dan diharap akan menjadi anggota RELA yang setia kerana peranan dan jasa mereka mendapat pengiktirafan kerajaan sebagai setaraf dengan keempat-empat Agensi Keselamatan Pasukan Sukarela yang lain.


GARIS PANDUAN PERANAN AHLI-AHLI KEHORMAT RELA

BIL.PERANANHAD PERANAN

1.Memberi khidmat nasihat   dan pemudahcara dalam pelaksanaan program serta aktiviti di peringkat negeri   dan daerah.
Nasihat   berbentuk idea dan bukan sebagai pelaksana program.

2.Menggunakan   kepakaran dan pengaruh untuk mempromosikan RELA.
Â
Â
Promosi perlulah merujuk   kepada Pengarah RELA Negeri (PRN) atau Ibu Pejabat RELA bagi tujuan   kelulusan.

3.Melibatkan diri secara aktif   dalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh RELA di peringkat Kebangsaan,   Negeri dan daerah.
Nasihat berbentuk idea   dan bukan sebagai pelaksana program. Tidak dibenarkan mengutip derma atau dana atas   nama RELA.

4.Membantu untuk program penambahan keahlian RELA dan menarik   lebih ramai golongan korporat menyertai RELA.
Menggunakan pengaruh,   kepakaran dan juga khidmat nasihat dengan merujuk PRN.

5.Memupuk semangat kesukarelawanan melalui program-program dengan   masyarakat setempat.
Menggunakan   pengaruh, kepakaran dan juga khidmat nasihat dengan merujuk PRN dan PRD.

6.Mewujudkan jalinan kerjasama   dengan badan-badan korporat dan pertubuhan-pertubuhan yang dapat membantu   menaikkan lagi nama dan fungsi pasukan RELA.
Mengenalpasti agensi   serta pertubuhan-pertubuhan yang sesuai dengan merujuk IPRM.

7.Memberi sokongan moral dan   material ke arah merealisasikan dasar dan objektif RELA.
Dengan mendapat pertimbangan   dan kelulusan IPRM.

8.Penglibatan   ahli-ahli Kehormat RELA dalam program-program NKRA KDN ke arah keselamatan   dan kesejahteraan rakyat.
Dengan mendapat pertimbangan   dan kelulusan IPRM.

9.Penampilan   ahli-ahli Kehormat RELA hendaklah dilihat sebagai role-model kepada pasukan   RELA.
Mematuhi   garis panduan tatacara pemakaian, disiplin dan etika RELA.

10.Ahli-ahli Kehormat digalakkan   mengadakan Perjumpaan Tahunan dua (2) kali setahun bagi membincangkan isu-isu   berkaitan RELA bagi tujuan nilai tambah kepada pasukan RELA.
Membincangkan isu-isu   untuk membangunkan RELA.

11.Ahli Kehormat di kalangan   korporat boleh membantu meningkatkan sosioekonomi ahli-ahli RELA setempat   dengan menawarkan peluang pekerjaan, melatih dan seterusnya membimbing   ahli-ahli RELA yang berminat menjadi usahawan.
Tanpa melibatkan peruntukan   kewangan pusat.

12.Ahli-ahli Kehormat boleh   menubuhkan persatuan, pertubuhan dan kelab di kalangan Ahli-ahli Kehormat   samada di peringkat daerah atau negeri.
Mestilah berdaftar di bawah   Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

13.Ahli   Kehormat RELA mempelopori aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan perpaduan di   kalangan ahli-ahli RELA setempat.
Bekerjasama   dengan PRD setempat.

14.Ahli Kehormat RELA digalakkan   mengambil bahagian dalam aktiviti berbentuk Keselamatan Setempat.
Bekerjasama dengan PRD   setempat.

15.Ahli Kehormat RELA sebagai   pencetus semangat patriotisme di kalangan ahli-ahli RELA setempat ke arah   keamanan, kesejahteraan dan keharmonian.
Memberi ceramah mortivasi   dalam majlis-majlis perjumpaan dan kursus anjuran RELA setempat.

16.Ahli Kehormat RELA berperanan   untuk bersama-sama menangkis sebarang persepsi negatif awam terhadap RELA   sekiranya dipaparkan di media massa.
Merujuk terlebih dahulu   dengan IPRM sebelum memberi sebarang kenyataan.

17.Ahli-ahli   Kehormat sebagai pengantara dan penghubung di antara RELA dan kerajaan dalam   aspek-aspek pembangunan dan kebajikan setempat.
Bertindak   sebagai pendapat kedua (second opinion).

18.Ahli-ahli Kehormat menyumbang   kepakaran mengikut profesion masing-masing untuk melahirkan anggota RELA yang   terlatih dan profesional.
Perlu mendapatkan   kelulusan IPRM.

19.Tertakluk kepada arahan dari   masa ke semasa Ketua Pengarah RELA



Last edited by rosemary70 on 10-3-2013 08:41 AM

pelemparselipar Publish time 12-5-2013 06:51 PM

Jasa pasukan RELA sentiasa dikenang
Pages: [1]
View full version: Sejarah RELA


ADVERTISEMENT