mylia Publish time 7-3-2013 11:21 AM

Datuk Mohamad Zabidi Zainal Dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Datuk Mohamad Zabidi Zainal Dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

http://mstar.com.my/archives/2013/3/7/mstar_berita/datuk.jpg

Mohamad Zabidi Zainal
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamad Zabidi Zainal dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu berkuat kuasa 15 Mac ini.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata pelantikan Mohamad Zabidi diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau berkata pelantikan Mohamad Zabidi berdasarkan pengalaman, kompetensi dan ciri-ciri kepimpinannya, untuk meneruskan tanggungjawab mempertingkatkan usaha mentransformasikan Perkhidmatan Awam melalui pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang cekap, berinovasi dan berintegriti.

Ali berkata Mohamad Zabidi yang merupakan pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Asia Tenggara) (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya, memulakan perkhidmatan dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik sejak 1 Disember 1981.

Beliau pernah menyandang jawatan penolong setiausaha di Kementerian Penerangan, Penolong Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

"Saya berkeyakinan penuh bahawa dengan pengalaman dan pengetahuannya yang luas, Datuk Mohamad Zabidi Zainal akan dapat memimpin Jabatan Perkhimdatan Awam dengan penuh integriti, cekap, telus dan berkesan demi kecemerlangan negara," katanya. - BERNAMA

lavendernovella Publish time 7-3-2013 11:34 AM

siapakah lelaki ini, tiada aku kenal akan dia

smallmama Publish time 7-3-2013 05:55 PM

Pernah hadir meeting dengan Datuk ni..hummmm

xpdckelate Publish time 8-3-2013 02:52 PM

Beliau pernah menyandang jawatan penolong setiausaha di Kementerian Penerangan, Penolong Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

kejap ke selangor,kejap ke perlis,hu2 {:singo

xpdckelate Publish time 8-3-2013 02:54 PM

Ali berkata Mohamad Zabidi yang merupakan pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Asia Tenggara) (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya, memulakan perkhidmatan dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik sejak 1 Disember 1981.

seorang lagi PTD yang dilantik ke jawatan utama perkhidmatan awam,hu2 {:singo

CrazyDriver Publish time 11-4-2013 04:23 PM

PTD peluang cerah naik pangkat ke Pengarah dan ke atas..~
Pages: [1]
View full version: Datuk Mohamad Zabidi Zainal Dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam


ADVERTISEMENT