abdulariff Publish time 2-3-2013 12:02 AM

Aduan : Interface Forum Cari Di Telefon Bimbit

Salam, adakah interface forum telah diubah / diperbaharui (erti kata lain design baru) ? Sebab saya melayari forum cari pada telefon pintar blackberry (jam 8 malam - sekarang) dan mendapati interface forum telah berubah http://mforum.cari.com.my/forum.php?mobile=yes dan sukacita dimaklumkan bahawa interface yang baru ini agak mengecewakan kerna:

1) Masa yang diambil untuk loading agak lama,
2) Tiada options untuk reply,
3) Untuk maju ke reply terakhir kene tekan "click for more" ( bayangkan jika dalam thread berkenaan ada beratus reply, bukankah ia agak menyeksakan untuk menekan "click for more" hanya semata2 untuk membaca reply terakhir? ) dan
4) Interface terbaru ini juga tiada butang untuk "post new thread" ( tiada pilihan untuk membuka thread baru melalui telefon bimbit, sekaligus menimbulkan sedikit masalah untuk post isu semasa ) Last edited by abdulariff on 2-3-2013 12:03 AM

AdamBillionaire Publish time 2-3-2013 01:14 AM

hp blackberry made in toilet mmg cmtu. cuba guna android lain ok je:loveliness:

trunks Publish time 2-3-2013 01:21 AM

1) Masa yang diambil untuk loading agak lama,.

aku guna android.laju sahaja..elok brother check internet quota kalau guna
mobile internet..

nak laju kena disable picture di browser


2) Tiada options untuk reply,

option itu ada untuk mobile version..atau bro try guna kan quick reply
kalau tak ada juga option itu, try guna browser lain..


kalau tak selesa ,guna web version sahaja.

abdulariff Publish time 2-3-2013 01:38 AM

trunks posted on 2-3-2013 01:21 AM static/image/common/back.gif
1) Masa yang diambil untuk loading agak lama,.

aku guna android.laju sahaja..elok brother check i ...

rasanya kuota ok je, tak habis lagi (line 3g) tappi takpe nanti screenshot akan dipamerkan bila ada masa.. Mungkin perkara nidialami oleh blacberry user je kot :L

abdulariff Publish time 2-3-2013 01:50 AM

Owh, okay dah mula memahami dengan interface baru ni.. Agak complicated pada awalnya.. Cuma masalah sekarang, agak lama masa yang diambil untuk loading.. Dan harap pihak cari boleh buat video atau guideline bila interface diubah.. :L

trunks Publish time 2-3-2013 02:00 AM

abdulariff posted on 2-3-2013 01:38 AM static/image/common/back.gif
rasanya kuota ok je, tak habis lagi (line 3g) tappi takpe nanti screenshot akan dipamerkan bila ad ...

loading lambat boleh guna archiver edition

http://mforum2.cari.com.my/archiver

lambat loading memang berkaitan internet speed..cubalah
langan maxis daily internet 3rm dan test.

trunks Publish time 2-3-2013 03:49 AM

boleh test speed internet di sini

http://speedtest.net

Technix Publish time 2-3-2013 04:00 AM

Mmg benar apa yg abdulariff katakan, mcm saya guna galaxy note, interface terbaru utk mobile ni mmg cantik. Saya takde masalah dgn network sbb wifi smbg dgn unifi, mmg laju lah. Cuma difficulty paling ketara adalah 'Click for more'. Dulu ade option click page numbering senang skit. Skrg takde, kena tekan 'Click for more'. Bayangkan thread mcm kes lahad datu sampai beribu reply, takkan nak kena tekan 'Click for more' beratus kali utk tgk reply yg ke 1000 @ last page? Diharap pihak cari dpt solve masalah ni.

Technix Publish time 2-3-2013 04:02 AM

Saya dah check, button reply mmg takde, ni pun terpaksa guna Web instead of mobile browsing utk reply.

trunks Publish time 2-3-2013 06:08 AM

Technix posted on 2-3-2013 04:02 AM static/image/common/back.gif
Saya dah check, button reply mmg takde, ni pun terpaksa guna Web instead of mobile browsing utk repl ...

guna yang quick reply dekat bawah sekali setiap thread..ada jumpa?
tentang pagination yang bernombor,nanti saya buat laporan..



trunks Publish time 2-3-2013 06:10 AM

untuk buka new thread boleh cuba pergi ke board dan clik word thread yang atas dekat warna biru

Technix Publish time 2-3-2013 06:14 AM

ok trunks, skrg dah ade quick reply.. thanks...
pagination je yg masih belum ada.

trunks Publish time 2-3-2013 08:42 AM

Technix posted on 2-3-2013 06:14 AM static/image/common/back.gif
ok trunks, skrg dah ade quick reply.. thanks...
pagination je yg masih belum ada.
yang button reply itu..cuba guna browser Android firefox..boleh sahaja reply
dan buka new thread,tak ada masalah..opera saya guna pun tak boleh.

Last edited by trunks on 2-3-2013 08:44 AM

abdulariff Publish time 2-3-2013 01:40 PM

Setelah diselidik dan geladah interface terbaru ni.. Sekarang dah mula memahami interface ini


Untuk membuka thread baru

http://i298.photobucket.com/albums/mm279/abdulariff/Screen_20130302_132616.jpg


Untuk specific reply pada post sesuatu user

http://i298.photobucket.com/albums/mm279/abdulariff/Screen_20130302_132645.jpg


Untuk quick reply, ada pada page bawah sekali

http://i298.photobucket.com/albums/mm279/abdulariff/Screen_20130302_132713.jpg

Untuk membaca reply lak, ada boleh click pada untuk tukar daripada ASC kepada DESC, ASC (ascending / reply terbaru) dan DESC (descending / reply pada page awal) cuma tiada options untuk melihat reply di tengah2 (kene tekan click for more jika nak melihat reply di tengah2)

http://i298.photobucket.com/albums/mm279/abdulariff/Screen_20130302_13273.jpg



p/s: @trunks , semalam saya cuba untuk membaca satu thread ni tapi update oleh tuan rumah berkenaan tiada didalam mobile web browser saya, walaupon telah di refresh berkali2 namun update berkenaan tidak kelihatan (hanya kelihatan pada web sahaja)

rara90 Publish time 2-3-2013 03:11 PM

kenape interface baruni kene baca reply dr bawah ke atas?agak memeningkan.kekalkan mcm sblum ni lg better.

stars83 Publish time 2-3-2013 03:53 PM

pening kepala tgk yg baru ni...nak author only pun xde....

trunks Publish time 2-3-2013 04:25 PM

abdulariff posted on 2-3-2013 01:40 PM static/image/common/back.gif
Setelah diselidik dan geladah interface terbaru ni.. Sekarang dah mula memahami interface ini



tak boleh jangka semua nya akan ok pada interface baru
maklumlah benda baru..walau apa pun..saya sudah pun
report ke Admin thread ini.

AceHand Publish time 3-3-2013 01:07 AM

Hmmm...

rara90 posted on 2-3-2013 03:11 PM static/image/common/back.gif
kenape interface baruni kene baca reply dr bawah ke atas?agak memeningkan.kekalkan mcm sblum ni lg ...

http://acehandspectacelar.com/a/ace/AceBar.gif

Itu supaya lagi senang nak baca posting terkini yang kat atas sekali... Kalau posting terkini kat bawah sekali kompom lagi biseng lar seperti 'pengadu' yang kat atas tu sebab asyik nak kena 'Click For More'...

Perlu paham bahawa interface 'android' tak akang sama ngan interface 'web' sebab bagi versi android sebolehnya kita akang 'ringkaskangnya' sebaek mungkeng tapi pada masa yang sama maseh kemas dan user friendly... Ini bersesuaing ngan konsep pengguna android yang inginkang sesuatu yang pantas dan cepat... Pepe pong interface android ni 'belom lengkap' dan dalam maseh proses pembaikang... Oleh itu sebarang cadangang amatlah dialu alukang...

Tapi kalau perlukang interface 'biasa' boleh lah ajer pileh versi 'web' yang disediakang... Sekiang...


Jizzz... Klong! Klong!

abdulariff Publish time 3-3-2013 02:15 AM

AceHand posted on 3-3-2013 01:07 AM static/image/common/back.gif
Itu supaya lagi senang nak baca posting terkini yang kat atas sekali... Kalau posting terkini...
Pembaharuan interface ni memang baik dan cantik. {:thumbo

Namun ada masalah yang timbul, antaranya seperti :
1) Segelintir reply tidak dipaparkan dan juga tidak dinafikan bila "click for more" ditekan, ia berulang (erti kata lain, tidak dipaparkan reply seterusnya tapi ia berulang memaparkan reply yang sama dan harus ditekan "click for more" berulang kali baru boleh melihat reply seterusnya)..
2) Sistem "click for more" juga mengehadkan paparan reply, contohnya dalam satu page itu hanya dipaparkan 5 reply dan perlu ditekan "click for more" sekali lagi untuk memaparkan 5 reply seterusnya. Rasanya jika menggunakan sistem numbering seperti dahulu
3) Tidak dinafikan interface sekarang lebih cantik tapi bila menjadi lebih cantik maka ianya mengambil lebih masa untuk loading suatu page berbanding interface dahulu dimana penggunaan warna dan iklan adalah kurang berbanding interface baru ni.
4) Pelayan forum cari bukan hanya tergolong dalam golongan android sahaja, ada juga pelayan yang menggunakan windows mobile, blackberry, ios, android dan tidak terkecuali hp biasa yang menggunakan os symbian.. Jadi rasanya menggunakan interface dulu adalah lebih baik sebab compatible dengan semua os phone berbanding interface sekarang yang mana lebih kepada android user friendly.


p/s: kalau pilih 'web' lagi hazab nak baca guna phone ;P Last edited by abdulariff on 3-3-2013 02:19 AM

trunks Publish time 3-3-2013 03:50 AM

abdulariff posted on 3-3-2013 02:15 AM static/image/common/back.gif
Pembaharuan interface ni memang baik dan cantik.

Namun ada masalah yang timbul, antara ...forum ini Cari yang punya..
jadi.macam ini,'kalau kita tak boleh ubah suatu perkara..sebab di
luar bidang kuasa kita,jadi..kita yang kena berubah..
boleh beliyang compatible dengan Cari Mobile.



Last edited by trunks on 5-3-2013 06:46 PM

Pages: [1] 2
View full version: Aduan : Interface Forum Cari Di Telefon Bimbit


ADVERTISEMENT