ladyFinger12 Publish time 1-3-2013 03:28 PM

Rumah sewa, Kampung Baru.

“Yes! Yesss!!!” Aku terlalu gembira menerima mesej dari Rahul. Sangkaku dia tak akan melayan email aku. Alhamdulillah...

“Tapi.... dia nak bercakap dengan aku melalui web cam? Err... malu la pulak!” Aku teragak-agak.

Lady! If you are there please talk to me. I'm waiting...

Satu lagi mesej aku terima dari Rahul. Tiba-tiba aku rasa jantungku berdebar. Nak cakap ke tak ni? Hmmm.... Lama aku berfikir.

Saya anggap awak penipu kalau awak tak reply.

“Hah?” Terjerit aku selepas membaca mesej ketiga Rahul. Duhhh.... macam mana ni?

“Eh, senang senang aje buat kesimpulan aku penipu? Mana tahu kalau aku tak online ke waktu ni? ” Aku merungut. Tapi... memang aku sedang online pun. Huhuhu...

Saya bukan penipu. Awak tak boleh terus buat kesimpulan begitu. Katakan saya offline sekarang ni, so awak akan terus anggap saya penipu? Silly!

Entah kenapa aku gagal mengawal amarahku.

Don't waste my time lady. Let's talk!

Sejurus lelaki itu menghantar mesejnya aku menerima pula jemputan bualan video daripadanya. Aku pantas berlari mengambil tudung. Walau pun aku berada di dalam bilik, tapi aku akan bercakap dengan lelaki ajnabi secara terus melalui jalur lebar. Dia akan melihat wajah aku dan tentu saja rambutku jika aku tak menutupnya. Aurat! Mana boleh.

freddianza Publish time 1-3-2013 03:29 PM

ladyFinger12 posted on 1-3-2013 03:28 PM static/image/common/back.gif
Rumah sewa, Kampung Baru.

“Yes! Yesss!!!” Aku terlalu gembira menerima mesej dari Rahul. Sangka ...

Amboihhh garangnyer rahulllll:dizzy:






:lol:

redsentra Publish time 1-3-2013 03:30 PM

oh yea.. rahul dah nak tunjuk muka.. webcam lagi hahahaha{:loveo

ladyFinger12 Publish time 1-3-2013 03:34 PM

Panggilan video ditamatkan. Aku kecewa. Aku masih lagi termengah-mengah kerana penat berkejar. Kebetulan pula tudung yang selalu aku gantung sudah direndam. Jenuh pula aku menyelongkar almari. Jumpa, sauk dan terus sarungkan ke kepala. Tak sempat nak membetulkan tudung di cermin. Senget ke, elok terletak ke, aku tak peduli. Ini bukan sesi nak bercanda dan menggoda. Ini soal hidup mati Dona!

“Laa! Mana pulak mamat ni?” Aku menunggu panggilan video dari Rahul dalam seminit dua.

Saya dah agak awak memang penipu!

Geram betul aku membaca mesej Rahul. “Cepat sangat membuat kesimpulan. Lelaki lembik, kuat sentap. Muka saja nampak macho. Patutlah sentap tak nak balik bila bapak tak bagi kahwin.” Aku melepaskan amarah. Sudahlah mengah tak habis, dituduh menipu pula. Sebelum menjemputnya untuk untuk berweb cam, aku hantar satu mesej kepada lelaki cepat sentap itu.

Lantaklah awak nak kata apa... Saya panggil awak bacul. Boleh? Tadi saya pergi ambil tudung. Awak ni memang tak menyabarlah!

“Hello Jiha. I'm Rahul bukan 'Bacul'.”

Terpempan seketika aku apabila wajah Rahul terpampang di skrin laptop. Aku nak tergelak mendengar kata-katanya tapi aku tahan. Kontrol ayu! Ini pertama kali kami bertemu. Walau sekadar di alam maya tapi imej yang terpapar adalah realiti. Wajahnya tampan.... setampan dalam gambar yang tergantung dalam biliknya yang sudah menjadi bilik kedua aku. Malunya kalau dia tahu aku tidur di atas katilnya.

“Ha...i!” Aku tergagap.

“So... awaklah Jiha? BFF Dona?” Aku mengangguk mengiakan pertanyaannya.

“Sejak bila awak berdua berkawan? Saya tak pernah tahu pun?”

“Macam mana awak nak tahu, awak tak ada kat Malaysia? Adik awak sakit pun awak tak tahu. Anyway... kita bincang pasal Dona, bukan saya.” Aku tak mahu perbualan kami berlarutan ke soal peribadi aku pula nanti. Sekarang ini perkara utama yang harus dibincangkan adalah mengenai Dona, bukan aku. Lagi pun aku tak suka bercerita mengenai diriku dengan orang yang tak dikenali apatah lagi lelaki.

ladyFinger12 Publish time 1-3-2013 03:39 PM

“Ok... awak beritahu saya semuanya tentang penyakit Dona.”

Tanpa bertangguh, aku menceritakan segala-galanya. Harapan aku Rahul terbuka hati untuk balik ke tanah air. Sekejap pun tak apa asalkan sempat bertemu dengan Dona.

“Awak tahu tak, saya boleh anggap awak ni menipu. Tak logik saya tak boleh bertanyakan Dona pasal penyakit dia.”

Aku mengetap bibir. “Awak! Apa gunanya saya tipu awak? Saya dapat apa? Awak ingat famili awak sengaja upah saya untuk pujuk awak balik ke? Besar sangat ke pangkat bapa awak tu? Banyak sangat ke duit dia nak bayar upah pada saya?” Amarahku kembali menerpa. Rahul tertawa kali ini. Aku semakin geram. Boleh pula dia ketawa sedangkan adiknya sedang menanti ajal.

Nampaknya tidak mudah untuk meyakinkan lelaki itu. “Awak nak bukti? Jap... saya hantar gambar saya dengan Dona. Ini sebagai bukti kami adalah BFF.” Sejurus mengungkapkan kata-kata itu, aku hantarkan gambar aku bersama Dona ketika di universiti.

“Apa lagi awak nak? Surat! Ya surat dari hospital.... Saya tunjukkan pada awak.” Aku bingkas dari katil. Aku capai beg tangan dan dengan pantas surat hospital yang aku curi ketika Dona tidur aku keluarkan. Kemudian aku bersegera kembali duduk di depan skrin laptop. Surat itu aku halakan ke kamera yang terdapat pada penjuru atas, sebelah tengah laptop.

“Awak boleh baca tak?” Aku bertanyakan Rahul.

“Send it to me. Saya nak tengok dengan lebih jelas lagi.” Pinta Rahul.

“Saya emailkan esok.” Sangka aku cukup dengan memaparkannya pada kamera, tapi Rahul mahu aku emaikan pula. Duhhh.... kenapa aku tak terfikir pasal ni? Aku langsung tak mengimbas surat itu untuk disimpan dalam bentuk soft copy.

“I want it now!”

ladyFinger12 Publish time 1-3-2013 03:45 PM

“Merepek! Saya tak ada scanner kat rumah saya ni.” Aku membantah.

“Snap it with your mobile, lady! I thought you dah sediakan semua bukti-bukti yang sepatutnya.” Aku mengetap bibir bila Rahul menyindir sinis kepadaku. Banyak songehlah mamat ni...

Tapi bila difikir-fikirkan balik kalau aku jadi Rahul pun tentu tak semudah itu untuk aku percaya. Dia langsung tak mengenali aku tiba-tiba aku muncul memberitahu adiknya tak akan hidup lama. Sudahlah begitu, aku tak benarkan pula dia bertanya sendiri kepada ahli keluarganya hatta kepada Dona sendiri atas alasan aku tak mahu mereka marah dan susah hati.

“Hey lady! Take my number then mms the letter to me. As soon as possible. I give you two minutes. If not, I consider this is just a prank. Try harder next time!”

Sejurus lelaki itu memberikan nombor telefonnya dia mematikan perbualan kami. Aku pantas bergerak bagi melaksanakan arahan Rahul. Macam tak masuk akal apa yang aku lakukan ini. Tapi demi Dona, aku lakukan juga. Ini soal ajal maut, soal kebahagiaan Dona melalui hari-hari terakhirnya.... bukan perkara yang boleh dibuat main main.

Fuhhh! Berpeluh aku dibuatnya. Masa dua minit nak dikejar...

Tolonglah Rahul... fikirkan semua ini untuk Dona dan amma awak. Dapat tak awak bayangkan apa akan jadi dengan amma awak nanti? Dia sudah kehilangan awak, nanti dia akan kehilangan Dona pula.

Sempat lagi aku titipkan mesej ketika menghantar gambar surat hospital yang sudah aku rakamkan melalui kamera telefon bimbitku sebentar tadi. Aku berharap Rahul dapat membuat pertimbangan yang rasional.

Got it. Tq.

Aku menerima balasan dari RahulAlhamdulillah misi dua minit aku berjaya.

********** Last edited by ladyFinger12 on 1-3-2013 03:46 PM

redsentra Publish time 1-3-2013 03:51 PM

kerek rahul ni.. baru padan jumpa dgn jiha yg boleh tahan juga kereknye

Nicki_Meow Publish time 1-3-2013 03:56 PM

"Deyyyy Anne! Nienga? En Ivvalu Katumaiyana?" Jiha bertanya garang.....

:lol::lol::lol:

ladyFinger12 Publish time 1-3-2013 04:02 PM

Nicki_Meow posted on 1-3-2013 03:56 PM static/image/common/back.gif
"Deyyyy Anne! Nienga? En Ivvalu Katumaiyana?" Jiha bertanya garang.....

Pooh!

Rahul menghalau.

:lol:

ladyFinger12 Publish time 1-3-2013 04:04 PM

Aku tergelak besar sebaik sahaja melihat mukaku di cermin. Senget benget tudung yang kusarung. Nak cepat punya pasal. Apalah agaknya Rahul kata tentang aku. Ah! Tak kisahlah... Yang penting Rahul percaya dengan apa yang aku khabarkan kepadanya.

“Ya Allah! Kau bukakan pintu hati Rahul untuk kembali menjengah adiknya.” Kepada-Nya aku panjatkan doa dan pengharapan sambil tanganku mengesat dahi yang merenik dengan peluh.

“Jiha!” Aku menoleh apabila tiba-tiba daun pintu bilik aku ditolak. Tapi tiada sesiapa.

“Lili!” Aku melaung namanya sebaik saja dia menjengahkan kepalanya. Lili sengaja nak bagi aku takut. Lili kemudiannya ketawa.

“Ni bertudung nak pergi mana pulak ni?” Lili menegur aku. Aku hanya tersengih. Lantas tanganku membuka tudung di kepala. Tudung aku lipat dan simpan ke dalam almari. Kemudian aku berpaling. Ku lihat Lili sudah duduk di atas katilku tanpa dipelawa. Lili sedang mengadap laptopku.

“Kau berweb cam dengan siapa tadi?” Soal Lili. Aku diam, tak menjawab. Laptopku segera aku ambil dari ribaannya. Selamba saja Lili membaca apa yang terpapar pada skrin aku.

“Dengan kak ngah aku.” Aku terpaksa berbohong. Bohong sunat.

“Web cam dengan kak ngah pun bertudung?” Lili kehairanan.

“Aku nak tunjuk pada kak ngah tudung yang aku baru beli tu.” Fuhh! Bohong lagi...

“Kau nak apa ni? Suka suki guna laptop aku.” Aku bertanyakan Lili.

“Amboi! Sombong kau.... Tak jadilah aku nak bagi info mengenai Mujahid.” Lili buat-buat merajuk. Dia bangun dari katil aku dan menuju ke pintu... mahu keluar dari bilik aku. Aku segera mengejar. Lengannya aku tarik. Aku heret Lili duduk ke atas katil ku kembali.

“Sorry, sorry! Sentap lah pulak... Ala bucuk bucuk... Mmmuuahhh!” Bibirku hinggap di pipi Lili.

“Kalau pasal Mujahid, bodek apa saja!” Lili menyindir sinis. Raut wajahnya masih cemberut dan mulutnya pula muncung seperti burung belatuk.

ladyFinger12 Publish time 1-3-2013 04:04 PM

“Sorry la Lili... Please! Aku belanja kau makan.” Aku terus memujuk. Aku tahu Lili sengaja mahu ambil kesempatan. Dia tahu betapa aku terlalu menginginkan maklumat mengenai Mujahid.

“Ok, set!” Pantas saja riak muka Lili berubah. Dari muncung kini tersengih lebar. Aku dah kata... Lili sengaja mengambil kesempatan. Tapi aku pun tak kisah sebenarnya. Setakat belanja makan, apalah sangat? Maklumat mengenai Mujahid lebih bernilai. Malah lebih bernilai dari intan permata.Ini bukan angan-angan ok! Mujahid setakat ini menepati ciri-ciri lelaki gred A yang aku idam-idamkan.

Aku melabuhkan duduk di atas katil, di sebelah Lili. Wajahnya aku pandang dengan penuh teruja. Aku menantikan info bernilai dari mulutnya. Satu saat... dua saat... tiga saat.... Hampir sepuluh saat jarum berdetik. Hmm... Lili masih membungkam. Baru saja aku mahu membuka mulut, Lili tersengih lebar lagi.

“Saspens?” Lili mengusik aku. Aku tertawa kecil.

“Cepatlah Lili...” Aku semakin tak sabar.

“Ok... dari info yang aku dapat.... Mujahid ni dalam lingkungan usia Insyirah. 28, 29 macam tu lah. Aku tak pasti dia kerja apa... Tapi confirm single. Not bad jugalah rupa dia.”

“Really? Single lagi?” Aku begitu teruja. Sebenarnya aku tak kisah pun dia kerja apa.

“Single... Confirm!” Lili mengulangi jawapannya sebentar tadi.

“Wow!” Aku mula memasang angan-angan. Tersengih-sengih macam kerang busuk.

“Hahhh.... berangan!” Lili menegur aku.

“Lili! Kau dah jumpa dia?”

“Belum. Aku tengok gambar saja. Anyway, he's definitely not my taste.” Lili menyambung.

“Tak kisahlah... elok juga kalau bukan taste kau. Tak perlu aku berebut dengan kau.”

“Eee... aku pun tak ingin. Cicak Kobeng aku lagi handsome tau!”

“Ye lah, ye lah.... Asalkan dia good looking. With good attitude, dia masuk dalam kategori lelaki gred A.” Aku membuang tawa kecil. Lili turut tertawa juga.

**********

Done!
saje tepek byk utk bacaan hujung minggu.:P Last edited by ladyFinger12 on 1-3-2013 04:08 PM

Nicki_Meow Publish time 1-3-2013 04:05 PM

ladyFinger12 posted on 1-3-2013 04:02 PM static/image/common/back.gif
Pooh!

Rahul menghalau.

"Deyyy... ponggeri...ponggeri..." {:1_530:}{:1_530:}{:1_530:}

Bagus benang hang ni, banyak ilmu. Ilmu agama dapat, ilmu bahasa tamil pun dapat. Semua penangan Rahul.... :lol::lol:

sellie003 Publish time 1-3-2013 04:07 PM

Rasanya eddie somebody don't no lah who...dah kengkawn dia panggil rahul...igt nk speku Rahul convert to kritian...rasanya mind teaser tuh yg eddie...ok x speku smeku ku inih wahai Cik Lady ???????????

ladyFinger12 Publish time 1-3-2013 04:11 PM

sellie003 posted on 1-3-2013 04:07 PM static/image/common/back.gif
Rasanya eddie somebody don't no lah who...dah kengkawn dia panggil rahul...igt nk speku Rahul conver ...

ok... boleh speku apa saja. Nanti kita tengoklah mana yg kena.

nicki dah mengena satu... dona sakit kronik and....




mati! :'(

freddianza Publish time 1-3-2013 04:11 PM

“Ye lah, ye lah.... Asalkan dia good looking. With good attitude, dia masuk dalam kategori lelaki gred A.” Aku membuang tawa kecil. Lili turut tertawa juga.



Wah Jiha...Ada hati dengan Mujahidd:P

sellie003 Publish time 1-3-2013 04:16 PM

ladyFinger12 posted on 1-3-2013 04:11 PM static/image/common/back.gif
ok... boleh speku apa saja. Nanti kita tengoklah mana yg kena.

nicki dah mengena satu... dona s ...

Oh, satu aje ler yg kena...yg lain teeettt...salah {:mlfart:}

Hmmm...kena fikir speku cara lain nih...

kakZue Publish time 2-3-2013 12:48 AM

ladyFinger12 posted on 1-3-2013 10:03 AM
"Aku dah kata! Ini semua poyo! Tak berforum konon. kau tengok ni Jiha... si Syirah ni... Ini diala ...

"ala bukan ape,kak syirah tgk korang berforum macam best so akak pun register ler..untuk baca novel jer"kata insyirah sambil mata melekap kat tv tengok tv alhijrah..ok x?huhuhu.

kakZue Publish time 2-3-2013 11:28 AM

Kak zue respek sngguh kt pnulis2 novel nie ye la kn ilmu msti kne tinggi,bhs msti mntop,pngetahuan kne luas..pstu kne bt research lg.bru ler novel cm realiti n best di baca..syabas la kt lady..

kakZue Publish time 2-3-2013 11:28 AM

Kak zue respek sngguh kt pnulis2 novel nie ye la kn ilmu msti kne tinggi,bhs msti mntop,pngetahuan kne luas..pstu kne bt research lg.bru ler novel cm realiti n best di baca..syabas la kt lady..

kakZue Publish time 2-3-2013 11:31 AM

Alamk ter post 2 kali lak huhuhu..
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 [10] 11 12 13 14 15 16 17 18 19
View full version: MSMN


ADVERTISEMENT