zarulnazmi Publish time 12-2-2013 01:13 AM

SUSUK

Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Diantara kebaikan yang kononnya boleh didapati dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dsb.

Pemakai susuk biasanya mempunyai beberapa pantang larang seperti tidak boleh memakan beberapa bahan tertentu iaitu pisang tanduk, pisang abu, tidak boleh melintas di bawah tali kain, dan lain-lain, bergantung kepada jenis susuk yang dipakainya.

JENIS
Terdapat pelbagai jenis susuk yang boleh digunakan, antaranya yang dikelaskan menurut bahan:

[*]Logam

[*]Susuk Emas
[*]Susuk Perak
[*]Susuk Besi
[*]Susuk Raksa
[*]Galian

[*]Susuk Berlian
[*]Organik

[*]Susuk Susu

KEBAIKAN
Pemakai susuk percaya bahawa susuk itu akan membantu mereka menjadi bertambah cantik, bertambah berani, semakin dikasih, semakin manis, dan lain-lain kebolehan menurut susuk yang dipakai.

KEBURUKAN

[*]Pemakai susuk terpaksa mematuhi pantang-larang tertentu. Sekiranya terlanggar pantang-larang, susuk itu akan keluar dengan sendirinya dan menjadi tawar.
[*]Susuk ini terpaksa dibuang, sebaiknya oleh dukun yang memakaikan susuk itu, ataupun melalui cara yang diajari. Sekiranya dukun tersebut telah mati atau cara membuang susuk tidak dipelajari, pemakai susuk ini sukar hendak mati.
[*]Jika si pemakai susuk melanggar pantang larang, maka susuk yang dipakainya boleh juga menjadi racun kepadanya.
[*]Susuk HARAM dipakai terutamanya bagi yang beragama ISLAM, kerana susuk adalah sejenis ilmu hitam yang menyesatkan dan murtad pada sesiapa yang melakukannya.

CONTOH PANTANG
Antara makanan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk).

[*]Labu air
[*]Pisang tanduk
[*]Daun kelor
[*]Sate
Antara perbuatan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk).

[*]Melalui bawah penyidaian
[*]Melalui di bawah tangga/rumah

PENILAIAN SECARA SAINTIFIK
Pemakai susuk biasanya akan merasa lebih yakin kerana menganggap susuk tersebut akan memberi kelebihan seperti menjadi bertambah cantik, bertambah berani, semakin dikasih, semakin manis, dan lain-lain. Dengan itu, bolehlah dianggap susuk ini sebagai satu cara meningkatkan keyakinan diri (self-esteem) seseorang, walaupun sebenarnya tidak ada apa-apa perubahan fizikal yang berlaku.

laxmanall Publish time 12-2-2013 04:15 AM

...sekarang pun da ade sabun gold 24k, agaknye tu pun macam teknologi susuk gak ke??? botox tu pun satu hal jugak ...

snowsahara Publish time 12-2-2013 05:20 AM

laxmanall posted on 12-2-2013 04:15 AM static/image/common/back.gif
...sekarang pun da ade sabun gold 24k, agaknye tu pun macam teknologi susuk gak ke??? botox tu pun s ...

susuk alaf baru.
blh di pakai sbb x de khadam.

kertasputih Publish time 12-2-2013 10:20 AM

saya pernah jumpa laman web yg offer service susuk...
ada senarai susuk yg di tawarkan macam-macam
siap ada gambar tok bomoh yg buat susuk skali (wow hebatnya)
yg hairannya muka tok bomoh tu kerepot dan tak hensem langsung!!!!!!

:lol::lol:

billythecat Publish time 12-2-2013 12:36 PM

ohh, aku takleh pakai susuk ni. sebab favret aku makan sate.

anakmak Publish time 16-2-2013 12:24 AM

Ada ke yg bersusuk emas tapi tanpa pantang larang?

zarulnazmi Publish time 16-2-2013 12:54 AM

anakmak posted on 16-2-2013 12:24 AM static/image/common/back.gif
Ada ke yg bersusuk emas tapi tanpa pantang larang?

Takde. Setiap susuk pasti ada pantang larang tersendiri.

anakmak Publish time 16-2-2013 01:01 AM

zarulnazmi posted on 16-2-2013 12:54 AM static/image/common/back.gif
Takde. Setiap susuk pasti ada pantang larang tersendiri.

Abis tu kalau jarum mas yg ditusuk di dagu tanpa syarat2 nya.... Apa benda pulak tu?

zarulnazmi Publish time 16-2-2013 01:04 AM

anakmak posted on 16-2-2013 01:01 AM static/image/common/back.gif
Abis tu kalau jarum mas yg ditusuk di dagu tanpa syarat2 nya.... Apa benda pulak tu?

Biasanya ada pantang larang dari segi pemakanan atau tak boleh lalu tempat tertentu.

anakmak Publish time 16-2-2013 01:11 AM

zarulnazmi posted on 16-2-2013 01:04 AM static/image/common/back.gif
Biasanya ada pantang larang dari segi pemakanan atau tak boleh lalu tempat tertentu.


Okay... Ty

azilamie2 Publish time 16-2-2013 03:43 AM

thread ni cam dah ade, ade info menarik boleh dikongsi bersama x tentang susuk ni?

kakZue Publish time 16-2-2013 07:35 AM

Pnh tgk dlm tv dlm rncngan ape ntah ttg pmskaian susuk,siap tnjuk muka tok moh susuk lg pastu sisp bgtau retis2 pn ade pakai..

tectonic Publish time 17-2-2013 04:08 PM

rugilah siapa pakai susuk...
dia x boleh makan sate...haha...

Dzulqarnain Publish time 17-2-2013 05:26 PM

Mcm mana nk tau susuk berkhadam ke x?

zarulnazmi Publish time 17-2-2013 05:32 PM

Dzulqarnain posted on 17-2-2013 05:26 PM static/image/common/back.gif
Mcm mana nk tau susuk berkhadam ke x?

Time orang pakai susuk ni nak mati. Kalau susah nak mati walaupun dah nazak sesangat, tandanya berkhadam la tu. Khadam tu x nak keluar selagi x dpt kebenaran dukun/bomoh yg pakaikan susuk tu.

Dzulqarnain Publish time 17-2-2013 05:36 PM

zarulnazmi posted on 17-2-2013 05:32 PM static/image/common/back.gif
Time orang pakai susuk ni nak mati. Kalau susah nak mati walaupun dah nazak sesangat, tandanya ber ...

Kalau yg x berkhadam plk cmne matinya?

zarulnazmi Publish time 17-2-2013 06:00 PM

Dzulqarnain posted on 17-2-2013 05:36 PM static/image/common/back.gif
Kalau yg x berkhadam plk cmne matinya?

Penah dengar, kalau x silap jenis susuk x berkhadam ni, susuk ayat atau susuk kalimah. Bukan jenis susuk tanam yg kekal dlm badan. Susuk ayat ni cuma kena amalkan ayat-ayat tertentu pada masa tertentu dan diamalkan secara berterusan. Bila dah x amalkan kesan susuk akan menjadi tawar dan hilang dlm jangka masa yg singkat. Xde apa2 kesan bila mati psl dah tak dpt nak amalkan ayat2 tu je. Jenis susuk yg ditanam kat badan biasanya ada khadam psl nak dia yg jaga pemilik susuk supaya kesannya x hilang selagi x langgar pantang.

yayah8989 Publish time 17-2-2013 09:36 PM

nice info.. tq

Dzulqarnain Publish time 19-2-2013 06:50 AM

zarulnazmi posted on 17-2-2013 06:00 PM static/image/common/back.gif
Penah dengar, kalau x silap jenis susuk x berkhadam ni, susuk ayat atau susuk kalimah. Bukan jenis ...

Susuk ayat atau susuk kalimah?
- yg ni kire halal ke ape?

ladida Publish time 19-2-2013 07:23 AM

Xleh try susuk jugak sbb sate dgn pisang tanduk tu fav.....waaaa kerepok ler nantiii :'(
Pages: [1] 2 3 4
View full version: SUSUK


ADVERTISEMENT