eltoro Publish time 19-1-2013 05:59 PM

brigade Izzuddin alQassam

PENGENALAN KEPADA AL-QASSAM!


http://2.bp.blogspot.com/-w6KNKYgea9I/UK_H7q9CYTI/AAAAAAAASBI/duVulCLGaPM/s1600/PENGENALAN+KEPADA+AL-QASSAM%21.jpg

Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Palestin turut berada di dalam kelas tersendiri dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam, sebuah unit elit yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984. Nama al-Qassam diberi bersempena nama seorang pejuang ulama' yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin; apatah lagi kepada orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya engga menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH

Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
Berdisiplin dan mentaati amir.
Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.

Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.

Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana!

Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka....Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir!

http://www.mazeermohamad.com/2012/11/pengenalan-kepada-al-qassam.html



finn Publish time 20-1-2013 12:16 AM

terharu, sedih, gembira bercampur dalam satu... smoga Allah memelihara mereka..

turboturtle Publish time 20-1-2013 12:23 AM

Ada je rakyat Malaysia yg anggap diorg ni pengganas....
Sentiasa doakan perlindungan & kemenangan buat semua umat & pejuang Islam.

bangcak Publish time 20-1-2013 09:05 PM

semoga islam berjaya mengatasi musuh2 islam (termasuk puak2 mengaku muslim yg menentang hukum allah)

gsfreedom1 Publish time 21-1-2013 02:02 PM

{:thumbo{:thumbo{:thumbo

starbee Publish time 21-1-2013 05:36 PM

semoga dorg syahid di jalan Allah

dewamabok Publish time 21-1-2013 07:40 PM

turboturtle posted on 20-1-2013 12:23 AM static/image/common/back.gif
Ada je rakyat Malaysia yg anggap diorg ni pengganas....
Sentiasa doakan perlindungan & kemenangan b ...

ni yg dikata balaci yahudi , mengaku islam tapi sokong teroris yahudi lahanat :curse:

turboturtle Publish time 21-1-2013 11:30 PM

dewamabok posted on 21-1-2013 07:40 PM static/image/common/back.gif
ni yg dikata balaci yahudi , mengaku islam tapi sokong teroris yahudi lahanat

kat dlm porem ni pun ada, kat luar porum lg la ramai....

mrs.senah Publish time 21-1-2013 11:35 PM

semoga dorg syahid di jalan Allah..Amin.

manganini Publish time 22-1-2013 01:01 AM

aku kalau tengok tentera2 pakai topeng dan pegang senapang memang aku rasa seriau semacam je.. even tengok game RPG yg tembak2 pun rasa kecut perut.. tapi bile tengok gambar briged alqassam ni takde lak rasa macam tu.. sebaliknya rasa sejuk hati memandang dan terharu dgn semangat juang mereka..
moga Allah sentiasa membantu mereka..

asher Publish time 22-1-2013 10:26 AM

allahuakbar..moga diberi ganjaran syahid..

vamplave Publish time 22-1-2013 11:17 AM

May Allah bless them...:)

mute Publish time 23-1-2013 11:42 AM

{:thumbo{:thumbo{:thumbo{:thumbo{:thumbo semoga menemui shahid...

artcrime Publish time 23-1-2013 01:27 PM

ini baru betul mempertahankan negera.. ;)

doubleA Publish time 23-1-2013 01:33 PM

ada sebab diorang tutup sampai nampak mata je. memang identiti dirahsiakan, kadang2 sesama kawan sekerja pun tak tahu kawan sekerjanya al-qassam (di waktu malam) sebab masa diorang berkhidmat, diorang tak nampak muka satu sama lain.
askar di zaman Rasulullah dulu juga hanya nampak mata. Wallahualam. :loveliness:

Jati_Melaka Publish time 23-1-2013 01:41 PM

Takbir!!! Allahu Akbar......

mayaBB Publish time 24-1-2013 02:52 AM

syarat2 nya tu memang susah. bukan calang2 orang mereka ni.. mujahidin

degil81 Publish time 24-1-2013 09:42 PM

Semoga ALLAH merahmati mereka..ALLAHUAKBAR!!!

capiloton Publish time 25-1-2013 01:11 AM

ni kisah sahabat afdlin kemaruk nak jadi komando al-qasam..
dari sahabat dia ni la membuka mata afdlin untuk pergi tengok sendiri keadaan di palestine..
menarik kisahnya, try la tengok..

6yA5RAwtj80

BuBuComey Publish time 25-1-2013 11:09 AM

salute kat dorg! {:childlikeo doa kami semua bersamamu!
Pages: [1] 2 3
View full version: brigade Izzuddin alQassam


ADVERTISEMENT