moyas Publish time 16-9-2012 06:07 PM

MALINDO AIRWAYS

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0912/Utusan_Malaysia/Ekonomi/ek_01.1.jpg

Malaysia akan mempunyai sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah, Malindo Airways yang akan memulakan operasinya pada 1 Mei tahun depan.

Malindo Airways merupakan sebuah syarikat penerbangan baru hasil kerjasama antara National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dan PT Lion Grup dari Indonesia.
NADI akan menguasai sebanyak 51 peratus kepentingan dalam Malindo Airways, manakala selebihnya daripada PT Lion Grup.
Buat permulaan, sebanyak 12 pesawat Boeing 737 dijangka beroperasi di bawah Malindo Airways yang menghubungkan bandar-bandar besar Indonesia ke Kuala Lumpur.

Menurut syarikat itu, Kuala Lumpur akan digunakan sebagai pusat penerbangan ke negara-negara ASEAN dan Asia, termasuk ke Thailand, China, India dan Filipina.
Pengarah Presiden PT Lion Grup, Rusdi Kirana berkata, Malindo Airways akan berpangkalan dan beroperasi di KLIA2, Sepang.
Katanya, selain Kuala Lumpur, Jakarta dan Bali di Indonesia juga akan dijadikan sebagai pusat penerbangan Malindo Airways ke Australia.

"Jadi, para penumpang dari KLIA2 boleh menggunakan Jakarta dan Bali sebagai transit ke Australia," katanya.
Beliau berkata demikian pada taklimat media sempena majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara NADI dengan PT Lion Grup di sini hari ini.

Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hadir sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, Pengerusi NADI, Tan Sri Mohamed Hashim Mohd. Ali dan Presiden NADI, Tan Sri Ahmad Johan.

PT Lion Grup merupakan kumpulan bagi syarikat-syarikat penerbangan Lion Air, Wings Air dan Batik Air.
Manakala NADI adalah merupakan syarikat penggiat utama penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dalam negara.
Ketika ditanya adakah Malindo Airways diwujudkan untuk menyaingi AirAsia, Rusdi menjawab, syarikat penerbangannya adalah berbeza kerana ia berada di kelas pertengahan.

Jelasnya, pihaknya mahu menawarkan kadar tambang yang lebih murah berbanding syarikat pesaing yang lain.
Menurut beliau, bukan setakat tambang murah, pihaknya juga akan menawarkan penerbangan yang lebih selesa kepada para penumpang dengan kemudahan hiburan dalam penerbangan, WiFi dan ruang tempat duduk yang lebih selesa.
Selain itu, Malindo Airways turut menawarkan tempat duduk kelas perniagaan.

Nota; nampaknya sebagai pengguna kita sudah ada lagi 1 pilihan untuk menikmati keselesaan dan tambang yg jauh lebay murah dari airways yg sedia ada. tp.. betul2kah mereka akan menawarkan kadar tambang yang lebih murah, kemudahan hiburan dalam penerbangan, WiFi dan ruang tempat duduk yang lebih selesa? kita nantikan

blythes Publish time 16-9-2012 07:01 PM

good thing!

moyas Publish time 16-9-2012 07:08 PM

blythes posted on 16-9-2012 07:01 PM static/image/common/back.gif
good thing!

hope what it promises will be fulfilled :loveliness:

mamaimran Publish time 16-9-2012 11:50 PM

wow..book seat dulu kat sini {:3_87:}

moyas Publish time 16-9-2012 11:59 PM

mamaimran posted on 16-9-2012 11:50 PM static/image/common/back.gif
wow..book seat dulu kat sini

web site dia blom hader la.. dengarnya mkanan pecoma. x cam AA

moyas Publish time 17-9-2012 12:00 AM

Baru dilancarkan malindo Airways ni, saham AA da jatoh menjunam. kalo da beroperasi caner tue?

mamaimran Publish time 17-9-2012 12:09 AM

moyas posted on 16-9-2012 11:59 PM static/image/common/back.gif
web site dia blom hader la.. dengarnya mkanan pecoma. x cam AA

maksud saya book tempat kat thread ni..hehe {:3_91:}

moyas Publish time 17-9-2012 12:12 AM

mamaimran posted on 17-9-2012 12:09 AM static/image/common/back.gif
maksud saya book tempat kat thread ni..hehe

thread ne x yah book. klo peno mamaimran pon bole buat yg baru:lol:
rajin melancung ker mama?

mamaimran Publish time 17-9-2012 12:16 AM

moyas posted on 17-9-2012 12:12 AM static/image/common/back.gif
thread ne x yah book. klo peno mamaimran pon bole buat yg baru
rajin melancung ker mama?

tak pon..tp 1 st time nak ke GC thn dpn {:3_91:}

mamaimran Publish time 17-9-2012 12:29 AM

moyas posted on 16-9-2012 11:59 PM static/image/common/back.gif
web site dia blom hader la.. dengarnya mkanan pecoma. x cam AA

memula aje tu...{:3_91:}

DinKicap Publish time 17-9-2012 06:35 AM

mamaimran posted on 17-9-2012 12:29 AM static/image/common/back.gif
memula aje tu...

sebenarnya banyak tambang murah lain di dunia mmg sediakan air dan snack ringan percuma.. itu perkara biasa...bukan setakat Malindo aje..aku rasa takde masalah lah kalau AA pun nak buat mcm tu.. tapi kalau makanan berat aku tak rasalah dapat percuma..

moyas Publish time 17-9-2012 09:09 AM

mamaimran posted on 17-9-2012 12:16 AM static/image/common/back.gif
tak pon..tp 1 st time nak ke GC thn dpn

GC tue ktne noks... iols ni jakun{:1_507:}

moyas Publish time 17-9-2012 09:12 AM

mamaimran posted on 17-9-2012 12:29 AM static/image/common/back.gif
memula aje tu...

entahlah noks... let's wait and see their service later:$

farikica Publish time 17-9-2012 09:48 AM

He..he... harap2 dngn adanya malindo nih, memberi persaingan yg sihat kpd AA dan airline yg seangkatan dengannya..dalam erti kata lainnya...harga tambang yg lebih murah...he..he...

moyas Publish time 17-9-2012 09:59 AM

farikica posted on 17-9-2012 09:48 AM static/image/common/back.gif
He..he... harap2 dngn adanya malindo nih, memberi persaingan yg sihat kpd AA dan airline yg seangkat ...

haa haa haa kita pon byk pilihan khen:lol:

farikica Publish time 17-9-2012 10:01 AM

moyas posted on 17-9-2012 09:59 AM static/image/common/back.gif
haa haa haa kita pon byk pilihan khen

any idea bila website nak bukak...? kalau bulan 5 nk fly, patotnya mesti dah leh book dh...skrgkan kita trend book awal2..:) 2-3 hari lepas, saya try carik websitenya, still blm ada...

moyas Publish time 17-9-2012 10:26 AM

farikica posted on 17-9-2012 10:01 AM static/image/common/back.gif
any idea bila website nak bukak...? kalau bulan 5 nk fly, patotnya mesti dah leh book dh...skrgkan ...

mmg lom hader lagik... tingin gaks nk compare kebaikan malindo ni ngan airways yg len

mamaimran Publish time 17-9-2012 11:05 AM

moyas posted on 17-9-2012 10:26 AM static/image/common/back.gif
mmg lom hader lagik... tingin gaks nk compare kebaikan malindo ni ngan airways yg len

sesama kite nantikan ape yg dijanjikan..{:3_91:}

moyas Publish time 17-9-2012 11:09 AM

mamaimran posted on 17-9-2012 11:05 AM static/image/common/back.gif
sesama kite nantikan ape yg dijanjikan..

he he he harap yg dijanji dipenuhi. if they want the business to continue to thrive and succeed in the future. kan nok kan?:lol:

mamaimran Publish time 17-9-2012 11:18 AM

moyas posted on 17-9-2012 11:09 AM static/image/common/back.gif
he he he harap yg dijanji dipenuhi. if they want the business to continue to thrive and succeed in ...

iyelah mgkn ader sedikit penglibatan GLC dlm malindo penumpang akan mendapat faedah..tp ape yg boleh kite harapkan pada sykt penerbangan yg sememangnya bertujuan utk kaut untung,tengok cam AA beza antara dulu dan skang.apa pun itu pun dah kira bagus sbb ia bagi pilihan kpd pengguna.{:3_91:}
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: MALINDO AIRWAYS


ADVERTISEMENT