yipun_78 Publish time 10-1-2013 06:36 PM

Harga tiket LIMA'13 turun

Harga tiket LIMA'13 turun

•Nasional •Nasional •2013-01-09 05:29•Disediakan oleh Berita Harian


Kuala Lumpur: Bayaran masuk bagi pelawat awam dewasa untuk mengunjungi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA'13) hanya RM10 berbanding RM15 pada siri sebelum ini.

Kanak-kanak, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas pula diberi peluang masuk percuma.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penurunan harga itu adalah untuk menarik lebih ramai pengunjung, khususnya warga tempatan ke acara tahunan terbesar negara itu.

LIMA'13 akan diadakan di Langkawi pada 26 hingga 30 Mac ini.

Tarikh penganjuran itu ialah pada cuti sekolah, jadi ibu bapa boleh membawa anak-anak untuk menyaksikan acara tahunan terbesar negara itu, katanya ketika ditemui selepas menyaksikan penyerahan replika kunci kenderaan serta cek penajaan rasmi LIMA'13, semalam.

Ahmad Zahid berkata, LIMA11 sebelum ini mencatatkan kunjungan seramai lebih 300,000 pengunjung dari seluruh dunia.

Kita mencatatkan jumlah kutipan tiket sebanyak RM13 juta daripada LIMA yang lalu dan mengharapkan sambutan lebih baik daripada sebelumnya untuk LIMA'13, katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menyifatkan usaha Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang melangsaikan hutang ceti haram atau along dalam kalangan anggotanya adalah satu tindakan murni.

Duit yang digunakan untuk melangsaikan hutang anggota itu adalah sumbangan yang dikumpul daripda anggota sendiri dan bukan dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan atau TLDM, katanya.

Beliau turut menasihatkan anggota tentera supaya berbelanja mengikut kemampuan supaya dapat mengelakkan berhutang.

selyusi Publish time 22-1-2013 08:05 PM

kenapa takde orang reply thread ni?

yipun_78 Publish time 23-1-2013 06:25 AM

xde sapa plan nak gi lagi kot :)

asher Publish time 31-1-2013 04:13 PM

selyusi posted on 22-1-2013 08:05 PM static/image/common/back.gif
kenapa takde orang reply thread ni?

nak reply apa?:L

selyusi Publish time 31-1-2013 11:09 PM

musykil...LIMA ni kan event besar

blythes Publish time 1-2-2013 03:39 PM

baru pergi langkawi thaipusam masa maulud nabi. tengok tiket promo fireflyz dah takde pulak

vaious Publish time 4-2-2013 02:51 PM

kebetulan aku dgn wife plan nak pegi LIMA'13 ni....
smlm survey tanye agen airasia kat giant...kalo pegi time tu tambang tiketpegi balik rm309 sorang
skang tgh pening pikir nak pegi ke tak....

yipun_78 Publish time 5-2-2013 07:43 AM

vaious posted on 4-2-2013 02:51 PM static/image/common/back.gif
kebetulan aku dgn wife plan nak pegi LIMA'13 ni....
smlm survey tanye agen airasia kat giant...kalo ...

kira murah ler tu tambang yg problem la ni accomodation... price hiking up kan?

alphawolf Publish time 5-2-2013 08:34 AM

yep....penganjur buat survey dan dapati masa LIMA 2011 sewa hotel tertinggi masa tu sejak LIMA dianjurkan!

AdamBillionaire Publish time 6-2-2013 04:01 AM

alphawolf posted on 5-2-2013 08:34 AM static/image/common/back.gif
yep....penganjur buat survey dan dapati masa LIMA 2011 sewa hotel tertinggi masa tu sejak LIMA dianj ...

tido masjid jeklah ramai2;P

yipun_78 Publish time 6-2-2013 06:42 AM

AdamBillionaire posted on 6-2-2013 04:01 AM static/image/common/back.gif
tido masjid jeklah ramai2

carik keluarga angkat kat Langkawi pon boleh kan? :P

yipun_78 Publish time 6-2-2013 06:43 AM

alphawolf posted on 5-2-2013 08:34 AM static/image/common/back.gif
yep....penganjur buat survey dan dapati masa LIMA 2011 sewa hotel tertinggi masa tu sejak LIMA dianj ...

satu amalan yg x bagus kan? :'(

AdamBillionaire Publish time 6-2-2013 06:45 AM

yipun_78 posted on 6-2-2013 06:42 AM static/image/common/back.gif
carik keluarga angkat kat Langkawi pon boleh kan?

aq nk cari isteri angkat? awek angkat? adk angkat? bini angkat? agak2 aq terangkat tak??;P{:smileo

yipun_78 Publish time 6-2-2013 07:12 AM

AdamBillionaire posted on 6-2-2013 06:45 AM static/image/common/back.gif
aq nk cari isteri angkat? awek angkat? adk angkat? bini angkat? agak2 aq terangkat tak?? ...



apa2 pon boleh asal bukan ROSMAH maaa {:teatimeo

vaious Publish time 6-2-2013 02:00 PM

yipun_78 posted on 5-2-2013 07:43 AM static/image/common/back.gif
kira murah ler tu tambang yg problem la ni accomodation... price hiking up kan?

murah ke harga tu?tu harga utk sorang...
LIMA 2011 aku penah pegi tapi time tu ade promosi Airasia (tiket flight & hotel 3 hari 2malam) dlm rm7ratus lebih jek utk 2org..
Duk hotel kat pekan Kuah.. hotel biase2 jek tapi selesa gak la bagi aku..
Kali ni igtkan ade lagik promotion tu...

Ade plan gak nak drive je sampai Kedah tapi cam tak berbaloi plak plus aku pon takleh nak amik cuti lama2 time tu....

rospinki Publish time 20-2-2013 12:05 AM

ada kwan baik kt sana. kalau nk pi lepak je kat umah dia nt. kalau la pi...tak taula

yipun_78 Publish time 20-2-2013 07:07 AM

bagusla tu ada kawan, jangan x gi ye :) bukan slalu dapat peluang nk tengok kan

vaious Publish time 22-2-2013 08:31 AM

tq momod bg tacang....
tp kalo kena pilihanraya time tu camne eh?
maklum la time cuti sekolah....
ni pon salah satu sebab aku tak dpt nak confirm pegi ke tak.....

yeepi_33 Publish time 1-3-2013 09:34 PM

yay!

taun ni dapat pegi LIMA

ekeke...

ersazain77 Publish time 8-3-2013 06:05 PM

yipun_78 posted on 6-2-2013 06:42 AM static/image/common/back.gif
carik keluarga angkat kat Langkawi pon boleh kan?

kaka yip jom kita gi LIMA sama2?:lol: tk penah lg gi tgk LIMA..cmner nk gi, harga tiket and hotel melambung:'(
Pages: [1] 2
View full version: Harga tiket LIMA'13 turun


ADVERTISEMENT