tupaiterbang Publish time 5-1-2013 10:34 PM

Congrat Tengku Rozidar Tengku Zainal Abidin

Saya ingin ucapkan taniah kepada Puan Tengku Rozidar atas perkahwinan beliau pada hari ni. Semoga bahagia dan berkekalan bahagia hehe

http://nona.karangkraf.com/polopoly_fs/1.48426.1337140274!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_670/image.jpg
Lantaran 15 tahun menerajui 1901, sebagai pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Nineteen O One Sdn Bhd (1901) Tengku Rozidar kini tampil dalam gaya lebih sopan berhijab. Mengatur langkah lebih kencang dan berani, Tengku Rozidar meninggalkan kisah hidupnya sebelum ini dalam usaha menerajui kehidupan lebih bahagia, tenang dan sederhana sebagai seorang ibu tunggal.

Perceraian itu bukanlah penamat segala kebahagiaan dan perampas kegembiraan yang selama ini pernah di kecapi bersama. ALLAH itu Maha Mengetahui setiap perjalanan langkah hidup hamba-NYA. Pasti ada kesenangan menanti di setiap dugaan yang melanda. Tengku Rozidar akur dengan suratan takdir dan segala-galanya dilewati dengan penuh kesabaran dan ketenangan.


HIJRAH HIJAB

Berubah dari hati sendiri “Memakai tudung perlukan keikhlasan dan sebelum ini tidak pernah terlintas dalam diri saya untuk berhijrah memakai tudung. Inilah pengorbanan paling besar yang saya lakukan. Pada tahun 2010, saya telah pergi menunaikan Haji untuk mendekatkan diri pada Allah S.W.T, melaksanakan amal ibadat wajib sebagai umat Islam dengan rasa kesyukuran dan rasa merendah diri.”

“Pada saat-saat akhir mengerjakan Haji, timbulnya persoalan dalam diri ‘Apakah yang perlu aku tunjukkan kepada Allah selain daripada amal ibadat yang telah aku lakukan? Setelah Allah membuka pintu hati aku untuk datang mengerjakan Haji dan memberi aku kekuatan dalam menghadapi pelbagai masalah kehidupan!”

“Namun masih terbuku di dalam hati, tidak mungkin aku bertudung. Beberapa kali saya menyatakan pada diri sendiri keengganan untuk memakai tudung tetapi dalam beberapa saat tiba-tiba hati saya bertukar menyatakan keinginan untuk berhijab. Tepat jam 10.35am saya masih ingat tepat waktu itu, hati ini telah cair berubah dengan sekelip mata.”

“Tanpa berfikir panjang saya terus sahaja pergi membeli beberapa helaian tudung untuk dibawa pulang ke Malaysia. Setibanya di sini, saya masih takut dan berterusan berdoa kepada Allah untuk tetapkan pendirian dan niat di hati ini. “ “Alhamdulillah, selepas 100 hari pulang daripada mengerjakan Haji, Allah tetapkan iman saya untuk terus bertudung dan menjaga solat.

Tidak sekelumit dalam hati ini timbul rasa sayang dan keinginan untuk memakai dress yang ada, biarpun sebahagiannya masih baru dibeli sebelum saya pergi menunaikan Haji. Lantas semua baju tersebut saya beri sebagai hadiah kepada teman,” jelas Tengku Rozidar dengan ikhlas. Last edited by yipun_78 on 7-1-2013 07:28 AM

Incanto Publish time 5-1-2013 10:43 PM

Ini Tg Rozidar owner 1901 hotdogs? Dah put on weight
bila dia cerai?
kawin dengan siapa?

kaseh80 Publish time 6-1-2013 07:55 AM

kawin ngan sape gambarada tak

awek_ganu Publish time 6-1-2013 09:15 AM

kerabat mna ni?

sya_sugar_sugar Publish time 6-1-2013 09:19 AM

sapa pulak ni?

makcik_timah61 Publish time 6-1-2013 10:25 AM

Dia ni pemilik 1901 hotdogs chain kan?
Dulu dia dgn hubby (ex) selalu keluar majalah / skhabar

IzzAne Publish time 6-1-2013 10:37 AM

tak kenal pun......sorry lah.....

mizzacu Publish time 6-1-2013 11:48 AM

diakan businesswoman.. hotdog1901 tuu..
kawen ngan sapa? tepek la gambo

guesswho09 Publish time 6-1-2013 12:55 PM

laa.. bila dia cerai dgn suami dia?
depa sama2 bukak hotdog1901 tu dulu
tak sangka dah cerai...

guesswho09 Publish time 6-1-2013 12:57 PM

makcik_timah61 posted on 6-1-2013 10:25 AM static/image/common/back.gif
Dia ni pemilik 1901 hotdogs chain kan?
Dulu dia dgn hubby (ex) selalu keluar majalah / skhabar

aah... dan penah jgk jadi pengacara atau pembaca berita skejap
ntv7 ke tv3... da lupa da

zafran_iman Publish time 6-1-2013 01:21 PM

dah cerai ke?nampak loving couple dengan ex dulu...

tupaiterbang Publish time 6-1-2013 01:24 PM

hasben baru dia ni very peramah and low profile..
banyak tolong rumah anak yatim kt kulim..
baguih la

kikikiko Publish time 6-1-2013 08:55 PM

dh cerai ker?dulu hotdog 1901 tu dorg punya kn.then teruk krisis kewangan smpai banyak francais kne ttp.then die bgn balik dgn serba baru termasuk berhijap.x tahu lak dh bercerai..

yipun_78 Publish time 7-1-2013 07:19 AM

ARKIB : 28/09/2011
Rozidar tidak takut gagal

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar MOHD. NAIM AZIZ


http://www.utusan.com.my/pix/2011/0928/Utusan_Malaysia/Feminin/fe_01.1.jpg
Tengku Rozidar Tengku Zainal Abidin

--------------------------------------------------------------------------------



SEPANJANG 14 tahun menerajui sistem franchis makanan segera hot dog yang satu-satunya milik bumiputera, pada dasarnya tidak berlalu dengan sebegitu mudah.

Tetapi bagi pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nineteen One atau lebih dikenali Hotdog 1901, Tengku Rozidar Tengku Zainal Abidin, 43, dengan berbekalkan prinsip tidak takut gagal dan semangat yang cekal sahaja mampu membuatkan syarikat itu berdiri teguh sehingga ke hari ini.

''Langit tidak selalu cerah dan begitu juga dengan 1901 di mana turut berhadapan dengan risiko naik turun di dalam perniagaan,'' katanya ketika ditemui di kiosk 1901 di Sunway Giza, Kota Damansara baru-baru ini.

Tengku Rozidar juga memberitahu dia tidak malu untuk menceritakan bahawa pernah melalui pengalaman menggadaikan barang kemas dan kereta mewah hanya untuk melangsaikan segala hutang demi perniagaan.

Tetapi itu semua bukan pematah semangat sebaliknya menjadi pendorong untuk meletakkan 1901 pada kedudukan yang sepatutnya seperti hari ini.

''Pelanggan hanya tahu 1901 terus ada supaya mereka dapat terus menikmati hot dog yang disediakan dalam pelbagai resipi enak, berkhasiat, bersih dan dengan harga yang berpatutan,'' katanya.

Jelas Tengku Rozidar, semangatnya memang tidak boleh pudar semata-mata kerana tidak sanggup berhadapan dengan masalah yang melanda.

''Situasi itu berulang lagi pada tahun lalu sehingga menyebabkan cawangan 1901 di Singapura dan Indonesia terpaksa ditutup,'' katanya.

Katanya, membuka cawangan di luar negara memang berisiko tinggi tetapi masalah yang dihadapi masih terkawal.

''Sukar sebenarnya untuk mengendalikan cawangan di luar negara kerana dalam masa yang saya harus memantau semua cawangan di sini,'' katanya.

Lebih memeritkan lagi kata Tengku Rozidar, dia juga terpaksa memberhentikan sejumlah pekerja supaya dapat menguncupkan perbelanjaan kewangan.

Antara puncanya kerana pada ketika itu dia berdepan dengan masalah pekerja yang tidak jujur terutamanya yang melibatkan hal kewangan.

Tetapi Tengku Rozidar tetap percaya bahawa setiap masalah itu tetap ada jalan keluarnya.

''Saya juga tidak suka mengaku kalah, apa yang penting memberikan sepenuh perhatian untuk menyelesaikannya secara tenang,'' katanya.

Katanya, setelah semua cawangan luar negara ditutup maka dia mula menumpukan sepenuh pemerhatian ke atas semua cawangan di dalam negara supaya berjalan dengan lancar dan sempurna.

Tengku Rozidar mengakui ketika bekerja dia memang seorang yang amat tegas.

''Saya akui ada kalanya garang tetapi sikap itu memang bertempat supaya segala arahan yang diberikan kepada kakitangan berjalan dengan baik.

''Sebarang keputusan biasanya dikaji secara terperinci dan kerana itu biasanya tidak akan ditarik balik,'' tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, ketegasan ini membuatkan dirinya akhirnya telah berjaya memulihkan semula kedudukan 1901 yang hampir goyah dalam jangka masa hampir setahun.

Memang perit katanya, tetapi demi memikirkan nasib franchisor terletak di tangannya, maka Tengku Rozidar meletakkan kepentingan syarikat di tempat teratas berbanding dengan soal peribadi.

''Apa yang penting saya mahukan 1901 terus memberikan perkhidmatan makanan segera yang berkhasiat lagi halal untuk rakyat di negara ini,'' katanya.

Menurut beliau, perniagaan dalam bidang makanan ini sebenarnya rumit bukan sahaja perlu menitikberatkan dari segi kebersihan malah sehingga kepada layanan kepada pelanggan.

Atas sebab itu, dia sentiasa menasihatkan franchisornya supaya jangan membiarkan 1901 hanya diuruskan oleh pekerja sahaja.

Tengku Rozidar memberitahu, franchisor tidak boleh lepas tangan sebaliknya perlu berkerja kuat setelah sanggup melabur wang dalam jumlah yang besar.

''Sepatutnya franchisor itu yang perlu berada di kiosknya sendiri sepanjang masa dan cuba untuk memasarkan sendiri demi untuk memastikan produk yang dijual itu mampu mengaut keuntungan,'' katanya.

Namun kata Tengku Rozidar, bagi memastikan semua franchisor di bawahnya berjaya maka dia dari semasa ke semasa akan bertemu dengan mereka.

Bagaimanapun katanya, dia tidak boleh menumpukan perhatian kepada semua frachisor 1901 ini dalam satu-satu masa.

Beliau akui agak sedih apabila ada franchisor yang terpaksa menutup perniagaan begitu sahaja sehingga menyebabkan semua duit yang dilaburkan dari hasil titik peluh semasa bekerja hilang begitu sahaja.

Sehubungan itu, katanya kejayaan 1901 memerlukan sokongan semua pihak bagi memastikan franchise milik anak Melayu ini mampu bersaing pada bila-bila masa pun.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Feminin&pg=fe_01.htm#ixzz2HEy6iMWF
© Utusan Melayu (M) Bhd

yipun_78 Publish time 7-1-2013 07:24 AM



Monday September 15, 2008
Demand still strong for 1901 franchise
By RACHAEL KAM


Company increasing outlets despite economic uncertainty


MANY local small and medium enterprises are struggling to grapple with high oil and raw material prices in the current uncertain world economic situation.

However, fast food retailer and franchiser Nineteen O One Sdn Bhd is optimistic of its business prospects as there were many people who still wanted to be the company’s franchisees.

Executive director Ahmad Zakir Ja’afar said lots of applications locally and abroad were rolling in.

http://biz.thestar.com.my/archives/2008/9/15/business/b_05rozidar.jpg
Tengku Rozidar Tengku Zainol Abidin (right) and Ahmad Zakir Ja’afar posing at the 1901 Hotdogs outlet in Pavilion shopping mall in Kuala Lumpur

“People are still showing interest in the franchising business and want to open more outlets.

“With the increase in the number of our franchise outlets, we are now purchasing raw materials (food ingredients) in bulk and this has helped to reduce costs,” he said.

Zakir, founded the company with his wife, former television broadcast journalist Tengku Rozidar Tengku Zainol Abidin, 11 years ago. The couple started their first 1901 hotdog pushcart in Sunway Pyramid.

Chief executive officer Tengku Rozidar said despite margin erosions due to high oil price, slower consumer spending and volatile raw material prices, the company still managed to develop its brand and franchise business.

“The franchising industry will be very challenging in future due to the increasing number of new players in the market. “However, as long as our brand remains relevant, the company’s prospect will remain positive,” she told StarBiz.

Nevertheless, Zakir did not see new players as the major challenge for the company but rather human capital. Tengku Rozidar agreed and said: “Human resources are very important in retailing but getting good talent is a real challenge.”

Therefore, the company, based in Shah Alam, would start a training team headed by Zakir to train talented staff, said Tengku Rozidar.

“This will be part of our corporate social responsibility (CSR) programme in future,” Zakir said, adding that it would further strengthen its CSR and enable the company to organise more CSR activities to give back to the community.

Last year, the company rebranded 1901 into a lifestyle and “people’s” brand as part of its business expansion. As part of the plan, the company changed some of its pushcarts to bigger outlets such as snack cafes.

Today, Nineteen O One has a total of 84 outlets, of which five are in Singapore and three in Indonesia. Tengku Rozidar said it was now aggressively looking into expanding outside Malaysia.

“We want to penetrate the Middle Eastern market and other markets that have a Muslim population for our halal food. We aim to be a global halal brand,” she said.

Currently, the company’s overseas outlets contribute about 5% to total revenue. With overseas expansion, Tengku Rozidar anticipates its overseas business to grow faster than the local business in the coming years.

In 2007, the company posted a slightly higher revenue of about RM12mil from RM11mil in the previous year.

Tengku Rozidar said revenue growth was not so significant due to the opening of its Jakarta outlets, the streamlining of the in-house system and the purchase of four Singapore outlets.

Last year, Perbadanan Nasional Bhd (PNS) bought a 40% stake in the company.

The proceeds of the disposal of shares had been utilised for business expansion, said Tengku Rozidar.

She said business has been growing at an average rate of about 40% per annum despite high raw material costs.

“But we do not compromise on product quality to maintain or increase profit margins,” Tengku Rozidar said, adding that the company planned to introduce new products that were healthier for its customers.

“The quality of our food has always been of importance. Zakir and I have always been eating what we sell at our outlets. We never sell what we don’t want to eat ourselves,” she stressed.

Although the company is facing challenges in the current economic situation, the couple’s passion in the retail and franchise business remained strong.

“We want to provide a platform for young people to pursue their dreams of starting their own business,” Zakir said.

yipun_78 Publish time 7-1-2013 07:25 AM

http://apps.tv3.com.my/sejutaimpian/profil-tab/images/tengku.png

abil_tetra Publish time 16-1-2013 09:54 AM

oh x sangka dia dah bercerai. me pernah keje dgn kakaknyer dulu 2005.

najwa88 Publish time 16-1-2013 11:38 AM

Ohhhhh ni ke orgnya.huhuhuhuh

vanilacup Publish time 16-1-2013 12:59 PM

tulah kiosk 1901 kat Sogo ni hari tu pun tiba2 tutup sedih sgt! MMg suka beli kat situ maklumlah org Islam Melayu punya.SIapa nak tolong org Islam kalau tidak kita sendiri.

alyafea Publish time 17-1-2013 09:56 AM

dh kawin br ke? rs dia dulu selalu dgn hubby dia tu promote 1901 ni .. ank aku suka mkn hotdog dia kalau nmpk kiosk ni mst nk beli .. kalau x silap setiap 19hb yg regular tu rm1.99 je ...
Pages: [1] 2 3
View full version: Congrat Tengku Rozidar Tengku Zainal Abidin


ADVERTISEMENT