nurulhawasiti Publish time 4-1-2013 09:35 AM

Monyet Galak di Uluwatu : Travelog

“Awasi cermin mata dan tasnya. Kalau mahu mengambil gambar, masuk-in tangan pada tali kamera. Jangan pakai   topi. Soalnya monyet-monyel di sini galak”. Pesan Rui, kami angguk. Tersengih-sengih sesama sendiri. Tak begitu mengambil berat pesan Rui.Lucu bila sifat galak digunakan untuk haiwan. “Kalau kita, galak tu maksudnya gatal merenyam hehehe”. Yatt ketawa, aku dan Abid pon ketawa sampai terhincut-hincut bahu. Rui mengiringi kami membeli tiket persembahan tarian kecak-kecak sebelum membawa kami mengitari kawasan pura lama itu. Persembahan akan bermula sebaik sahaja matahari terbenam. Setiap pengunjung diberikan tali kain berwarna kuning untuk diikat dipinggang. Aku pakai dengan perasaan was-was. Adakah ini dikira mengikut perlakuan keagamaan? Pengunjung yang berseluar pendek pula diberikan selembar kain. Mereka mengikat dua hujung di pinggang menjadi kain belah.Meninjau tebing tinggi di Uluwatu sangat-sangat mengujakan. Nun jauh di bawah, pasir putih menadah pantai yang sempit. Ombak selalu menghempas keras pada tebing yang berlekak-lekuk, menghasilkan busa putih dan tebal di atas pasir. Begitu buih tak sempat hilang ombak yang lain pula tiba. Indahnya ciptaan Allah.Cerita penuh di sini : http://kembarapoketnipis.wordpre ... t_galak_di_uluwatu/
http://kembarapoketnipis.files.wordpress.com/2013/01/uluwatu1.jpg?w=604

nurulhawasiti Publish time 4-1-2013 09:36 AM

http://kembarapoketnipis.files.wordpress.com/2013/01/uluwatu1.jpg

kenapa gambar tak keluar?
Pages: [1]
View full version: Monyet Galak di Uluwatu : Travelog


ADVERTISEMENT