sanaa1 Publish time 21-12-2012 08:38 PM

Camar Yang Pulang

Di pelabuhan sepi aku berdiri
Merenung ombak laut dan langit biru
Mengiringi awan berarak lalu
Lepas bebas di angkasa yang luas
Kelihatan burung camar berterbangan
Mencari destinasi persinggahan

Singgah sebentar bertanya khabar
Pada penunggu setia pelabuhan
Yang belum tentu arah dan tujuan
Dalam kesamaran yang di semadikan bersama
Angan-angan dan igauan semalam
Sepasang kekasih yang tidak lagi sehaluan

Camar putih warnamu terlalu suci
Untuk di kotori di pelabuhan yang sepi ini
Namun hadirmu membawa seribu makna
Pada sebuah harapan yang di bekalkan
Doa, kesabaran dan kepercayaan
Bahawa penantian juga adalah sebuah harapan

Camar pulang berterbangan dan berpasangan
Tanda suci lahirnya cinta insan
Pada alam pemberian Tuhan
Bagai cinta Laila dan Majnun
Indah di selubungi putihnya awan
Terangnya langit biru

Sanaa 18/01/10
Rate this:






Rate




Last edited by sanaa1 on 21-12-2012 08:40 PM

Pages: [1]
View full version: Camar Yang Pulang


ADVERTISEMENT