fauuzi Publish time 17-12-2012 10:28 AM

ALL ABOUT CINEMAS [TGV,GSC ext]

TGV Cinemas Sdn Bhd (TGV Cinemas), anak syarikat milik penuh Tanjong Public Limited Company kini melangkah setapak ke hadapan apabila memperkenalkan sistem projeksi digital 3D terbaru, 3D-X.

Dengan membawa teknologi dari Korea ke Malaysia, TGV Cinemas telah berkembang dan menjadi salah satu pengendali pawagam terkemuka negara sejak penubuhannya pada 1995.




Menggunakan slogan XtraClear, XtraBright dan XtraOrdinary, pengenalan teknologi terbaru ini sekali gus menandakan peralihan progresif teater daripada penggunaan projeksi filem 35 mm kepada projeksi pawagam digital, dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Januari depan.

Selain menyediakan kualiti gambar yang lebih terang, tajam dan imej 3D lebih unggul, TGV Cinemas juga kini berupaya memainkan kandungan berdefinisi tinggi seperti 2K, 4K, dan filem 3D, dokumentari serta kandungan alternatif.





Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kenny Wong berkata, pihaknya menggabungkan tiga elemen utama iaitu kecerahan, kejelasan warna dan elemen luar biasa dalam memberikan hanya yang terbaik kepada pengunjung.

“Inovasi teknologi pawagam digital hari ini menambah pengalaman tontonan wayang dari filem ke digital, dan itu merupakan keutamaan kami di TGV Cinemas.

“Dengan 3D-X ini, TGV Cinemas kini menawarkan yang terbaik dalam pengalaman sinematik digital,” katanya selepas perasmian pawagam SetiaWalk, di Puchong.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.113147.1355708337!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

Beanieplex konsep pawagam terbaru

Bagi kaki wayang, awal tahun lalu TGV Cinemas memperkenalkan Beanieplex, revolusi pawagam baru seperti konsep di rumah dengan tempat duduk berbentuk kacang (bean bag seats) yang lebih selesa dan santai.

Pawagam jenis ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Serentak perasmian pawagam ke-20 di SetiaWalk,TGV Cinemas juga turut menampilkan Beanieplex selain lapan pawagam yang kesemuanya dilengkapi sistem projektor terkini.



Selain itu, sebagai tetapan tanda aras dalam industri ini, TGV Cinemas bukan sahaja memainkan peranannya sebagai pengendali pawagam. Ini dibuktikan melalui cawangan pawagam terbarunya yang turut menawarkan tempat untuk majlis korporat dan persendirian.

Menurut Kenny, gabungan teknologi tinggi dan pengalaman unik penting dalam memberi pengunjung pengalaman lebih nilai.



“Kami terlibat dalam perniagaan berasaskan hiburan, dan hiburan biasanya melibatkan pengalaman emosi kepada pengunjung. Sebagai sebahagian daripada perniagaan, kami akan sentiasa berada di hadapan dan memastikan pengunjung mendapat pengalaman terbaik apabila ke pawagam kami.



“Dengan peningkatan teknologi terkini, pengunjung boleh menikmati pelbagai tayangan blockbuster tahun depan dengan pengalaman yang tidak akan dapat di mana-mana,” katanya.
Last edited by eddlisa_uyuk on 18-3-2013 11:25 PM

cmf_GAIA Publish time 17-12-2012 01:40 PM

tempat duduk berbentuk kacang? aku ingat isi kusyen tu kacang.....

lasagnaklcc Publish time 17-12-2012 07:46 PM

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/291995_462370837117678_1300996281_n.jpg

beanieplex...2 org rm38 :loveliness:

True-X Publish time 18-12-2012 12:50 PM

lasagnaklcc posted on 17-12-2012 07:46 PM static/image/common/back.gif
beanieplex...2 org rm38

oo kalau kaple leh peluk2 la gitewwww:$

cmf_GAIA Publish time 18-12-2012 01:59 PM

aku tengok Dark Knight Rises dulu kat beanieplex ni la...memang luas...tapi aku ingat2 ada separator jugak la walaupun beli tiket utk 2 org skaligus....kusyen bean masing2
Last edited by cmf_GAIA on 18-12-2012 02:01 PM

neeria Publish time 18-12-2012 08:21 PM

Suka tgk kt tgv sunway pyramid. Byk choice. Ada imax, club, beaniplex. Terbaik. Cuma kalu ada balik tiket movieholic lg best...

aufa Publish time 19-12-2012 05:43 AM

lasagnaklcc posted on 17-12-2012 07:46 PM static/image/common/back.gif
beanieplex...2 org rm38

Nampak menarik


lil_honey Publish time 23-12-2012 01:42 PM

yang ni so yang tgv club tu ke

cmf_GAIA Publish time 23-12-2012 02:51 PM

lil_honey posted on 23-12-2012 01:42 PM static/image/common/back.gif
yang ni so yang tgv club tu ke

bukan dowh...club tu hall lain...yg kerusi lebar n boleh order makan tu

kelapad Publish time 25-12-2012 01:11 AM

Dgn seat yg begitu empuk,ramai couple yg akan buat wayang sendiri

aks_berhad Publish time 25-12-2012 01:48 AM

benda2 mcm tu mau plak invest...online ticketing system tanak invest plak...sistem macam hampeh. GSC farrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr better kalo nk beli online...

cmf_GAIA Publish time 25-12-2012 02:25 AM

okay je online ticketing TGV ni...xde masalah...cuma yg tak best nya kena charge rm1 kalo beli online....booking fees katanya tapi bukan booking pun...gsc pun charge xtra jugak kalo beli online...kapitalis besar diorang ni

azrain98 Publish time 26-12-2012 03:35 AM

beaniplex punya gila best ..boleh tertidur dlmm wayang kut....apa2 pun GSC ada tk mcm ni ?sbb tak pernah masuk TGV Cinema punya..selalu masuk yg GSC..

aks_berhad Publish time 26-12-2012 10:17 PM

cmf_GAIA posted on 25-12-2012 02:25 AM static/image/common/back.gif
okay je online ticketing TGV ni...xde masalah...cuma yg tak best nya kena charge rm1 kalo beli onlin ...
bkn slalu ok...kalo ada citer yg agak meletup tu saheh website jem...kompom 100%
kalo extra charge tu, TGV murah sikit...coz skali beli RM1. kalo gsc setiap tiket 50sen. Last edited by aks_berhad on 26-12-2012 10:20 PM

fikrisharif Publish time 27-12-2012 03:29 PM

pasni senang la anak muda nk bermaksiat secara selesa di dalam panggung !

hidup2013 Publish time 13-3-2013 09:23 AM

TGV & GSC

Kalo tengok wayang pada hari ni di K.L cam di GSC n TGV, how much ya? Saya nak tengok wayang dan saya nak tengok wayang seorang... :'(

stanum Publish time 13-3-2013 09:24 AM

nape tak pergi je tgk kat website die and check price dia sendiri based on movie yang ada.

TGV: http://www.tgv.com.my

GSC: http://www.gsc.com.my

amyainsamad Publish time 13-3-2013 09:45 AM

sedih btl.......

chaoyunjie Publish time 13-3-2013 10:03 AM

nak murahhh tengok hari Rabu la{:1_152:}{:1_152:}

ahazman24 Publish time 13-3-2013 10:07 AM

forever alone............
Pages: [1] 2 3
View full version: ALL ABOUT CINEMAS [TGV,GSC ext]


ADVERTISEMENT