genot Publish time 3-12-2012 01:26 AM

Sutra Senjata Cakera Tajam

Aku malas hendak buka thread yang baru. Tapi aku tak tahu sama ada thread ini sudah wujud atau tidak. Thread ni cuma nak bercakap tentang benda yang sudah wujud di Asia Tenggara. Mungkin tak tersebar luas di sini walaupun berasal dari sini. Tetapi di luar kawasan benda ni diketahui ramai, misalnya di Tibet. Harap bahasa Melayu aku tak bercampur aduk lah. Aku cuba menulis pakai BM supaya orang ramai berbahasa Melayu di Malaysia, tak kira lah kamu Buddhist atau apa2 penganut pun yang belum kenal lagi agama2 dari benua orang India faham apa benda nya Buddhisme ini. Jadi kalau nak cakap tu bukan main taram saja ikut sedap mulut. Kalau kamu masuk board ajaran Buddha mesti kamu minat nak tahu tentang ajaran Buddha serta apa yang difikirkan oleh Buddhist, betui dak? Jadi, ini adalah antara nya lah...

Nama Sanskrit bagi sutra ni aku tak tahu, tapi ia diajarkan dalam bahasa Tibet di biara2 orang di sana. Penulisnya digelar sebagai bapa Dharmmakirtti, orang Suvarnadvipi (Sumatera). Nama sebenar beliau Dharmmarakshita dan beliau menulis sutra ini pada abad ke-10 M semasa era pemerintahan empire Srivijaya. Kawasan pembelajaran penganut Buddha di Sumatera ketika itu adalah di Bukit Seguntang di Palembang. Agama rasmi kerajaan pada masa itu adalah Buddhisme aliran Mahayana dan bahasa kerajaan adalah bahasa Melayu Purba dan bahasa Sanskrit bagi golongan terpelajar serta golongan istana.

Sutra ini diajarkan oleh murid bapa Dharmmarakshita, iaitu bapa Atisa. Bapa Atisa mengajar kepada anak muridnya seorang Tibet apabila Yang Mulia Tara muncul memberi gambaran kepadanya bahawa dia akan menerima anak murid di Tibet. Sutra ini memberitahukan secara terperinci tentang hukum karmma dan bagaimana ia berperanan dalam kehidupan kita. Ia mendedahkan tentang hukum penyebab dan kesan dengan mendalam. Judul sutra ini iaitu cakra tajam memberi gambaran bahawa perkara yang kamu lemparkan itu boleh kembali dan terkena kepada kamu. Ia akan menyebabkan kamu sendiri cedera. Sama macam boomerang.

Penyebab tak baik yang kita hasilkan dari sikap penting diri kita sendiri akan kembali kepada kita pada masa depan. Ini disebabkan karmma negetif kamu yang terperam itu akan masak dan mengeluarkan hasilnya yang busuk. Ia mempunyai potensi besar untuk menyusahkan kamu. Sikap mementingkan diri kita iaitu kita inginkan kesenangan dan kebahagiaan kita sehingga tidak menghiraukan kesannya kepada alam semesta (semua jenis makhluk) ini menghasilkan karmma negetif. Ia akan membawa sengsara pada masa depan.

Sengsara dan penderitaan yang kamu alami bukan lah sejenis hukuman. Tetapi ia adalah kesan perbuatan yang kamu sendiri buat. Bapa Dharmmarakshita membuat cadangan juga supaya kita berbuat kebajikan atau karmma positif. Ia adalah bertujuan menggantikan perbuatan dan sikap tidak baik kita pada masa lampau. Jadi ia akan mewujudkan suasana berbahagia dan menyenangkan "hati" kamu.         

Sutra ini ditulis oleh bapa Dharmmarakshita semasa menjadi chao phanava (pertapa) dalam hutan. Hutan dan mana2 kawasan pun mesti ada bahaya. Kalau di hutan ada haiwan liar lah selain daripada hantu dan macam2 benda yang tak terjangka. Sebelum masuk hutan pun, bapa Dharmma ada banyak belajar agama dan logik. Apabila beliau lihat suatu perkara, beliau bukan hanya lihat sepintas lalu dan terus buat persepsi. Beliau cuma menulis semula ajaran guru2 yang mengajar beliau dan kemudian mengamalkannya semasa bertapa dalam hutan yang menakutkan. Apabila beliau ajar pada bapa Atisa, bapa Atisa pun mengamalkannya pula semasa mengembara ke utara pergi ke Tibet sebab dalam perjalanan tentu ada bahaya juga, jadi perlu sentiasa "sedar" dan "berjaga2". Apabila Atisa meningkat dalam pandangan hakikat (reality view) nya kepada dua tahap Bodhicitta, maka dia menulis lah:   



Aku telah melalui banyaklah kesukaran meninggalkan istana
Tapi melalui pengumpulan pahala,
Aku bertemulah dengan guruku sebenar, Dharmmarakshita,
Dengan menunjukkan kepadaku amrit tertinggi seperti ajaran,         
Dia mengurniakan aku kedaulatan dalam pikiran;
Maka kini aku telah mencapai semua penentang yang berkuasa,
Telah ku hafal ayat-ayat ajarannya,
Walaupun aku tak menggemari pandangan penentang
Apabila ku pelajari pelbagai ajaran,
Aku selalu lah berusaha meluaskan hikmat ku
Bagi melihat keajaiban tak terbatas dalam setiap tradisi
Tapi haruslah aku akui bahawa ajaran-ajaran ini utamanya
Banyak membantu dalam abad yang mereput ini.

Bapa Atisa berasal dari Bengal. Antara kebanyakan pelajar yang tak pernah dibayangkan oleh bapa Atisa untuk menerimanya sama ada di India mahupun di Tibet, antaranya adalah upasaka Bhrom Stompa. Beliau mengajarkan ajaran ini kerana diberitakan bahawa orang ini adalah pelajar sesuai semasa bertapa. Atisa mengajarkan ajaran-ajaran gurunya ini kepada Bhrom Stompa pula kerana penduduk Tibet ketika itu agak liar, kasar dan sukar dijinakkan. Aku tak tahu wujud atau tidak teks asal dalam bahasa Sanskrit. Tetapi teks dalam bahasa Tibet ada saja. Terjemahan dalam bahasa Inggeris pun ada dengan judul the Wheel of Sharp Weapons. Aku suggest hangpa baca yang ini dan cuba pahamkan. Lagi baik kalau amalkan. Tak perlu nak tengok pada doktrin pun... Hangpa berhempuk dengan doktrin pun tapi satu hapah amalan pun tak ada... dunia pun penuh dengan api saja. betui ka dak? Terlepas dah cakap kedah... ;P:lol:   

genot Publish time 3-12-2012 03:53 AM

Adapun, nama karya ini adalah "Cakera Senjata Tajam Berkesannya Menikam Hati Musuh":

Aku memuja sepenuh hatiku menyembah tabik kepada mu, wahai Begawan Sri Yamantaka; Kemurkaan mu itu berlawanan lah dengan Dewa Kematian yang Agung.   

1. Dalam belantara yang penuh dengan tumbuhan beracun, burung merak mengibas ekornya. Walaupun taman berubat berada dekat sahaja. Kumpulan burung merak mendapati bahawa taman-taman itu menyenangkan. Tetapi masuk ke dalam hutan yang dipenuhi tumbuhan beracun.

2. Keadaan yang sama juga berlaku kepada para bodhisattva yang berani. Yang berada di dalam belantara penuh kerisauan duniawi. Tidak kira berapa menyeronokkan pun taman keseronokan dunia ini. Mereka yang berani ini tak pernah tertarik dengan kesenangan itu. Bahkan masuk ke dalam semak yang penuh sengsara dan menyakitkan.

3. Kita ini membazir seluruh hidup kita dalam perarakan penuh keseronokan. Tapi kita menggigil terketar-ketar walaupun hanya dengan terfikir sahaja tentang kesakitan; Maka disebabkan kita ini penakut, kita pun masih lah lagi penakut. Tapi para bodhisattva pula menerima penderitaan dengan senang hati lalu menerima berkat daripada keberanian mereka iaitu kenikmatan sebenar yang tak putus-putus.   

4. Kini, keinginan ke arah hutan belantara dengan pohonan beracun itu di sini. Yang berani sahaja seperti burung merak boleh masuk ke dalam keadaan sebegitu. Jika makhluk penakut pula, seperti gagak lah ia apabila ia mencubanya. Didapati ia cuma mengacah-acah. Sebab dia tamak, dia bimbang akan kehilangan nyawanya.

5. Bagaimana seseorang itu meraikan dirinya lebih daripada orang lain. Mengambil hawa nafsu dan racun beracun sebegitu sebagai makanannya?? Jika dia cuba seperti gagak yang menggunakan khayalan yang lain, dia mungkin kehilangan peluangnya untuk kelepasan.

6. Oleh itu, bodhisattva semuanya disamakan lah dengan burung merak. Mereka hidup dalam khayalan tumbuhan beracun. Mereka mengubahnya menjadi asas latihan. Mereka mengharungi hutan itu dalam kehidupan seharian mereka. Mereka menerima sahaja apa yang dipersembah sambil menghapuskan racun nafsu yang mengikat diri.

7. Tidak terkawal merayau menerusi gelung kewujudan. Terkesan oleh cengkaman kita pada keegoan itu sebagai hakikat. Sikap jahil ini mengisytiharkan bahawa kita adalah syaitan yang mementingkan diri untuk kebajikan kita sendiri sahaja: kita mencari keselamatan yang sedikit dengan keegoan kita; Kita hanya mahu kesenangan dan menjauhi kesakitan; Tapi kini haruslah kita menghapuskan segala paksaan mementingkan diri dan dengan senang hatinya menggalas kesusahan demi kebaikan orang lain.

8. Semua penderitaan kita itu terbit daripada sikap dan tabiat kita. Ia terbit dari khayalan kepentingan diri yang kita pupuk dan terjelma menjadi amalan. Kerana kita berkongsi dalam musibah yang tragis ini, yang berakar daripada cara-cara kita mengetengahkan diri kita yang sempit; Harus lah kita menanggung kesengsaraan kita dan penderitaan yang lain lalu memadamkan semua harapan dari mementingkan diri sendiri.      

Pages: [1]
View full version: Sutra Senjata Cakera Tajam


ADVERTISEMENT