DumBell Publish time 2-12-2012 03:09 AM

(koleksi dari pengalaman sebenar)Rezeki

mendekut burung wak-wak


petang itu,kami berenam mempersiapkan kelengkapan untuk menjaring wak-wak..
tak sabar rasanya menunggu matahari terbenam,itu sahaja yg bermain-main dibenak ku.
mana taknya,malam ini pak teh ali mengajak kami ke hutan untuk menjerat wak-wak,setelah beberapa kali dipujuk oleh kami berenam...ingin mempelajari teknik menangkap wak-wak secara traditional,iaitu menggunakan alat yg di panggil "DEKUT".
lain benar rasanya dari menjerat menggunakan pita rakaman.

dekut(macam wisel) ini diperbuat dari seruas buluh yg besar sedikit dr ibu jari,penyendal diperbuat dari batang bunga raya..
kalau penyendak dr batang pokok lain mungkin tidak senyaring batang bunga raya.
khas untuk burung wak-wak.

Perjumpaan kami pada pukul 9 malam di bangsal sawah pak teh ali,kerana semua kelengkapan sudah tersimpan disana..
dan laluan ke ladang hanya melalui denai yg berada diantara sawah pak teh ali dan tanah perkuburan.
"kcikk,kcikk,prumm"..bunyi gesekan pemetik api pak teh jenama criket itu..sambil pak teh menghalakan api ke rokok gulungnya,sambil menyengetkan kepalanya..hismmpp..dia menyedut dalam-dalam..huuuuu...berkepul-kepul asap yang keluar dan berbau tengik cengkih.."hmmm,..malam ni bagus,boleh dapat banyak"..kata pak teh..
macam mana pak teh tahu? soal ku kepadanya.."malam tanpa bulan,sunyi,berkabus dan sejuk,anginnya tak begitu kuat..tambahnya lagi..aku sekadar mengiakannya sambil memunggah kelengkapan untuk dipikul...

kami bertujuh memulakan perjalanan berjalan kaki melalui denai tersebut,perasaan takut menyelubungi kami berenam,tapi dek kerana ingin belajar,kami kuatkan semangat..apa yang nak ditakutkan,pak teh kan ada..kalau hantu muncul,dia la yg ketinggalan..mesti hantu akan dapat pak teh dulu..ketawa kecil aku sendirian...
hampir dua bukit kami berjalan.tempat yg sesuai belum ditemui..kami berenam terasa keletihan..tp melihatkan pak teh ali yg steady lg itu yg membuatkan kami gagahkan jua mengerah kederat berjalan..

akhirnya,..kami sampai jua ke tempat yg sesuai..kami duduk sebentar menghilangkan penat,sambil berkongsi sebotol air masak yg di letakkan dalam botol sarsi f&n 1L...xpuas rasanya meneguk sekali.,..
kami xmembuang masa..jam menunjukkan tepat 10.45 malam.,kami menyiapkan kelengkapan,
dua batang buluh kering dipacakkan dan dipasak serta disendal dengan kuat,jaring benang sudah tersedia di buluh..
kanvas biru kuning dihampar berdekatan dengan jaring itu,cara hampar seperti kerusi pengadil badminton.bezanya kerusi xde.

"Malam ni korang kena kuat semangat ye",kata-kata pak teh yg berunsur nasihat itu mendebarkan kami..
apa yg pak teh buat,dan apa yg kamu lihat,diamkan aje.kalau takut,pejamkan mata..bila pak teh suruh kutip,korang kutip ye..ujar pak teh lg..tegurannya membuatkan kami rasa seriau..hati berdebar-debar melihat tindak tanduk pak teh,yg seolah-olah melilau,sekejap berdiri ditiang buluh sini,sekejap di tiang buluh sana..sekejap ditengah-tengah..
hati makin berdebar dan jantung seolah-olah berdegup kencang bila pak teh ali meniup dekut kali pertama..
kuak..kuakkk..krruuaakk...bergema dekutan pak teh ali pada malam itu..
bunyi unggas hutan terhenti tiba-tiba..dan malam terasa sunyi sepi,hanya kedengaran bunyi dekut dr pak teh ali..

Tibalah saat yg di tunggu,dekutan pak teh disambut kembali,..tiba-tiba bunyi hingar bingar menyelubungi malam itu..hanya bunyi suara burung wak-wak bersahutan..dari jauh..lama kelamaan makin dekat..makin dekat..tiba-tiba senyap sunyi..pak teh ali pula menghentikan dekutannya..
dalam samar-samar cahaya bintang..kami melihat seekor wak-wak tercegat kaku dibawah jaring.seolah-olah sungguh jinak.
kami lihat pak teh ali mengambil burung itu dan melambungkannya keudara,seperti melepaskannya kembali..
perkara aneh pak ali tadi dilakukan semula olehnya..bila dekut ditiup,tiba-tiba angin kencang yang tak semena-mena datang,seolah-olah mahu ribut malam itu..jaring kami tumbang dan buluh patah menyembah bumi.

kami bingkas bangun untuk menyelamatkan jaring,tetapi pak teh menunjukkan isyarat supaya jangan berganjak dari tempat duduk.kami mengikut sahaja..perasaan hampa jelas terbayang diraut kami.habislah,tiada rezeki untuk esok,yg paling terkesan ialah zahar,kerana tanpa rezeki malam ini,apa keluarga dia nak makan esok,ada ayah malas bekerja,dia lah yg bekerja menyara keluarga,rezeki hutanlah makanan dan punca rezeki keluarganya..

lama-kelamaan..ribut reda..pak teh kembali berdekut..kami bingkas bangun setelah diberi isyarat..kami membetulkan kedudukan jaring yg tumbang itu...sedang kami membetulkan jaring,tiba-tiba jaring kami dilanggar sesuatu yang besar!!,memang terdengar bunyi kayuhan kepak yg besar sebelum melanggar jaring kami,aku dan tiga rakanku terpelanting..manakala yg dua lagi diseret beberapa meter dr tempat jaring itu..
aku terpinga-pinga sambil dipapah pak teh yg sepantas kilat mengejar rakan ku yg diseret burung yg sebesar kereta kancil dan melanggar pukat kami..memang besar..aku berlari ke tempat itu juga,aku lihat pak teh sudah berada di situ.belum sempat aku kesitu,burung itu terlepas dan terbang..bunyi kepak burung itu melibas memang jelas dan menggerunkan..aku lihat dua rakankuterketar-ketar ketakutan..

"udah la tu,bangkit" pasang pukat yg baru..tegur pak teh pada kami yg ketakutan..kami seolah-olah mengikut sahaja arahan yg diberikan ..setelah kami pasang yang baru..pak teh berdekut lagi..kali ini aku rasa berdebar,tak sampai 5minit,ujian lain pula yg datang..mula-mula dua ekor terlekat di kandoi jaring,pak teh mengeluarkannya dan diletakkan dalam sangkar..
lepas itu makin banyak..beratus ekor menerjah ke jaring seperti torpedo terlekat dijaring...bergoncang jaring kami dengan tujahan burung wak-wak yg datang mengila itu..kami mengutip satu persatu,satu kutip,sepuluh yg melekat.. itu kami tak menang tangan sampai ke pagi..

Pak teh berhenti berdekut dan membantu kami mengutip burung yg terlekat di jaring,setelah pukul 4 pagi,kami berhenti.
kami berehat seketika,sambil menunggu azan subuh,dalam suasana sejuk embuh pagi itu,pak teh tersenyum dengan semangat kami..setelah azan subuh,kami berangkat balik..sampai di bangsal padi pak teh,

"bagi pak teh sepuluh ekor dah la,yang lain kamu kongsi"kata pak teh..
kami bersetuju sahaja cadangan orang tua itu..hasil yg kami dapat cukup banyak,sampai memberi sedikit kepada jiran-jiran untuk merasa..tapi pengalaman berdekut bersama pak teh,sampai sekarang masih teringat..memang benar kata orang
berdekut burung wak-wak ni berhantu..

sekian...






Last edited by DumBell on 1-11-2013 10:32 AM

AmiraLee Publish time 2-12-2012 10:26 AM

banyak aneburung wak2 yang kau tangkap malam tu?

berrygurl Publish time 2-12-2012 11:54 AM

Mcm cerpen je

DumBell Publish time 2-12-2012 04:51 PM

berrygurl posted on 2-12-2012 11:54 AM static/image/common/back.gif
Mcm cerpen je
hahaha...base on true story..
xde dimana-mana kedai,
just for cari.com..


Last edited by DumBell on 1-11-2013 10:22 AM

DumBell Publish time 2-12-2012 04:51 PM

AmiraLee posted on 2-12-2012 10:26 AM static/image/common/back.gif
banyak aneburung wak2 yang kau tangkap malam tu?

lam 200 ekor mungkin.2hari xhabis lg.

berrygurl Publish time 2-12-2012 05:16 PM

DumBell posted on 2-12-2012 04:51 PM static/image/common/back.gif
hahaha...base on true story..
xde dimana-mana kedai,
just for cari.com..

terbaek..{:thumbo

rdzaccess Publish time 2-12-2012 05:22 PM

Ada juga peristiwa yang semacam ini telah aku dengar tetapi di lain lokasi ...
Walaubagaimana pun , sekarang ini adalah menjadi satu kesalahan dari segi undang undang 1Malaysia jika kedapatan burung wak wak ini di dalam simpanan seseorang , baik yang hidup atau yang mati ...

Dalam hemat aku wak wak ni bukanlah berhantu tetapi pendekut ( orang yang mendekut aka meniup alat ini) terlalu ghairah ( apabila melihat agak banyak burung ini menampilkan diri ) sehinggakan nada bunyi yang di keluarkan telah lari dari yang sepatutnya hatta mengundang makhluk ini datang ...

Kiraan bunyi dekut yang memanjang tidak sama , dengan kiraan tetap bunyi pendek ... dan ada kemungkinan juga air liur yang masuk ke alat ini menyebabkan bunyinya adalah suara memanggil makhluk tersebut ...

Walaupun begitu tiadalah adanya cerita akan musibah yang melanda kepada seseorang itu yang di akibatkan oleh makhluk ini kerana mereka yang beerada di situ semuanya adalah pelari pecut handalan ... sehinggakan parit yang lebar boleh di lompat dengan mudah ... :lol:   termasuklah aku dahulu ... :sweat3:

marufie Publish time 2-12-2012 06:00 PM

masa kecik2 dulu selalu gak mkn burung wak2 ni mana tah ayah ambik

rdzaccess Publish time 2-12-2012 07:06 PM

Daging burung wak wak ni macam daging ayam HPA khasiat nya ...

DumBell Publish time 2-12-2012 08:01 PM

Berburu ayam hutan


musim berburu ayam hutan tiba,kami berenam mempersiapkan kelengkapan berburu..
kelengkapannya terdiri dari senapang ikan 3 laras,lampu suluh kepala yg boleh dim dan recharge,sebilah pisau sembelih dan jut.
pagi itu kami membahagikan peluru yg diperbuat dari batang payung yg sudah berwig..sepuluh batang seorang..
perburuan ini diketuai oleh abg.long zihan...seperti sbelum ini,kami hanya ingin mempelajari tektik berburu dihutan selain ingin merasai keenakan daging ayam hutan..

malam pun menjelma..tempat pertemuan kali ini adalah dirumahku sendiri..segala kelengkapan telah ku persiapkan sebelum ini.
tempat dan kawasan berburu telah pun ditanda petang tadi oleh rakan baik ku mat.
kami menaiki 4 buah motosikal semua berpasangan kecuali abang zihan.kami menuju ke ladang sawit untuk melakukan aktiviti perburuan..
tepat jam 10.00malam kami sampai..maklum lah jalan diwaktu malam tidak sama pada waktu siang..kadang kala mata terasa pening dan berpinar dek kerana cahaya lampu suluh itu..motor cup prix la katakan,mana ada lampu:lol:

kami mempersiapkan diri masing-masing,kami berpecah menjadi satu barisan melintang dan berselang dengan dua pokok sawit.semua berpasangan.tujuan melintang adalah untuk mengelakkan tertembak rakan sendiri dan jauh dari penglihatan rakan yang lain.
"fiuhhh"abg.zihan bersiul,menandakan dia terlihat kelibat ayam yg sedang tidur bertenggek di celah barisan pelepah daun sawit..kami cepat-cepat berhenti dan mengecilkan cahaya lampu suluh sambil menyorok ke perdu pokok yg berhampiran..

"dupp"..kiok..kiok...bunyi peluru senapang yg dilepaskan tepet mengenai sasaran..setelah bunyi td itu senyap,kami bergegas untuk melihat hasilnya,iaitu seekor ayam hutan jantan yg masih jaras(ayam muda,xde taji)
kami tersenyum dan bersemangat..sedar tak sedar kami sudah memperolehi 8ekor ayam..
sudah penat berjalan meredah semak belukar,kami berhenti berehat untuk melepaskan lelah dan mata mengantuk..

setelah hilang penat dan letih,kami menyambung perburuan..sampai di satu lembah tiba-tiba aku terdengar satu jeritan disebelah kiri ku..aku menoleh dan sempat melihat 2 rakan ku rebah..aku memecut kearah mereka sebelum rakan yg lain mengikuti dari belakang..
"jjjjoo.joomm bbaaa..bbaallikk..'ucap syapik dengan nada terketar-ketar..aku memandang kekiri dan kekanan..tapi tiada apa yg mencurigakan..keputusan yg pantas diambil,kami sepakat balik...hasil rezeki dibahagi seadilnya,

keesokan harinya kami berlima pergi melawat syapik yg dikhabarkan oleh ibunya,demam setelah pulang berburu..macam biasa,aku yg dipersalahkan..tp aku dah biasa dengan menda macam tu..biasa lah,sape tak sayang anak..
setelah dibenarkan untuk melihat syapik,kami berenam tergelak kecil melihat perilaku syapik..
sambil malu-malu syapik menceritakan kejadian malam itu.."tengah aku dok aim kt pokok sawit,aku ternampak puntianak betul-betul kt depan aku..kt perdu pokok pisang,sambil menyeringai kearah aku dan mat.ujar syapik..mat yg duduk disebelah aku hanya terdiam kaku.."yg peliknya mat tak pulak demam"..celah wadi..

"aku yg mula-mula nampak pontianak tu..lepas tu aku terus pejam mata" tegas mat..ape lagi,pagi itu bergegar rumah syapik dek kerana suara kami ketawa...

selepas peristiwa itu,banyak lg kejadia-kejadian lain..seperti besi peluru bengkok dan xdapat menembusi badan ayam..bunyi seperti besi berlaga..terserempak binatang berupa dubuk hyena..,bunyi hilaian..naampak kawasan cerah mcm ade sebuah perkampungan dihadapan kami...

semua itu dah jadi nostalgia hidup aku..huhuhu..rindu nak berburu ayam hutan balik..nak menembak ayam kena ada teknik dia,
nanti ,pupus,..tembak yg jantan dan betina muda sahaja..yang penting..rasa ayam hutan itu sendiri,..

sekian...

tunggu kisah kami berburu kancil dan kijang pula..memang mencabar dan xtercapai dek akal..tp kena terima hakikat.

turboturtle Publish time 2-12-2012 09:38 PM

Ayam hutan memang lazat...burung punai pun sooodap manis, walaupun daging sikit...

marufie Publish time 2-12-2012 10:39 PM

Teringat lak kisah abg sulung, ms muda2 agaknya mcm TT ni masuk hutan dgn gang, satu hr masuk hutan sbb nk cari tumbuhan utk ubat apa tah, tok guru dia la ajak pergi..abg sy dia ms muda2 perawat juga, tp lps kawin dia pencen merawat, tp ada gak la sedara yg tau kdg2 minta ait tawar..
Dia dh blk rmh..ms tu sy sek men lg..mak dok bising apasal bau wangi ni...sy x bau pun..3 hari bau wangi tu..mak sy yg bising..sy tobat x bau pun..
Hbs 3 hari br abg ckp, sbb bau tu dh hilang, dia masuk hutan hr tu jumpa byk ayam hutan, bila dh jumpa tumbuhan ubat yg di cari, dia nk amb lah ayam hutan tu bw blk, tp katanya ayam hutan tu org bunian/jin yg punya..mrk x bg amb. Dia x amb la..tp benda tu ikut blk nk pastikan dia curi ke x

azredclaw66 Publish time 2-12-2012 10:40 PM

Kebanyakan burung yang bergerombolan org2 dulu kata ada jin yang menjaga. bab burung ayam2 tak pernah lagi tapi bab burung sintaq, saya sendiri pernah tengok dari jarak dalam 150 meter di sebuah tasik. Masa tu tengah relaks (baring) sorang2 atas sampan bertambat sementara tunggu member yang balik rumah ambil torchlight (projek mancing ler).
Mula2 dengar bunyi burung tu dalam gelap malam. Saya pun mengajuk je bunyi tu. Tiba2 dengar cam koir burung sintaq ler pulak, siap ada cam melodi ntah apa. Saya pun bangun mengiringdan tengok arah bunyi yang semakin gamat tu. Walaupun kawasan sekitar agak gelap, tetapi di kawasan pulau kecil tempat koir sintaq ni berlagu, seperti ada cahaya kemerahan/ jingga. Nampak jelas satu lembaga berdiri di gigi air memandang arah saya. Estimate tinggi dalam 12 kaki kut. Kepala tak berapa jelas tapi nampak sayap dia tengah dikepak-kepakkan. Burung-burung lain terbang keliling lembaga tu. Dalam seminit barangkali, pemandangan dan bunyi itu pun hilang. Sunyi dan gelap kembali. Apapun, acara mancing tetap diteruskan.

aerolz Publish time 3-12-2012 09:02 AM

best. tak pernah g ikut orang berburu or menjerat burung ni. tapi banyak dengar citer pelik2 dari orang yang pergi berburu ni.
teruskan penceritaan, tt. {:thumbo

shamsadis Publish time 3-12-2012 09:31 AM

burung wak-wak nie sedap...mmg sedap...aku rasa spesis unggas dia paling sedap

skeezotone Publish time 3-12-2012 09:40 AM

spesis burung liar ni mmg sedap daging dia sbb diorg makan makanan semulajadi. jgn sampai kantoi ngn perhilitan sudahhhh.. hehehe.

edoraixora Publish time 3-12-2012 09:52 AM

DumBell posted on 2-12-2012 08:01 PM static/image/common/back.gif
Berburu ayam hutan




tunggu kisah kami berburu kancil dan kijang pula..memang mencabar dan xtercapai dek akal..tp kena terima hakikat.
hakikat apekahh???

best bace citer ko ni dumb...byk experience ko meredah hutan ye...
ko dok pahang area mane ni???

punkerzoe Publish time 3-12-2012 01:23 PM

member aku pernah jugak kene kacau mase tengah mendekut burung wak-wak tu...
kat kampung aku kat pahang ade kolam mancing ikan yang da tutup... diorang ni slalu
lepak situ dulu malam2 dok mendekut burung wak-wak tu... die la yang cite ade skali tu
kejadian same macam yang dumbell cite tu... tempat kitorang panggil yang turun tu
"raja burung"... besar die same la macam dumbell ceritakan tu... tapi masa kejadian aku
takde la kat situ... tak penah ikut diorang mendekut... tapi aku penah ikut menjala
burung puyuh... tapi takde kejadian aneh yang berlaku... sambung lagi TT cite pasal
buru kancil pulak...

DumBell Publish time 8-12-2012 12:35 AM

skeezotone posted on 3-12-2012 09:40 AM static/image/common/back.gif
spesis burung liar ni mmg sedap daging dia sbb diorg makan makanan semulajadi. jgn sampai kantoi ngn ...

tenkiu sahabat..

DumBell Publish time 8-12-2012 02:03 AM

berburu kancil dan kijang...

musim berburu kancil telah dibuka..

awal-awal lagi kami dah persiapkan kelengkapan untuk tujuan berburu..kami merancang untuk duduk seminggu di dalam hutan..
banyak yang kami planningkan,sambil berburu,kami ingin belajar memasang perangkap traditional iaitu menggunakan kayu...
kami membawa 3 laras senapang hidup(berlesen)..peluru tabur,badshot dan tunggal..
peluru tabur untuk binatng kecil selain kancil,badshot untuk kijang,kambing hutan dan dll..tunggal untuk binatang bagak spt seladang,kambing gurun,kerbau liar dll..parang seorang sebilah,rations,khemah dan kelengkapan yg lain..

pagi-pagi lagi kami berenam mengasah parang masing-masing sehingga tajam dan berkilat,aktiviti ini selalu kami lakukan bila lesen menembak dikeluarkan...trip kali ini adalah di kawasan hutan yg dirahsiakan tempatnya,segala kelengkapan telah sedia tengah hari itu,cuma menunggu hilux abg heri untuk mengambil kami..bila hilux sampai,kami bersama memunggah barang ke dalam hilux..perjalanan ke tpt yg dituju memakan masa 2jam melalui jalan tar dan 4 jam melalui jalan trek balak..

sungguh memenatkan trip kali ini,mana tidaknya,dah macam naik unta..terasa gegaran diotak masing masing,sekejap turun bukit,sekejap naik,redah sungai,..bila dah sampai base camp waktu telah senja,mungkin hampir nak malam,kerana bunyi unggas senja meremangkan bulu roma aku..kami cepat-cepat punggah barang dan mempersiapkan tempat tidur..oh ya,sebelum terlupa,kami pergi dengan 2 kenderaan jenis yang sama. abg heri dan abg man yg mengetuai trip kali ini beserta abg don(bekas komando).

malam pertama,kami hanya melepaskan penat sahaja,kerana perjalanan yg mencabar itu,pada waktu malamnya,kami 9 orang semuanya,bersembang-sembang kosong mengenai keselamatan diri,teknik survival dihutan sambil duduk di unggun api yg menjulang tinggi..mula-mula ingatkan hanya buat api kecil tu macam cerita-cerita dalam tv tu.tapi dimarah oleh abg.don..dia kata,kalau api kecil akan mendatangkan bahaya,binatang akan datang dekat,ini bukan tempat berkelah,ini hutan tebal,hutan dara..binatang xtakut manusia..disebabkan kata-kata abg.don itulah kami membakar unggun api sehingga menjulang tingginya..
terasa kering lembapan malam di baju aku dek kepanasan api itu walaupun duduk jauh dari unggun tersebut..bentak kata hati aku,ada bagusnya buat api tinggi-tinggi macamni..macam-macam boleh buat..selepas kami bersolat..kami semua masuk tidur untuk xpdc esok...

esoknya,masing-masing bangun awal..menguap panjang aku sambil menggeliat kucing sebab kesejukan angin pagi yg berembun itu menyapu lembut kulit aku..hisshhh..sejuk gile...menu pagi ini ialah sandwich sardin,disediakan oleh chef kami iaitu wadi.
selepas kenyang menyantap sandwich dan kopi,kami diberi tugas masing-masing.
wadi mcm biasa la,dia jd chef kami,syapik gi mancing ditemani slamat untuk mencari lauk tengahari,aku dan najet menemani abg don memasang jerat bidas dan jerangkap.atel pula mengikut abg heri dan abg man mencari spot berburu dan membuat ran untuk tujuan perburuan.

Bagi aku,memasang perangkap sungguh memenatkan,mana taknya,kena buat trek baru dan memasang berpuluh jerat bidas dan jerangkap jebak..lupa pula nak kasi tahu,umpan untuk jebak,kami gunakan daun maya..dan bidas kami hanya kerenyukkan daun maya tersebut bagi mengeluarkan aromanya yg lemak-lemak wangi itu..setelah selesai,kami kembali ke base camp.
menu tenga hari kami kali ini berupa ikan tengas goreng,masak kunyit bersayurkan pucuk rotan..untuk ulam makan, kami mengunyah daun gelugor cicah garam @ makan bergitu sahaja..kami menunggu waktu malam untuk berburu kancil dan binatang lain,kerana berburu diwaktu siang amat payah,bila malam banyak binatang keluar,lebih-lebih lagi bila hujan berhenti..

selepas solat isyak kami ke tpt berburu,..hanya kami berlima sahaja,abg man,abg heri , abg don,naject dan aku3 bukit kami redah,tapi xnampak kelibat seekor binatang pun,
sesampainya di satu lembah,kami ternampak kancil..jarak kancil dan kedudukan kami hanya 3meter sahaja..."DAMMM..."bunyi tembakan yang dilepaskan oleh abg don..rebah menggelupur kancil itu,setelah disembelih,kancil itu diletakkan di dalam plastik dan dimasukkan kedalam beg yg digalas naject...
kami meneruskan usaha mencari..sampai pukul 11 malam,hanya 2ekor sahaja rezeki yg kami dapat..dalam kepenatan meredah hutan..tiba-tiba naject bersuara supaya berhenti..kami berempat berhenti."weh,kancil bergerak kat dalam beg la.."ucap naject..
"kan dah kena sembelih,lagipun kepala dah bersepai kena peluru tabur td.."kata abg,man..
aku tak berpuas hati dengan jawapan yg diberikan abg man sebentar td,lalu aku membuka beg galas tersebut..bila buka sahaja..kancil itu meloncat keluar..diiringi hilaian mengerikan yg kuat di atas pokok yg entah mana datangnya..
dengan leher yang terkulai,kancil itu meloncat-loncat hilang dari kegelapan..muka aku pucat lesi,ditambah pula dengan hati yg rasa xsedap..kami bergegas balik ke base camp dengan tangan kosong..kami mendiamkan diri tentang kejadian tadi,takut-takut mengganggu emosi rakan-rakan yg lain..

Bila sampai ke base camp..ade cerita yg lain tengah menunggu kami..rupa-rupanya..rakan kami terdengar lolongan yang kuat..dari arah kawasan tempat kami memasang perangkap pagi tadi..hilang penat aku,mendengar kisah dr rakan yg lain,aku abg,don dan naject ke tpt tersebut..selaras senapang dan masing-masing mengenggam parang..menuju ke sana..

setibanya kami bertiga..apa yang kami lihat,habis hancur dan patah lunyai perangkap kami..aku terlihat darah yg memercik dimerata-rata.."ini bukan kerja orang"balas abg don..kami mengikut jejak darah terbabit..apa yg kami jumpa..seekor harimau yg besar..
mati dengan badan hampir putus,..sungguh mengerikan..perasaan aku jadi panik..dah rasa macm nak menjerit pun ada,tp aku tahan takut kantoi...
aku disuruh stay point..duduk kat situ sampai abg don kembali,kerana dia nak ikut jejak laluan yg baru..mungkin jejak makhluk yg melolong td..
aku lihat sekeliling kawasan dengan bantuan lampu suluh..abis terang kawasan akibat pergaduhan itu..ada beberapa pokok sebesar betis tercabut,...aku lihat di tanah..apa yg aku nampak ialah tapak kaki harimau dan tapak kaki seperti manusia tapi bersaiz besar..tak silap aku lebih 20 inci kut atau kurang..bila abg,don kembali dari celah semak..dia dengan muka cipan,menyuruh pulang ke base camp..

Tekaan aku betul kali ini..bila diceritakan oleh abg don..satu makhluk besar spt orang tetapi berbulu..iaitu bigfoot!!!!(andaian dia yg kami percaya sampai sekarang)..tinggi dan besar..dia ibaratkan binatang tersebut seperti bigshow yg berbulu..fuh dasyhat penangan wwe kat kampung aku ni,abis orang tua kt kg aku kena tipu ngan rancangan wwe ni..
diceritakan oleh abg don..bilatang itu tak langsung mengeluarkan bunyi semasa meredah semak hutan..hanya dengusan kecil...malam itu kami tidur dan berjaga bergilir-gilir..untuk menunggu waktu esok..

esoknya..pagi-pagi lagi kami mengemas barang untuk pulang,kami tak mahu kejadian yang sama berulang,..kami sepakat untuk berburu di hutan lain sahaja dan berdekatan sahaja bila tiba di rumah nanti..
bila sampai dirumah..kami pulang dengan tangan kosong,tetapi dengan pengalaman yg mengerikan..

minggu depan kami bercadang akan ke hutan lembah pula untuk berburu,dikhabarkan hutan itu terdapat kawasan kampung lama sebelum era perang lagi,masih ada kesan peninggalannya seperti tangga batu surau,pokok buah-buahan,kubur lama..tetapi memang banyak binatang buruan disana..

bersambung........
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: (koleksi dari pengalaman sebenar)Rezeki


ADVERTISEMENT