GuaAnakMelaka Publish time 24-10-2012 04:47 PM

CERPEN : Lambaian Kaabah

   CERPEN : Lambaian Kaabah

               “Fitri…..Adha….mari tolong ummi…”pintaShafiah .

Kedua-dua anak kembarnya yang baruberusia empat tahun berlari ke dapur …

“Ummimasak apa ?”ujar Fitri dan Adha serentak.

“Ummi masak Nasi Kerabu…”balasShafiah.

         Shafiah adalah ibu tunggaldan membesarkan kedua-dua anak tanpa suamitersayang.Suaminya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika Shafiahmengandungkan anak kembar.Mengikut wasiat suaminya ,Amirul Fitri dan AmirulAdha adalah nama yang mahu diberikan kepadaanak-anak.Shafiah hanya tahu nama yangdiinginkan suaminya apabila membaca diari arwah suaminya.
            “Sue…..mengapa tak nak kahwin?dah empattahunAffanmeninggal ..”Tanya ibunyaHajjah Aisyah padasatu petang.“Entahlah mak….Sue masih tidakdapat melupakan abang…”jawab Shafiah yang membahasakan diri Sue kerana dia adalah anakbongsu.Itulah nama panggilannya sejak kecil.

“Sue..yang pergibiarlah pergi….kita bina hidupbaru bersama suami baru” balas ibunya.Shafiah tidak menjawab,matanyaberkaca…

            “Sue….boleh tak kita jadi suami dunia dan akhirat?”Affan bertanya pada satu malam.“Abang…itulah doa Sue setiap hari….Sue mahu kita bahagia dunia dan akhirat..”balas Shafiah.“Tapi….jika abang meninggaldahulu,kemudian Sue kahwin lain…adakah kita akan bertemu di akhirat?”Tanya suaminya.

            Shafiahmasih teringatayat-ayat tersebut dan sentiasa terngiang-ngiang di telinganya.Amat sukar untuk membuat keputusan.Usiayang masih muda,masih bergetah kata orang.Shafiah jugamemikirkan kedua-dua anaktiada kasihsayang seorang ayah…Jika berkahwinlagi,sekurang-kurangnya anak-anak mendapat kasih sayang seorangayah walaupun bergelar ayah tiri…


            Bergelar seorangusahawan dan sentiasa ke sana sini amatmemenatkan.Mujurlah ibunya tinggal bersama danmenguruskan Fitri dan Adha dengan baik.Hanyahujung minggudapat memasak,membawa kedua-dua anakberjalan-jalan.


          Setiapbulan Shafiah akan membawa Fitri dan Adhamenziarai pusara ayahanda mereka.Kedua-dua anak sering bertanya persoalan sejakkecil“Mengapa ayah duduk dalam ni?” ,Shafiahhanya mengalirkan air mata dan tidak mampu menjawabnya…
               “Nama apa?”ujar seorangdoktorketikamembuat pemeriksaan diwad Hospital Besar Melaka.

“Shafiah…..”jawabnya lemah.Shafiahdimasukkan ke hospital akibatstressmelampau,tidak menjaga
pemakanan dan kurang tidur.Beratbadannya hanya 38 kg berbanding 50 kg sebelumnya.


         Tiga bulanShafiahterlantar di hospital dan masa dihabiskandengan membaca dan berbualdengan juru rawat.


         Shafiahmengalami tekanan perasaan yang amat beratakibat dikecewakan tunangnya.Ketikakadperkahwinan sudah diedarkan,tunangnya mengambil keputusan memutuskanpertunangan dan berkahwin dengan orang lain setelah ditangkap khalwat di sebuahhotel.Keputusan drastiktersebut telahmenyebabkanShafiah mengalami tekananperasaan,berasa malu dan amat sakit hati.


         “Doktor…….”Shafiah menyapa ketikamenunggu giliran mengambil paspot.

“Ha…….kita pernah bertemu ke?”jawabAffan.

“Ya….doktor yang merawat danmemeriksa saya ketika di Hospital Besar Melaka”.balasShafiah.

“Ooo….maafkan saya..ramai sangatpesakit di hospital..saya pun tak ingat…”balas Affan.

            Setelah selesaiurusan di pejabat Imigresen,Shafiah dan Affanmenjamu selera di restoran berhampiran.

      “Doktor anak berapa?” Shafiahmemulakan bicara.

“Hah?isteri pun belum ada,bagaimanaboleh ada anak?anak tekak adala…”balas Affan selamba.

“Maaf..saya ingatkan doktor dahberkahwin…”kataShafiah.


         Perbualan ringkas tersebutadalahsejarah awal hubunganShafiah dan Affan.Shafiah yang masih kecewadan sedih kerana perkahwinannya batal akibatperbuatan tunangnyamasih belum dapat menerima mana-mana lelaki dalam hidupnya.Setelah keluar hospital,Shafiahbanyakmelancongdalam dan luar negara menenangkan fikiran.

      Shafiah menganggap Affansebagai seorang teman dan seorang yang banyakberjasa dalam hidupnya.Ketika Shafiah enggan makan ubat ketika dihospital,Affan memujuk “Saya bagi kamu dua pilihan,makan ubat atau saya tukardengan taik kucing….”.Jururawat yang berada di sisiShafiah tersenyum mengejek.Shafiah yang amat malu dengan pujukan doktortersebut terus menelan ubat.


   “Doktor…..boleh…?”ujar Shafiah di Tasik Titiwangsa.

“Boleh tak jangan panggil saya doktor…panggilAffan je…”pinta Affan.

“ok..ok….Affan…I nak tanya u sikitboleh tak?”tanya Shafiah.

“erm….apa ?”balas Affan

“Why u still not married?”Shafiahmenduga.

“Long story………….i want to forget thepast……”jawab Affan ringkas.

          Shafiah pun menceritakan segalanya.Kisah manis bersama tunang tersayang danbagaimana dia boleh masuk ke hospital.Affanmendengar dengan penuh minat.Tiba-tiba mata Affan berkaca.

       “Why uarecrying?”Tanya   Shafiahkehairanan.

“Sebenarnya……sebenarnya…..”Affanmenghentikan bicara,lantas masuk ke dalamkeretadan meninggalkan Shafiah termangu-mangu kehairanan.

            Selepas pertemuan diTasikTitiwangsa ,Affan tidak menjawab panggilan dan sms dari Shafiah.Setahun berlaludan Shafiah mencariAffan di tempat kerjanya,namun pihak Hospital memberitahu Affan sudah berhenti dan telahmembuka klinik sendiri di Kuala Lumpur.

            Pada satu malam di tengah malam ,Shafiah mendapat sms berbunyi “ Sue…adakah Sue percaya dengan jodoh?”.Shafiah agakterperanjat kerana ia sms dari Affan.

         Shafiah membalas “Ya..kerana jodoh ituketentuan Allah…”balas Shafiah.Telefon tidak berbunyi lagi dengan sms…..Shafiah menutup telefon bimbit dan tidur.

      “Assalamualaikum…………Assalamualaikum……….”terdengarucapan salam dari luar rumah.

HajjahAisyah ibu Shafiah menjawab salam dan membuka pintu.Affan bersama adik beradik,ibu bapa masuk ke rumah dan memberitahuhajat merekadatang merisikShafiah.

         “Sekejap…..anak bongsu saya masih dikatilnya..maklumlahhari minggu…”jawabHajjah Aisyah.Setelah mandi dan bersiap,Shafiahagak terperanjat dengan kehadiranAffan dan keluarga untuk merisik.

      “La….mengapa Sue tak beritahu Mama yangSue dah lama kenal Affan…”kata ibunya.

“Sue …Sue……….”Shafiah menjawab danmenarik nafas panjang.
            Hari bahagiamuncul.Shafiah dan Affan disatukan danberbulan madu di Singapura.

“Sue…Sue tahu tak mengapaAffan menangisketika pertemuan terakhirkita di TasikTitiwangsa?”ujar

Affan pembuka malam pertama dihotelRaffles.Sue hanya tersenyum sambil menjeling manja.

“SebenarnyaAbang tidak sangka,yang kita berada dalam titian yang sama..”Affan memulakan kisah.

“Apa?Sue tak faham…..”balasShafiah.

“Jika Sue dikecewakan kerana tunangtersayang ,begitu juga Abang…dan gadisyang merampas tunang Sue adalah bekas
tunangAbang…”Affanmenjelaskan diiringi airmata….

            Affan dan Shafiah salingberpelukan dan menangis.Itulah ketentuan Allah…

Malam pertama disulami air mata,namun ia bukanpenghalang suami isteriberasmaradana sebagai pengantin baru…


    “AmirulFitri..Amirul Adha..ummipergi jauh tau..jangan nakal-nakal ..tolong nenek kat rumah”

Ujar Shafiah di KLIA ketika mahubertolakuntuk mengerjakan ibadathaji.Walaupun masih muda,Shafiah

mahumenunaikan ibadattersebut kerana sudah layak dan mampu.Fitri dan Adha yang baru empat

tahunhanya mengangguk-angguk apabila ibu mereka meninggalkan pesanan.


               “Sue…kau ni muda lagi dah nakpergi haji?”ujar teman baiknya Rosnah.

“Ros….kita tidak tahu umurkita..bila dah wajib,tunaikan…sekarangi umur 32 tahun,masih muda dan kuat..kalau umur 80 tahun baru nakpergi..nak jalan pun dah tak larat..”panjang lebarShafiah menjelaskan..Rosnah hanya tersenyum…   

          Shafiah mengalirkan air mata ketika menjejakkan kaki kali pertama di bumi Mekah.Doa dipanjatkan “YaAllah..jadikanku danAffansuami isteri dunia dan akhirat..aku amat mencintainya..”

Itulah doa yang sentiasadipanjatkan kepada Rabb…


    “Berita terkini……10 jemaah haji dari Malaysia maut apabila berlaku rempuhan besar ketika umat Islammenunaikan tawaf di Mekah.MenurutKetua Jemaah Tabung Haji,senaraidangambarmereka yang terkorban adalah…”BeritaTerkini TV3 sedang bersiaran.

“Nek…nek……..gambarummi dalam tv”Adhadan Fitri memanggil neneknya di dapur.

“Ya Allah!Ya Allah! Innalillahwainna rajiun……………………ummi dah tiada lagi….anakku Shafiah....Ya Allah..Ya Allah.....”Hajjah Aisyah memeluk kedua-dua cucunya ilimpahi air mata kesedihan….

                     Setelah Shafiah dikebumikan di Mekah selama 6 bulan,mayatnya dipindahkan sebelah suaminya...ini adalah mengikut wasiatnya mahu kuburnya di sebelah arwah suami agar memudahkan anak-anak menziarahi kubur ibu bapa .


“Nek..mengapa ummi tidur sebelah rumah ayah?”Tanya Fitri dan Adha serentak di tanah perkuburan Islam MasjidTanah Melaka.
“Ummi sayangkan Ayah…”balas Hajjah Aisyah sambil merembes…


                                           ~~TAMAT ~~

                     HAKCIPTATERPELIHARA SAAT SULAIMAN AL-HAJJ 2012.      
Last edited by GuaAnakMelaka on 24-10-2012 06:01 PM

khaizarina Publish time 24-10-2012 05:27 PM

Bukan ke kalau meninggal di mekah akan dikebumikan disana? Cemana plak boleh kubur kat melaka?
Sorry...just my 2 cent....

GuaAnakMelaka Publish time 24-10-2012 05:34 PM

khaizarina posted on 24-10-2012 05:27 PM static/image/common/back.gif
Bukan ke kalau meninggal di mekah akan dikebumikan disana? Cemana plak boleh kubur kat melaka?
Sorr ...

ada 3 pilihan jika meninggal di Mekah :

1.Kebumi di Mekah namun hanya 6 bulan sahaja,kemudian dipindahkan ke tempat lain (luar Mekah )

2.Kebumi di manakeluarga / waris mahukan.Contohnya jika mahu dikebumi di Malaysia,jenazah akan dihantar ke Malaysia.

3.Kebumi di Mekah selama 6 bulan dan mohon dipindahkan ke negara asal.

Kalu mahu detail,boleh tambah dalam cerpen..

"setelah Shafiah dikebumikan di Mekah selama 6 bulan,mayatnya dipindahkan sebelah suaminya...ini adalah mengikut wasiatnya mahu kuburnya di sebelah arwah suami agar memudahkan anak-anak menziarahi kubur ibu bapa ....."

Thanks 4 question...

ini dah macam soal jawab agama la pulak ;P;P...





khaizarina Publish time 24-10-2012 05:38 PM

Oooooo yer ke....baru tau... Tq2 ilmu baru ni

GuaAnakMelaka Publish time 24-10-2012 05:42 PM

khaizarina posted on 24-10-2012 05:38 PM static/image/common/back.gif
Oooooo yer ke....baru tau... Tq2 ilmu baru ni

aku pun x taw....tp sebab aku pernah berada di Mekah dan tengok pekerja2 Bangla gali kubur di Ma'la Mekah...


so aku pun tanya depa..itulah jawapan yg depa bagi...

juta2 org meninggal di Mekah setiap tahun,mana nak muat....

yg dikekalkan cuma kubur isteri Nabi,saudara mara Nabi ,sahabatNabi ,pembesar dll..

org awam cam kita ni ikut cam jawapan atas tue...

GuaAnakMelaka Publish time 25-10-2012 12:26 AM

70 views just one comment?

plz rate this cerpen..................like or unlike doesnt matter...here is democracy...

Nape?Tak caye? Publish time 25-10-2012 01:25 AM

SAAT SULAIMAN ..c:Dam nama kawan aku jer..SAAD SULAIMAN...adakah engko orang yang sama

GuaAnakMelaka Publish time 25-10-2012 01:34 AM

Nape?Tak caye? posted on 25-10-2012 01:25 AM static/image/common/back.gif
SAAT SULAIMAN ..cam nama kawan aku jer..SAAD SULAIMAN...adakah engko orang yang sama

ejaan pun x sama....dah tentu lain orang............

http://2.bp.blogspot.com/-MzjdOKNNBNM/UIgmkUJxlyI/AAAAAAAALfE/DbJQ008Sw_Y/s1600/cover_usahawan-320x490.jpg

Nape?Tak caye? Publish time 25-10-2012 01:38 AM

GuaAnakMelaka posted on 25-10-2012 01:34 AM static/image/common/back.gif
ejaan pun x sama....dah tentu lain orang............

{:mlmonkey:} heheheh..pendek nyer cerita pendek ko.......
tp oklah .. boleh tahan...

GuaAnakMelaka Publish time 25-10-2012 01:43 AM

Nape?Tak caye? posted on 25-10-2012 01:38 AM static/image/common/back.gif
heheheh..pendek nyer cerita pendek ko.......
tp oklah .. boleh tahan...

hahaha..nak panjang ,baca novel..................;P;P

awanjingga Publish time 25-10-2012 09:32 AM

ooo baru tahu juga...

kalau perempuan kahwin lebih dr sekali kat dunia , kat akhirat dia masih boleh pilih suami dia kan..

yg terbaik sekali kan..

starbee Publish time 25-10-2012 10:40 AM

pasni tt buat cerpen panjang sikit ek... tak puas bace...

GuaAnakMelaka Publish time 25-10-2012 02:59 PM

starbee posted on 25-10-2012 10:40 AM static/image/common/back.gif
pasni tt buat cerpen panjang sikit ek... tak puas bace...

cerpen mana ada panjang........

tu aku dah mula tulis novel...................selamat membaca!

mute Publish time 23-1-2013 03:17 PM

{:thumbo sedih dan padu hehehe

GuaAnakMelaka Publish time 31-1-2013 10:05 PM

mute posted on 23-1-2013 03:17 PM static/image/common/back.gif
sedih dan padu hehehe

Thanks...........{:mlXD:}{:mlturn:}

mute Publish time 4-2-2013 08:16 AM

GuaAnakMelaka posted on 31-1-2013 10:05 PM static/image/common/back.gif
Thanks...........

button LIKE xde ai LIKE jugak lar...{:thumbo

GuaAnakMelaka Publish time 6-2-2013 09:20 PM

mute posted on 4-2-2013 08:16 AM static/image/common/back.gif
button LIKE xde ai LIKE jugak lar...

{:mlbye:}{:mlhi:}

Zamzam2013 Publish time 1-7-2014 11:14 AM

huhuhuhu... pendek tp sgt padat... sedihnya... congrats TT...

ladyFinger12 Publish time 1-7-2014 12:32 PM

Penulis dan affan berpisah tiada.... ;P
Anyway, nice certot. :D

GuaAnakMelaka Publish time 1-7-2014 04:43 PM

ladyFinger12 posted on 1-7-2014 12:32 PM static/image/common/back.gif
Penulis dan affan berpisah tiada....
Anyway, nice certot.

tQ 4 reading...............



Pages: [1]
View full version: CERPEN : Lambaian Kaabah


ADVERTISEMENT