yipun_78 Publish time 24-10-2012 07:49 AM

Penguatkuasa Kastam - Perlu senjata canggih

Perlu senjata canggihOleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my
http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_email.gif http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_print.gif http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_bmark.gif http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_txbig.gif http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_txsmall.gif http://www.hmetro.com.my/myMetro/Images/ico_komen.gif



PEGAWAI penguat kuasa Kastam Diraja Malaysia perlu dibekalkan senjata lebih canggih bertujuan mempertahankan diri kerana sentiasa terdedah kepada situasi bahaya.
Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) yang mencadangkan perkara itu berkata, beberapa kejadian pegawai penguat kuasa Kastam ditembak yang pernah berlaku sebelum ini menunjukkan keselamatan mereka sentiasa dipertaruhkan.
“Mereka (pegawai penguat kuasa kastam) tidak dilatih dalam keadaan kesiapsiagaan mempertahankan diri dan kekhuatiran kita senjata yang digunakan sekarang sudah ketinggalan zaman dan boleh menyebabkan kecederaan serta menyebabkan kehilangan nyawa kepada pegawai terbabit,” katanya ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, semalam.
Sehubungan itu katanya, kerajaan juga perlu menyediakan peruntukan bagi mewujudkan program latihan mempertahankan diri dan mengendalikan senjata kepada pegawai penguat kuasa kastam untuk mempersiapkan mereka terhadap sebarang situasi kecemasan.
Dalam sesi sama, Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) memohon kerajaan mewujudkan satu sistem yang lebih berkesan untuk memantau aktiviti pengendalian kontena di pelabuhan negara bagi memastikan operasi pungutan cukai dilaksanakan pihak Kastam dengan lebih teratur.
“Perkhidmatan Kastam antara agensi utama terbabit dalam mengutip cukai untuk pendapatan negara dan saya mohon perkhidmatan ini terutama dalam usaha mengutip cukai dikemas kini untuk memastikan kita tidak kehilangan cukai harian yang begitu banyak,” katanya.


Sementara itu, kerajaan turut disarankan menubuhkan tabung khas bagi membantu mangsa kebakaran terutama kepada mereka yang berada di kawasan luar bandar.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/24

manusia biasa Publish time 26-10-2012 10:58 PM

bullet proof vest dan RPG ok dah

yipun_78 Publish time 29-10-2012 05:35 PM

manusia biasa posted on 26-10-2012 10:58 PM static/image/common/back.gif
bullet proof vest dan RPG ok dah


ada mende canggih tapi x reti guna atau xde skill payah gak kan? :loveliness:

Al-Patih Publish time 3-11-2012 05:41 AM

nak kontrak beli senjata kot

shahbp Publish time 7-11-2012 11:17 PM

HMM.. ZAMAN DAH MAJU KE DEPAN.. TAK KIRA KASTAM KE APE KE... SEMUA KENA DIPERMODENKAN...

uboat Publish time 17-11-2012 12:21 AM

latihan pun kena modenkan juga..
Pages: [1]
View full version: Penguatkuasa Kastam - Perlu senjata canggih


ADVERTISEMENT