iskadar2004 Publish time 5-10-2012 05:15 PM

sila komen, testing cerpen; Sebuah Keredhaan by Encik Ais Kacang

ASSALAMUALAIKUM WBT
buat kawan2 dan sesiapa je... Banyak kejadian2 uang berlaku dalam dunia disekeliling kita ini telah mendorong kita untuk melakukan sesuatu, dan salah satunya, mendorong aku untuk menyambung kembali, hobiku yang sekian lama ku pendam. dan kali ini aku cuba beranikan diri untuk mengePOSkannya di ruang facebook ini.

SILA BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG PENULISAN SAYA

dan walaupun penulisan ini agak panjang, harap anda setia melayaninya dan ribuan terima kasih saya ucapkan...


jadi terimalah...

SEBUAH KEREDHAAN (by Encik Ais Kacang)

Hidup ini memang sukar. Mengapa kita perlu sensitif dan melenting bila orang menyatakan sesuatu yang hakikat tentang kita? Adakah kerana ia terlalu peribadi, atau adakah ia mengingatkan kita bahawa jalan yang dipilih itu adalah terpesong,atau menyedarkan betapa hinanya tindak tanduk kita itu?
Mungkin…..

Aku sedar siapa diri aku. Aku terkandas dalam sebuah lubuk,dalam mengenal identiti diri aku. Walau secara fizikalnya, orang melihat aku seorang lelaki yang sempurna,namunaku tidak lah sebegitu.
                Realitinya aku, ramai yang mengata aku hensem. Ramai gadis yang ingin mendapingi aku. Tapi entahlah. Aku cuba untuk itu, aku cuba untuk menjadi biasa, namun aku tidak boleh kerana aku diluar dari kebiasaannya.

*****

                Lembaran kenangan aku, perkenalan aku dengan Encik Badrul telah mengubah hidup aku. Dia yang ku sangka seperti bapa sendiri dan sering aku rujuknya sebagai pembimbing aku dalam membentuk kerjaya, rupa-rupanya mempunyainiat lain yangtersendiri.
                “Papa, andai dikau masih hidup, pasti aku tidak sebegini. Aku benci diriku ini.”

                Hajat dihati, ingin ku serah keterunaan aku pada insan yang kucintai setelah sah berijab wali. Tapi syaitan bertopengkan manusia itu telah memusnahkan aku. Mama yang mempercayainya, untuk aku bermalam dirumahnya demi untuk memdapatkan bimbingannya, rupa-rupanya satu helah bijaknyasemata-mata.

Oh tuhan, ampunkan aku.
                Tidak ku pinta semua ini. Keimanan aku yang lemah dalam meniti cahaya kehidupan, sehinggakan sungguh mudah ditarik syaitan menuju neraka jahanam. Aku penghuni neraka kah?
Oh tuhan, terimalah taubatku. Padamu aku bersujud.

                Menemui Encik Badrul. Aku tahu tindakan aku ni akan memakan diriku sendiri. Tapi diriku tekad. Hatiku bulat. Aku tidak mahu lagi bergelumang dalam hidup yang penuh noda. Aku mahu menemui dan mencari sinar hidayah. Aku sedar, engkau adalah tutor aku. Dan dengan keputusan yang ku ambil ini, engkau bisa menggagalkan ku dalam pembelajaran yang ku dalami ini. Bagi aku,aku sedia meninggalkan dunia kampus,sinar duniawi ini demi meniti sinar di alam akhirat kelak.

*****

                Sebulan aku menggangur di rumah. Aku masih belum bersedia untuk keluar melihat dunia. Aku lebih tenang berkurung di bilikku bersujud pada sehelai sejadah usang sambil meniti biji-biji tasbih ditanganku.
Keputusan yg ku ambil ternyata mengguris hati mama kerana harapannya begitu menggunung untuk melihat anak-anaknya berjaya di menara gading. Tapi dalam kesedihan itu, ada sinar gembira. Katanya dalam pelukan memangku tubuhku, itulah kali pertama dia melihat aku bersujud memuji kebesaran ilahi.

Sampai bila aku perlu begini?
Akhirnya,dengan berbekalkan kemahiran yang aku ada, aku cuba mencari kerja, mencari wang untuk aku belajar berdiri atas kaki sendiri. Tetapi dengan keadaan ekonomi sekarang, kemahiran yang aku ada sahaja tidak membawa sebarang erti. Semuanya mahukan kelulusan yang menggunung tinggi.
Terima kasih mama, disaat aku tiada daya, engkau memberikan harapan. Walau mulanya aku hampir putus asa, namun dengan kudrat yang ada, ku kumpul lalu disatukan dengan kekuatan dari ilahi, aku menguatkan semangat, bekerja, memakai uniform,berkhidmat di Seven Eleven.

                Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. Aku mula cinta akan kerjaya ini. Sengaja ku pilih shifbekerja malam, kerana waktu siangnya aku banyak gunakan untuk memburu ilmu di konti-konti jahitan, mengasah kemahiran yang ku ada. Dan syukur alhamdulillah, walaupun masih belum menampakkan cahaya kejayaan, namun aku telah mula bertatih, mengorak langkah-langkah awal berbakti pada masyarakat melalui kemahiran yang aku miliki ini.


                Aku mula seronok, mengambil ukuran di badan, dari anak-anak kecil hinggalah makcik-makcik yang bermulut becok. Kehidupanku sekarang mengingatkan aku betapa penting seorang manusia itu untuk berada diatas garis norma menjadi seorang lelaki yang berpaksikan kesemulajadian yang termaktub.
                Kehidupan di waktu malam, juga mengajar aku untuk menghargai hari-hari mendatang sambil membawa aku melihat ragam manusia yang pelbagai. Syukur padamu tuhan.


                Beberapa hari ini, aku kembali mengingatkan kehidupan silamku,lantaran ada persoalan yang bertubi kearahku bertanyakan persoalan teman kehidupan ku.
                Oh, tuhan. Aku lelaki hina. Adakah teman untuk bersamaku? Sebenarnya,memang ramai yang mahu berdamping denganku walaupun aku berstatus ‘abang cashier seven eleven’. Namun, bagaimana dengan kehidupan silam ku? Aku mahukan seseorang yang boleh menerimaku seadanya aku, dari keadaan diriku, keadaan silam yang pernah aku lalui, dan segala-galanya. Adakah wanita yang boleh menerima semua itu?
                Perkahwinan adalah penyatuan dua insan, yang disatukan untuk berkongsi segenap aspek,yang akan membentuk keturunan manusia yang utuh. Oleh itu, dalam meniti kehidupan itu, aku tidak mahu berbohong. Andaikata, aku berteman, boleh sahaja untuk aku menutup terus lembaran silam masa-masa dulu. Tapiaku bukan manusia sebegitu. Cukuplah aku hipokrit dalam kehidupan di masa gelapku dulu.

Oh tuhan, ketemukan aku dengan seorang wanita yang dapat saling bimbing-membimbing sambil setia mencurahkan cinta sejati antara kami.
                Sesungguhnya, aku yakin akan kebenaran janji-janjimu, setiap makhluk telah diciptakan berpasang-pasangan.

*****

                Malam itu, aku memulakan kerja aku seperti kebiasaannya, dengan hafalan dialog pada setiap pelanggan, “Terima kasih mengunjungi Seven Eleven, sila datang lagi.”

                Ku jenguk ke luar cermin kaca kedai tempat ku kerja, tika itu kira-kira pukul 2 pagi, beberapa orang lelaki bersama seorang gadis keluar dari sebuah kereta. Terhuyun-hayan langkahnya dengan hamburan gelak tawa. Pasti dari berfoya-foya di disko atau kelab-kelab malam berhampiran.. Aku tahu kerana begitulah juga kehidupan silamku dulu. Cuma bezanya pasangan yang ku pilih,juga adalah lelaki.

                Peliknya, seketika kemudian, gadis yang tadinya bersama lelaki-lelaki tadi tidak dibawa bersama sewaktu kereta itu meninggalkan pergi. Dia duduk ditangga sambil bersandar tidak bermaya pada tiang kaki lima.
Ada lelaki-lelaki nakal yang lalu disitu mengusiknya. Tapi aku lihat tiada respon. Mungkin dia terlena kepenatan.
Entah mengapa, aku mula risau. Dalam hatiku mula bergelodak. Mengapa dia bersendirian disitu? Mengapa tidak dibawa bersama lelaki-lelaki tadi? Siapakah yang ditunggunya? Tidak takutkah dia bersendirian diwaktu begini?
                Melihat dia terus diganggu, aku melangkah keluar,mencuitnya dari belakang dan mengajaknya untuk berada didalam, tapi tidak diendahnya. Aku tiada pilihan lain selain terus menjalankan tugasku sambil sekali-sekala menjeling kearah dia.

                Menjelang 5 pagi. Aku mula mengemas untuk pulang. Syif aku telah berakhir dan tempatku bakal diganti dengan teman seangkatan denganku. Sekali lagi aku menjeling ke luar, gadis itu masih disitu.
                Sebelum melangkah pulang, aku merapati gadis itu. Aku kejutkan dari lena untuk memastikan mengapa dia disitu, biar terjawab segala pertanyaanku tadi.
Sebaik matanya mula celik, “Uweek…..”
“Kenapa ni?”; aku mula cemas melihat gadis itu muntah-muntah.
“Tolong, saya pening. Tolong hantar saya pulang.” Ujarnya tidak bermaya. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Suara ini. Suara yang selalu aku dengar suatu ketika dahulu. Aku jadi semakin gelabah .
“Isya?”
Tidak sempat persoalan itu dijawab, dia rebah.

*****

                Gadis itu. Ya, dia memang Isya. Kenalan aku sama-sama sekelas,duduk semeja denganku dimenara gading. Dia gadis yang baik hati yang berasal dari kampung. Dia disenangi oleh semua orang dikelilingnya. Dia amat mudah memberi khidmat nasihat pada semua orang termasuklah junior dan diriku sendiri. Aku tidak lupa. Dia jugalah yang mengajarkan aku untuk menjahit zip pada pakaian.
Semasa di semester 4,dia jugalah gadis yang cuba mendapatkan perhatianku dahulu,namun dia mula menjauhkan diri sebaik mengetahui aku ‘anak ikan’, simpanan pensyarah kami, Encik Badrul.
Itu cerita lama.
                Aku tidak tahu bagaimana untuk membantunya. Dia berhadapan dengan trauma yang maha dasyat. Mungkin lebih dasyat daripada kisah aku. Mujurlah mamaku ada dan selalu menemaninya. Hendak dihantar pulang, melangkah keluar dari bilik pun katanya takut. Bertembung denganku juga membuatkannya meronta-ronta dan meraung-raung.
Isya dirogol.
Cerita mama, malam itu, Isya keluar membeli barang sendirian apabila dihampiri sekumpulan lelaki. Setelah dijampi, beliau terus tidak sedarkan diri dan menurut saja apa yang diperintahkan.
Geram aku mendengar cerita itu. Itulah manusia, insan yang lemah pasti menjadi mangsa dan mudah sahaja diambil kesempatan.

                Seminggu dia menumpang dirumahku. Pagi itu, Isya keluar dari bilik. Dia mencari mamaku. Tapi mama telah ke pejabat. Kemudian, barulah dia bertemu denganku. Pintanya untuk aku hantarkannya pulang. Seminggu sudah buku pelajaran ditinggalkannya.

Ternyata trauma yang dilaluinya amat memberi kesan. Sedang aku memandu, tidak semena-mena dia menjerit, menangis dan menutup muka sehinggakan aku terpaksa menghentikan kereta, mengusap sambil memeluknya bagi menenangkannya. Katanya dia benci setiap apa yang dilihatnya.
                Aku sedih.
Wajah riangnya sewaktu mentertawakan, jahitan zip yang aku jahit dulu sudah hilang. Wajah manjanya sewaktu aku tertawakannya, sudah bertukar menjadi wajah yang penuh dengan ketakutan.
                Aku buntu.
Aku mengajak dia minum. Tetapi dia terus menangis dan ketakutan. Aku tahu, apa yang dialaminya lebih dasyat dari apa yang aku lalui.
                Jika dahulu, aku hanyut dalam arus keseronokan dengan hati yang ku relai, tapi apa yang dia lalui hari ini adalah diluar kerelaannya. Pasti saat-saat ini amat memeritkan untuk dilaluinya.
                Aku bawa dia ke suatu tempat yang selalu ku habiskan, sewaktu aku sedar dan mencari kembali identiti aku yang hilang ketika itu - Balai Seni Lukis Negara.

*****

                Sedar tak sedar, aku rasa aku semakin dekat dengan Isya. Aku rasakan ada sesuatu yang sedang menarik untuk kami bersama. Dan entah mengapa, aku rasakan ada persamaan yang wujud dicelah-celah hari-hari yang telah kami lalui.
Tuhan, inikah suratannya?

Menjemput Isya dari kuliah, tak semena aku bertemu dengan Encik Badrul. Ada jelingan tajam yang cuba menusuk ke dada ku. Tapi tusukan itu dengan mudah sekali aku tepis dek tebal kekuatan iman yang mula aku kumpul. Kisah aku dan Encik Badrul sudah ku kunci dan buang jauh-jauh.
Mungkinkah ada sebuah kisah yang baru?

                Hari ini Isya meminta aku menemaninya ke Balai Seni Lukis Negara.
Kami ke tingkat 2. Tercegat dia melihat, menghayati lukisan itu, hingga tidak sedar yang aku sedang menghayati keindahan wajahnya bersama segumpal kekuatan semangat yang terlukis disitu.

                “Cuba lihat ini,” ujarnya.
“Awak telah membawa saya ke sini hinggakan saya menemui kekuatan dari lukisan ini. Di sini, terlukis titisan air. Titisan air ini, walaupun sedikit, namun ia berkumpul dari titis ke titis, hinggakan membentuk aliran air. Ia terus mengalir, terus kuat dan bersatu sehingga menghanyutkan rintangan yang menghalangnya, untuk terus mengalir hingga ia bertemu alur-alur kecil, sungai, dan hinggalah lautan. Terima kasih Iskandar.”

Perlahan tangannya mencari dan terus menggengam tanganku. Aku lihat ada sinar jernih berkaca, mengalir dari sepasang anak mata itu. Aku tahu mata itu meminta pengertianku.
Aku kesat air matanya dengan tangan kasarku. Pertama kali aku menyentuh pipi seorang wanita. Aku rasa ada kelembutan dan kasih sayang yang menusuk kalbuku. Lantas aku senyum, tanda sebuah pengertian ku berikan.
Perlahan-lahan sebuah keceriaan,gelak tawa yang pernah kami lalui dahulu berukir kembali. Dan kali ini keceriaan itu lebih bermakna.

                Kepada Isya, terimalah aku seadanya aku, kerana aku tetap menyintaimu walau apa jua yang terjadi. Dan belajar lah dikau bersungguh-sungguh,aku disini sedia membantu dan memberi sokongan padamu. Akan ku tunggu saat engkau menggengam segulung ijazah untuk kita hidup bersama dan membina cita-cita kita yang satu; “FARISYA ISKANDAR boutique house”.

Terima kasih tuhan atas apa yang ku alami sekarang. Perlahan,aku dengar bagaikan ada sebuah lagu yg sayup bernyanyi di telingaku.

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata
Yang tak mampu ku ungkapkan kepada dirimu
Aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku
Disetiap langkah yang menyakini ku
Kau tercipta untukku sepanjang hidupku
Mesti waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu
Kau selalu milikku
Yang mencintaimu sepanjang hidupmu

Rupanya ada kisah baru yang sedang berlaku.

kakiputaralam Publish time 5-10-2012 07:41 PM

Baca dari awal..sampai akhir ..tapi masih GAGAL untuk fahami apa yang penulis cuba sampaikan..menunjukkan penulisan agak KABUR,kurang JELAS..penggunaan ayat yang kurang berKESAN..banyak ulangan ayat n perkataan{:questiono

sarizu Publish time 6-10-2012 05:42 PM

plot cerita dh ok
tp ada yg x kena...mcm ada sket belit2 gitu
i bc then tpksa ulang balik utk lebih kefahaman

usaha lagi!
:)

misssakura Publish time 7-10-2012 03:00 PM

okey je jln citernya cuma ayt tu berbunga sngt... kadang2 straight to the point pon okey... sila edit sikit penulisan tu sbb nampak berterabur. makin susah nak baca..

Nicki_Meow Publish time 8-10-2012 03:35 PM

Salam..

Nice storyline but it's too 'rush'. Terlalu banyak di masukkan dalam satu plot sampai susah nak feel.

Macam berlumba keta kat F1 tapi panjang litar cuma 200 meter je... :$   

Jejaka88 Publish time 8-10-2012 05:24 PM

baca koment korang terus....mcm tak best je nk baca..hihi..
maaf jgn marah aku TT

bunga_kekwa Publish time 20-10-2012 10:25 AM

Tahniah. Ada mesej & jalan cerita. Gaya bahasa juga straight forward.

iskadar2004 Publish time 21-10-2012 07:49 AM

hehehe...makan cempedak luar pagar... sayer budak baru belajar.. aperpun thanks for komen. :D

malulah kiter :P
Pages: [1]
View full version: sila komen, testing cerpen; Sebuah Keredhaan by Encik Ais Kacang


ADVERTISEMENT