nurulhawasiti Publish time 1-10-2012 03:23 PM

Cerpen: Laskar Setanggi [U]

Kisah ini telah diterbitkan di http://kembarapoketnipis.wordpress.com. Sila lawat blog pengembara berpoket nipis untuk karya-karya saya yang lain.
_______________________________________________________________________________________________

“Sab, aku tak tahan! aku nak pegi tandas la” Aku bisik pada sab. “Aku nak ikut!” Ujarnya laju. Aku pandang dia, dia beri muka keyakinan padaku. Sudah 10 minit aku menganggung seksa. Seperti 1000 rama-rama Brooke mengepak-ngepak dalam perut. Tegang dari ubun-ubun sampai ketumit. Bertuanya ada kawan yang memahami, sentiasa bersama senang dan susah.

………10 minit sebelumnya……….

Masa berbaki 15 minit sebelum kelas tamat. Che Mie padamkan lampu projektor. Huh! Tak semena-mena perutku mula bergelodak. Makmal komputer itu terbahagi 3 baris dengan setiapnya dua meja bergandingan. Lantainya playwood yang dipasang tinggi sekaki dari lantai asal untuk tujuan pengkabelan. Dan entah bijak pandai mana yang membuat lantai tersebut, strukturnya tak kukuh sehingga bila berjalan lantai berbunyi kreok-kreok. Kadangkala bila waktu ramainya pengguna makmal, bunyi lantai lebih bising dari bunyi mulut. Berjalan sesopan unta pun tetap lantai bernyanyi. Aku duduk dilajur kedua barisan paling kiri. Berganding dengan Sabrina. Tiada pelajar di depan kami. Di barisan tengah selari kami ialah Badek dan Een. Yanti dibelakang Badek dan Nenny duduk dikanannya.

Zaman itu pensyarah masih menggunakan slaid plastik dan projektor cermin. Monitor masih petak-petak besar dan CPU berdiri adalah model baru. Semuanya tak putih tak kelabu tak kuning. Disket 3.5 inci masih sangat relevan. Itulah mulanya cerita ini. Dari disket-disket hitam dan satu berwarna kuning yang bertumpuk di atas meja Che Mie itu.Disket kuning tu kepunyaan Nenny. Mulanya aku sangkakan dia guna disket warna sebab dia memang suka menjadi perhatian. Rupa-rupanya ada muslihat lain. Che Mie telah menutup buku, “Sekarang kita lihat demo tugasan”. Aku terus berdebar-debar. Aku sangat percaya pada gerak hati, kalau aku berdebar luar biasa, adalah hal yang tak kena akan terjadi. Che Mie bermuka lembut dengan janggut sejemput. Sayangnya sejuk senyum Che Mie langsung tak membantu. “Kita buat cabutan bertuah!” Ujar Che mie lagi. Che Mie pandang seluruh kelas. Aku pandang Sab, Sab pandang aku kelat. Aku pandang Badek, Badek pandang aku payau. Aku pangang Nenny, Nenny pandang tepat pada disket kuning atas meja Che Mie. Een dan Yanti buat-buat sibuk pandang desktop monitor yang berlatar biru. Kami semua tahu, bahana kalau-kalau Che Mie mancabut disket kami.

Tugasan kami membina satu aplikasi mudah mirip Ms Paint. Aplikasi tersebut harus mampu melukis bentuk-bentuk 3D geometri asas. Dan bentuk-bentuk itu juga harus boleh ditranslasikan dengan translasi-translasi mudah. Penskalaan, putar, pantulan, gerakkan dan salinan. Sejujurnya, kami masih dalam kejutan budaya.

Semester pertama dalam major Komputer Grafik. Masuk kelas Pemperosesan Imej kejutan budaya, masuk kelas Grafik Lanjutan juga kejutan budaya. Sungguh-sungguh banyak kejutan dalam dua minggu kuliah. Dan inilah tugasan pertama yang diberi Che Mie pada hari pertama kelas. Rupa-rupanya semua pensyarah pon memberi tugasan pada hari pertama. Manalah kami tak terkejut! Pensyarah-pensyarah itu semua tahu, kami sudah 3 bulan tak berjumpa. 2 minggu kami belum tentu habis bercerita kisah-kisah klasik dan mistik sepanjang cuti, tapi mendadak kami diberi tugasan. Manalah kami punya cukup masa!

Che mie dengan penuh bergaya, mengambil salah satu disket dari timbunan disket-disket. Aku nampak Nenny tersenyum. Pelik, cuma Nenny saja yang tak berwajah tegang. Sab aku lihat separuh pucat. Badek asyik-asyik garu kura tangannya. Een asyik-asyik betulkan tudung, Yanti pula main-main dengan pen. Aku sendiri berdebar tak keruan. Kali pertama demo tugasan didepan kelas.”John Lim!” Che Mie pandang John. 500 ekor rerama Brooke keluar dari perutku. John dengan sengih-sengih bangun. Sempat John membetulkan rambutnya. John kedepan dan melakukan demo. Wah!!!! aku kagum dengan John.

Hari itulah mulanya aku kenali John. Dia mula bermain dengan komputer sejak kanak-kanak. Menulis aturcara Basic pertama kali semasa 9 tahun! Semasa tingkatan 4, dia menjual perisian semacam buku latihan peperiksaan pada kawan-kawan sekolah. Untungnya dia tak lokek dan tak sombong. Selalu bersedia menjadi guru tak rasmi. Cuma satu hal saja yang aku selalu geram dengan dia. Dengan bermodalkan A1 dalam subjek Bahasa Melayu SPM, dia selalu merasa diri pakar bahasa – tak pernah mahu kalah dalam memilih perkataan – walaupun selalu kedengaran janggal. Suatu hari dia menelifonku cuma untuk memberitahu dia keberatan memanggil aku Hawa, dia mahu panggil Siti. Katanya lagi nama Hawa tak bagus. Aku desak alasannya, dia kata esok dia akan beritahu sebabnya. Esoknya, dia bawa aku ke hujung kelas lalu dia berkata, “Tahu tak? Hawa tu…” Dia menghulurkan dua tangan terbuka kepadaku, laksana seorang putera mengalu-alukan seorang puteri. Aku senyum. Dia terus menggerakkan tanggannya hingga menunjuk satu objek hampir kuboid yang terlekat di bahagian atas dinding. “Seperti Hawa dingin!”. Aduhhh..

Zzzzzzzzzzztttttttttttt………… sambung balik cerita asal http://s1.wp.com/wp-includes/images/smilies/icon_wink.gif?m=1129645325g

John dengan bangganya menunjukkan hasil inteleknya. Canggih, bukan saja tranformasi-transformasi asas, malah John memberi lebih dari apa yang diminta. John memberi warna pada objeknya, boleh pilih warna multak atau warna gradient. Ada pula kesan cahaya pada objek supaya jelas kesan 3D. Huh! Menyesal pula aku tak segera beli buku OpenGL. Maklumlah, zaman tu untuk capaian internet masih perlu beratur panjang. Perlu cop mengecop. Kalau berduit bolehla ke Cyber Cafe, RM5 sejam. Lagipun, baru 2 minggu kuliah, manalah ada duit! Yang banyak cuma alasan, percuma lagi!

John selesai, Che Mie senyum puas hati. Kawan-kawan senyum cemburu. Melihat prestasi John yang sangat cemerlang, aku tak dapat bayangkan jika aku yang terpanggil kedepan. Musibah besar! Tiba-tiba kulihat muka che Mie jadi sangat menakutkan. 500 ekor rerama Brooke masuk kembali keperut ku, setiap ekor membawa satu kepompong yang sedia untuk menetas sebagai rerama dewasa. Ketika dia mencapai disket lain, aku rasa seolah-olah merasakan Che Mie sengaja membuat gerakan perlahan. Masa separuh beku. Aku tak senang duduk. Jantung berdetap sangat laju, mungkin lebih 160 per minit. Ahhh.. aku tak dapat lagi menahan tekanan. Cik Mie berlakon seolah-olah dia adalah tetamu VIP yang mencabut hadiah utama sebuah kereta. Seolah-olah dia di pentas utama yang berhias indah. Seolah-olah dia diapit dua gadis genit yang seorang memegang kotak cabutan dan seorang lagi memegang replika kunci kereta. Nyatanya, hanya dia yang seronok dengan keadaan itu. John duduk bersandar tak acuh. Sekeping disket telah ada di tangan Che Mie. Aku lihat Nenny senyum lagi. Ishhh.. makin aku tak faham dengan Nenny. Inilah kemuncak paling seram – ketika nama hendak disebutkan, sampai berdiri bulu tengkok. Macam menunggu hukuman maut dari hakim saja. 500 kepompong menetas serentak. Mulut Che Mie bergerak tapi seolah-olah tak berbunyi. Sebenarnya otakku yang secara psikologinya tak sanggup mendengar suara Che Mie lalu menghantar signal pada telinga supaya menuli.

“Amir Hamidi!” Ahhhhh…… aku separuh lega. Persembahan Amir adalah yang paling ditunggu-tunggu. Bermula dari hari itu hingga tamat semester, Amir sentiasa mengagumkan. Che Mie tak pernah kering air mulut memuji Amir, itu Amir, ini Amir, cuba jadi macam Amir, seganlah sikit dengan Amir. Amir, Amir, Amir. Amirlah buah hati semua pensyarah. Amir sangat ajaib. Sekiranya diri Amir boleh diterjemahkan dengan lagu – lagu When You Say Nothing At All adalah paling cocok untuknya. Sangat-sangat aku mahu menyaksikan Amir mempersembahkan keajaipannya, tapi aku tak mampu mengulangi saat-saat tadi. Cemas bukan main-main. Dalam keadaan cemas bukan main itulah, aku dapat idea paling genius! Ternyata Sab sedia mendokong aku. Kami menunggu waktu paling sesuai.

Ketika Che Mie dan seisi kelas sedang mengkagumi Amir, kami senyap-senyap bangun. Badek memandang kami, “Mana?” dia berbisik. “Tandas!” aku menjawab dengan mulut tanpa suara. “Nak ikut!” Badek sedia untuk berdiri. “Tak boleh! ramai sangat nanti Che Mie perasan!” Agak kuat sebenarnya bisikan Sab. Aku jadi khuatir. Badek seperti budak kecil yang terpaku kerana dimarahi guru pertama kali. Dia akur lalu duduk kembali. Aku dan Sab berjalan separuh laju. Lantai makmal mengkhianati kami. Kreok-kreok tak menentu. Canggung saja bunyinya. Janganlah Che Mie tahan kami, aku doa berulang-ulang dalam hati.

………………………………………………………………………………………………………10 minit “menyorok” dalam tandas, aku dan Sab kembali ke makmal dengan muka pura-pura tak bersalah. Aku merayu pada Che Mie untuk ambil semula disketku. Aku janji akan hantar semula dalam masa 3 hari. Sungguh-sungguh malu kalau Che Mie lihat hasil kerjaku yang jauh dari sempurna. Nenny melintasiku, aku memandangnya tegang dan pelik. “Itulah, lain kali pakai disket warna, tak payah debar-debar tunggu Che Mie baca nama!” ujar Nenny sambil ketawa._______________________________________________________________________________________________
Kisah ini telah diterbitkan di http://kembarapoketnipis.wordpress.com. Sila lawat blog pengembara berpoket nipis untuk karya-karya saya yang lain.


Last edited by nurulhawasiti on 1-10-2012 04:31 PM

ladyFinger12 Publish time 1-10-2012 04:09 PM

guna disket lagi ke? :o

anyway... bleh tak jarakkan perenggan? senang skit nak baca. terima kasih

nurulhawasiti Publish time 1-10-2012 04:31 PM

ini cerita zaman purbakala

wasap Publish time 1-10-2012 06:14 PM

flashback ke ni? teringat zaman2 kat kolej dlu.. disket ohh disket.. hehehe

sarizu Publish time 1-10-2012 08:03 PM

Best,...tp mcm x siap...x puas bc...

Anyway tkenang zmn2 dsket + presentation dolu2...fuhhh bleh blah
X lupa bunyi printer yg besr gedabak! Hbs 1 alam!

ladyFinger12 Publish time 2-10-2012 10:10 AM

sarizu posted on 1-10-2012 08:03 PM static/image/common/back.gif
Best,...tp mcm x siap...x puas bc...

Anyway tkenang zmn2 dsket + presentation dolu2...fuhhh bleh...

Sari pun dok zaman disket eh? Disket saiz besar ke kecik? ;P


lady dah pi blog TT. Citer published thn 2009 rupanya. Patutlah...:lol:

Tp 2009 masih pakai disket ke? Bukan CD dah wujud?



nurulhawasiti Publish time 2-10-2012 02:26 PM

cerita ni tulis masa 2009 lepas jumpa balik lecturer tu, teringat kisah yang kelakar seram nih. tapi kejadian sebenar akhir 90-an.

Zaman itu pensyarah masih menggunakan slaid plastik dan projektor cermin. Monitor masih petak-petak besar dan CPU berdiri adalah model baru. Semuanya tak putih tak kelabu tak kuning. Disket 3.5 inci masih sangat relevan

sarizu Publish time 2-10-2012 06:56 PM

ladyFinger12 posted on 2-10-2012 10:10 AM static/image/common/back.gif
Sari pun dok zaman disket eh? Disket saiz besar ke kecik?




tu la pasai bleh jd vice president :lol:
idup zmn kuno lg
tp ms tu i la paling blagak, student lain x dok komputer lg i dh ada wpun printer besar gedabak :lol: tp disket dh kecik

2009 dh pakai pendrive

TT pun dh bgtau dia cite pasai kenangan silam...sonot tau!

nurulhawasiti Publish time 3-10-2012 09:10 AM

kadang-kadang berangkut pc kalau nak demo assignment. bawak naik motor..betul-betul kisah klasik
Pages: [1]
View full version: Cerpen: Laskar Setanggi [U]


ADVERTISEMENT