ygarif Publish time 16-9-2012 03:37 PM

Puisi purnama merindu

Sempadan kasihku

Bukan aku tidak mahu
menerima cintamu
tapi aku tidak mampu
menampung rindumu
di dalam hatiku
kerana hatiku telah rompong
dek selalu membendung
kasih yang tidak kesampaian
oleh waktu

Sempadan hatiku
telah lama terbentang
di halaman kering dan gersang
hilang serinya
kerana matamu
tertutup oleh cintaNya

Aku kini terus
melangkah ke arah yang lebih jelas
kerana aku telah membuka
sempadan kasihku
pada insan yang mendambakan kasihku


~tenang~
28022012

ygarif Publish time 16-9-2012 03:41 PM

Kucari rindu

menerebus rindu
yang datang bertamu
di sudut hati
ke mana harus
kuhamburkan rindu
andai dia
tidak tahu
bahawa aku merinduinya
~tenang~
230812

ygarif Publish time 16-9-2012 03:42 PM

Terkadang aku ingin jadi pasir di pantai
sentiasa ditemani ombak laut
walaupun kadang gelora menghempas
pantai tetap setia menanti
~tenang~

ygarif Publish time 16-9-2012 03:45 PM

Saat ini aku ingin sekali
berada di kaki langit
merenung desiran ombak di pantai
membawa alunan rinduku
kepada dia
adakah sidia
masih merinduiku
seperti aku merinduinya
seperti sang pungguk
merindukan purnama
umpama sang primadona
merindukan putera idamannya
~tenang~
17082012

iDputera Publish time 18-9-2012 02:36 AM

http://blog.websitetemplates.bz/wp-content/uploads/2012/03/14-night-moon-hd-wallpaper.jpg

tumpang TT...

ketika aku duduk di muka pintu
ku lihat pantulan cahaya bulat dari awan hitam
ku alihkan pandanganku ke atas
dan ternyata bulan bersinar terang
walaupun mungkin
hati kita sudah tidak sama lagi
setidaknya kita masih bisa
melihat bulan yang sama........{:1_138:}
Pages: [1]
View full version: Puisi purnama merindu


ADVERTISEMENT