jahcomel Publish time 6-9-2012 11:25 AM

mujahideen ketika perang soviet-afghan


Warriors!

Askar Mujahadeen ialah antara askar paling bad ass dan tak kenal takut di dalam sejarah dunia. Mereka lebih suka memilih syahid dari menyerah kalah. Keazaman mereka tidak dapat ditandingi askar professional Soviet ataupun Amerika yang cuba mengalahkan mereka tetapi sehingga kini gagal. Apakah yang menyebabkan mereka menjadi antara askar paling bad ass dalam peradaban dunia? Pertama sekali mereka sudah berperang selama bergenerasi. Mereka menentang Alexander The Great , Empayar British dan Soviet di milennium yang lalu. Mereka sudah biasa dengan terrain dan udar nipis pergunungan. Mereka mempunyai skill yang tinggi untuk sebuah tentera yang tidak mempunyai senjata yang canggih. Dikalangan askar Russia mereka dikenali sebagai The Ghost kerana mereka boleh masuk kedalam kem mereka dan mengelar leher sentri yang sedang tidur tanda disedari rakan askar yang lain. Terdapat cerita keganasan mereka juga.

Sebagai contoh antara cara mereka membalas dendam terhadap serangan Soviet ialah membelah kulit dari perut hingga ke leher. Kulit ini dikupil ke atas dan diikat di atas kepala. Ini balasa kepada tindakan menyerang kampung dan merogol saudara wanita yang dilakukan askar Soviet. Askar USA yang hi tech pada awalnya menganggap Taliban ialah askar yang dengan mudah boleh ditapau. Mereka silap dan special ops USA kini menyedari golongan askar berpakaian compang camping ini lebih fit dan tactically adept dari yang mereka sangkakan. Tiada operasi ketenteraan mereka dilakukan tanpa mempunyai bantuan dari udara dalam bentuk Apache, Drone ataupun pesawat pengebom. Just in case situasi menjadi fakap mereka ada chance untuk membalas serangan tentera mujahid ini. Siapa kata peperangan itu adil? Mereka mula menghormati the warrior spirit askar Afghanistan yang tak kenal erti mengalah dan berani mati.

Respect!


https://lh6.googleusercontent.com/-FEsznemL5hI/UEaqdgGlTyI/AAAAAAAALsc/4BI2dPc2UI0/s0/afghans_01.jpg
https://lh3.googleusercontent.com/--hXbGM6g-7Q/UEaqghu2LGI/AAAAAAAALsk/z16TzvlBJDI/s0/afghans_02.jpg
https://lh6.googleusercontent.com/-ATKLeDlgMv4/UEaqjVw-9wI/AAAAAAAALss/BI1ufOD4A-8/s0/afghans_03.jpg
https://lh5.googleusercontent.com/-n4BU3vlVR6A/UEaqlwV3Q_I/AAAAAAAALs0/i5wMbGtmD_k/s0/afghans_04.jpg
https://lh4.googleusercontent.com/-vK1xEtP3ckk/UEaqpU8Q3GI/AAAAAAAALs8/rENUYTD2Dn0/s0/afghans_05.jpg
https://lh4.googleusercontent.com/-CuHOH3Mz36Y/UEaqrhmbo0I/AAAAAAAALtE/-etmbHa_Buo/s0/afghans_06.jpg


p/s: mod xpe ke letak thread ni dlm bod ni...kalu xsesuai leh tlong pndahkn...sumber: blogserius...

maja07 Publish time 19-9-2012 06:03 PM

Muka semua nampak jernih je walaupon dlm kesusahan...

jahcomel Publish time 20-9-2012 10:07 AM

maja07 posted on 19-9-2012 06:03 PM static/image/common/back.gif
Muka semua nampak jernih je walaupon dlm kesusahan...

inilh pejuang perang y sbenarnya...tak takut mati...:L

jahcomel Publish time 20-9-2012 10:10 AM

bg mereka senjata secanggih mane skalipn drpd pihak musuh,diaorg xheran pun...

edmundo Publish time 21-9-2012 04:37 PM

Aku rasa once askar amerika dgn sekutu out dr afghan ni...
Mmg tk leh lama tentera kerajaan nk prtahankan teritory diorg.
Taliban tgh tunggu masa je ni.

azimpahang Publish time 22-9-2012 07:26 PM

mcm dlm cite rambo 3 plak ye.... "this film dedicated to brave mujahiddeen"

azimpahang Publish time 22-9-2012 07:27 PM

mcm dlm cite rambo 3 plak ye.... "this film dedicated to brave mujahiddeen"

pelemparselipar Publish time 12-5-2013 07:01 PM

Ahmad Shah Masood panglima mujahideen paling handal

jahcomel Publish time 13-5-2013 08:48 AM

pelemparselipar posted on 12-5-2013 07:01 PM static/image/common/back.gif
Ahmad Shah Masood panglima mujahideen paling handal

sptutnye diaorg ni gi latih org Islam rohingya di myanmar nun...xdok pjuang Islam langsung kt myanmar nun..

BlackScorpian Publish time 14-5-2013 08:19 PM

sape kata x de? :C

pelemparselipar Publish time 22-5-2013 07:46 PM

taliban pon pernah jadi musuh mujahideen. Bila tak boleh tewaskan Ahmad Shah Masud diorang hantar pengebom berani mati

jahcomel Publish time 23-5-2013 09:48 AM

pelemparselipar posted on 22-5-2013 07:46 PM static/image/common/back.gif
taliban pon pernah jadi musuh mujahideen. Bila tak boleh tewaskan Ahmad Shah Masud diorang hantar pe ...

mujahideen n taliban ni prjuangan mreka bbeza ke?...terangkn ckit...:)

ibnur Publish time 26-5-2013 06:28 PM

pelemparselipar posted on 22-5-2013 07:46 PM static/image/common/back.gif
taliban pon pernah jadi musuh mujahideen. Bila tak boleh tewaskan Ahmad Shah Masud diorang hantar pe ...

Ahamd Shah Masood dari mazhab shiah dan di sokong Iran.Taliban mazhab sunnah.Dua dua kumpulan tak pernah bersefahaman sebenarnya.Cuma dalam CNN jer kononnya dia orang bersatu sebagai mujahideen nak lawan Taliban.

pelemparselipar Publish time 31-5-2013 06:53 PM

ibnur posted on 26-5-2013 06:28 PM static/image/common/back.gif
Ahamd Shah Masood dari mazhab shiah dan di sokong Iran.Taliban mazhab sunnah.Dua dua kumpulan...

Orang tajik macam beliau semua ikut ajaran sunnah wal jamaah.

pelemparselipar Publish time 31-5-2013 06:56 PM

jahcomel posted on 23-5-2013 09:48 AM static/image/common/back.gif
mujahideen n taliban ni prjuangan mreka bbeza ke?...terangkn ckit...

taliban dianggap oleh mujahideen seperti ahmad shah massoud sebagai pengamal ajaran yang terpesong dari Islam

Afrin Publish time 21-6-2013 12:26 PM

...ada yg kata di antara perjuang2 mujahidin ini ramai yg juga dp kalangan rakyat malaysia.....termasuk bekas2 askar/komandor... betul atau tak....tak tahulah....

robotech Publish time 8-7-2013 01:44 PM

ada yg kata di antara perjuang2 mujahidin ini ramai yg juga dp kalangan rakyat malaysia....

Ada juga. Cuma jumlah tak direkodkan. Kebanyakannya pegi atas inisiatif sendiri semasa konflik Soviet vs Afghanistan masa 1980an. So ramai juga mati syahid kat sana.

Geng2 yg pegi lepas konflik Soviet vs Afghan pula masa 1990an pula dilatih kat kem2 Taliban di sempadan Pakistan / Afghanistan & balik jd pengganas tempatan (Al-Qaeda / JI).

termasuk bekas2 askar/komandor... betul atau tak....tak tahulah....

Tak betul. Tapi kalau tolong Mujahideen di Bosnia tu .... ehem ehem ehem ....

robotech Publish time 8-7-2013 01:56 PM

jahcomel posted on 23-5-2013 09:48 AM static/image/common/back.gif
mujahideen n taliban ni prjuangan mreka bbeza ke?...terangkn ckit...
Mujahideen adalah gelaran umum kepada pejuang2 Afghan (dan sukarelawan Islam dari negara lain) yang menentang kerajaan komunis Afghanistan & Kesatuan Soviet dari 1979 - 1989.

Ia kemudian digunapakai oleh pejuang2 sukarelawan Islam dari pelbagai negara Islam yang berjuang membantu tentera Islam Bosnia dalam konflik Serb vs Bosnia Herzegovina serta sukarelawan asing yang membantu pejuang Islam Chechen vs Russia dalam konflik penaklukan Russia ke atas Chechnya.

Taliban adalah gerakan pelajar fundamentalis (aka Wahabi) yang belajar di madrasah2 di persempadanan Afghanistan & Pakistan, yang akhirnya menjadi suatu gerakan militeri apabila setelah para pemimpin Mujahiddin bertelagah sesama sendiri untuk menguasai Afghanistan yang berpecah belah mengikut etnik & kaum setelah kejatuhan kerajaan komunis Afghan & Soviet berundur dari sana.

Taliban secara jayanya berjaya mengalahkan pejuang2 mujahiddin yg berpecah belah itu & menguasai sebahagian besar wilayah Afghanistan. Namun, hanya Arab Saudi, Pakistan & Emiriyyah Arab Bersatu (UAE) yang mengiktiraf kerajaan Taliban sehinggalah ia dijatuhkan melalui serangan darat AS & NATO ke atas Afghanistan.

Tapi kini, rata2 veteran Mujahiddin berjuang bagi pihak Taliban.



Last edited by robotech on 8-7-2013 04:19 PM

robotech Publish time 8-7-2013 04:21 PM

http://api.ning.com/files/Udo4r6o8kbJI7hVpiiHrgaK4hlRt-UzB38--dhXP8nnl-k9aOukXJMnCmOBsTwmMUz0E5TvfRa2zIjUEcInxa8Zv*oy*cArL/YunusKhalismujahideenShultanValleynorthofAsadabadKunarAfghanistanOct1987P7290251.jpg

Mujahideen di Kunar, Afghanistan (Oktober 1987)

robotech Publish time 8-7-2013 04:23 PM

http://api.ning.com/files/ximFpYZV1Tnn9Tr0repLbaEXQC0CWJ4pfHCvDhDIwq8LT-KKgdoHSzOx7Gdk9ixNKf3JLPU7MQ-MOGN2xWgamxNm6-atvqs0/P1010008.JPG

Mujahideen di Paktia, Afghanistan (Ogos 1984)
Pages: [1] 2
View full version: mujahideen ketika perang soviet-afghan


ADVERTISEMENT