LLM Publish time 31-8-2012 06:33 AM

CERITA PENDEK: Rakus

Mila Kencana bergegas-gegas menuju ke pintu masuk pusat membeli-belah Spring di Jalan Simpang Tiga, Kuching. Kepala otaknya berpusing-pusing.

'Aku nak beli apa ye sekarang ni?' getus hati sanubari gadis kelahiran FELDA Jerantut itu. Matanya yang sedikit juling melilau-lilau umpama bebola tetikus model lama.

Dia menuju ke kedai komputer di tingkat dua. Wah, memang terdapat banyak komputer riba yang dipamerkan di situ. 'Aku nak beli komputer riba lah' Mila berkata dengan riang umpama kanak-kanak sekolah terencat akal.

Mila Kencana segera menuju ke arah seorang pembantu jualan dan menepuk bahunya 'Hoi tauke. Saya mau 5 Toshiba, 3 Acer dan 2 Lenovo'

Hampir keguguran janin pembantu jualan yang mengandung itu mendengar permintaan Mila Kencana. Tanpa berlengah-lengah lagi dia pun menyiapkan jualan komputer-komputer riba tersebut.

Di kaunter pembayaran, juruwang itu berkata 'Miss, harga itu semua RM 32,000'

Mila Kecana membuka beg guni yang dijinjingnya dan mengeluarkan sejumlah wang tersebut.

'Nanti boleh hantar ke rumah saya di Tabuan Dusun?' tanya Mila Kencana kepada pengurus kedai itu.

'Ya..sudah semestinya, Miss' ujar pengurus kedai itu dengan girang juga umpama kanak-kanak sekolah terencat akal kerana berjaya membuat jualan yang sebegitu besar dari seorang pelanggan.

Selang dua jam, Mila Kencana sampai di rumahnya. Sebelum dia balik, dia sempat membeli 15 pasang baju dalam dan 10 pasang kasut.

Sementara menunggu penghantaran komputer ribanya, Mila Kencana bersantai di ruang legar yang terletak luar rumah. Jiran sebelahnya Encik Chong belum pulang dari kerja. Anjing peliharaan baka Border Collie Encik Chong di pagar sebelah dengan perlahan-lahan menuju ke arah sempadan pagar rumah Mila Kencana.

'Hi Mila, tunggu apa tu?' ujar anjing peliharaan Encik Chong.

'Oh, hi. Saya tengah menunggu komputer riba saya. Saya beli 10 biji, tau tak?' Mila Kencana menjawab pertanyaan anjing peliharaan Encik Chong.

'Dia shopping sakan tadi' Kucing peliharaan Mila Kencana yang juga kebetulan bersantai di luar rumah mencelah perbualan mereka.

'Oo..macam tu ye?' Anjing peliharaan Encik Chong menganggukkan kepalanya sambil tersenyum lebar hingga menunjukkan taringnya yang maha tajam.

'Oklah, saya masuk dulu ya? Perut dah lapar' Mila Kencana meminta diri sambil melemparkan senyuman yang ikhlas kepada anjing peliharaan Encik Chong. Kucing Mila Kencana turut menganggukkan kepalanya.

Di ruang tamu, Mila duduk dan menekan nombor Pizza Hut pada telefon bimbitnya.

'Hello, Pizza Hut? Saya nak order 24 keping pizza Supreme Pan. Tambah keju lebih ya' Mila Kencana memesan.

Anjing peliharaan Encik Chong dan kucing Mila Kencana cuma mampu berpandangan antara satu sama lain dan berasa kaget akan kerakusan Mila Kencana berbelanja. Nafsu serakah Mila Kencana yang begitu rakus dan merakuskan yang tiada kesampaian.

PENGAJARAN: Sayangilah haiwan peliharaan anda

TAMAT:I









Nicki_Meow Publish time 31-8-2012 09:11 AM

Bro, marah sangat kat girlfriend /orang rumah yang kaki shopping ke apa? ;P

sarizu Publish time 31-8-2012 09:26 AM

Terjebak! :@

LLM Publish time 31-8-2012 01:21 PM

Nicki_Meow posted on 31-8-2012 09:11 AM static/image/common/back.gif
Bro, marah sangat kat girlfriend /orang rumah yang kaki shopping ke apa?

mana ada :lol:... cuma nak tulis cerita yang ada maksud tersirat aje..

awanjingga Publish time 1-9-2012 09:44 AM

mila kencana nak buka cc kot.;P

15 bj dlm n 10 ksut..sedekah kat org;P

piza tu kucen n anjing mkn sama;P

wasap Publish time 3-9-2012 02:07 PM

hahaha... macam2 adaaa

tzaraz Publish time 13-9-2012 12:35 PM

hahaha.. hadoii.. dah agak dah gerenti gelak..

epalgebuu Publish time 1-11-2012 12:38 PM

hahahahahahhahaha patot masuk board lawak ni

wwannurr Publish time 5-11-2012 12:29 PM

aku tak faham cite niii:funk:

hest Publish time 6-11-2012 10:24 AM

hahahaha.. bro... aku tak paham sangat susur galur cerita dia...

tapi aku cer le grab meaning yg ada...

tapi memang ya la.. maacam lepaskan marah kat partner yg suka shopping je ;P

clatiniey79 Publish time 8-11-2012 09:06 AM

adeh..... cerita pendek mcm nie pun ader yek....
sah2 lepas menang 1juta MoneyDrop...
tu yang shopping giler2 tuh!!!!

tarabas1976 Publish time 22-11-2012 04:58 PM

LLM posted on 31-8-2012 01:21 PM static/image/common/back.gif
mana ada ... cuma nak tulis cerita yang ada maksud tersirat aje..

Maksud tersirat dier ialah, manusia zaman sekarang yang hidup hanya disandarkan atas kuasa beli wang yang digunakan untuk memuaskan kehendak semata-mata, akhirnya ia kehilangan nilai kemanusiaan itu sendiri. Hingga persisnya, kemanusiaan itu ada pada anjing dan kucing yang mementingakan hubungan sesama mereka meskipun berlainan spesies dan tiada kuasa beli seperti yang ada Mila Kencana.


Kesimpulannya, sayangilah kucing dan anjing dari baka Bore Coliider.:I

Cik_Andak Publish time 23-11-2012 10:41 PM

crita ape ni?mila org FELDA Jerantut?Felda padang piol ke felda Retang ni?hehehehheeh

rubisco Publish time 27-11-2012 01:39 AM

erkss.. x paham.. cter lawak ker..
Pages: [1]
View full version: CERITA PENDEK: Rakus


ADVERTISEMENT