feleesha91 Publish time 28-8-2012 10:29 PM

Haiwan Peliharaan Yang Jarang Dipelihara

Manusia secara semulajadi mempunyai naluri sayangkan haiwan. Kucing, anjing dan ikan biasanya menjadi haiwan peliharaan yang popular. Namun tahukah anda, ada segelintir individu menjadikan haiwan-haiwan liar seperti harimau, ular dan khinzir sebagai haiwan peliharaan kesayangan mereka. Menariknya, pemilik haiwan-haiwan ini tidak gentar memelihara haiwan kesayangan mereka di dalam rumah mereka sendiri.

1. Susie & Colin Webb
http://1.bp.blogspot.com/-oKy8UZrjdAU/UDzT7buOXoI/AAAAAAAAE_E/iWKk8cfJI-Y/s1600/Susie-Colin-Webb-dengan-Babe3.jpg
Pasangan Webb telah membeli seekor anak khinzir melalui internet kira-kira 19 bulan yang lalu. Anak khinzir itu telah diberi nama Babe. Kini, Babe memiliki saiz yang agar besar dengan berat 158.7 kg.

2. Mark Amey & Siouxsie Gillet
http://3.bp.blogspot.com/-A9-BcrrIbew/UDzT4Q5RbYI/AAAAAAAAE-s/e3cKEVMUTVI/s1600/Mark-Amey-Siouxsie-Gillet-dengan-100-binatang-piaraan1.jpg
Pasangan ini berkongsi minat yang sama iaitu memelihara ratusan haiwan liar. Antara haiwan eksotik peliharaan mereka ialah buaya, ular, kura-kura Afrika, khinzir, burung, kelawar, monyet, marmoset, burung hantu, 2 ekor iguana hijau, 6 ekor tarantula dan 30 ekor kalajengking.

3. Felicia Frisco
http://1.bp.blogspot.com/-TxqI5u7qkeE/UDzT2xN_lwI/AAAAAAAAE-k/4Q2N40yOpNY/s1600/Felicia-Frisco-Dengan-Harimau-%E2%80%98Will%E2%80%99-Benggala4.jpg
Felicia Frisco telah memelihara seekor harimau yang diberi nama Will. Frisco telah menjaga dan memelihara Will sejak Will dilahirkan melalui projek pendidikan yang dipanggil Tiger Encounter. Walaupun kini Will memiliki saiz yang agak besar, namun Will tetap menemani Frisco tidur di atas katil setiap malam.


4. RC Bridges – ‘The Buffalo Whisperer’ & Sherron
http://2.bp.blogspot.com/-qeH1585bzEc/UDzT5fMsKTI/AAAAAAAAE-0/DhI_rAgkLD8/s1600/RC-Bridges-The-Buffalo-Whisperer-Sherron-dengan-Wildthing-Dan-Bullet.jpg
Pasangan ini menjadikan 2 ekor kerbau yang diberi nama Wildthing dan Bullet sebagai haiwan peliharaan mereka. Wildthing memiliki berat 1088.6kg manakala Bullet seberat 408.2kg.

5. Rebecca & Joseph Fossett
http://3.bp.blogspot.com/-qyOsw1vHpAs/UDzT6tzmt1I/AAAAAAAAE-8/2J549ZMHFH8/s1600/Rebecca-Joseph-Fossett-dengan-Unta-Ruby-Sahara-Sophia-Kokoso-Kazak-
Keluarga Fossett pula memilih untuk memelihara haiwan yang terkenal di padang pasir iaitu unta. Mereka telah memelihara 6 ekor unta yang diberi nama Ruby, Sahara, Sophia, Kokoso, Kazak dan Veneta. Uniknya, keluarga ini lebih gemar menunggang unta-unta peliharaan mereka ke kedai mahupun ke sekolah daripada dengan menggunakan kereta.

Last edited by feleesha91 on 29-8-2012 10:56 AM

bluberi Publish time 29-8-2012 10:31 AM

besar betul cik bab tuuuu

leylapple Publish time 29-8-2012 10:43 AM

wah..rasa nak bela harimau lah pulak...

miz_sunshine Publish time 29-8-2012 10:46 AM

misterinya ????????

copy_paste Publish time 29-8-2012 11:03 AM

antara kelima2 tu paling praktikal sekali bela unta le sebab boleh tunggang.

budakgraphic Publish time 29-8-2012 11:56 AM

Hehehe, apa nak heran? kat malaysia ni pun ramai je yg membela 'mayat' hidup... Cari keje malas, tau nak meragut jewk... hehehe, anyway, mcm obes je cik vavi kat gambar yg 1st tu... Ngeri lak aku nengoknye...

a.ceCCo Publish time 30-8-2012 10:46 AM

Teringin nak bela dolphine..kikikik

feleesha91 Publish time 30-8-2012 11:10 AM

copy_paste posted on 29-8-2012 11:03 AM static/image/common/back.gif
antara kelima2 tu paling praktikal sekali bela unta le sebab boleh tunggang.

bayangkan kalau ada yg tunggang unta gi kedai kat malaysia ni...:D

copy_paste Publish time 30-8-2012 01:25 PM

feleesha91 posted on 30-8-2012 11:10 AM static/image/common/back.gif
bayangkan kalau ada yg tunggang unta gi kedai kat malaysia ni...

mesti jakun la,x penah2 ade org tunggang unta gi kedai kat malaysia nih hahahaha.

Gadis_sarawak Publish time 16-10-2012 05:20 PM

Teringin bela harimau..Ular tu dibuatnya mamai bangun tido terpijak harus kena lilit...scary...:mad:

mama_adik Publish time 16-10-2012 09:29 PM

waauuu..amazing..

Apo2 Publish time 16-10-2012 09:57 PM

copy_paste posted on 30-8-2012 01:25 PM static/image/common/back.gif
mesti jakun la,x penah2 ade org tunggang unta gi kedai kat malaysia nih hahahaha.

Nanti Aku Try Bwk Unta Parking Kat depn 7Eleven..Mane la Tau Dpt Masuk TV Percuma..Hehehe

copy_paste Publish time 17-10-2012 10:49 AM

Apo2 posted on 16-10-2012 09:57 PM static/image/common/back.gif
Nanti Aku Try Bwk Unta Parking Kat depn 7Eleven..Mane la Tau Dpt Masuk TV Percuma..Hehehe

nnt bgtau la aku kalo ko nk bawak unta ko,aku nak tengok leh posing gambo kat unta ko hehehehe.

JehanNasyri Publish time 17-10-2012 09:57 PM

aku teringin nak pelihara awek ramai2 bagi dorang makan cukup2 sampai masa kita meratah tubuh ddorang pulak lagi sedap

pot_pet Publish time 19-10-2012 04:56 PM

memg sgt2 jarang la....
setau ai orng paling ramai bela anjing ngn kucen jer..hihi ;P

turboturtle Publish time 6-11-2012 11:17 PM

smestinya Monyet & species seangkatan dengannya, huru-hara je bela menatang ni..

TJCLASSIC Publish time 8-11-2012 09:08 AM

Bela kuda itu perkara biasa jer kan? Tapi kalau kat Malaysia nampak pelik sikit, esp kalau kat kampung.
Dulu masa aku membesar dewasa lewat 80'an, ada sorang pakcik kat kampung aku bela kuda.
Selalu yang aku tengok dia bawak kuda pergi pasar malam. Yang aku ingat, bebudak kampung mesti berenti pi usha kuda dia.
Then ada bebudak yang suka skodeng anu kuda tu, pastu gelak kuat-kuat :)

shayjr Publish time 10-11-2012 04:33 PM

babi tu nama babe..

iberiangirl Publish time 21-11-2012 06:25 AM

gambar babi yang comel itu mengingatkan saya kepada missy, sayang nya ia sudah melarikan diri. saya memelihara nya sejak saya berusia 11 tahun :'(

AlienGurlz Publish time 21-11-2012 12:28 PM

Walaupun kini Will memiliki saiz yang agak besar, namun Will tetap menemani Frisco tidur di atas katil setiap malam.
Erkkk:funk:
Boleh pulak dia tidur dengan harimau ya..{:laugho
Pages: [1] 2
View full version: Haiwan Peliharaan Yang Jarang Dipelihara


ADVERTISEMENT