3ll3 Publish time 12-8-2012 07:19 AM

PUISI: SEPERTI BIASA

pejamkan matamu malam ini mungkin untuk yang terakhir kalinya
lupakan dosa semalam dan hidupmu untuk terakhir kalinya

dan bila esok cahaya menerangi bilikmu
kau kan terjaga, bernafas semula seperti biasa

sedarlah dari tidurmu usah berharap esok takkan datang
lupakan niatmu untuk hilang dari dunia kerana

esok pasti cahaya menerangi bilikmu
kau kan terjaga, bernafas semula seperti biasa

bukalah matamu, usahlah menangis
teruskan hidupmu, usah menunggu sesuatu yang tak akan pulang

dan bila esok cahaya menerangi bilikmu
kau masih terluka, tiada berguna seperti biasa

(elle ms9 2010)

http://ts2.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=4519118022181657&id=e91cb1f893086faa3c2e41632395b511

Pages: [1]
View full version: PUISI: SEPERTI BIASA


ADVERTISEMENT