mrsLucky Publish time 4-8-2012 04:57 PM

Pertanyaan kepada kristian (katolik)

Salam sejahtera kepada semua yang sudi membaca thread ini.
Semoga kita semua diberkati dan dilindungi oleh Tuhan.

Ada satu perkara yang saya ingin bertanya kepada sesiapa yang arif.
Saya sangat menghargai masa, penerangan dan perbincangan untuk kita memahami dan mendalami ajaran kristian disamping saling menghormati kepercayaan dan keimanan masing masing.

Anak saya pergi ke Geraja Katolik, dia ada pertanyaan mengenai Maria/Mary ibu kepada Yesus, sebab Katolik selalu berdoa kepada Maria/Mary contohnya doa Hail Mary.

Dia bertanya kenapa perlu katolik meminta tolong atau berdoa kepada Mary sedangkan Mary adalah manusia seperti kita.
Kenapa perlu, kerana kita boleh terus berdoa kepada Tuhan Yesus.
Mary gadis suci telah mengandung dan melahirkan tuhan Yesus.


Terima Kasih.


cmf_shalom Publish time 5-9-2012 09:55 PM

salam damai tuhan.

asas kpd berdoa kpd bonda maria, para malaikat,para nabi dan saints adalah berdasarkan konsep persekutuan kaum beriman.

para rasul, para nabi dan para santo yg lain wlaupun fizikal mereka telah mninggal...tetapi kita semua bergabung dalam satu komuniti didunia dan disurga. dalam tuhan tiada siapa yg mati.

memohon doa bonda maria sama lah seperti sy momohon sr, kawan saya umat xtian yg lain berdoa utk saya. yg beza adalah sr dan saya masih didunia tetapi bonda maria berada di surga.

gereja katholik menganjurkan bahawa anda dan saya boleh berdoa terus kpd tuhan atau melalui konsep persekutuan kaum beriman. kedua duanya dibenarkan dan digalakan

mrsLucky Publish time 5-9-2012 11:02 PM

:) terima kasih semoga kita sentiasa diberkati...tidak memahami tapi bersyukur ada yang cuba membantu... Last edited by mrsLucky on 5-9-2012 11:03 PM

mrsLucky Publish time 27-5-2015 10:12 AM

Dulu saya enggan untuk memohon doa dari bonda Maria
saya selalu menyatakan yang ianya tidak perlu kerana bonda Maria adalah manusia seperti kita...
Apa pun saya telah di duga dengan begitu hebat...
saya sudah hilang semangat untuk hidup..
saya seperti manusia yang hidup tanpa jiwa..
tidur tiada dalam istilah hari hari ku..
ketakutan adalah teman ku..

Fizikalnya saya ada tapi jiwa sudah mati..
Saya menangis memohon keampunan dan penyelesaian namun ianya buntu..
Saya sudah bersedia untuk mati..kerana hanya itu jalan yang boleh mengurangkan keperitan, ketakutan dan kesedihan yang terpaksa dihadapi...
Setiap saat jiwa ku terseksa, keluarga ku turut tertekan dan bersedih dengan keadaan ku..
Saya sangat kasihan melihat anak2 ku yang turut tertekan..kesedihan yang terpancar di mata mereka kerana takut kehilangan ibu mereka..

Suatu hari saya terbaca, jangan underestimate / memandang rendah pada kuasa doa melalui rosary...
Oleh kerana saya tidak tahu bagaimana berdoa dengan rosary..
saya terpaksa mencarinya di internet...
Lantas, setiap ketika saya tertekan...
saya akan berdoa dan memanjatkan permintaan melalui bonda Maria..
Saya memohon agar di beri peluang sekali lagi untuk memperbaiki kekurangan diri..
menjadi contoh kristian sejati..memohon penyembuhan fizikal dan mental..
Saya berdoa setiap kali jiwa ini tertekan dan bila sintom penyakit muncul..

Sebulan dan dua bulan berlalu...
Syukur doa yang ku pohon telah dimakbulkan...
Terima Kasih bunda Maria yang telah memanjatkan doa kepada Tuhan bagi pihak insan yang lemah ini...
Jiwa ku dan kesakitan fizikal ku telah lesap umpama ia tidak pernah ada..
Kini saya percaya...



mrsLucky Publish time 27-5-2015 10:14 AM

cmf_shalom replied at 5-9-2012 09:55 PM
salam damai tuhan.

asas kpd berdoa kpd bonda maria, para malaikat,para nabi dan saints adalah ber ...

God bless.. :)
Pages: [1]
View full version: Pertanyaan kepada kristian (katolik)


ADVERTISEMENT